29 April 2012

Family Picture sebelum bersalin

Errmmm hari ni.. enche affa dah wat plan baeekk punya... ambil gambo family picture sebelum aku bersalin sebagai kenangan.. kena gie outing tuuuuuuu.... dah sembilan bulan dah usia kehamilan aku. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. dah tak lama dah.. macam2 perasaan ada.


Keadaan makin tak selesa.. sebab:
  • rasa macam perut makin besar. tambah2 lagi bila baby mengejang.. rasa macam nak meletop perut
  • tak selesa nak tido. mengiring susah, terlentang plak, susah nak bernafas. tido sambil duduk tahan sejam jerr.. pastu lenguh sure terjaga
  • selalu rasa mengantuk pada waktu siang... sebabnya malam tak cukup tido
  • malas makan sebab lidah sakit.. kalo nak makan juga, kena minum dgn ais.. baru ok.
  • susah nak tunduk or ambil barang kat atas lantai.. sebab kalo tunduk jerr.. rasa sakit
  • makin kerap rasa sakit / ngilu kat bahagian bawah ari2.
  • tak leh jalan lama2 sakit kaki sebab kaki pun dah mulai bengkak..


errmm walaupun berat badan turun 2kg, tapi tetap juge beso... huhuhu... tak perr la.. dah mengandung.. cuma aku belum mencapai tahap maximum berat mengandung mengikut ketinggian aku adalah 75kg pada usia kandungan 9 bulan. berat aku sekarang adalah 68kg... tu pun aku dah rasa cukup berat dah segalanya...

jom layan pics outing. Thanks to mr george sebab ambil gambo...

my family
semoga keceriaan ni, berpanjangan selamanya.. Insya Allah
 
 Happy betul anak mama nih
ceee waahhh ...uncle george teruja betoi ambil gambo anak mama nih
ewah2.. pikir apa le tuuuuuu



jom layannnnnnnnnn

semoga kebahagiaan ini berkekalan berpanjangan hingga ke akhir hayat


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

26 April 2012

Syukur Alhamdulillah. semoga di permudahkan segalanya....

hari ni, last day mr adi kat ste.. lama dia kat ste... mr adi officially bersara hari ni.. banyak kenangan ngan mr adi selama ni.. mr adi seorang boss yang sangat baik dan prihatin pada anak buahnya.. memang rasa betoi kehilangan...
aku? sedih ooo.. sebabnya banyak tunjuk ajar yang di beri pada aku selama aku kat sini. tak terbalas jasanya... errmm masa mr adi round2 untuk salam2 dgn staff, sampai jerr kat aku, mr adi said, 'take care for your baby. lama dah you tunggu. tell me when you deliver'... ermm dan dan tu aku rasa sedih. ... sedih ooooooooo yerr la sepanjang tempoh aku menunggu saat2 ni, aku di sini.. 12 tahun penantian.. bukan satu jangka masa yang singkat.

Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah swt atas kurniaan yang tak ternilai ini. pelbagai peristiwa di lalui dan dah terlalu banyak air mata yang tumpah sepanjang 12 tahun tu.. Alhamdulillah Allah bersama orang yang sabar... Alhamdulillah aku bersyukur dengan limpahan rahmat dari Ilahi. Semoga aku sentiasa menjadi insan yang bersyukur..

malam ni, aku nak gie checkup.. mudah2an semuanya berita mengembirakan... 'mama dah tak sabar nak jumpe 'adik' ni'.. tak perr malam ni, mama boleh tengok wajah 'adik'. sekarang ni.. hanya boleh tengok jer... Insya Allah tak lama lagi boleh le mama peluk cium..


Ramai giler orang kat KPMC malam ni.. masing2 nak checkup. Alhamdulillah, memang mendapat berita yang mengembirakan... Syukur kepada Allah SWT. Alhamdulillah. Menurut doktor, uri aku telah berada di 
dalam kedudukan yang normal. 
 
Air ketuban aku pun dah normal. ermm Alhamdulillah. aku boleh bersalin dgn normal. so, lupakan date 11hb. Menurut doktor, aku akan melalui sakit yang biasa nak bersalin.. dan apabila contraction 10 minit sekali, terus datang spital.. bila tu???... hanya Allah sahaja yang mengetahui.. so, tunggu.. ni yang suspen nih... sekarang 'adik' dah 3kg. tapi berat mama turun 2kg.. ermmm ce mana tu.. tapi doktor kata, ok jerr tak de masalah..

Mudah2an Allah mempermudahkan segalanya.. Ammeen..


 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

25 April 2012

hari ni dah 35 week dah kandungan aku.. rasa macam sekejap jerr... kekadang rasa macam lama gilerr dah... errmmm keadaan aku makin tak selesa. duduk rasa tak selesa dan kadang2 sakit. baring pun tak selesa dan susah nak bernafas. posisi mengiring pun dah tak berapa nak seswai...sebab susah nak bernafas dan tak selesa sengat2 sebab perut sangat2 keras.

week 35 in womb.
errmmm lagi 2 week to go... nak count down ker?? huhuhu.. excited & takot sama banyak jerr.. kalo tgok kalender.. macam jauh jerr lagi. kalo kira week.. heheh cepat nyer.. lagi 2 week jerr... 35, 36 & 37... huhuhu
SUN MON TUE WED THU FRI SAT


24 25 26 27 28
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12

Week 35 Pregnancy Symptoms

Heartburn or indigestion: Is your heartburn getting worse this week? That’s because your growing baby is taking over your abdominal real estate and pushing your stomach up. Avoid eating while you’re reclining — or lying down after a big meal (no matter how tempted you are to get off your feet).

Occasional headaches: If your head is pounding it could be for a number of reasons, including being overheated or stuck in a stuffy room. Take a break and go out for some air or open the window. Also ask your practitioner which pain reliever is safe (in moderation) during pregnancy. Most doctors will okay acetaminophen, as long as you don’t overdo.

Varicose veins: Have the varicose veins in your legs begun to ache (or itch)? Though support hose probably isn’t the hot-mama look you were trying to cultivate, it can help by giving the veins in your legs a little extra upward push to counteract the downward push your belly is giving them.

Hemorrhoids: Varicose veins can pop up anywhere — and those that appear in your rectum are called hemorrhoids. To soothe them, wipe yourself with warm water and toilet paper. If toilet paper is too harsh, switch to wipes.

Bleeding gums: Your gums may still be bleeding or tender now. To boost gum strength, get plenty of vitamin C. Drink an extra glass of OJ, sprinkle berries on your oatmeal or cereal, and toss tomatoes in your salad.

Skin changes: If you’ve suddenly got an itchy, bumpy rash on your belly, you could have PUPPP, which stands for “pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy.” The rashes are benign and cause no risk to your baby or to you, but they’re annoying. To soothe the itch, try applying aloe-vera gel after a shower or bath.

Increasing clumsiness: Balancing your body gets harder this week as you waddle toward the finish line (just a few more weeks to go!). Continue to play it safe — if you need to reach for something on a high shelf, ask your partner instead of climbing on a chair to get it.

Forgetfulness: You’re probably getting more absentminded as you count down the weeks. Your brain-cell volume really is shrinking and your bouts of sleeplessness don’t help, either. Expect the fog to lift a few months after your baby is born.

Braxton Hicks contractions: You may be experiencing some contractions as your body gets ready for the real thing during labor. Haven’t felt one yet? First-time moms-to-be may not notice the flexing of their uterine muscles (which feels like your abdomen is tightening).

baca kat sini dgn lebih detail yerrr...

eerrmm memang aku merasa sesemua ni.. patut la pun.. bila aku citer kat enche affa, kalo aku rasa sakit kat mana2 dan dan tu tros dia nak hantar aku ke spital... huhuhu.. dia sebenarnya gabra tu...aku? tak gabra tapi aku takoooooooot. wawawawawa...macam2 perasaan ada.. errmmm be cool yerr...

tak habis lagi pasal kelahiran induced.. errr.. sebab takot woooo...

kenapa kena induced

Tujuan induksi ataupun mempercepatkan kelahiran dipilih sekiranya terdapat risiko kepada kesihatan puan jika masih lagi mengandung, ataupun mungkin untuk melindungi kesihatan bayi dalam kandungan.
Sekiranya puan dan kandungan tidak bermasalah, jarang sekali induksi ataupun mempercepatkan kelahiran dilakukan sebelum minggu ke-39. aku.. may be kena induced pada minggu ke 37

Di antara sebab-sebab mengapa kelahiran dipercepatkan adalah:
  • Puan mempunyai penyakit darah tinggi semasa mengandung. errmm yang ni aku tak ada
  • Puan mempunyai masalah kesihatan di mana sekiranya tempoh mengandung dilanjutkan boleh memudaratkan. Insya Allah dan Alhamdulillah aku sihat jerr
  • Kandungan puan melebihi tempoh jangkaan, iaitu tempoh jangka dan dicampurkan 10 hari. Insya Allah date yang aku beri pada doktor tepat sebab aku memang tanda setiap kali time period sejak dulu2
  • Puan turun air ketuban dan kuman telah menjangkiti rahim.errmm alhamdulillah perkara ni, tak berlaku
  • Uri (plasenta) terlucut dari dinding rahim, menyebabkan puan kehilangan darah yang banyak. Dalam keadaan ini, puan akan menghadapi kelahiran melalui pembedahan caesarean. errmm alhamdulillah perkara ni, tak berlaku dan minta di jauhkan.
  • Kebocoran air ketuban sebelum tempoh matang.eerrmm alhamdulillah perkara ni, tak berlaku dan minta di jauhkan.
Proses induksi kelahiran

Lazimnya di hospital, ubat jenis prostaglandin akan dimasukkan ke dalam faraj, tetapi ada juga yang menggunakan teknik ubat oksitosin melalui pembuluh darah. Cara lain seperti menggunakan laminaria yang diletakkan di pembukaan pangkal rahim. Dengan masa, alat ini menyerap air dan menjadi bertambah
lebar, jadi pangkal rahim dibukakan secara perlahan-lahan.

Sekiranya puan mempunyai kontraindikasi untuk menggunakan kaedah lazim untuk mematangkan pangkal rahim, berkemungkinan doktor perbidanan akan membuka pangkal rahim dengan cara menyapu lapisan nipis yang melindungi air ketuban.

Dengan kaedah ini, puan mungkin mengalami sedikit kekejangan dan juga sedikit berdarah yang tidak merbahaya. Badan puan akan mengeluarkan prostaglandin sendiri yang mana dengan masa akan melembutkan pangkal rahim dan akhirnya menyebabkan kontraksi serta mencepatkan kelahiran.
Sekiranya pangkal rahim sudah terbuka tetapi bukaannya masih kecil, berkemungkinan juga lapisan selaput yang melapisi air ketuban akan dipecahkan, kaedah ini dijalankan sekiranya kepala bayi sudah jatuh
jauh ke dalam tulang pinggul.

Induksi atau proses mencepatkan kelahiran tidak boleh dijalankan sekiranya:
  • Uri (plasenta) puan berada di bawah (tempat bukaan pangkal rahim).Keadaan ini dipanggil plasenta praevia, kelahiran terpaksa dijalankanmelalui pembedahan. Alhamdulillah uri dah naik, mudah2an di permudahkan
  • Bayi dalam kandungan berada dalam keadaan melintang, atau mana-mana kedudukan di mana kepalanya bukan di tulang pinggul. Alhamdulillah last checkup hari tu, baby dah turun bawah.
  • Tali pusat bayi anda berada di bawah dan mungkin terlebih dahulu keluar sekiranya lapisan air ketuban bocor, ini boleh menyebabkan kematian bayi.Minta di jauhkanlah...
  • Puan pernah mengalami pembedahan pada rahim, mungkin kerana fibroid ataupun membaik pulih anatomi rahim yang abnormal bentuknya.Memang tak pernah
Risiko

Terdapat beberapa risiko berkaitan dengan induksi atau mana-mana kaedah untuk mencepatkan kelahiran.
Puan jangan bimbang, walaupun ada sedikit risiko tetapi kaedah-kaedah yang dipraktikkan di hospital adalah selamat.

Untuk pengetahuan puan, risiko-risiko yang mungkin berlaku adalah seperti:
  • Perubahan pada kadar degupan jantung bayi dalam kandungan.
  • Mungkin risiko jangkitan pada puan serta bayi di dalam kandungan.
  • Masalah yang berkait dengan tali pusat bayi seperti terhimpit, terkeluar dahulu semasa pecahnya air ketuban dan sebagainya.
  • Rangsangan berlebihan terhadap kontraksi rahim menyebabkan kekerapan kontraksi terlalu cepat dan terlampau kuat.
  • Pecahnya rahim.
Perlu ditegaskan pada puan sekiranya puan perlu melalui induksi atau kelahiran yang perlu dipercepatkan, pilihlah hospital atau pusat bersalin yang mempunyai kemudahan asas perbidanan yang boleh mengenal
pasti akan masalah yang mungkin akan terjadi lantas merujuk ke hospital yang lebih berkelengkapan untuk memastikan kesihatan puan serta bayi terjaga dan terurus.

Puan harus ingat yang setiap wanita mengandung walaupun nampaknya tidak berisiko, tetapi dalam masa sekelip mata, keadaan perbidanan boleh berubah dan mungkin memudaratkan nyawa ibu serta bayi yang penat lelah dikandung selama sembilan bulan lamanya.

Jangan takut untuk berbincang dengan doktor atau jururawat mengenai sebarang isu kandungan serta kesihatan puan.

baca dengan lebih lanjut di sini yerr 

esok malam... gie check up


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

23 April 2012

Kelahiran Induced or Caesarean

Induced or Caesarean


macam2 aku fikir sekarang ni... banyak yang aku baca pasal dua kelahiran induced & c-zer. aku kena sediakan mental dan emosi untuk menghadapi sebarang kemungkinan. takooot oooo... tapi tak sabar nak menunggu kelahiran baby...

sesapa yang minat, bleh baca kat sini yerr ni, aku dah copi pes.

Kebanyakkan dari wanita akan melahirkan secara semula jadi, tetapi segelintir daripanya mungkin memerlukan sedikit pertolongan. Mungkin disebabkan oleh lebih jangka lahir atau mengalami masalah perubatan yang memerlukan mereka melahirkan awal dari yang dijangka. Walauapapun sebabnya, sekiranya anda perlu menjalani ‘induced’ soalan yang kerap ditanya ialah, adakah ia menyakitkan? Apakah yang membezakannya dari kelahiran normal? Apa yang akan digunakan untuk ‘induced labour’ ini?

Kenapa perlu Induced?

Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada diluar rahim daripada didalam rahim. Sebab yang paling utama untuk induce ialah apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan. Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban.

Bagaimana untuk memulakan kontraksi?

Hormon yang menyebabkan rahim mengecut semasa kelahiran dipanggil oxytocin. Ia dihasilkan didalam kelenjar pada bahagian otak dan dikeluarkan kedalam darah melalui kelenjar pituitari. Bagaimana badan memulakan kontraksi rahim masih menjadi tanda-tanya walaupun setelah penyelidikan selama bertahun- tahun. Kita tahu yang banyak hormon yang terlibat dalam proses bersalin tetapi penyebab yang memulakan pengecutan rahim masih menjadi misteri.
Ubat oxytocin sudahpun dapat dihasilkan dimakmal dan tetapi ia hanya dapat diberikan secara intravena. Kepekatan oxytocin dengan mudah dapat dikawal dengan mengunakan alat kawalan atau pam intravena.



Apa itu oxytocin? errmmm baca kat sini yerr.. ianya sejenis hormon.?

Memecah selaput ketuban

Sekiranya kita cuma mengunakan oxytocin, kontraksi tidak akan berlaku dengan cepat kecuali apabila ketuban sudah pecah. Ia mungkin sedikit menyakitkan daripada memeriksaan faraj yang biasa, tetapi amat berkesan untuk menguatkan kontraksi. Kalau tidak dilakukan, proses bersalin tidak akan bermula dengan baik.

Semasa pemeriksaan faraj, satu alat yang dipanggil 'amniohook' akan digunakan untuk menebuk lubang kecil pada selaput ketuban, kemudian oxytocin akan dimulakan.

Apa itu amnionhook? ce mana rupanya?? ce mana nak guna? 

haaa.. ni le rupanya amnionhook







ni le cara nak guna dia















huhuhu macam ngeri jerr nengok ?

Tidak ‘Favourable’

Semasa hamil, pangkal rahim adalah tebal, panjang dan tertutup rapat. Ini menolong memastikan yang bayi lahir pada masa yang sesuai sahaja. Semasa cukup bulan, pangkal rahim akan secara perlahan-lahan menjadi lembut, pendek dan mula membuka. Itulah sebabnya anda semakin kerap mendapat kontraksi disaat-saat tempoh kelahiran. Pangkal rahim juga mengeluarkan sejenis hormon yang bernama prostaglandin yang boleh melembutkan lagi pangkal rahim.
Sekiranya anda sudah bersedia untuk di'induce' tetapi didapati pangkal rahim masih tebal dan tertutup anda mungkin akan diberikan ubat yang dipanggil prostin. Ini akan bertindak melembutkan pangkal rahim dan membuatkan ia sedikit terbuka supaya prosedur memecahkan ketuban dapat dibuat. Ubat ini akan dimasukan kedalam vagina dan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat.

Adakah lebih sakit apabila di 'Induced'?

Inilah soalan yang utama yang sering ditanya apabila wanita dinasihatkan menjalani 'induce'. Anda mungkin mendengar cerita yang kurang menyenangkan dari kawan atau saudara yang pernah menjalani 'induce'. 'induce' cuma menolong untuk memulakan proses bersalin jadi apabila wanita sudahpun dalam keadaan hendak bersalin, sakitnya sama sahaja dengan mereka yang bermula dengan cara semulajadi.
kelahiran pembedahan or aku senang sebut c-zer, baca kat sini yerr ni, aku dah copi pes. 

Pembedahan Caesarean

Pembedahan caesarean atau dikenali sebagai c-section adalah kaedah yang digunakan untuk melahirkan bayi secara pembedahan. Ia sering dilakukan sebagai pembedahan kecemasan apabila berlaku komplikasi semasa kelahiran bayi. Walaupun kelahiran secara normal lebih selamat untuk bayi dan ibu tetapi terdapat keadaan dimana melahirkan melalui c-section adalah lebih selamat dari kelahiran biasa.

Prosedur pembadahan

C-section dimulakan dengan doktor membuat hirisan pada bahagian ari-ari atas sedikit dari bulu pubis. Bayi anda akan dikeluarkan dari hirisan tersebut. Sebelum itu, doktor pakar bius akan memberikan spinal anaethesia dimana anda akan merasa kebas dari pusat kebawah. Abdomen anda akan dicuci dengan teliti dan pembedahan akan bermula sejurus selepas itu.

Selepas bayi lahir

Hidung dan mulutnya akan disedut untuk membuang lendir dan air ketuban yang belebihan. Tali pusat akan dipotong dan doktor akan mengeluarkan uri. Rahim kemudiannya akan di jahit diikuti dengan dinding perut.
Selepas pembedahan, anda dan bayi akan dipindahkan ke wad dimana anda akan di awasi dengan teliti selama 24 jam selepas pembedahan.

Komplikasi pembedahan Caesarean

Pembedahan c-section adalah pembedahan besar dan seperti mana pembedahan yang lain, mempunyai terdapat risiko-risikonya yang tersendiri.

Risiko terhadap bayi

  • Kelahiran pra-matang
  • Masalah pernafasan
  • Luka

Risiko terhadap ibu

  • Jangkitan kuman pada rahim dan organ yang berdekatan
  • Lebih kehilangan darah –dua kali ganda lebih dari bersalin biasa.
  • Usus kurang aktif- rasa kembung, tidak selesa berterusan sehingga berhari-hari.
  • Komplikasi pernafasan- jangkitan paru-paru terutama apabila pesakit diberikan bius keseluruhan.
  • Tinggal di hospital dengan lebih lama
  • Reaksi terhadap ubat bius
  • Luka pada organ berdekatan seperti pundi kencing dan usus
  • Darah beku pada kaki, organ pelvis dan paru-paru
  • Sakit bersalin yang lebih lama
  • Berisiko untuk pembedahan hysterectomy (pemebedahan buang rahim akan tumpah darah yang banyak)
  • Berisiko untuk placenta accreta pada kandungan akan datang.
mana satu yerr... sebab doktor dah siapkan tarikh untuk aku bersalin.. ari tu doktor bagi tahu aku boleh bersalin normal. errmm mudah2an aku dapat bersalin normal dan baby sihat sempurna begitu juga aku...

sekarang ni, apa yang penting aku kena bersedia dari segi mental dan emosi untuk menghadapinya.. latest date yang doktor bagi adalah 11-5-2012. pada week ke 37. due date aku bersalin adalah 30-11-2012 pada week ke 40. errmm mudah2an semuanya selamat.



 
 ....from kekwa22 with love....

 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

22 April 2012

Jom pi checkup

 pepagi ni.. aku dah siap2 nak gie spital. sebabnya hari ni kena check darah tinggi dan kencing manis. dua2 ujian ini untuk mencari sebab kenapa air ketuban aku berlebihan.. menurut doktor dan sumber2 len maybe air ketuban banyak di sebabkan oleh darah tinggi dan kencing manis

semalamam aku tak leh tido sebab dok pikir macam2 hal.. sebab bila banyak baca.. banyak le tahu kan.. bila banyak tahu.. mula la pikir macam2.. huhuhuhu..

bila pikir pasal kena minum air gula.. ngeri la plak.. masa kat klinik kerajaan, tengok org len minum air gula berkerut2 dahi nak habiskan. achik pun cakap air pula punya la manis tak hengat... nak habiskan pun tak lalu.. kak ngah pun citer nak muntah minum air gula... banyak tu kena minum... segelas besor...
 
 so, aku esok, ce mana la gamaknya... tak perr la demi 'adik' mama wat apa saja...

spt yang dah taw dah, pagi tu, sampai jerr spital terus jerr pi ambil darah.. untuk check kencing manis dan dan darah tinggi.semalam aku start puasa dari pukul 12am. sampai la pagi ni...dapat jerr result, alhamdulillah... darah tinggi tak ada.. tapi darah rendah. kencing manis 4.4. alhamdulillah...

so, aku kena minum air gula untuk second check. mula nampak macam air oren jerr.. bila minum jerr memang macam air oren.. errmm sedap la plak..

 aku dah taw dah air oren ni.. rupanya... air ni, memang manis.. sebab tu aku tak berapa suka..mujur kena minum air ni, kira ok la.. kalo kena air gula yang len.. huhuu harus pitam nak menghabiskan.moral of the story.. air ni, memang manis hingga boleh di gunakan untuk ujian kencing manis... huhuhu...

di sebabkan lagi 2 jam kena ambil darah semula, kami (aku, enche affa & mak) balik umah dulu.. armand tak berapa sihat.. badan dia panas semula.. kesian betul anak mama tu.. selalu sangat demam. masa aku datang semula ke KPMC, untuk check darah semula, bawa armand gie klinik KPMC. Alhamdulillah untuk second test ni, bacaan still sama 4.4. so.. aku tak de kencing manis dan darah tinggi.

Kesian Armand, dia demam lagi... demam2 pun kuat.. bila cakap nak gie soping, terus jerr nak gie... 

sempena sale kat sini la..... punya la jammed jalan.. sebab sangat2 ramai orang.. sampai tak leh parking.. enche affa dan armand dok dalam kete jerr... angah beratur nak bayo siap2 sebab punya la panjang barisan nak membayo nyerr... aku ngan mak jerr yang soping... memang la murah dan berbaloi.. sebab tu orang ramai tak hengat.. ni yang aku borong dan ada citer kelakar di sebaliknya... nanti2 la citer... jom nengok apa yang telah di borong...

 ....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

20 April 2012

Syukur Alhamdulillah


Semalm aku gie check-up untuk week 34. errmmm alhamdulillah uri bawah dah ternaik sikit. kalo dulu stage 3, sekarang dah stage 1. Alhamdulillah bila doktor kata boleh bersalin normal. syukur sangat2. 'Adik' tarik uri mama naik lagi tinggi yerr... anak mamakan baik.. tolong mama yer... Alhamdulillah.syukur pada Allah SWT. 'Adik' pun bukan main aktif lagi bergerak. sekarang ni, berat 'adik' 2.6kg. errmm dah besar dah tu...

 Bila doc bagi tahu yang air ketuban banyak punca perut aku sentiasa mengeras, aku dah cuak dah. huhuhuhu.. macam2 pikir... esok kena pi wat blood test. malam ni, dah kena puasa. errmmm mudah2an semuanya sihat dan tak ada apa masalah.


Kenali Air Ketuban.

Sifat Air Ketuban?
  • Lazimnya air ketuban bersifat jernih
  • Tidak berwarna atau hampir menyerupai air keruh,
  • Tidak pekat seperti lelehan faraj
  • Tidak berbau hancing seperti air kencing.
  • Ia bersifat cair dan jika terpecah akan membasahi seluar dalam seperti air kencing dan boleh meleleh menuruni kedua2 peha, lebih2 lagi apabila seseorang wanita itu berdiri selepas berbaring seketika (kesan daripada penakungan air ketuban di dalam faraj sewaktu berbaring).
  • Warnanya boleh bertukar menjadi kehijauan atau coklat jika bercampur najis janin.


Darimana air ketuban terhasil?
Air ketuban dihasilkan oleh kedua2, ibu dan kandungannya. Pada trimester ke-3 kehamilan, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban (membran amnion), kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin. Jumlah isipadu air ketuban diimbangai oleh penghasilannya dan juga pembuangannya ( melalui proses janin menelan dan serapan usus janin ke dalam aliran darah kembali kepada si ibu).
Kepentingan Air ketuban
Air ketuban mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim. Kepentingannya adalah sebagai medium untuk membantu  :
  • Menyerap kesan hentakan luar (trauma dalam kandungan),
  • Menyerap kesan himpitan (sekiranya berlaku pengecutan rahim dan sebgainya) dan
  • Menstabilkan suhu persekitarannya
  • Bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan daripada luar (Fungsi air ketuban dan selaput ketuban)


Mengapa air ketuban pecah?
Air ketuban boleh pecah sama ada dengan sendirinya atau melalui prosedur tertentu, perhatian dari doktor adalah perlu dalam kedua2 situasi ini. Antara penyebab kepada air ketuban pecah ialah :
  • Prosedur memecah air ketuban yg lazimnya dilakukan sewaktu sakit bersalin
  • Prosedur tertentu sewaktu hamil seperti amniosintesis (Namun kebiasaannya ia tidak disebut sebagai air ketuban pecah)
  • Berlebihan air ketuban dimana rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan didalamnya. Keadaan ini dinamakan polihidramnios.
  • Kelainan sifat tegar selaput ketuban atau sebaliknya menjadi lemah dan mudah bocor.
  • Terdapat pendapat berbeza sama ada jangkitan menyebabkan selaput ketuban lemah dan bocor ataupun sebaliknya, kebocoran selaput ketuban menyebabkan jangkitan.
Apakah risiko air ketuban pecah?
Risiko yg mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran (terutama kepada ibu yg mempunyai masalah polyhydramnios dan kedudukan janin yg tidak normal) ialah :
  • Tali pusat jatuh ke dalam faraj (Umbilical Cord prolapse) - boleh menyebabkan bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera yg akan diambil ialah melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi.
  • Uri Lekang ( abruption plasenta ) - Uri boleh melekang daripada perlekatan pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yg berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar, seperti dalam kes berlebihan air ketuban (polyhydramnios), dimana si ibu boleh mengalami kehilangan darah yg banyak serta boleh membahayakan keselamatan ibu dan janin.

Risiko lain yg boleh berlaku akibat air ketuban pecah ialah :
  • Jangkitan kuman (Chorioamnionitis) - Sekiranya air ketuban pecah melebihi 24 jam, kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin (melalui faraj) serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan ibu (sepsis)
  • Janin lemas akibat tali pusat terhimpit - Tali pusat akan mudah terhimpit sewaktu pengecutan rahim yg terjadi akibat daripada air ketuban pecah.
  • Kelahiran termasuk kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya termasuk, kesukaran pernafasan ( respiratory distress syndrome) , masalah usus ( necrotizing enterocolitis) , pendarahan otak ( intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).
  • Kematian sebelum lahir (Stillbirth)
  • Kedudukan janin kekal tidak normal -Ini kerana air ketuban memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Kekurangannya boleh menyebab kesukaran atau kegagalan janin membetulkan kedudukannya sendiri ataupun percubaan doktor membetulkan kedudukan janin menggunakan teknik external cephalic version (ECV)
  • Meconium aspiration syndrome - dimana kandungan air ketuban yg sedikit menyebabkan najis janin tidak mencair dan meninggikan risiko terhadap bayi sekiranya najis banayk memasuki ruang pernafasan.
  • Anggota kaki membengkak pada sendi buku lali akibat meringkuk/terhimpit (congenital talipes, ankylosis)
  • Gencatan pertumbuhan paru-paru (fetal lung hypoplasia)

Apakah Tindakan yg perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi air ketuban pecah?
Air ketuban yg keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesaki air ketuban keluar, segeralah berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya.

sumber kat sini yer
 baca lagi tentang air ketuban ni, kat sini..
sini pun ada

semalam doktor bagi tahu yang aku kena percepatkan kelahiran. errmmm.. aku terima jerr... doktor dah siap date dah... pada week ke 37. sakit or tak.. kena bersalin lerr.. means kena induce kan? ... errmmm apa-apalah... aku terima segala ketentuan dengan redha. Semoga segalanya di permudahkan...

baca kat sini tentang induce


 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”