13 June 2011

Dapat hadiah...

hari ni, kuar umah pukul 7am. awal tuuuuuu... berchenta jerr nak bangun awal2.. huhuhu.. errmm jammed weeii.. sebabnya skolah dah di buke. orang pun dah tak cuti dah. alhamdulillah sejam kemudian, sampai le ke ste. masih awal lagi. tetiba jerr aku & enche affa jadi regular customer kantin kat atas tu. sebab kalo nak gie tempat len, tak jamin yang bleh balik before 8.30am. that why le kena jadi regular customer kantin ste.

balik jerr dari production, nengok ada ni kat atas meja. waahhh ada hadiah...

ada.. kad.. jom jom nengok...

senyum sengih jerr aku baca... tak sangka plak gambo ni jadi pilihan.. alahaiiiii... hehehhe.. patut la ita nak sangat gambo kahwin. rupanya ada udang di sebalik mee.

kalo nak compare dgn kad yang enche affa dapat dari opismate dia, lagi 100x tak bleh blah. dia orang tulis apa? eerrr... tak yah lerr.. malu den membacanya.... hahhahaha.

bila dah buke, ni dia

thanks yerr ita sebab arrangekan semua ni. Thanks yerr sesemua kat ste. memang dah lama berangan nak mende ni.. tetiba jadi kenyataan.. alhamdulillah. boleh wat macam2... ni... esok2 wat cake ke.. trifle ke... apa kerr.. terus jerr dalam ni.. comeii aarr jadiknya... tengkiu very much.

petang, balik keje.. kena tempuh jammed lagi.. errr nak wat ce mana.. dah keadaannya cenggitu. so, kena le terima... sampai umah hari ni dah pukul 7pm dalam jammed2 tu, dok pikir nak masak apa yerr.. menu untuk malam ni.... senang2 sudah....

sampai jerr umah, aku tak bagi chance langsung my BM aku yang selama ni dok bersenang lenang jerr.. hari ni.. sila wat keje yerr...

aku masukkan;

1/4 cawan air
1 1/2 cawan tepung high protein
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar butter
1 sudu kecil yis
secubit garam

set kan kepada dough. lepas tu.. aku gie mandi manda sambil bersuka ria dengan anak serta suami. wakakkaa... memang tak bleh blah.

lepas BM dah berhenti kerja, aku panaskan oven dan eerrrr... cerr teka apa ku nak wat? wat base pizza lerr... lepas dah letak atas pan, biarkan dalam 10 minit bagi roti naik sedikit dan bako dalam 10 minit. kuarkan dari oven dan letak topping.

bahan2 untuk topping
3 sudu sos cili
1/2 sudu oregano
1/2 cawan nanas
5 batang sosej ayam
1/2 cawan cendawan tiram di carik2
1 biji bawang di mayang kasar
mozarella cheese secukupnya.

untuk anak mama plak.. wat tuna mayonese pizza jer..


haa.... settle pun.... ni le, our dinner malam ni,
ni, tuna mayonese. satu lagi, tak sempat nak ambil gambo, sebab dah lapo.

malam ni, ada banyak mende nak di buat. semuanya yang never ending story. sesapa nak tolong, sila angkat tangan. nasib le ada anak mama yang rajin sesangat mengekor mama dia. jadi bayang2 mama. alasan dia, takut mama hilang.

lepas wat pizza, aku wat peach trifle. yang ni, enche affa nak bawa gie opis dia. nak merasmikan pyrex baru gituuuuuuuuu..

layer bawah sekali, adalah kek. aku baking cake ni on sunday malam dah. kononnya nak wat red velvet. tapi tak jadi kalernya.. so, aku wat jerr la base untuk trifle ni.

jom nengok bahan2

1/2 kek bersaiz 9in
1 tin susu sejat ideal
100g tepung kastad
1/2 cawan kismis
200g gula
30g agar2
1 tin slice peach
2 cawan air
secubit garam

kekdahnya

potong dan susun atur kek ke dalam bekas. (rasmi pyrex yang dapat tadi). 15g agar2 di cairkan bersama 1 cawan air. biarkan hingga agar2 hancur. masukkan 100g gula bersama air buah peach. dalam bekas lain, kacau kastad bersama dengan 1 tin susu sejat. biar sebati. pastikan tidak berketul. tuangkan kastad ke dalam larutan agar2. kacau hingga sekali didih. masukkan kismis dan secubit garam. tuang keatas susunan kek. biarkan sehingga beku. susun buah peach adunan. panaskan secawan air bersama baki agar2 dan 100g gula. biarkan sehingga semuanya larut. tuang keatas susunan buah peach dan sejukkan.
tada...





....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment