finalis imam muda

Hassan atau nama sebenar beliau Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim kedua (IM2) selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah, di sini, Jumaat.
Imam Muda unggul musim kedua adalah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA), adalah seorang yang pendiam namun ramah sekiranya didekati.
wajah ceria lepas di nobatkan sebagai imam muda terunggul. Tahniah Imam muda Hassan.




Imam muda Nazrul, atau nama sebenar adalah Nazarul Izwan Zolkiflee, pemegang Diploma Pengajian Islam Kolej Pengajian Islam & Dakwah.

boleh tengok kat sini atau pun kat sini, sini pun ada
tingat masa episode semua imam2 muda ni ke penjara, bertemu dengan banduan2 di sana, aku tak pasti imam muda mana satu.. yang salah seorang banduan mendokan kepada beliau.. imam muda tu dah sebak2.. aku plak dah menangis2 dah sebab menghayati tiap2 patah perkataan. tengok aarr episode tu.. cari dalam youtube.. bila armand tengok aku nangis.. dia pun datang tepuk2 dan peluk2 mama dia.. 'mama jangan nangis taw.. bapak gie kejap jerr.. nanti bapak balik, man kan ada..' hehehe... tu le modal dia kalo aku sad. balik jerr enche affa, terus dia wat report yang mama dia nanges.. full report weeii... hehhehe. tak cover langsung.
sebelum nak balik kampung, aku wat orange cake. dulu, aku dah pernah wat dah.. resepi, sama jerr macam kat sini yerr...
gambo nyerr tak de yerr.. sebab tak sempat nak shoot. becoz of nak balik kampung dah ni... jom jom balik kampung... jangan le.. jammed... minta2 le laluan lancar...


....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
No comments:
Post a Comment