03 June 2009

bosan aarr

wah bosannya.. tak tahu nak wat mende... live aku rasakan tak meriah langsung.. bangun pagi pukul 6am. gie keje kul 8.15am. pukul 6pm atau 7pm aku balik keje. then lepak kat umah.. esoknya cam tu jugak.. sampai la hari jumaat. sabtu & ahad berlainan skit aktiviti sebab kena gie kelas.

selalunya balik keje sampai jerr kat umah.. aku mula la rasa kekosongan. tak ada mende. kalau dulu aku rajin masak tapi sejak dapat sms dari dia, sampai la hari ni aku tak masak. ogie pun dah complain. tah la.. aku tak de mood nak masak. padahal aku memang suke masak. jarang dah kami dinner bertiga. entah lah sejak peristiwa tu rasa kosong.. balik umah aku tak tau nak buat apa. nak surfing internet.. errmm nak cari apa.. nak membaca artikel atau apa2 bahan media.. kat laman web, aku malas la plak nak explore. bukan malas apa tapi jiwa tu tak tenteram. jiwa kacau. tak ada semangat nak wat apa pun. nak tengok movie, ada banyak lagi yang aku belum tengok, tapi aku tak semangat tak de hati nak tengok sesemua tu.. aaarrgghh kenapa degn aku nih...

malam ni sepatutnya pi main badminton. tapi aku tak sihat lagi. batuk masih lagi berleluasa.. tu yang malas nak pi main badminton tu.. nanti jadi lagi teruk pulak. so aku pun melepak jerr kat umah.

aku ada assgmnt, tapi malas nak buat lagi. esok la baru aku finalize. bahan semua dah ada. group member aku memang la hampeh. langsung tak tanya pun nak kena buat apa. tapi kata dah berhenti keje.. sure ada banyak masa. tapi aku malas tanya sebab banyak alasan dia nanti. aku sampai dah muak dengan alasan2 yang di beri.

nak tido? ermm kalau aku tido time ni, sure pukul 3 pagi baru aku bangun.. so, time tu nak wat mende.. so.. dalam pukul 10.30 nanti aku tido la.. tapi aku dah makan ubat tido. terukkan? nak wat ce mana, aku terpaksa sebab kalau tak tido lagi la kepala ni memikirkan yang tah apa2.. bila tido.. tak de la pk. tu semua guna minda separuh sedar. entah la.. sampai bila nak macam ni aku pun tak tau..hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

....from kekwa22 with love....

Langkah tercipta

Langkah Tercipta
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

pagi ni aku dengar lagu ni... errmmm lagu untuk memotivasikan diriku.. kekadang rasanya semangat aku untuk mengharungi sesemua ni melayang macam tu jerr... bukan aku tak redha cuma aku takut aku tertewas dalam mengharungi cabaran dan dugaan dari yang Esa
....from kekwa22 with love....

02 June 2009

geram

kepala aku masih lagi blink2 hari ni. walaupun dah kurang demam. mujur kat office tak sejuk. selsema dan batuk pun dah berkurangan. Alhamdulillah. tapi kadang2 aku merasakan aku duduk dalam buaian jerr...

pagi tadi Mr Adi panggil aku pasal staf2 aku yang tak wat keje... aku pulak yang di salahkan bila diorang tak buat kerja. bukannya diaorang tak ada kerja, tapi malas dan suka bertangguh. aku pulak tak suka marah or push orang lain. bagi aku senang jer.. aku cakap sekali jer.. lepas tu pandai2 sendiri la. janji kerja tu siap.

sebab aku tak suka orang push aku. so, aku tak akan ulangi apa yang aku tak suka kalau orang lain buat kat aku... aku nak diaorang come out dgn idea diaorang sendiri. aku just bagi guide line jerr... kalau aku nak kena buat sesemua tu.. baik aku jerr jadi cam diaorang.. atau aku buat sendiri. kalau aku kena wat sendiri.. baik aku tak payah ada diaoramg semua. come on la semuanya dah matured. buat la macam dah matured. tapi bila sebab orang lain aku kena marah.. ni yang tak boleh jadi.. adakah aku kena transfer aku punya marah kat diaorang? eerrmmm its not me. aku bukan orang yang jenis cam tu. tapi geram tu ada aaarrr.. entah lah.., telan jerr la sesemua tu.........




....from kekwa22 with love....

01 June 2009

demam lagi

malam tadi tahap kesihatan makin merosot. sampai la ke pagi ni... kepala, tekak dan badan sakit sangat2. pukul 10 aku dah terlelap. tapi beberapa kali bangun sebab badan panas. susah betul nak bernafas. baru Allah bagi ujian sikit dah tak larat nak menghadapi. batuk pulak makin lama makin menyakitkan. bila dah batuk, kepala jadi lagi bertambah sakit. penatnya.. tadi pergi klinik. banyak ubat yang di beri. hari ni doktor bagi aku mc. dapat rest kat umah. aku baru jerr makan ubat yang mengantuk. hope aku boleh tido jap lagi. sakitnya kepala... sangat2...

pelik aarr kenapa dalam sakit2 ni aku teringat kat dia? aarrggghhhh... kenapa mesti dia? entah lah aku tak ada jawapan.

eerrmmm... biarlah aku rest puas2 hari ni...

....from kekwa22 with love....