22 November 2011

Andai itu takdirnya

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt. semalam, ehh silap pagi tadi, dalam 1am lebih achik selamat melahirkan baby boy melalui pembedahan Caesarean. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. sebabnya achik tak rasa sakit nak bersalin walaupun dah masuk minggu ke 40. laluan hanya buka 2cm jerr... baby yang besar menyebabkan pembedahan perlu dijalankan. masa scan berat baby 3.6kg. tapi bila lahir baby boy 3.2kg. menurut achik baby dah makan najis dah dan degupan jantung dah lemah. so, terpaksa la wat pembedahan jugak. Alhamdulillah selamat semuanya. Syukur pada Yang Maha Esa.

comei tu..... kalo armand nengok, sure dia geram...

errmmm bila baca kat sini tentang pembedahan caesarean, ngeri betoi.. memang rasa takot. sesangat. sekarang ni, aku dah 13 minggu. ada lagi 26 minggu untuk my baby membesar dalam rahim. mudah2an Allah mempermudahkan segalanya..

aku tak dapat bayangkan ce mana le remaja2 yang melahirkan anak dalam toilet dan kat mana2 le.. dengan sakitnya.. dan ce mana le nak potong tali pusatnya... aku tak dapat nak imagine betapa seksanya diaorang nak bersalin dengan sembunyi2 lagi takot orang tahu. sedangkan orang dah dah booking nak bersalin kat spital dari 7 bulan lagi dah tak takot2 walaupun ada ramai nurse dan doktor yang membantu process kelahiran.

semalam, aku baca satu blog, bila check2 balik sapekah gerangannya.. one of staff sapura tapi tatau branch mana, meninggal semasa melahirkan bayi perempuan. ibu dan anak turut meninggal dunia. al-fatihah. semoga ibu dan anak di cucuri rahmat Allah swt. kepada suami serta dua orang anaknya.. takziah di ucapkan. Allah yang menentukan nasib seseorang tu.. semuanya sudah tersurat. kita hanya mampu merancang dan berdoa. selebihnya bertawakallah kepada Allah swt. Andai itu takdirNya, siapa kita untuk menolaknya.. redhalah dengan apa yang di tentukan..

semoga artikel ini, dapat memberi kesedaran kepada kita semua. sharing is caring.

ni, my new gadget. tercapai gak akhirnya... dah lama nak mende alah ni, baru dapat. tengkiu yerr emran, sebab tolong gie beli.

dulu, aku ada jerr mende alah yang cam ni, tapi kasi pinjam ngan member.. terus dia wat harta... so, kena la usahakan yang len... ada macam2 kalerrstandard la.. aku kan suke merah.. of course le merah jadi pilihan. kalo nak tahu lebih lanjut, kena le tanya kat sony .



....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment