27 April 2010

hujan sedunia

aku gie umah pak cu kat rawang. rasanya lebih 3 or 4 tahun aku tak gie umah pak cu. baik betul anak sedara dia yang sorang ni kan... sebabnya aku, kalo nak jumpe pak cu gie jj dah boleh jumpe. kekadang balik kampung memang pakat2 balik sesama. that why tak gie umah dia. dah besar dah alisya. last sekali aku tengok dia, baru boleh merangkak. tu masa last year kot. time man bertunang. aku jumpe diaorang kat umah pak ngah.

semalam, aku teringin sangat nak makan ikan bilis goreng. perrggh memang sedap makan dengan nasi panas2. kat umah pak cu pagi tadi, diorang buat nasi lemak then ada ikan bilis. errmm tercapai hasrat aku nak makan ikan bilis goreng. nasi lemak, kalo masak sendiri memang la sedap, lemak bercream & yummy.

masa makan tu, opah tanya aku soal2 berkaitan dengan aku dan diriku. ni bukan 1st time opah cakap. rasanya dah berkali kali dan berulang kali aku cakap. apa beza berkali kali dan berulang kali? hehhehe.. aku faham apa yang opah aku cakap. aku sedar ada benarnya. tapi, opah, pls understand me. pls pls pls. aarrgghh

aku tuko topik yang mak nak datang kl 1hb ni. bijak tak? aku bagi tahu nak bawak mak jenjalan kat kota bharu. nak taw opah aku cakap apa? 'orang dok risau ke dia sakit, baru lepas masuk hospital, yang dia senang2 nak pi berjalan, tu la dia' aku sengih jerr la.. nak cakap apa lagi. yang ni dah lama plan. tak kan nak kensel. hari tu g kinabalu dah kensel sbb aku konvo. so, yang ni tak leh kensel. aku bajet, kalo ada rezeki, every year nak bawak mak gie jalan. yang len len tu, boleh di adjust. sementara mak masih sihat & aku tak de commitment apa2.

opah cerita pasal mak wah. ermm kesian mak wah. dugaan dan ujian. harap dia tabah menghadapinya. pada aku, tu pengajaran yang perlu aku ambil iktibar. semoga menjadi pedoman di kala membuat keputusan.

kebetulan pak cu aku cuti hari ni, aku layan pak cu borak2. banyak la topik2 yang menjadi bahan. then bila pak cu tanya aku soalan cepu emas. jeng jeng jeng. aku tak bajet langsung dia akan tanya soklan tu or aku nak cakap kat dia pasal isu nih. tak de dalam agenda. aku rasa this is for the 1st time in my life, aku cakap dengan pak cu heart to heart. lama sangat2 isu nih hampir satu jam. pak cu is the 1st person agree with me & give an approval. Thanks GOD. aku rasa macam nak peluk2 jer pak cu aku, bukan sebab dia nyer approval, tapi sebab dia memahami aku. terharu sangat2. bergenang air mata. aku tak harap pun yang pak cu memahami aku sampai ke tahap tu. walau apa pun aku bersyukur kepada Ilahi kerana di kurniakan seorang bapa saudara yang baik. bukan pak cu jer aku juga ada pak ngah, cik mat & pak tam.

aku memang tak sangka langsung. thanks pak cu sebab memahami segalanya. aku benar2 rasa terharu. sangat2. thanks pak cu. di saat2 aku tak tahu nak buat apa, ada somebody yang memberi semangat. rasa macam nak rebah dah. jatuh tergolek. bukan setakat senget2 bahu.

masa nak balik tu, mak cik aka mertua pak cu cakap dengan aku. 'ina jangan susah hati ye.. nanti kat sana, mak cik doakan agar ina cepat dapat jodoh' aku senyum jer sambil ucap terima kasih. tu jerr yang aku mampu katakan.

tadi, aku teman kak norma makan. aku pun makan sama, ni my dinner tonight. kak norma makan nasi, tapi aku malas dah nak makan nasi. hari ni, dua kali aku makan nasi. sambil tu, entah macam mana mengimbau kenangan. apa tah cerita kak norma sampai membawa kepada satu kenangan yang cukup manis. aku harap ianya akan berulang tak lama lagi. betapa gembira dan lapangnya hati bila berada di sini. rasa tak nak balik. Baitullah. tak pernah termimpi yang aku akan menjejaki kaki kesini. Alhamdulillah dengan izin dariNya aku berhadapan dengan kiblat setiap muslim di muka bumi. bertawaf sebelum waktu zohor, selepas asar dan sesudah subuh berteleku di hadapan pintu Baitullah.

syukur ke hadrat Ilahi bila aku berpeluang besolat dan berdoa di tempat yang antara paling mustajab berdoa. Hijir Ismail. Bukan mudah mendapat peluang sebegini sebab di sini sangat2 ramai orang. Aku bersyukur kepada Allah. kerana memilih aku sebagai tetamu di Baitullah. rasanya aku masih ingat macam mana bau harum kelambu kaabah ni. errmm wanginya...
melakukan saie. perjalanan antara bukit safa dan marwah. walaupun aku tak dapat meletakkan tangan keatas batu hajar aswad ni, tapi aku bersyukur kerana aku dapat menyentuh silver plate yang menjadi bingkai hajar aswad. bertahalul selepas mengerjakan umrahsesemua kenangan manis tak mungkin aku lupakan seumur hidup. Ya Allah, Engkau berikanlah kesempatan padaku untuk menjadi tetamu di Baitullah. rinduku tak pernah padam untuk bertamu lagi.

malam ni, aku kena tegur ngan kak norma pasal mende alah ni. kak norma cakap dah seminggu lebih ni, makanan ruji aku. everytime. hari tu penuh, ni, tinggal sikit. sambil makan, kepala tah melayang kemana2. bila dia tanya aku, 'ina ada masalah ke?' pergghh soklan bonus dari kak norma.
entah. aku pun tak taw. tapi aku tak menafikan. sebab menguyah kuaci ni membuat aku leka. bukan bagi aku kenyang atau lapar.. tapi hanya membuatkan aku leka. sembil kepala aku.. berkelana mengembara.

malam ni, memang kantoi dengan kak norma. biasanya dia tengok aku selepas hujan turun atau tengah2 turun. tapi hari ni.. kak norma melepak kat bilik aku, tengok aku mendung jer.. bila dia tanya jer.. terus mencurah2 ujan. aku cakap semuanya. semuanya yang terbuku di dalam hati aku. everything. yang tak pernah aku luahkan kepada sesiapa yang bernama insan. tetapi Allah maha mengetahui segalanya.

king cakap aku ni,lagu baru dari saujana yang mendapat carta paling tinggi dalam ranking lagu2 yang aku suka di kala ni.

Nota Cinta - Saujana

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah





....from kekwa22 with love....

26 April 2010

aku yang sorang

hari ni awal aku bangun, tak de apa nak buat. for the 1st time pagi ni darah2 dari hidung kuar ikut tekak. ngeri tu.. tapi bukan darah segar. may be yang hujung2 dah. malas2 jerr kat umah.

dalam pukul 11am, aku gie umah pak ngah. sebabnya hari tu dah janji nak datang hari ni ambil barang2 aku. dah nak sampai umah pak ngah, aku pening. masa aku park kete aku nampak 811. lorr ada orang kat umah pak ngah nih. tak per la yeop jer.. aku sampai jerr kat umah, yeop sedap2 kena urut. dia sakit pinggang. pak ngah jerr ada. mak ngah gi klinik. betul cakap opah aku, 'pak ngah ni dah tua' hehehe.

yang aku heran bila yeop tanya aku, 'ina datang sorang je ke?' aku jawab la, 'sorang' selang 5 minit, dia tanya lagi, 'sorang je ke na?' aku jawab 'ye' then tak lama lepas pada tu dia tanya lagi, 'ko sorang jer?' kali ni aku tak jawab. dia nih ada nampak 2 orang ke? aku plak yang seram. or dia tanya ni ada maksud yang tersirat. yang mana satu aku tatau.

pak ngah citer yang, opah call pak ngah suruh surau kat umah pak ngah buat air yassin then bagi kat aku, supaya aku boleh minum & mudah2an cepat sembuh. rasa terharu & sebak sangat2. cucu kesayangan. aku buat keputusan tanak bagi tahu orang2 yang aku sayang sebab aku tak nak diorang risau. aku tak nak menyusahkan diorang. cukuplah dulu diorang penat membesarkan aku.

pak ngah tanya aku, mak marah tak aku tak bagi tau dia. mak tak cakap apa pun. tapi tak tau la plak kalo mak aku kecik ati. tapi aku rasa tak kot. sebab achik dah explain hari tu. 'ina cuma tanak mak risau, tu jer' aku tahu, semua orang di sekeliling aku, menyayangi aku. alhamdulillah. cukuplah kalau mereka tahu yang aku always ok. insya Allah aku tak akan melukakan hati mereka.

mak ngah citer kat aku yang may be opah dah ada kat umah pak cu, jaga anak pak cu. mertua pak cu nak gie umrah. 'opah jaga anak pak cu?' errmm opah jaga diorang ke, diorang jaga opah. yang tu aku tak berapa nak pasti.. ni yang aku tak berapa nak suka nih...

on the way balik umah, aku sakit kepala. cuaca tak berapa panas. tapi kenapa ya masih pening. pening yang sangat2. semalam drive jugak. drive yang paling lama selepas operate. tapi tak rasa pening. kenapa today pening plak. mujur jalan tak jammed. kenapa ya aku cenggini? kenapa aku masih pening? tak pernah rasa berkurang. masih sama macam sebelum operate dia nyer pening. why aarr? tah arr..

balik dari umah pak ngah aku tak wat apa pun. dok melepak jer.. just layan pening jer.. tu la yang mampu aku buat.

masuk hari ni, adik dah 2 hari warded kat spital parit buntar. aku tepon mak tadi tanya pasal adik. dah masuk air 5 botol setakat ni. keracunan makanan yang serius. tapi mak kata dah ok sikit dah. adik aku ni kan macam2. tu la.. tanak makan kat umah lagi.. ikut dan dia jerr.. mak pesan kat aku kalo ada masa, pi tengok opah kat umah pak cu. sebabnya opah dok risau pasal aku. kan betul tu.. tak per nanti opah aku tengok aku, baru dia taw yang aku ni ok. kan kan kan.

today aku dapat this frasa 'tak de harapan' for the 1st time. maka, berkumandanglah lagu ni.. eerrmmm taw pun.

Siapa yang rampas hatimu - Ukays

Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara

( korus )
Siapa Yang Rampas Cintamu
Sampai bila harus diri ku begini... oh kekasih
Sampai bila mesti kau dera hatiku
Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu
Sebelum kuserahkan cinta
Betapa... hancurnya hatiku

Siapa yang ganggu hatimu
Siapa yang rampas cintamu
Katakan padaku biarlah jelas segalanya
Siapa yang sedang kau sayang
Siapa yang sedang kau buru
Berterus teranglah dari kau terus menyiksaku









....from kekwa22 with love....

25 April 2010

bila dalam hati ada chenta



biasanya lepas subuh baru aku letak ubat, tapi pagi ni, memang tak boleh. hidung tersumbat sangat2. banyak juga la darah yang keluar. berketul2. cuma bukan darah segar macam dulu2 tu.

pagi, seawal 715am, aku dah terpacak kat tasik titiwangsa. lama gile dah tak datang tasik. rasa almost 2months or lebih kot tak gi tasik titiwangsa. jalan2 jerr tak jogging pun sebab kepala masih pening dan hidung sakit. cuma nak bagi berpeluh jer. pas tu aku termengah2. sebab nafas pendek2.

balik tu, breakfast dgn kak norma kat sebelah petronas. lama gak.. borak2 sambil dok perhati customer lain. makan2 & sembang2.

aku gi opis jap, amik document. anak2 buah aku, ot hari ni. sempat la beramah mesra dengan diorang.

hari ni, aku gie utm. gie library. lama giler aku tak g library. ada banyak perubahan PSZ UTM International Campus, berwajah baru. best2 bila aku ketemu buku yang aku cari. thanks ye.. king sebab tolong pinjamkan for me.

best kan bila orang yang kita sayang dapat luangkan masa untuk kita... memang best.. tapi kan kesian sangat2 bila aku tengok muka dia berkerut2. senget2 bahu dah.. berat oooo nak memikulnya. tapi itu adalah sebahagian realiti yang perlu di hadapi. sebahagian dari teorinya. practicalnya belum tahu lagi ce mana. adakah semudah yang di sangka?..

bukan mudah nak buat keputusan. aku pernah buat dua keputusan yang paling besar dalam diri aku. kesannya sangat besar dalam hidup aku. ianya merubah hampir keseluruhan kehidupan aku. kesan dan implikasinya aku masih lagi terasa hingga sekarang. sehingga aku takut untuk membuat keputusan lagi. cumanya.. boleh ke aku selamanya follow the wind. aku bukannya lalang. aku kena buat keputusan. entahlah! aku tak berani nak buat keputusan. macam2 dalam kepala aku ni. kalo aku keluarkan sesemuanya.. mau ada orang tertido berdengkur2. hahhaha..

sebab apa yee aku jadi sukar? sebab aku pernah melaluinya. sape nak pisang berbuah dua kali? tokei kebun pisang pun tak pernah mengharap cenggitu. aku takut sejarah mungkin berulang. bukan dengan dia jer.. dengan sesapa pun cenggitu. aku tak nak di sakiti lagi. sesemuanya. fizikal & mental. cukuplah sekali. cumanya aku tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. no body knows. Allah memgatur perjalanan hambaNYA. semua orang tak terdaya untuk menghalangnya.
DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. semoga aku tergolong diantara insan2 yang sabar.

lepas maghrib, aku gie k4 dengan kak norma. sejak dua menjak ni, aku memang suke menyakat kak norma . hehehe biasa la.. best2. tapi kekadang perkataan dia, bukan boleh agak sangat hammpeeehhh. ada jerr sambungan ayat yang lagi nak memeriah kan suasana. tak per.. ni la masanya.. bila hati berbunga2. aku tumpang gumbira. dalam hati ada chenta. akak kena dahulakan.. tak baik taw langkah bendul. hahhaha.

malam ni, aku dengan bangganya dapat menghabiskan.. apa err nak cakap, sebekas....salah tu, se tupperware, lagi la org tupperware marah sebab bukan brand diorang nih. apa nak kata aarr. cam nih jerr la. aku menghabiskan ice cream yang dok ada dalam ni. now you see, now you dont.giler nyer banyak bleh makan. dah dekat seminggu mengidam. hehhe. mujur tak muntah2. di nasihatkan.. agar sesaper jangan tiru perangai buruk aku nih. hehehe
masa tengah menaip ni.. lagu ni berkumandang. lagu nostalgia. zaman muda2. zaman yang begitu indah yang tak mampu berulang semula. masa tu.. ada bunga2 chenta yang berkembang mekar.. tu citer dulu..

Aku Cinta Padamu - Siti Nurhaliza

Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku tenang di samping mu

Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi



jom nyanyi sesama.. tapi rasanya sat lagi ujan turun.. hahhaha bukan boleh harap sangat ni..

maaf yerr king, bukan nak serabutkan minda.. cuma jom kita fikir sesama..






....from kekwa22 with love....

24 April 2010

Dalam Gerimis

malam tadi angah tido umah aku. saje jerr dia. nak melawat kakak dia nih. dia datang pun dah lewat dah dekat pukul 10pm. cam biasa, datang jerr terus cari tilam bantal. tu jerr la keje dia kalo datang umah aku kalo tak de mende yang dia nak baca. kalo ada sumthing yang dia baca, dia baca aarr.. kalo tak tengok tilam bantal jerr la.

pagi tadi angah tengok darah yang kuar dari hidung aku. dia siap tanya adakah pepagi jerr cenggini. baru tengok hari ni, aku dah tengok dekat 2 week dah. kekadang rasa biasa jerr. kekadang rasa ngeri gak. ni pun dah kurang. kalo masa balik kg hari tu, lagi la banyak. hope sikit hari lagi, bertambah ok la.

lepas angah balik tu, aku siap2 kemas2 barang2 hantaran man dan buat la apa yang patut. siap2kan semua, then bagi kat tuan dia. buat yang paling simple. sebabnya nak bawa jauh. nanti kalo tergolek2 langsung tak jadi cerita. memang la lambat lagi, tapi tak per aarr biar buat awal pastu pass kat tuan dia. ni hasil keras tangan aku hari ni.
nampak tak berseri la. tapi kak norma suke. dia kata klasik. alasannya, sebab dia pun klasik. hahha.. tah aarr.. memang la trend sekarang balck & silver. tapi siyesly kalo kaler itam tu, di tukar dengan kaler merah terang.. sure menarik. or royal blue. sebab feveret color aku. tak perr la asalkan tuan dia suke, no problem at all.

ni plak sagu gula melaka yang semalam tak jadi nak buat. so, hari ni meyampaikan hasrat yang tertangguh semalam.
kak norma ajak g pasar malam petang tadi. dia nak borong buah2an. cuaca mendung jer. mujur tak ujan. kalo ujan, kuyup la.

pak ndak & kak norma ni kan, kelakar abis. malam ni, pak ndak nak ajak kak norma dinner. ok la.. pak ndak dari tangkak, terus ke au2 then baru balik shah alam. then aku tanya kak norma, pak ndak tak datang lagi ke? kak norma cakap, pak ndak tanak amik kat umah dia malu, nanti orang nampak. dia suruh akak pi petronas. jumpe kat sana. aku cakap kat kak norma cenggini, akak jangan marah tau, ina nak gelak nih. terus jerr aku gelak. tah apa2 pak ndak ni. pak ndak ni memang poyo sejak dua menjak nih.. dan dan ni plak jadi pemalu. yang sesebelum ni dia datang amik kak norma kat umah, pagi, tengah hari, petang & malam, tak de plak istilah orang nampak la plak... kak norma tak terkata apa dah. dia layannnnnnnnnnn jerr. aku? aku tukang gelak jer.. best. tah arr.. aku terhibur.

Backstreet Boys - How Did I Fall In Love With You

Remember when, we never needed each other
The best of friends like
Sister and Brother
We understood, we'd never be,
Alone

Those days are gone, and I want you so much
The night is long and I need your touch
Don't know what to say
I never meant to feel this way
Don't want to be
Alone tonight

chorus:
What can I do, to make you mine
Falling so hard so fast this time
What did I say, what did you do?
How did I fall in love with you?

I hear your voice
And I start to tremble
Brings back the child that, I resemble

I cannot pretend, that we can still be friends
Don't want to be,
Alone tonight

chorus:
What can I do, to make you mine
Falling so hard so fast this time
What did I say, what did you do?
How did I fall in love with you?

Bridge:
Oh I want to say this right
And it has to be tonight
Just need you to know, oh yeah

I don't want to live this life
I don't want to say goodbye
With you I wanna spend
The rest of my life

chorus:
What can I do, to make you mine
Falling so hard so fast this time
What did I say, what did you do?
How did I fall in love with you?

What can I do, to make you mine
Falling so hard so fast this time
Everything's changed, we never knew

How did I fall, in love, with you?


....from kekwa22 with love....