03 August 2011

cilok.. jangan tak cilok

hari kedua merempit. kuar umah pukul 7.50am. eksen giler... hehhee.. takut? memang le takut lagi. kalo rasa2 agak ngeri, pejam jer mata. hehehehe.. seram weeiii... mencilok cilok. tapi hari ni tak jammed sangat. sampai umah awal tuuuuuu... hari ni sampai pukul 6.10pm. ujan renyai2 masa dah sampai traffic light desa tun hussin onn.

aku masak 2 jerr... roti dan ayam goreng madu berempah.

our iftar hari ni..
tuna bread.

kalo nak wat, cam nih

bahannya
1 biji kentang dipotong dadu
2 biji bawang kecil dipotong dadu
2 tangkai daun saleri di racik halus
1 tin tuna in oil
4 keping roti
1 sudu tepung gandum di bancuh dgn 2 sudu air
1 biji telur di pukul ringan
1/2 cawan serbuk roti
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

kekdahnya
gunakan minyak tuna untuk menumis bawang. masukkan kentang. biar hingga lembut. masukkan tuna dan daun saleri. masak selama 2 minit. angkat dan sejukkan. gelek roti sehingga leper, masukkan 3 sudu tuna dan bungkus. di hujungnya lekatkan dengan bancuhan tepung gandum. golekkan kedalam telur. toskan dan golekkan semula di atas serbuk roti. goreng sehingga sedikit perang.

ni, plak kurma ayam.
enche affa mengidam nak makan. so, layan jerr la selera orang demam. aku tak pernah masak kurma dan rasanya macam tak pernah jerr makan. tak tahu sebab apa. tapi aku kureng berminat dengan kalernya.. walau apa pun, ni le feveret enche affa. haaaa siap suruh aku berguru lagi ngan mak. hehhee.. aku ok jerr.. no problem. bisa di atur. tak perr.. aku belajar menyukai apa yang dia suke dan dia pun kena le belajar menyukai apa yang aku suke, kannnnnnnnnnn...

kalo sesapa nak wat kurma utuk iftar petang esok.. ni resepinya

1/4 bahagian ayam di potong kecil, wat sekali makan jerr
1 labu bawang besar di mayang halus*
2 biji kentang di potong 4 bahagian setiap satu*
2 ulas bawang putih di mayang halus*
2cm halia di mayang halus*
2 batang kulit kayu manis*
2 biji buah pelaga*
5 kuntum cengkih*
2 kuntum bunga lawang*
2 biji cili hijau di belah 2
2 paket rempah kurma
1 cawan santan
1/2 cawan air
minyak untuk menumis

kekdahnya
panaskan minyak. tumis bahan2 yang bertanda *. tumiskan hingga garing. larutkan rempah kedalam sedikit air. masak hingga garing. masukkan kentang dan air. biar hingga empuk. masukkan ayam dan santan dan masak hingga mendidih dan masukkan cili hijau.

ni plak, ayam goreng madu berempah..
bahannya

6 keping isi ayam
1 ulas bawang*
2cm halia*
1 batang serai*
1 sudu madu
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa.
2 sudu minyak zaitun

kekdahnya
kisar bahan bertanda * dan gaulkan bersama madu, serbuk ketumbar dan kunyit serta garam. masuukan ayam dan gaul sebati. perap selama 1/2 jam. panaskan minyak zaitun dan masukkan ayam. guna kuali yang non-stick yerr.. goreng hingga masak. sedapnya bauuuuuu

ni, sayur campur...

cerr nengok armand bertalbiah..


lagi 4 hari jerr lagi nak terbang ke tanah suci. errr barang2 belum pack lagi.. insya Allah esok atau lusa, akan selesai semuanya.

Oleh: Sheikh Salman al-Oadah

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bertanya kepada seorang wanita dari Madinah: “Apa yang menghalang kamu dari mengerjakan Haji bersama kami?”

Wanita tersebut menjawab: “Kami mempunyai dua ekor unta. Suami dan anak saya menggunakan seekor dan seekor lagi untuk tunggangan ahli keluarga yang lain.

Rasulullah SAW kemudian memberitahu wanita tersebut: “Apabila bulan Ramadan tiba, pergilah mengerjakan ‘umrah, kerana ‘umrah di bulan ramadan adalah seperti menemaniku mengerjakan Haji.” [Sahih al-Bukhari (1764)]

Maksud Hadith


Alangkah besarnya pencapaian bagi kita semua jika dapat menemani Rasulullah S.A.W. mengerjakan Haji! Bayangkan kita berdiri di samping baginda di dataran ‘Arafah. Bayangkan juga kita bermalam di perkhemahan baginda di Muzdalifah dan bangun keesokan paginya untuk bersama-sama baginda ke Mina. Bayangkan juga bagaimana agaknya keadaan bila bertawaf dan sa’i bersebelahan baginda?


Maksud yang jelas dari hadith yang telah dinyatakan adalah mengerjakan ‘umrah di bulan Ramadhan adalah sangat bermakna.


Hukum bagi ‘umrah secara umum & ‘umrah di bulan Ramadan


Kita mesti memahami bahawa mengerjakan ‘umrah di bulan Ramadan adalah Sunnah. Ia bukan satu kewajiban dan tidak boleh diperlakukan seolah-olah ia adalah wajib.

Sesungguhnya, majoriti ulama berpandangan bahawa mengerjakan ‘umrah sekali seumur hidup bukanlah satu kewajiban sama sekali. Ini adalah pandangan mazhab Hanafi dan Maliki. Ia juga adalah pandangan yang diutarakan oleh Ahmad b Hanbal. Al-Shafie juga pernah berpandangan serupa, namun ia dilihat sebagai pandangannya yang lama. Pandangan rasmi mazhab Shafie adalah umrah adalah wajib bagi seorang Muslim sepertimana halnya Haji, sekali seumur hidup.


Pendapat yang terkuat antara keduanya – dan Allah lebih mengetahui – adalah ‘umrah bukanlah satu kewajiban. Al-Quran secara jelas menerangkan kewajiban Haji tanpa sekalipun mengisyaratkan hal yang sama berkaitan ‘umrah.


Rasulullah S.A.W. juga menekankan dengan sabda baginda: “Wahai manusia! Allah telah mewajibkan keatas kamu Haji, maka pergilah mengerjakan Haji.” [Sahih Muslim (1337)]


Dan dengan sabdanya: “Islam dibina atas 5 perkara: Syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba dan RasulNya, menunaikan Solat, membayar Zakat, mengerjakan Haji ke Baitullah, dan berpuasa dibulan Ramadan” [Sahih al-Bukhari (8) dan Sahih Muslim (16)]


Kita juga dapat menghayati kisah seorang lelaki dari daerah pertengahan Arabia dengan rambut yang kusut masai menghampiri baginda S.A.W. dan bertanya tentang Islam.


Rasulullah S.A.W bersabda kepada beliau: “Terdapat lima solat yang perlu ditunaikan diwaktu siang dan malam.”


Lelaki itu bertanya: “Perlukah aku menunaikan selain dari itu?”


Rasulullah S.A.W. menjawab: “Tidak, kecuali kamu melakukan secara sukarela.”


Kemudian baginda meneruskan: “Kamu mesti berpuasa dibulan Ramadan.”


Lelaki itu bertanya: “Perlukah aku berpuasa selain dari itu?”


Rasulullah S.A.W. menjawab: “Tidak, kecuali kamu lakukan secara sukarela.”


Kemudian Rasulullah SAW memberitahu tentang Zakat, dan lelaki tersebut bertanya: “Adakah aku perlu membayar selain itu?”


Rasulullah S.A.W. menjawab: “Tidak, kecuali kamu lakukan secara sukarela.”


Lelaki itu kemudian berpaling seraya berkata: “Demi Allah, aku tidak akan melakukan lebih atau kurang dari apa yang perlu aku lakukan.”


Mendengar kata-kata tersebut Rasulullah S.A.W. berkata: “Dia akan berjaya jika dia membuktikan kata-katanya.” [Sahih al-Bukari (46) Sahih Muslim (11)]


Sementara itu bagi hadith-hadith tertentu yang membincangkan hukum ‘umrah, terdapat hadith yang mengisyaratkan bahawa ia adalah wajib dan terdapat juga yang mengisyaratkan bahawa ia tidak wajib. Sungguhpun demikian, kesemua hadith tersebut mempunyai kelemahan di dalamnya. Oleh yang demikian, kami berkata berdasarkan kekuatan hujah pada umumnya bahawa ‘umrah adalah Sunnah. Ia bukan satu kewajiban.




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

2 comments: