20 September 2011

jom gie skolah.. genius aulad

rasa macam lama giler tak tulis sumting2 kat sini.. bersawang dah.. al maklum le.. bz weeii sejak dua menjak ni.. tak sempat nak godek2.. nak blog walking pun tak sempat. banyak isu kengkawan dah miss. may be ada lapang sikit baru boleh blog walking semula.

last weekend, mencapaikan hasrat enche affa yang mengidam sejak minggu lepas. dia nak makan soto. untuk tidak menghampakan permintaan suami terchenta

soto ayam

bahannya,
2 ulas bawang besar di mayang halus
4 ulas bawang putih di mayang halus
2cm halia di mayang halus
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 sup bunjut
soohon yang digoreng
bawang goreng
bergedil daging
1 keping tauhu
1 bungkus rempah soto adami
1/2 ekor ayam di potong kecil
2 tangkai daun sup di potong halus
sedikit minyak untuk menumis
12 gelas air
garam secukup rasa

kekdahnya
panaskan minyak. tumis bawang merah, putih dan halia bersama2 dengan bunga lawang, cengkih serta kulit kayu manis hingga naik bau. masukkan rempah soto. kacau hingga sebati dan naik bau. masukkan air dan ayam serta sup bunjut. biarkan hingga didah dan masuk kan garam sesedap rasa.

bergedil daging.

resepinya ambil kat sini yerr.. aku wat 4 biji kentang jerr.. bahan2 len tu, aku adjust la. resepi asal, cam ni, aku copipes jerr

Bahan-bahan ( 30 biji )
  • 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
  • 300 gram daging cincang
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • secekak daun sup, dicincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
sambal kicap, memang tak wat. sebab kalo wat, membazir jerr.. tak de sapa nak maka.. so, abaikan jerr la. hehee...

hasilnya.. ni le enche affa nyer soto.
then, register armand masuk sekolah. dah besar dah rupanya anak mama nih... dah nak masuk skolah. tahun depan dah 4 tahun le budak kecik tu.. kelakarnya tetiba depan dia nyer teacher, punya la baik. sopan santun lagi pemalu. aku ngan enche affa rasa kelakar betul. bila teacher dia tanya... senyap jerr suara tak kuar.. tapi jari2 dia menggigil2 tahan nak bercakap. punya la kelakar..

armand akan bersekolah kat sini le..
bukan main hepi lagi dia nak sekolah. setakat ni, sokolah, kawan2 dan teacher imaginasi jerr yang ada. tapi sekarang ni realiti. nak tahu tentang genius aulad, tengok sini yerrr.

nanti armand akan jadi sebahagian cam ni,ala2 comei nyerrr
alahai... comei betul.... armand mesti suke kalo ada solat.
buku2 yang bakal di gunakan, tengok sini

curiculum yang di ajar, nengok sini
wat iklan la pulak.. errr tak perr... sharing is caring kan kan kan

ni, rupa anak mama yang bangun jerr tido, terus nak makan kekpose istimewa dari budak comothaaa.. penuh mulut..
ni, our breakfast on sundaycream horn. nak wat dia senang jer.. gulung2 puff pastry dalam acuan dan bako hingga garing. sapu dgn kuning telur dan masukkan cream. settle.


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment