if u want to read, just read. if u don't want, just leave. you are not welcome.
waahh tu dia mukaddimah. aku really means it okeh!. pls take note. tengah hari tadi lunch ngan king. rasa macam lama tak jumpe dia. ada la dalam seminggu kot. senyum lebar jerr.. tak de nampak macam sakit gigi. maklumlah gigi baru nak tumbuh. err mata plak cam ok jerr... yang pastinya memang dah sedia kecik dah. hahahha.. jangan marah. kalo marah, nanti kena jual
sekarang ni, aku malas nak balik lambat. at least 615pm aku dah bersantai2 dalam bilik dah. tak de nyer nak memerap kat opis. sebab line belum nak bz. cuma cable line jerr bz. so, ambillah kesempatan yang ada.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
ni aku tengah dok berangan nih, hahha. aktiviti yang tak mendatangkan hasil. tapi tak pe.. just mengisi masa lapang. my dream phone. kalo orang lain dok sibuk2 pasal iphone, blackberry ke.. aku tak peduli. sebab my dream phone is satio. hope one day will be mine. apa yang bestnya satio ni? gie aarr tgok dia nyer specs.meh sini nak kasi tahu. semalam ada orang musykil. kalo pic kat blog aku ni, kosong jer.. maknanya pics tu, not mine. kalo kat pic tu ada tulis www.melakarsenyuman.blogspot.com, tu, maknanya its mine. so simple.
adooiii.. macam2 aarr berlaku among suplier today. pening kepala aku nak handle. masing2 give me a good support. aku pulak tersepit. pesal la boleh kantoi.. ni yang hangin nih.
hari ni, selepas hampir 15 tahun segala apa yang berlaku dulu tersingkap. at least, masing2 tahu kisah sebenar. kitaorang open an old book & shared what happened for the last 15 years. hehhe. tak sangka plak. tak pernah imagine boleh bertemu semula. sekarang ni dia dah tau perkara sebenar & aku pun dah tau. sebabnya every day he keep ask me. bla bla bla bla.. apa lagi, last2 kongsi la cerita. kelakar pun ada.
ye ye ye malam ni aku nak pi main badminton. dekat 3 bulan dah tak g main. dah bersawang my racket. sawang? no la. just kidding. nak pegang pun tak berapa nak reti dah ni. sure cepat pancit nih.. apa2 pun.. nanti kita tengok.
di sebabkan nak main badminton malam ni, aku tak nak masak apa2. becoz kalo dah makan, confirm tak leh nak main. nanti balik kalo rasa nak makan, baru pikir. kalo tak, tunggu esok pagi.
masa kat opis tadi dok teringat nak wat pasta salad. sure best. ina, jangan dok berangan lagi.. jom jom pi main badminton.
mintak tolong pikir, bolehkah tali yang putus bersambung? dengan teknologi yang ada.. rasanya tak mustahil.
kat opis hari ni tak de la bz sangat. macam biasa jer.. suam2 kuku. sumer under control. biasa2 jer...
aku teringin nak masak sumthing petang ni. tapi aku tak tahu nak masak apa. dah lama dapo tak berasap. eehh ada asap ke? mana ada weeii. tengah hari tadi cadang nak buat puding chocolate. tapi bila dah petang2 cam ni.. rasa macam tak best la plak. cam nak tuko lain jerr.. tapi apa yerr nak di masak... penat dah pikir nih.
last2 aku jumpe this recepi. apple galatte. layan jerr la.. tapi aku dah adjust sikit dia nyer resepi sebab resepi asal ni, nampak tak menarik. hahaha. ske ati aku jerr. marah tuan punya resepi.. then aku letak nutmeg & cinnamon powder serta sedikit gula. masa tengah bake tu, sedap giler bau dia. wangi jerr..
masa aku kuarkan dari oven, ogie balik. dia jerit dari pintu depan, 'ina masak apa ni, wanginya bau' memang semerbak bau dia. haaa ni la bau apple galatte. senang giler nak buat. semudah ABC. pic kecik ni, dari resepi asal. mana lebih menarik. yang ori or yang aku nyer? masa nak tunggu apple galatte ni sejuk, aku buat chocolate syrup. sebabnya.. rasa macam lagi best kalo ada syrup. syrup yang paling senang nak buat adalah chocolate syrup la apa lagi..
mulanya nak wat apple syrup, tapi, lambat la plak.. kena masak2 nak kena bagi pekat la.. kena sejukkan lagi. lambat-lambat mana bleh tunggu.. dah la baunya mengancam. resepi asal tak de syrup2 ni. aku jerr yang memandai2 tokok tambah.
makan time. jom jom kita rasa.. ermmm best2. len kali boleh wat lagi. rangup & sweet sour. memang best makan dengan chocolate syrup. tak sia sia modified resepi. alhamdulillah. biasa ogie tak layan mende2 cam ni, tapi malam ni, dia terpesona dengan bau. hahaha. tak kenal maka tak cinta.
petang tadi, my boss ask me to buat kuih badak berendam kat dia. sebabnya dia suka kuih tu. nak tahu ce mana badak berendam?
cenggini la rupa dia. badak berendam. kalo nak tengok yang real, pi zoo negara. nanti kalo aku senang2 aku buat kuih tu. sebab nak cari fresh santan nak kena gie area2 petronas. aku malas nak gie area sana time2 balik kerja.
mana kak norma ni... tak sampai2 lagi dari jakarta bandung. aku dah rindu nih kat dia. kata balik hari ni. may be malam2 sikit baru sampai kot. kalo dia ada, baru la meriah.
jom layan lagu ni. best gak.. lagu jiwang. lagu yang tengah berkumandang sekarang ni...
Megulit Kenangan - Data
Masih berbunga cintaku ini Harum dalam kenangan Biarpun telah engkau calarkan... Kuntum-kuntum rindu
Masih berdarah lukaku ini Pedih menikam jiwa Simpulan cinta terlucut kini Menyapalah derita...
Bukanku mengungkit kisah lama Sekadar mengulit kenangan Kasih sayang yang kita semai Ketandusan...
Mengapa terjadi perpisahan Di kala aku memerlukan Secebis rindu menghias kamar Kegelapan...
Rela aku begini dan terus begini Merawati kelukaan... Semoga suatu hari ada sinar sang suria Menerangi..
Tiada guna ku tangis ratapi perpisahan Yang berlalu biarkanlah... Kerna aku percaya sebalik kedukaan Ada bahagia...
Masih berdarah lukaku ini Pedih menikam jiwa Simpulan cinta terlucut kini Menyapalah derita... Menyapalah derita..
malam ni, baru aku dapat idea nak connect my henpon to speaker. selama ni tak terfikir pun nak wat cenggitu. baru dapat idea. apa la.. dah berzaman. baru dapat idea. baru best nak dengar. personally aku rasa henpon nokia, walau pun specs dia bagi tahu stereo, sebab henpon ni xpress music. purposely untuk orang2 yang dengar music, tapi sony nyer henpon, walau pun bukan model start from w, dia nyer sound lebih best.. tapi wait a minute, bila sambung dgn aku nyer edifier, baru la mantap. boleh memekak malam2 cam ni. hahhaha...
malam ni, aku rindukan zaman2 dulu. saat yang tak mampu untuk berulang lagi. sentimental la pulak aku nih. semua orang melaluinya. setiap orang berbeza. dari pengalaman2 tu lah yang mencorakkan siapa diri kita sekarang ni.
aku di lahirkan dan di besarkan sebagai anak seorang petani. petani ni, seorang yang bercucuk tanam. berbakti kepada tanah. biasa la orang kampung.
ayah memang expert tapi mak mulanya bukan reti buat berbendang orang sana cakap. sebab ayah tak bagi mak gie bendang. hahahaha. tapi masa tu umah dgn bendang kira jauh arr. dekat2 4km kot. aku pun, berjaya menjejak kan kaki dalam bendang masa umur aku 11 tahun. tu kira kali pertama la tu. lagipun mak bukan berasal dari sini. tempat mak menoreh getah. tapi mak pun tak reti menoreh getah. bukan sebab mak anak bongsu, tapi sebab mak kena jaga adik2 dia.
masa mak mula2 nak belajar berbendang, selalu kena pot pet pot pet dengan ayah. sebab tak mengikut standard & kualiti yang ayah tetapkan. ayah memang cerewet. aku dan angah nak tolong pun kena halau balik. tapi bukannya nak tolong sangat, tapi nak main jerr yang lebih. hahhaha that why la kena marah.
time tu, tanam padi guna kuku kambing. aku tak taw kenapa di panggil kuku kambing. sebab kuku kambing yang ori pun aku tak pernah tengok. ni arr rupa dia kuku kambing yang di gunakan untuk tanam anak2 semaian padi. tapi tak de la sampai beukir2 cam yang ada rupa ikan tu. just macam coklat gelap tu jer. tapi kat umah dah tak simpan. kalo di simpan dah jadi barang antik dah. boleh hantar kat muzium.kalo time nak menanam anak2 padi tu, permandangan cam ni biasa la. biasa ayah & mak g bendang 8.30am sampai pukul 12pm. panas terik tu. kalo aku ngan angah pi bendang, paling lama boleh bertahan, sampai 9.30am jerr. tu pas tu terus kena halau balik. mak kata.. buat bising jerr. hahahha. tak dapek den nak nolong.kalo mak ngan ayah dok sibuk tanam padi, aku ngan angah sibuk gak. sibuk wat aktiviti nih. tapi biasa kena marah dgn ayah. sebab tangkap anak2 ikan. ikan tak dapat pun tak pe.. main biar lebih. hahahha. biasa la budak2. apa yang di larang, tu yang best di buat. kalo di suruh lagi la pulak, laju jerr... tapi, ni masa belum tanam pokok padi lagi la. sekarang dah tak de lah pemandangan cam ni.
seluas2 kat belakang umah tu, kena tanam. perrgghh penat tu.. lepas sebulan, ni la rupanya belakang umah ayah. masa nak tanam tu, kena make sure lurus. kalo tak ayah akan cabut balik. sebab tu dia tak suke kena wat keje dua kali. that why la dia cerewet. time ni just membaja, kalo ada rumput2 kena cabut. then kat atas batas mak akan tanam jagung, keledek, cili, tembikai, timun, labu kuning, timun betik dan tah apa2 lagi.
best arr time tu. hari2 boleh makan jagung. makan buah timun betik, letak gula & ais batu. perrgghh sedap2. sekarang ni, dah tak merasa dah. kalo balik kg, tanya mak, 'mak tak tanam jagung?' mak jawab 'kalo nak makan jagung, beli jer rm5, dapat 10 ketul, tu pun makan tak abis'. hahaha habis citer. bukan mak tak nak tanam, tapi kalo tanam, sape la nak makan. setakat mak ngan adik jer.. beli jer sorang 2 tongkol dah settle. senang dan mudah.
sekarang ni.. main tabur jerr biji2 padi. tak yah buat semaian dulu.main tabur jerr.. tumbuh ke, tak tumbuh ke, rapat ke, jarang ke, dalam barisan ke, tak ke.. semua tak amik peduli. kalo yang tak tumbuh, mak akan tanam dengan semaian. kalo tak, biar jerr lompang2. tapi mak tak biarkan lompang2 cam tu. dia akan tanam gak. membazir space jerr.
dulu2 kalo mak nak tanam jagung, aku la yang menyediakan anak2 jagung. sebabnya kena semai dulu pokok jagung ni. bila dah tinggi lebih kurang 5cm, kena cabut, then kena buang jagung yang melekat kat akarnya. kalo tak buang, hari ni pi tanam esok pokok akan mati, sebab tikus korek arr makan jagung yang lekat kat akar tu.. kekadang aku & angah yang pi tanam pokok jagung. bab tanam pokok jagung ayah tak kisah, asalkan jarak pokok tu sekaki. tapi ayah tetap bising kalo korek lubang semaian guna parang. walaupun guna parang yang tumpul tak boleh nak kerat apa menda pun. dia takut, anak2 dia ni accidentally berlaku apa2. kena tuko guna kayu jerr... aaarrgghh rindunya pada ayah. al fatihah. kenangan yang tak mungkin akan berulang lagi.
masa nak tunggu padi masak, aktiviti ni paling best. tangkap ikan. time ni, ikan dah beso. best ooo.. time time nih. ikan tak dapat pun tak apa. janji boleh terjun. hahaha. tapi kalo ada ikan kat kaki, aku biasanya takut nak tangkap. tapi angah, dia berani tangkap. hahaha. apa punya along daaa. kalo guna sauk aku berani. kalo dengan tangan, time ikan mengelurur, aku yang terkejut. hahha. kat dalam bendang mana ada ular. kat tempat aku nih memang tak pernah jumpe ular. tapi tak tau la bendang2 kat tempat lain. lintah pun tak ada. tapi pacat ada la. pacat? tak heran pun.. sebab bukan selalu jumpe. tapi kalo dok sebut pacat pacat pacat. dia datang la. dah panggil dia.. dia datang la. kalo tanak jumpe dia, jangan sebut or panggil. tak akan jumpe punya.
kalo pacat yang dah besar macam ni, aku memang geli. biasanya pacat yang belum hisap darah kecik & kurus2 jer.. that why kureng sikit geli dia. tapi pacat ni, kalo dia dah kenyang hisap darah, dia akan jatuh dari tubuh badan. dah memang lumrah alam dia cam tu. setiap sesuatu yang Allah jadikan ada tujuannya. dia pun makhluk jugak. jangan la terover acting geli yang sampai orang lain menyampah. sape yang over acting depan aku, aku amik sekor, letak atas lengan dia, baru padan muka. pernah ke aku buat macam tu? pernah. padan dengan muka. melampau2 kekadang tu berlakon jerr lebih. kalo geli sikit2 boleh jer... jangan hina okeh! dia pun makluk tuhan. dia pun ada tempat di muka bumi ni. ada hikmah Allah jadikan. ala.. setakat kena gigit sekor, tak luak pun.
antara ikan yang biasa jumpe lepas 3 bulan, baru padi masak. biasanya time ni, cuaca panas. tapi memang elok pun cuaca panas sebab buah padi kering. tak de la masa nak jual nanti berat padi basah tu, melampau sangat orang yang beli padi tu kira. main hantam saja.. nak untung lebih...
bila padi dah masak, kena la sabit. cenggini aarrr suasana keje2 menyabit padi.ni pulak tool yang digunakan. weeii tajam ooo. kalo kena tangan boleh putus. biasanya jari kelingking la kalo nak kena pun. alhamdulillah aku tak pernah kena.lepas dah sabit, pokok2 padi tu, kena plak leraikan buah2. cam ni cara dia. biasanya keje2 ni orang laki yang buat. namanya memukul.ni plak, cara lain nak ambil buah padi. aku rasa cari ni paling lambat tahap dewa. hahahaha. namanya mengetam padi. cam ni cara nak pegang ketam padi. ayah pernah tunjukkan cara nak pegang. tapi tak bagi menggunakannya.kena jari ni, boleh putus. tapi mende ni dah tak ada dah. dah masuk muzium. tak de company yang nak supply. dah tak de sape nak guna. tapi, kat dalam muzium ada ke tak pun aku tak tau.
tapi sekarang ni.. mana ada dah mende2 ni sumer. dah tuko guna mesin. rasanya kalo kat belakang umah mak, 2 jam, settle semuanya. licin. lepas semua pokok2 padi dah clear, ni plak aktiviti aku petang2. biasanya pukul 5 akan siap2 making layang2. kekadang buat layang2 tak menjadi. tak leh terbang. berat sebelah la. apa la. biasanya benang buat jala ayah akan kena rembat. hahhaha.
sebab kalo guna benang, halus sangat, mudah putus. tapi kalo guna benang yang ayah buat jala, ok la.. tak putus. boleh naik tinggi sampai habis benang. angin pun kuat. tapi make sure jangan kantoi dgn ayah. tapi kalo benang tu kusut, memang la sakit hati. mesti kantoi nyer... weii mana ada orang main layang2 guna tali rafia la. then bila dah teduh baru boleh gi main kat dalam bendang. time ni tanah dah keras. main sampai mak jerit suruh balik mandi.
masa ayah dah tak ada, macam2 aku fikir. boleh ke mak handle. sebab masa tu mana ada sesapa kat kampung. sedara mara pun tak de. aku kat kl, angah & achik kat puo, abang lim time tu from 3. adik jerr masih sekolah rendah. orang2 kampung ni, semangat assabiyah dia len sket. walaupun dah bertahun tinggal kat situ, kitaorang still orang luar. mak pulak mana biasa menguruskan hal2 baja kat peladang, racun lagi, subsidi lagi. urusan2 pejabat tanah & zakat tanaman. sebelum tu, semua ayah yang buat. mak tak ambil tahu pun. tetiba jerr sesemua tu terbeban atas bahu mak. aku tau masa tu its a hard time. aku pulak jarang balik kampung. kesian mak.
sekarang ni, mei 2010, lebih kurang cam ni pemandangan belakang umah mak anak2 padi yang baru nak membesar. aku rasa masa bulan puasa ni, padi akan masak.
pesal aku citer pasal bab ni plak malam ni.. tah aarr bukan apa terkenang semasa dulu. zaman yang tak payah pikir perkara2 yang berat2. masalah2 negara & dunia belum muncul.
ni citer2 kat kampung umah mak. kalo balik kampung umah opah, lain pulak ceritanya. sebab bentuk muka bumi tak sama dengan kat umah mak. nanti kalo aku rajin, aku buat part 2. kikikiki
Ayah & Ibu - Sudirman
Ayah dan ibu Itulah permulaan kami Dapatlah melihat bulan dan Matahari Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai... Ayah dan ibu lah Mesti dihormati
Ayah dan ibu Wali dan juga keramat Pada mereka kita beri hormat Ahai... Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat Supaya hidup Supaya hidup kita akan selamat
sedih aarr lagu ni...
ni, aku tengah hangin ngan zahari ni. tengah hari tadi dia cakap nak datang kul 6pm. so, aku pun balik la awal hari ni. aku redah la hujan yang tak berapa lebat tu dengan payung. sebab dia nak datang. last2 masa aku tengah landing baik punya, si zahari ni call, 'na, aku ada kat depan ni, bukak pintu, aku nak check bilik ko' masa tu dekat pukul 7.15pm. dia ni kan datang time2 ni. tapi rumah dia kan... so, datang la... aku gak yang komplain tengah hari tadi. tapi bukan aku suruh dia datang time nih. aku suruh dia datang pukul 6pm tadi. aku, siap pesan kat ogie balik awal lagi.
dah tak pasal2 aku kena pakai pakaian yang proper. masa kat depan pintu tu, dia tanya aku, ko nak keluar ke na maghrib2 ni? ewah2 perli aku.. tak sayang mulut betul. aku cepuk laju2 karang. nak kena jugak zahari ni. yang dia tu datang umah maghrib2 tak pe. tak kan aku nak buka pintu dengan pakaian yang tak berapa nak cukup tu.
aku bukan hangin sangat dia datang time ni, tapi aku hangin sebab selambe giler si zahari ni bukak almari aku yang ke semuanya berisi pakaian2 dalam jerrr. si zahari ni, walau pun umur dia dah 50 lebih tapi gatal boleh tahan gak. ala.. bini dia pun ada gak. tapi tak sama maaa.. hahhaha. bukan dia saja2 nak bukak, tapi dia nak check mana tau kalo ada anai2. aku gak yang bagi tahu kat dia ada anai2 tengah hari tadi.
tapi bengang tetap la bengang. segan siooot. aarrgghh sebab dia bawak kawan dia yang baya2 pak cu. aku, dok atas katil jerr memerhatikan diorang check. aku dok doa jgn la bukak pintu almari tu depan mata aku. kalo aku tak nampak tak pe. tapi doa aku tak makbul. diorang bukak. bbeeennggooonngg betul. bukak seluas2 alam depan mata aku pulak tu... let imagine.. kalo aku tak nampak tak pe la jugak. aaarrggghhhh. pastu member tu, senyum sengih kat aku.. mana aku tak bengang.. tapi sebenarnya malu yang lebih. hahahaha. pulak tu, lampu kat bilik aku ni, pada diorang, tak cukup cerah kot, sampai kena guna torch light pulak. aku tak tau sama ada mata mamat tu, tengok setakat overall apa yang ada ke, or dia dah focus apa2. aarrgghhhhh.
masa member tu nak kuar umah dgn si zahari, dok senyum sengih sambil menyakat aku, ogie plak tak kuar dari bilik. aku jerr ken entertain. mamat tu, tetiba plak jadi peramah siap suruh aku gi melawati lagi. senyum sengih. err.. may be mamat tu tak de apa2 aku plak yang lebih. sebab aku segan okeh!.. bengang sioott. dalam hati cakap.. pi la balik cepat2.
pesal aku hangin sangat ni.. biasa la.. mende2 tu. tapi, masalahnya... aarggghhhh hanya aku jerr yang taw. hahahhahaha. aku citer kat ogie, bukan dia nak simpati kat aku, tapi dia lagi gelak okeh. tak leh harap langsung. moral of the story, aku benganggggg. bodoh! bodoh! boddooohh.
hari ni planning nak gie jogging tak menjadi. sebabnya lepas subuh aku tido. 8.30am baru bangun. tu pun sebab panas terik. semalam almost 2am masih berjaga lagi.
lepas dah mandi, badan segar, mata pun dah layu2. sebab tak de la rasa selesa macam sebelumnya. tapi rancangan aku nak tengok movie tak menjadi. tu arr aku ni hanya mampu merancang. baru buat rancangan tak sampai 30 minit, dah tak menjadi... mana tak nya abang kay muncul kat skrin. sessi berborak dengan abang kay la jawabnya. tak de la lama sangat borak ngan dia.
pagi ni just lipat kain yang aku basuh semalam, then main game. then sambung layan tengok drama. nice gak citer ni. citer pasal reporter. tu yang dok melayan.. jer. tak kuar umah pun hari ni. belum melintasi pintu depan pun. esok kot baru kuar.
tak de selera nak makan apa today. dont have any idea nak masak or nak makan apa. tak berselera langsung nak makan. ni jer la sekotak. wah malam ni i fall in love. fall in love with this guy. aku suke character dia. charming, nice, romantic, caring & lovely.. tapi paling aku suke sebab dia manja. waahhh so sweeeettt. mmuuuaahhh. waah ina, over acting la pulak. hahhahahwahh i m falling in love with this guy
bomyeon na heundeullyeoyo ije geudae eobsin nado eomneun geojyo na geudaewa hamkke haedo doelkkayo
...........
I'm proud of you came to the door to my heart I would blow my mind, the exterior was tried I can not believe I keep my heart feel loose
What do I do now, I can not stop my heart beating Go thou not turn a blind eye shimmer What do I do this because of you my heart I'm crying laughing Now, without you I do not Would you mind if I'm with you
You'll see me stare My heart is hot It's waiting for me several times a day I can not believe I keep my heart feel loose
Allow me now just like this happens I'm gonna do It's only you I miss the overlook What do I see only you in my heart that I feel loose Now, without you I do not Would you mind if I'm with you
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."