baby pun dah besar. asalkan baby sihat.. sesemua tu ok... baby pun dah semakin aktif dah sekarang ni. lepas bersalin nanti.. kena le berdiet... mudah2an Allah mempermudahkan segalanya.
excited? memang la excited.. dah lama dah tunggu saat2 ni... nak ada baby sendiri.. biasanya dok pegang baby orang jerr... Alhamdulillah syukur bila Allah memperkenankan doa. Alhamdulillah kerana Allah beri kesempatan untuk merasai saat2 pregnant dan melahirkan. semoga Allah mempermudahkan segalanya. Bukan aku jerr excited, armand pun bukan main lagi excited. banyak betul plan dia ngan adik. dah banyak rancangan yang dah dia siapkan. sampai kekadang aku ngan enche affa pun tak terfikir apa yang dia fikir...
hari ni dapatlah aku menjahit segala hasil usaha aku semalam... nampak macam beso jerrr... tapi tatau la pulak esok2 bila dah letak kekabu jadi kecik sebab apa yang aku nengok ni flet jerr... bila dah kembong dengan kekabu biasanya jadi kecik la sket... tak perr... guna hingga beso...
kenapa nak guna kekabu? tak perrr walau pun old fashion dan berat sket dari span... tapi tak de la panas... aku dulu2 masa kecik2 tido atas tilam kekabu... ok jerr... beso pun... hehhehe... lagi pun mak dah tempah kekabu kat umah opah nun....
pokok kekabu nih... biasanya beso beso...
banyak la lagenda tentang pokok kekabu ni kalo kat kampung... macam2 cerita ada... tapi tak yah le layan. hanya sekadar cerita jerrr
buah kekabu masa muda.
ni, buah kekabu yang dah masak dan sedia untuk di petik. biasanya orang panjat or kait buah kekabu nih... sure guna galah yang panjang nih.. sebab pokok kekabu biasanya tinggi2.
so, project hari ni... menjahit jerr la... sementara nak nunggu enche affa balik. armand memang tak kaco. dia dengan cars dia jerr... jammed siang malam. kalo nak beli... ikut harga pasaran, kalo sarung jerr... 1 sarung tilam, 2 biji bantal dan 2 biji bantal peluk, RM55 dan untuk set tilam dan bantal tanpa sarung plak... RM75. so, total untuk set tilam bantal serta sarung adalah RM130 untuk 1 set. tapi aku nyer 2 set. maka RM260 le... corak... kena pilih apa yang ada la....
aku nyer modal plak, kain untuk batang bantal serta sarung adalag RM3x 6meter= RM18 dan untuk 1kg kekabu (pah sponser) rm15. aku rasa dalam 3kg kekabu cukup la kot untuk 2 set. maka kosnya adalah RM45. untuk 2 set Rm81. lepas tolak pah nyer sponser... maka modal aku hanya... harga kain jerr la... RM36. banyak tu... bleh jimat. Alhamdulillah... Allah berikan bakat menjahit buat aku... dapatlah berjimat. dan dapat corak yang berkenan di hati. kepada sesiapa yang nak dapatkan set kekabu untuk baby anda.. bolehlah beli kat www.mypermatahati.com. macam2 ada kat sini.. pilih jerrr..
siap jerr aku menjahit.. adik nyer kelengkapan.. abang armand pun nak juga. mujur la ada kain lebih. kalo tak haru.. dia pun nak angry bird. dapat la sebiji bantal untuk dia...tapi dia demand la plak.. tanak bantal jerr nak tilam sekali... letak kat bilik. hadooii.. abang mand ni lerr... macam2. before that, aku dah wat dah set transformer kat dia. bukan main suke lagi...siap eksyen2 lagi ngan acu dia. macam la dia sorang jerr ada transformer nih..
aku rasa macam nak beli tuam baby jerr.. kat sini. boleh jerr buat sendiri tuam baby ni.. tapi aku tataw apa ramuan kat dalamnya... kalo tahu.. boleh jerr wat. bukan susah sangat pun nak wat bunjut2 cam nih. hanya habatussauda.. jerr yg dah ada.. tapi bahan2 yang len tu tataw apa....
kegunaannya tungku bayi ni adalah:.. refer kat web ni.. or aku copypes jer kat sini
Bahan utama: Habbatus Sauda...
Kegunaan: Amalan tuam bayi dilakukan selepas mandi untuk mengelakkan bayi daripada kembung perut.
Cara Guna
1- Tekapkan tungku pada seterika yang panas. Pastikan tungku tidak terlalu panas.
2- Kemudian, tuam di bahagian perut, belakang badan, tapak kaki bayi selepas mandi.
3- Sebelum simpan di dalam plastik/bekas, pastikan tungku bayi ini benar-benar kering.
* Boleh juga digunakan untuk tuam di bahagian yang telah dicucuk imunisasi untuk mengelakkan bengkak.
CIRI-CIRI
* Mudah diguna dan dibawa kerana bersaiz kecil
* Ukuran/Saiz: 8cm (tinggi) x 6cm (lebar)
* Menggunakan kain 100% cotton flannel
* Kandungan: Habbatus Sauda
* Tahan lama jika dikeringkan sebelum disimpan di dalam bekas
KEGUNAAN KHAS UNTUK BAYI
* Mengelakkan bayi daripada kembung perut
* Mengelakkan bengkak selepas cucuk imunisasi
sumber gambo : pakcik google....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
No comments:
Post a Comment