rasanya dah nak muntah2 dah tengok citer nih. citer ni dah lama dah... moral citer ni memang bagus... seswai untuk kanak2 dan orang dewasa. jalan citer santai2 jerr.... kisah ce mana seorang suami merealisasikan impian isterinya dan kisah seorang kanak2 merealisasikan impian untuk menambahkan lagi pingat dan menolong orang/binatang dalam kesusahan.
tapi bila sehari tengok 4 kali. sepanjang cuti 4 hari ni, means citer nih dah di tengok 16 kali... huhuhuhu... apa nak wat.. tetiba jerr... jadi citer feveret armand. tak de chance langsung nak nengok citer len. pulak tu kena tengok sesama... huhuhu.. mujur la laptop ni sentiasa ada depan tv, bleh la surfing2 apa yang patut...
so, ambil kesempatan la servey2 mana breast pump yang kira ok bersesuaian dengan aku dari segi penggunaan dan harganya.. kena gak tengok bajet. kalo bajet beso.. rembat jerr...aku memang bercadang nak menyusukan baby aku. banyak sebab serta kelebihan susu ibu ni.. yang tak perlu di pertikaikan lagi. insya Allah selagi ada kudrat, aku akan wat yang terbaik untuk kuarga aku.
surah al-Baqarah ayat 233
bila dalam al quran telah menyebutnya.. siapalah kita untuk mempertikaikannya...
Kelebihan susu ibu
Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif). baca seterusnya kat sini.
memang le cam awal jerr lagi nak wat segala macam persiapan. tapi kena le fikir dan kalo dok pikir jerr tapi budjet tak ada.. tak guna gak kan... so, boleh lerr.. wat tabung mulai sekarang. banyak gak perlu di sediakan.. yang mana untuk belanja bersalin, beli barangan keperluan dalam pantang dan keperluan baby. insya Allah rezeki tu ada.. mudah2an Allah permudahkan segalanya.
ada banyak brand yang terdapat di pasaran. macam2 gaya dan rupa ada. pelbagai harga di tawarkan.. pilih jerr... masalahnya.. yang mana satu bakal menjadi pilihan. kalo poket tebal.. senang, rembat jerr.. tak yah pikir2..
ni, brand ameda. tengok kat sini. ada 2 pilihan jerr...
kalo nak brand spectra, refer kat sini. macam2 pilihan ada..kalo medela singgah2 kat sini. banyak model yang memikat hatiku. yang free style ni.. sangat2 memikat hati. sambil wat keje pun boleh pump. ermm ramai la peminat aku kat opis nanti kalo wat cam nih.. hahahah nak kena pelangkung ngan enche affa cuba la... wakakkaka. tak tergamak den... harganya pun.. wow... rm2k++yang plak.. philips Avent. tengok kat sini..
sumer2 kat sini.. lengkap ngan harganya sekali.. pilih jerr mana satu yang suka dan bayo jerr la...
ataupun gunanya kaedah marmet. kekdah ni.. cam nih, boleh refer kat blog ni. aku share jerr kat sini...
Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
BILA BOLEH GUNA TEKNIK MARMET
- ketika awal2 kelahiran bayi (ayu dulu mula2 perah dgn tangan juga..lepas dah lama2 sikit baru la guna breastpump)
- ketika terlupa membawa aksesori breastpump di pejabat (cth:breastshield utk Spectra3) tak perlu risau, boleh perah dengan tangan
- ketika mengalami kelukaan (cth : macam diri ayu sekarang ni, mmg guna tangan je since bila guna bp ni lagi memburukkan keadaan ----lagipun senang sikit, pergi ke ofis tak perlu la usung dah beg S3 ni, bawa handbag + cooler bag je)
- ketika keluar kemana2 tanpa membawa bayi (cth : ketika pergi shopping tak bawa baby, mcm baru2 ni pergi sogo members day, juz bawa botol + nursing cover je, cooler beg mmg letak dalam kereta...time solat boleh perah & hasil perahan tu simpan dalam botol yang boleh tahan dengan suhu luar bilik selama 4 jam ye kawan2 sekalian...)
Akan tetapi, bila memerah dengan menggunakan tangan ni, anda perlu la selalu praktiskannya ye...ada sebab kenapa perlu praktis selalu..ini adalah supaya kita tidak merosakkan tisu2, jaringan2 yang berkaitan..Malah, kalau la silap dilakukan, ianya juga boleh menyebabkan breast kita bengkak dan melecet..
aku rasa, kekdah ni lambat.. aku tak leh ambil masa lama sangat kat opis untuk wat perkara2 personal ni, every day during opis hour... nanti ada plak cakap2 yang tidak enak di dengar... nanti aku gak yang tak ske... so, kena gak ada breastpump.
nak beli yang mana? moral of the story, tepuk poket, tanya bajet... rasa macam nak beli yang ni.. jerr... tapi tak perr.. ada banyak masa lagi nak servey dan nak pikir. cumanya aku tataw nak beli sekarang ke? (means before bersalin or selepas bersalin). walau apa pun, kena cukupkan dulu duit tabung....
errmm ada banyak sale lerr kat sini.... jom jom pi soping
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
No comments:
Post a Comment