01 August 2011

Salam 1 Ramadhan

Salam ramadhan. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana limpahan rahmatnya aku dapat ketemu dengan ramadhan kali ni. Alhamdulillah.Harapan Ramadhan - Raihan & Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Alhamdulillah tahun ni, tahun pertama aku dan enche affa serta armand menyambut ramadhan bersama2. macam2 rasa ada. kalo tak 3 tahun, meriah aku berbuke puasa dengan kak norma dan ogie. tapi tahun ni, meriah dengan enche affa dan armand serta mak. mak akan berada di kl ni, hinggalah kami berangkat ke tanah suci pada 8-8-2011 nanti. kejap jerr masa berlalu. isnin minggu depan dah nak berangkat. preparation belum siap lagi. ada banyak nak kena buat ni. bukan buat last minutes, tapi masa sangat2 mencemburui.

last week balik kampung. jumpe mak serta wat tahlil serta doa selamat. ramai yang datang. Alhamdulillah, tercapai hasrat aku kali ni. segala penat lelah berbaloi. macam biasa, untuk menu kenduri hari sabtu malam ahad, kami sekeluarga dan kak yang serta maklang tolong. semuanya berjalan lancar. lupa aku nak ambil gambo makanan yang di hidangkan. menu malam tu nasi putih, kari ayam kampung, udang sambal petai (bukan sambal petai udang sebab petainya cinonet jerr.. sebab orang yang masaknya tak makan petai), sayur campur, ikan goreng, sambal belacan tempoyak, ulam timun dan air.

orang yang paling hepi, bila balik kampung, adalah armand iskandar. sebabnya kat sini, dia bebas. takde la terkurung dalam gate. cumanya takut dia berlari ke jalan jer.. sebab dia bukannya sorang yang penakut... ni, rupa orang yang main layang2 tengah2 panas. bendang mak kat belakang tu dah siap di bajak.. tunggu bila2 masa nak lepaskan air jerr.. dan mak kena le tabur anak benih padi. kesian mak dok umah sorang2. mesti dia sedih walaupun dia dah biasa. tapi ramadhan kali ni, memang dia tinggal sorang. sesebelum ni, ada adik. boleh la di ajak sembang2 gaduh. heheh sebab adik, dia jerr betul. tahun ni, adik dah masuk kolej masa sorang jerr la mak. bersahur sorang dan berbuka sorang. kalo aku, sure nanges.. huhuhu.. mesti mak pun sedih.

lupa plak nak ambil gambo juadah iftar kami sekuarlaga tadi. mak yang masak semuanya. Alhamdulillah. may be next time yerr...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment