kejap jerr dah nak kena tinggalkan tahun 2011. cepat betul masa berlalu. rasa macam baru jerrr januari 2011. pejam celik pejam celik.. dah sampai hujung tahun. banyak peristiwa besar berlaku dalam tahun ni. semuanya kenangan manis yang akan di abadikan selagi hayat di kandung badan.
peristiwa bersejarah tahun ni...
di mulakan dengan upacara penuh sejarah dalam hidup aku.
saat aku di ijabkabulkan dengan tunang terchenta.. 21 May 2011. siapa lagi kalo bukan enche affa. memang tak sangka aku kenal enche affa kejap jer...... then bertunang terus jerr kahwin. tak sempat nak bercinta pun. sebabnya kejap benor rasanya.. kenal bulan julai, tunang bulan november dan nikah mei. express betul. dah le time tu enche affa tengah bz dengan project final year... walau apa pun aku percaya pada qada dan qadar. Allah telah mentakdirkan jodoh kami berdua.saat2 gumbira selepas di ijabkabulkan. Alhamdulillah.
di ikuti dengan majlis walimah pada 22 May 2011
Alhamdulillah. semuanya berjalan seperti yang di rancangkan. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan kurnianya... semoga jodoh kami akan berkekalan bahagia hingga ke hujung nyawa. bercinta lepas kawin ni, best.. oooo.... pulak tu bila kena share ngan armand. hehhehe.. sampai sekarang bapak share.. kesian..
Alhamdulillah dapat perkhabaran dari ste yang tahun ni adalah giliran aku untuk mengerjakan ibadah umrah dan sekaligus memberi peluang untuk menjalani ibadah puasa di kota suci mekah dan madinah. syukur pada Allah swt kerana aku dapat pergi bersama2 dengan suami terchenta. kenangan paling manis bila bersama suami mengerjakan ibadah umrah dan ziarah di kota suci mekah dan madinah memang sukar untuk di lupakan. Terima kasih buat enche affa yang begitu menjaga aku ketika berada di tanah suci. dapat honeymoon di tanah suci. Insya Allah jika Allah mengizinkan aku akan kembali ke sana lagi dan lagi dan lagi dan lagi serta lagi.... sesungguhnya kerinduan itu tidak pernah terpadam.
aidilfitri tahun ni di sambut dengan meriah.. bila aku dapat beraya dengan sebuah keluarga yang bahagia dan ceria. syukur dengan nikmat yang Allah swt berikan.
terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku seorang suami baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga serta sentiasa menjaga dan melindungi aku dan armand. dialah suami dan dialah kawan. terasa diri aku begitu di hargai... semoga apa yang aku rasa hari ni akan kekal selamanya hingga hujung nyawa. terima kasih sayang atas segalanya dan semuanya... muuaahhsss... i love you strong strong.
Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya
Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat-saat ini
Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruska ku menangis
Tuk mengatakan yang sesungguhnya
Chorus :
Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang kuharap
Hanya kau seorang
di saat gembira dengan berita gembira yang di kurniakan, Allah menguji kami berdua apabila armand di serang asthma yang teruk sehingga di masukkan ke wad ampang puteri specialist hospital.
masa tu kandungan aku berusia 7 week lebih. kesian betul armand. hampir 10 botol air di masukkan. di saat tu, aku rasa macam nak gantikan jerr tempat dia. kecik lagi dia untuk menanggung kesakitan. Alhamdulillah armand seorang yang kuat semangat untuk sembuh. sayangggg anak mama.
masa rakyat malaysia gumbira dengan kemenangan bola kat indon, achik selamat melahirkan baby boy seberat 3.2kg di hospital ipoh melalui pembedahan. bertambah sorang ahli kuarga. Alhamdulillah semuanya sihat dan selamat. terima kasih ya Allah atas nikmat dan kurniaanMU pada kami sekeluarga.hamboiii sedapnya firas tidooo....
bertambahlah setahun lagi usia blog aku ni.. macam2 peristiwa telah di rakamkan.. semuanya berkenaan dengan aku dan 'seorang aku'. semuanya tentang aku.. mungkin kau, dia dan kamu juga terlibat dalam kehidupan aku, sesungguhnya aku tidak hidup keseorangan di muka bumi ini... aku hanya insan biasa yang di anugerahkan dengan pelbagai jenis perasaan dan kenangan pahit manis. namun aku hanya menulis tentang aku... jika ada sesiapa yang terasa pedasnya... maaf di pinta. terpulanglah... mungkin penerimaan dan penafsiran kita tak sama, sebab kita semua berbeza serta punya hati dan perasaan yang berbeza. sesungguhnya aku tidak keseorangan mengharungi rencah kehidupan ini... dan aku jua ada kenangan tersendiri..
walau hari berganti hari.. masa beredar pantas.. aku tetap aku.. segala kenangan suka, duka, riang gembira... akan ku bawa bersama selagi ada hayat di kandung badan. ada perkara2 yang bisa aku lupakan begitu saja dan ada yang sangat sukar di kikis dari minda. aku hanya insan biasa. semuanya biasa2 sahaja... aku bukan seorang yang sempurna tetapi aku akan berusaha sebaiknya untuk diriku dan keluargaku..
semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga selamanya...
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
No comments:
Post a Comment