06 December 2011

bila? bila? bila?

susah kita nak tutup mulut orang ada jerr yang nak cakap.. semuanya serba tak kena.. al maklum la... rambut sama itam tapi bila dah di kaler2 macam2 warna ada. jadi semuanya serba serbi tak kena... apa yang penting jangan ikut kata orang.. tanya diri sendiri dan minta pertolongan dari Allah swt kerana hanya Dialah tempat kita meminta pertolongan.

ptg tadi, sedih aku dengar luahan hati seorang saudara kat opis.. aku tak de la close sangat dgn dia dan tak sangka boleh sembang2 bab2 nih. aku empati dengan dia dan aku faham perasaan dia. entah la susah nak cakap... bila masuk bab2 ni.. sebab hanya Allah sahaja yang mengatur segalanya.. kita hanya mampu beriktiar dan berdoa.

tapi kekadang sebab kita ni.. di kelilingi oleh manusia yang berkata2 maka kita pun tak lepas dari di perkatakan.. kekadang bukannya tak paham.. tapi sajer jerr wat wat tak paham. walaupun bukan nak menyakitkan hati pada dasarnya.. just nak tanya.. sebab tak salah bertanya... tapi secara tak sedar sedikit sebanyak telah melukakan hati orang lain....golongan ni.. memang ramai dan ada di mana2 jerrrr....

aku rasa, bab2 ni.. sesapa pun tak yah tanya... kalau sampai masanya atau saatnya sumone tu.. akan cerita kat kita.. macam tadi.. kalo dia tak cerita aku tak tahu langsung kisahnya... kesian dia.. dah cukup tertekan dah dia...

bila seseorang tu belum kahwin.. kawan2 atau sedara mara asyik tanya bila? bila? bila? maknanya automatic soalan dia.. bila ko nak kawin... tu merujuk kepada perkataan 'bila' tapi bila dah kahwin, ingatkan perkataan bila tu dah hilang.. rupanya ada lagi.. masih kekal. bila? bila? bila? maknanya bila nak dapat baby.. perkataan masih sama tapi membawa maksud yang berlainan.

cukuplah dengan kengkawan dok tanya.. kalo kengkawan yang memahami tu.. ok la.. alhamdulillah.. kawan yang tak paham bahasa asyik dok perlekeh jerr... lagi la tension.. kawan jenis ni yang kekadang nak kena pelempang jerr. sesemua tu bukan boleh di buat2 hanya Allah swt yang maha Mengetahui.. Dialah yang mentakdirkan.. Kita hanya terima qada dan qadar serta bersyukur dengan kurniaan dari Nya. siapalah kita....

kengkawan dan sedara mara specially makcik2 ala.. pak cik2 pun sama jerr... sibuk kepoh dok bertanya hal ni.. tujuan nak tanya jerr... bila dah tanya.. dan di jawab.. ada plak sambungan.. yang sambungan tu tak tahan tu... kalo dia hebat sangat.. ha... buat la... sungguh tak adil bila seorang wanita yang tak mengandung tu.. automatic di label sebagai mandul. tentu emosi dia terganggu..

pls la.. sesemua tu kerja Allah. Dia yang menentukan keatas setiap sesuatu.. kesian wanita tadi.. tentunya dia down habis dan stress walaupun dia tahu keadaan diri dia.. tak kan dia kena bagi tau satu dunia yang dia tak ada masalah. sesemua tu bukan dia yang menentukan.. ingatlah Allah yang maha Besar. Dialah yang mengatur segalanya.. habis2 wanita tu.. diam sambil menyimpan rasa sakit hati. mungkin ada baiknya kalo segala result dari doktor yang buat pemeriksaan tu di berikan kepada orang yang bertanya.. ha... baru padan muka kena baca tulisan doktor yang cakar ayam tu.. kecoh jerr lebih...

kalo lelaki plak.. kengkawan sure perlekehkan sebab kononnya tak mampu jadi 'jantan'. mula la.. bengang dengan tuduhan2.. walaupun nada bergurau tapi bab2 ni.. memang tak bleh di bawa bergurau.. bila dah selalu sangat di perlekeh mula la.. intai2 nak buka cawangan lain.. mula la ada gepren sana.. ada gepren sini.. kawin sembunyi2 sebab nak dapat zuriat.. kononnya sebab wife dia mandul.. last2 tak dapat jugak.. rumahtangga pun huru hara bila apa yang di sembunyi terbongkar.. ala.. berapa lama sangat la.. boleh sembunyi.. apa pun tak dapat...

standardlah.. tuduhan yang mendapat carta tertinggi bila wanita dah kahwin lama tapi tak mengandung.. memang tak di nafikan.. ada wanita yang mandul dan jangan perasan yerr ada lelaki yang mandul.. sama jerr... semuanya kehendak dari Allah swt. dia yang mengaturkan.. jangan sesenang hati jerr nak menunding jari kepada sesiapa.. sebaliknya redha dengan apa yang telah Allah takdirkan...

kepada saudara, berdoalah.. berusaha dan tawakallah....sesungguhnya Allah mendengar segalanya dan Allah mengetahui segalanya... Yakinlah bahawa satu hari nanti Allah akan memperkenankan doa hambaNya yang sabar...
jangan putus asa... buat insan2 lain.. yakinlah dgn Allah dan terimalah apa yang telah di takdirkan.. redha dengan qada dan qadar.. siapapun pasangan kita, jangan menunding jari antara satu sama lain. dulu, kita yang pilih dia sebagai pasangan maka, jagalah amanah itu sebaiknya. sesunggahnya Allah hendak menguji hambaNya..

Alhamdulillah aku bersyukur dengan segala apa yang telah Engkau kurniakan...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

2 comments:

  1. "Mandul"... rasulullah pernah berkata kepada sahabat, manusia mandul bukan kerna ia tiada zuriat tetapi seseorg itu mandul sekiranya anaknye tidak mendoakan utk kedua ibubapanye...

    ReplyDelete
  2. hati2 bila bicara.. igt ape ada dalam perut tu.. jgn sampai terkenan sudah..

    ReplyDelete