31 January 2012
kaki kejang lagi
dah 2 orang doc advise supaya rest banyak2. jangan aktif sangat dan jangan wat kerja berat. wat masa ni kena jaga betul2 sebab takut ada pendarahan...semalam doc bg tahu kalo kuar darah, adalah darah yang fresh, bukan macam darah period. kuar darah ni tak henti... sebab darah ni le yang di alirkan oleh ibu pada baby. ngeri weeiii... errmmm tunggu nak jumpe doc ke 3 jerr on 9hb ni... ramainya doc... huhuhuu....
cuma sekarang ni, dok cari set bersalin yang seswai. dok servey2. mana satu yang bukan saja berkenan di hati, tapi seswai dengan diri orang yang nak makan. tak perr pelan2. jangan gopoh2. ada banyak masa lagi.
weeii sakit ooo bekas kena suntik kancing gigi. masa kena suntik tu, tak sakit langsung.. tu yang pelik tu bila orang cakap cucuk kancing gigi ni sakit. tapi bila...........hari ni dah start bengkak dan berdenyut. di tambah plak dgn gatal.. huhuhuhu.. sangat2 tak selesa. tangan pun rasa kebas jerrr. kalo nak tahu tentang kancing gigi or tetanus, sila baca kat sini atau kat sini.
sian kat suamiku yang terchenta tu. rasa macam aku dah banyak menyusahkan dia sepanjang aku mengandung ni. selalu jerr bila sampai kat umah, dah aku tak larat. dengan demam berpanjangan.. di campur plak dgn blocking nose. Alhamdulillah demam dan blocking nose dah ok. kekadang tengah2 malam or pagi2 buta aku terjerit kesakitan sebab kaki kejang.. dialah yang berjaga dan mengurutnya.. sian sayang kite tawwwwww....
gambo: sumer dari pakcik google
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
30 January 2012
mudah2an semuanya ok
Hari ni, kena gie check-up kat klinik kesihatan. rutin bulanan yang perlu di patuhi oleh ibu2 yang mengandung. last friday dah check-up kat dr gladis.. sebabnya dah 3 hari rasa sakit & ngilu bahagian bawah rahem. tapi sakitnya tak selalu. sesekali jerr rasa sakit. sepatutnya tak sakit apa2. tu yang gie check gak.. bukan tak sempat2 nak gie check or terlampau excited nak check sampai tak leh nak tunggu monday sebab dah gie check-up kat kelinik kesihatan.. tapi kat klinik kesihatan, check-upnya cam len. belum tiba masanya nak scan. appointment utk scan di klinik kesihatan 8-3-2012. lambat lagi. tak kan nak tunggu time tu kannnnnn.... so, that why la..
masa check kat dr gladis, dia bagi tahu yang baby sihat dan membesar mengikut kadar yang sepatutnya. cuma uri(placenta) kat bawah.
sekarang ni, aku nyer case, dah tahap marginal. sebab dah dekat dgn pintu rahem. dr gladis menasihatkan kami (aku ngan enche affa) supaya gie register kat hospital kerajaan dan pilih date yang seswai pada usia kandungan 39 minggu untuk pembedahan caesarean. huhuhu...
time dr gladis bagi tahu tu.. sedih wooooo... macam2 yang aku fikir. terus jerr jadi stress. kalo bleh aku tanak kena c-zer. biarlah normal. dr juga bagi tahu, kalo ada darah, walaupun sedikit, terus jerr gie spital. tapi aku redha dengan takdir Allah swt. DIA yang menentukan segalanya. walau apapun aku tetap berdoa pada Allah swt supaya aku dapat bersalin dengan normal. Mudah2an bila usia kandungan mencapai 37 week nanti, semuanya akan normal. uri akan terpusing cam nih...
aku call pah tanya ce mana nak wat ce mana.. kena le tanya pada orang yang lebih pengalaman. kalo tanya mak, dia memang kureng pengalaman bab2 nih. cam dulu gak pah advise minum air kelapa muda banyak2.
jangan gie urut. pah tak bagi aku bimbang sebab menurut pah, mak cu dulu pun macam tu, tapi ak jerr... dapat bersalin dgn normal. last skali pah pesan yang betul2 meresap dalam jiwa aku adalah, Tuhan yang beri semua tu, DIA tahu apa yang terbaik buat kita. terus hilang stress aku. may be sebab stress aku terlupa tentang itu. then aku pujuk2 hati.. kalo stress time pregnant ni... tekanan darah boleh naik. tak pasal2 dapat darah tinggi, nanti jadi citer len plak.. dah la senin nak gie check-up. lagi haru nanti.
Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
- plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
- bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
- plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;
- plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
sumber : click sini
bila baca artikel ni, lagi la rasa lega sket... malas pikir apa2, hari sabtu, seharian tak dok umah. gie jenjalan sekuarga. cuaca pun mendung jerr... tak de la penat sangat nak. sesambil tu, soping mana2 yang perlu.
on sunday watkan armand muffin coklat twinkle2. pandai betoi dia.. request. mana dia dapat idea pun tataw.. nak twinkle2. maka, dapat la hasil cam nih. sesemua ni, untuk armand bw ke sekolah. setakat ni, dia lom pernah lagi miss bawak bekal ke sekolah. walaupun kat skolah di beri makanan, tapi aku tetap gak bekalkan dia. dia pun suke makan apa yang di bekalkan. kekadang habis semua. kekadang hanya separuh jerr.. kekadang, sikit jerrr yang di makan. ikot mood dia. aku tak kisah pun.. janji aku dah wat yang terbaik untuk anak aku.. kan kan kan...
last week armand citer, kawan dia ambil muffin orange & apam dot dot masa dia gie toilet. kesian dia. dia cakap dia makan satu jerr.. pada hal pagi tu aku bekalkan kat dia 5 ketul. apa lagi.. dia mad la kat school. kesian betoiiiii.... bila di tanya, kengkawan dia bawa bekal ke tak.. senang jerr armand jawab, mama kawan dia tak pandai masak....
wat comel2 jerr sebab senang anak mama nak makan.
check-up hari ni, memang la lama sesangat.. loteh den... orang ramai, biasa la... tapi macam2 kena check. siap kena jumpe doktor lagi sebab nurse nak confirmkan kes uri aku yang dok kat bawah. then kena suntik kancing gigi. dari pukul 8.30am.. sampai le dekat 1.30pm.. baru kuar dari klinik kesihatan. memang sesangat letih. lapo giler... sebab tak makan apa pun. baby dah tersangat aktifnya menendang. may be dia lapo. bukan aku jerr tak larat, enche affa pun sama. last2 kitorang berdua EL jeerr... habis citer...
sumber gambo : pakcik google.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
29 January 2012
Nursing cover jangan lupa...
penting kerr nursing cover? huh!! penting weeiii sangat2 penting. untuk sesapa yang berhajat nak menyusukan bayi. sebabnya... as a muslim... pikirlah sendiri la... malas dah nak citer panjang..... wweeiii... sendiri mau ingat lerrr
apa yang aku dok sibuk2 pasal nursing cover nih? baby pun belum lahir.. tapi tak salah wat persiapan. sebabnya aku nak guna nanti.. kena la jahitkannnnnn... kena la pi cari kain.. sesemua tu take time.. jangan sampai nak guna nanti baru nak pi cari... beli kan senang? errrmmm ni yang aku tak suke ngan statment nih... money is not everything wokeh... aku lebih suka wat product sendiri... yang mana aku reti la... tak de la semua mende aku reti wat.. magic ke .. hapaaa...
macam2 pattern nursing cover ada kat pasaran .. pilih jerr mana yang berkenan di hati
nak cam ni ke? cam ni pun boleh...or yang ni
tapi aku berkenan ngan macam nih. cover habis.... tataw wat apa pun sebenarnya....
kat website ni.. jual nursing cover.. bukan kat web ni jer... kalo rajin tanya pakcik google, nanti dia bagi tahu le... kat mana lagi yang ada mende alah nih... ermm minah saleh pun guna nursing cover.. apatah lagi kita yang muslim nih... kalo gie jenjalan kat tempat public, tak de la masalah besar nak menyusukan baby... masalahnya... tepuk dada tanya hati... nak menyusukan ke tak.. kan kan kan
aku rasa cara ni lebih senang dan mudah... sebabnya tak perlu nak hangkut botol susu, air panas.. susu dan segala macam perkakas kalo gie ke mana2... kalo gie soping kerr... ermmm rasa macam sangat2 melecehkan. kalo ada nursing cover nih, senang sket... lipat2 masuk dlm handbag, dah setel... sonang kojo.... mudah2an aku dapat produce susu yang mencukupi untuk my baby nanti... semoga Allah mempermudahkan.
kat blog nih, di ceritakan step by step ce mana nak jahit nursing cover nih... sesapa yang nak jahit sendiri, sila la ikut panduan yang di beri.
bahannya cuma;
Kain cotton
D-Rings
Boning
Gunting
Measuring tape.
Pin
Potong kain mengikut ukuran
1. Main body – 28”x40”
2. Neck Strap (longer part) – 4.25”x26”
3. Neck Strap (shorter part) – 4.25”x10”
nursing cover ni.. bukan berguna semasa nak menyusukan bayi jerr... tapi masa nak pump pun boleh di gunakan. yang penting dapat cover...
aku nyer version adalah cam ni.. aku kan suka bab2 meng'adjust' nih.. hehehehe.... my version is
bahannya... cess.. cam nak masak plak
- Kain cotton flanil 1 keping, 1.25m bercorak
- Zap on. senang nak adjust dan di pasangkan. just lekat jerr...
- Boning - aku tak guna
- Gunting
- Measuring tape.
- Pin
Ukuran kain plak,
1. Main body – 76cm x 115cm sajer aku wat lebar sket.. banyak sket boleh cover... cam simut gituw...
2. Neck Strap (longer part) – 10cm x 66cm
3. Neck Strap (shorter part) – 10cm x 25cm
kos yang perlu di sediakan..
kain cotton flanil 1.25m = RM6.90
zap on = rm1
benang = dah ada dah
total cost = RM7.90
kekdanya
jahit kesemua tepi kain pada main body.
lipat 2 bahagian 10cm neck trap dan jahit keliling di sebelah dalam dan terbalikkan.
ni dah di lekatkan zap on
tadaaaaaaa
tunggu masa nak guna jerr lagi..
kalo sesapa berminat nak beli, boleh beli antaranya, kat sini atau kat sini. harganya jangan compare ngan aku nyer...
sumber gambo2 dari pak cik google
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
27 January 2012
congrats
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
26 January 2012
HANYA logo Halal JAKIM yang boleh digunakan dan diiktiraf bermula 1 Januari 2012
Selepas pelbagai isu kekeliruan timbul berkaitan penggunaan logo Halal yang boleh diguna dan diiktiraf di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan HANYA logo Halal JAKIM yang boleh digunakan dan diiktiraf bermula 1 Januari 2012.
Langkah itu juga adalah susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuat kuasa 1 November ini.
Semua premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal lain yang bukan dikeluarkan JAKIM, perlu membuat permohonan baharu kerana selepas tarikh 1 Januari nanti, semua logo halal sedia ada adalah terbatal. Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal.
Selepas tarikh 1 Januari 2012 itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber asal : http://eiz1004.upprofits.com/hanya-logo-halal-jakim-diguna-dan-diiktiraf-bermula-1-januari-2012/#ixzz1kXCfqZsy
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
- bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
- perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
- diikuti tulisan rumi “HALAL”;
- bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
- dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)
“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
baca dengan lebih details kat sini dan kat siniطَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)
ni plak, direktori halal Malaysia.. bleh check kat sini
senarai badan dari luar negara yang di iktiraf oleh jakim. sila rujuk kat sini.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”