20 December 2011

aku hanya insan biasa

perrgghhh........... dah berat dah ni... huhuhu tataw le ce mana untuk hari2 seterusnya. tapi memang setakat ni.. rasa dah berat sangat dah. may be sebab tak pernah mencapai berat badan cam ni..

tapi bila baca artikel dr zubaidi hj ahmad kat sini, baru le rasa lega sket.. sebabnya penambahan berat aku adalah normal. banyak info2 yang kita boleh dapat dari dia nyer web. ala.. baru naik 2kg dah kecoh.

menurut dr zubaidi lagi.. bila kandungan dah berusia 12 minggu berat badan ibu sepatutnya menambah berat badan sebanyak1.5kg to 2kg. patut le last check up untuk 15 minggu berat aku turun 2kg, nurse dah bising. kiranya tak normallah tu. patutlah pun. walaupun awal kehamilan tak muntah2, tapi tak de selera nak makan. sebut je nama makanan, terus jerr kembang tekak aku nih... automatic rasa makanan tu jadi tak sedap. that why kot berat badan turun.

sesape nak tau berat badan yang sepatutnya meningkat semasa pregnant sehingga 40 week, bleh cuba kat sini

kalo ikut jadual yang di berikan.. berat aku bila mencapai 40 week secara average adalah 75kg. huhhu.. berat tu....... ce mana le gayanya... mudah2an semuanya ok. semoga Allah mempermudahkan segalanya....

sebagai insan biasa, masa tak pregnant aku ada perasaan bengang, marah, sedih, hepi, moody, blur, jiwa kacau, malas, excited, rajin dan segala macam lagi... maka segala jenis perasaan tu tetap ada bila aku pregnant. sebab aku adalah orang yang sama. aku cuma insan biasa yang semuanya biasa2 sahaja.




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment