12 August 2010

jangan datang lagi..

hari ni tak sama macam semalam dan semalam tak sama macam esok. sesemua tu lumrah. sedangkan air laut ada pasang surutnya, inikan pula kita as a human being.

aku? aku ok jerr always ok. insya Allah. hopefully. mudah-mudahan...

hari ni, tah pesal tetiba jerr hari ni ada orang gatal conteng jari2 aku masa tengah menaip. habis comot dengan dakwat pen. errmmm... sebelum hari ni, hanya ada sorang insan jerr yang wat perangai cam tu. sangat2 rajin menconteng jari2 yang tengah menulis. kenapa yee... masih segar di ingatan. aktiviti yang sama di dalam situasi yang berbeza. siiohh! siiooh! tanak layan... karang ujan makin lebat.. pergi jejauh.. plsss plss gie jejauh.. tak datang langsung pun tak pe.. aku lagi suke dan bahagia.

aaarrrhhhhhhggg gggeee ggeee.. banyak betul cable low hari ni.. mana pernah cam ni... tulun tulun.. aarrgghhhh.. tensi tensi. aku ingat hari ni hari rabu. celik jerr mata ingat hari ni rabu... rupanya dah khamis...

ni rezeki kami seisi rumah hari ni.

sayo campo..
sumer aku campo.. err dah namanya campo kan... hehehhe cumanya kat umah ni dah kepupusan sayur berdaun. ingat tadi nak tambah dengan kobis tapi rasa macam dah banyak sangat pulak.. tak bek ooo tamak2

ni pulak paprik ayam. lama betul tak wat paprik..
bahannya
1/2 ekor ayam yang di potong gaya bebas,
5 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tamoto
3 sudu besar sos cili
5 helai daun limau
2 batang serai
cili secukupnya
3 ulas bawang putih
1 labu bawang beso
1 biji tamoto di potong 6 bahagian
2cm halia
1 cawan air untuk kuah
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis.
5 urat kacang panjang di potong
1 batang carrot di potong nipis

kekdahnya
perap ayam dengan sos tiram selama setengah jam dan ketepikan. wat le ce mana pun asalkan bawang beso, bawang putih, halia dan cili tu hancur lebur. panas minyak dan tumis semua bahan2 yang hancur tu sehingga garing dan naik bau. masukkan daun limau serta serai. biarkan hingga naik bau.. tambahkan air dan ayam. biarkan mereneh dgn api perlahan. bila dah cukup masak.. tutup api, masukkan tomato, kacang panjang dan carrot. gaul rata dan tutup periuk rapat2...
ni jerr la yang aku masak hari ni.. sebagai pencuci mulut, puding karamel semalam ada lagi... so yang tu jerr la.. esok2 baru wat len..

masa kat masjid tadi, ujan renyai2.. tah pesal tah.. touching semacam jerrr.. pulak tu hari ni solat ket tempat lain2. aku, ogie & kak norma solat di tempat berasingan. mak cik siti pun sama jauh gak.. mak cik siti mmg tak heran kalo ujan turun tiba2. dia dah biasa dah.

benci aaarrr ... tolong la gie jejauh... tanak aarr touching2.. dah letih dah. pergi la jejauh.. dah penat dah... penat sangat2. jangan datang lagi.. pls pls pls.

Salam Terakhir - Sudirman

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir








....from kekwa22 with love....

11 August 2010

indahnya ramadhan

best2 bila hari ni dah mula berpuasa.. satu dunia akan berpuasa pada bulan ramadhan.
pelik aarr project dah abis, tapi aku still bz.. apakah yang membuatkan aku bz? oowwhh kan line satu lagi tengah bz.. errr lupa.. patut pun aku dok pk.. naper aku bz.. wakakak.. poyo betul.. ingat dah abis tadi.. pagi tadi aku bg tahu kat ogie, kalo ada sesapa yang pasang lagu raya hari ni, nahas dengan aku..
bila dah puasa ni.. mula la fenin2. becoz tatau nak masak apa. tak de idea. lagi pun aku bukan reti masak.. kalo aku reti.. weeii tak yah la fenin2.. pikir nak masak apa?.. nak cari resepi kat mana? seswai ke tak dengan tekak seisi rumah.. kalo aku cam chef2 tu.. sumer dok ada dalam kepala jerr... zassss jerr sumer settle. pergi pasar ramadhan? errrr tak kot..

idris dah siap2 ajak buke pose kat hotel2.. banyak yang buffet yang less 50%. tapi aku rasa macam malas jerr nak join. sebabnya kalo buffet tu adalah makanan kampung or masakan melayu.. yang aku reti masak.. tak nak la.. menu dia yang pi mai pi mai tang tu lebih kurang sama jer... aku ingat antara yang best berbuke kat garden , dia nyer seafood. marbeles weeiii... marbeles.

alhamdulillah hari ni murah lagi rezeki. kali ni doc pulak bagi kurma. maknanya kat umah ni ada 2 kotak lagi kurma. aku nyer 1 dan ogie nyer 1.
total kurma setakat ni ada 5 kotak. alhamdulillah rezeki di bulan ramadhan. so, lepas ni kalo menu aku ada yang berasaskan kurma, faham2 jerr la... sebab stock banyak kat umah ni...

balik dari opis, aku ngan ogie gie soping dulu kat jj. beli barang2 nak masak. beli ikan2 jer.. dan sikit2 sayo. esok2 dah tak yah gie dah. sampai umah dah pukul 6pm. maka bermulalah episode kecah2.. hahhaha

alhamdulillah, ni menu kitaorang seisi umah
kari ikan bawal. ni yang rancangan tergendala hari tu.. maka sudah di laksanakan pada hari ni. bestkan makan nasi, kuah kari campur kicap.. heaven tu....

ni pulak, asam pedas keladi.
kali ni memang tak pedas. so, boleh lah makan dengan aman damai.

ni sebagai pelengkap majlis.

dan diikuti dengan puding karamel
pelik aarr aku ni, kalo tak bulan pose, atau kalo aku pose di bulan2 yang tak pose, tak teringat langsung nak wat puding yang senang giler nak wat.. tapi kalo di bulan ramadhan.. terus jerr menjadi topik. best aarr puding karamel.. i like it.

jom jom share ce mana nak wat puding ni.

bahannya
4 biji telur
secubit garam
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu sejat
2 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan air panas
sedikit butter/majerin or apa2 jerr nak lanser pan

kekdahnya

hanguskan gula pasir hingga perang. masukkan air panas sedikit demi sedikit. kalo tak.. nanti dia keras.. aku tak tahu.. bukan senang nak hanguskan gula tau.. kalo dia keras.. langsung tak jadi gula hangus.. tapi terus jadi gula batu. lepas dah letak air tu, kacau hingga sebati.

pukul telur perlahan, masukkan garam dan esen vanila. kalo tak de esen vanila.. lupakan sekejap nak wat puding caramel ni.. sebab nanti tak tahan pulak bau telur dia ada macam hanyir sikit. esen vanila tu nak hilangkan bau telur tu.

dalam bekas lain, bancuh tepung kastad dengan susu. kacau hingga sebati. campurkan bancuhan telur ke dalam susu. kacau hingga sebati.

lanserkan pan dengan butter. biar letak tebal sikit sebab takut lekat. aku guna loyang yang biasa jerr.. kalo guna yang cake nyer.. abis la tumpah ehh bukan tumpah tapi meleleh becoz bancuhan ni sangat2 cair.

masukkan 1/2 gula hangus dalam loyang. masukkan campuran telur dan susu. kukus hingga masak. nak tahu masak ke tak.. dari cair dah jadi beku lerrr... bila dah sejuk, kuarkan dari pan dan tuang baki gula hangus ke dalam bekas.. sedia untuk di makan... tada....
nyum nyum nyum

kalo kat pasar ramadhan dia jual sepotong 2 henget. dan susu dah di cairkan, so, tak de la rasa lemak berkrim. kekadang letak tepung banyak.. so, dia nyer rasa tak semewah yang ni... biasa la jangan salahkan diorang... diorang tu menega ok.. menega.. kalo wat macam makan kat umah.. rugi aarr... so, moral of the story, wat la sendiri puding karamel yang senang giler nak wat nih.

masa time berbuka.. lepas jerr selesai baca doa berbuke, sure makan kurma dulu kan.. ikut sunnah nabi.. tengah2 mengunyah kurma, kak norma cakap cam ni, 'lagi 29 hari lagi nak raya' adooii.. mujur aku tak tertelan biji kurma.. yang ogie pulak dah tersedak2 dah.. che norma ni, kalo nak wat lawak, jangan aarr saat ni.. kalo jadi apa2 or tak sempat menikmati juadah berbuke, che norma la yang bertanggungjawab.

seharian hari ni bz. tapi dalam dok bz2 cam tu boleh touching pulak.. puas aarr pujuk hati.. tah aarr.. pelik aarr... tak perr may be bz nak wat chapter 2 pulak. tak perr terus kan usaha... go go go.. sedih sikit jer.. bila dapat ubat.. ok aarr kan kan kan..

alhamdulillah.. episode berbuke puasa sensorang dah berlalu. kalo buke sensorang sure ada peneman. mula la terlayar di ruang mata dan minda... entah la.. bila la sesemua tu boleh ilang. alhamdulillah semuanya bertambah meriah. kekadang tu, still rasa sedih. biasala semua orang di kurniakan hati dan perasaan.. kekadang aku tak mampu menolak bila kenangan2 tu menjelma.. kekadang tu, tepis2 manja pun dah hilang... its depands to ramalan kaji cuaca. entah la.. i dun no. mudah2an ramadhan ni memberi keceriaan dan kebahagiaan dalam hidup aku... ameeen

best aarr terawih malam ni.. di buai perasaan dengan alunan suara merdu imam. errmm terdengar2 jerr kemerduan suara beliau mengalunkan ayat2 suci al-quran. ramai betul org kat masjid malam ni..

waahh malam ni nyer berita.. yang saman2 trafic tu.. tak yah bayo.. mulai bulan ni sampai feb next year. yes yes yes.. selamat. tapi bukan selamat selamanya. lepas pada tu kena bayo semula.. tapi.. at least lega weeiii.. hahha.. masa merempit tak ingat dunia tak sedar diri.






....from kekwa22 with love....

10 August 2010

Salam 1 Ramadhan

petang tadi tah ce mana aku boleh layan tv plak. suke betul aku tengok budak kecik tu.. ni dialog petang tadi

mia : tadi mia nampak cikgu siti menangis. kenapa cikgu siti menangis?
cikgu siti : cikgu tak nangis la sayang, mata cikgu masuk habuk. (pada hal tengah drive tu, rupanya dalam kete dia pun banyak habuk jugak)

then aku teringat la saat mata 'cikgu' masuk habuk hari tu... kalo teringat yang tu.. terus mata aku pun masuk habuk jugak. kenapa ye... entah la ce mana nanti aku tak tahu. tapi sedih weeii sedih sangat2. tah aarr tak tahu nak pk cemana

salam ramadhan buat semua... semoga ramadhan kali ini akan membawa sinar kebahagiaan buat kita semua.. terima kasih ya Allah kerana ber aku kesempatan untuk bertemu lagi ramadhan.

ni rezeki umah no 25. kan aku dah kata.. tak yah beli kurma.. nanti dapat jerrr.. 3 box ni.. rasanya sampai lepas raya pun ada lagi..
siap ada logo felcra lagi nih

dan yang nih
malam ni kami bertiga gi masjid. mak cik siti suke betul dgn kehadiran kami bertiga. tapi paling teruk aku le kena smash. tak leh nak tepis2 lagi... rasanya sejak kuar dari spital, aku tak gi masjid. padan le muke aku... terima jerr la.. tu la.. liat lagi nak gie masjid.

dah ada lcd 42 kot.. kat bahagian belakang.. memang nampak clean & clear imam kat depan... wahh memang aku ni ketinggalan zaman. sebabnya mak cik siti kata dah la a dah pasang.. tu la.. rajin sangat g masjid... masa datang tu tak perasan. masa nak balik baru perasan. sebab everytime aku sure kat saf depan sekali bahagian pompuan la... hehhe

alhamdulillah imam yang aku admire last year, still maintain. sebelum di umumkan, aku siap2 tanya mak cik siti lagi sape gerangan iman solat terawih. hhehehe... nampaknya chentaku subur kembali dengan suara nyaring lagi mendayu imam arif ke alif tah nama dia.. errr tak ingat la plak... ramai jugak orang hari ni.. may be esok lagi ramai.. mudah-mudahan.

balik dari solat terwih dah pukul 11 pm. perut pun lapo. ni jerr yang sempat untuk malam nih
aarrgghh ngantoknya...

selamat bersahur..

sebelum tu jangan lupa niat puasa... satu niat untuk puasa sebulan dan 1 lagi niat esok hari,..

gudnite





....from kekwa22 with love....

09 August 2010

kubang badak?

bz aarr kat opis hari ni sangat2. macam2. wawawawawa.. sakit tekak...

ni from pak ndak with love,
diikuti dengan
serta
sejak dua menjak ni, nama paling popular ialah pak cik nan. mulanya sejak malam wat roti tu... 'na, kita bagi pak cik nan roti ni', 'nanti akak hantar kat pak cik nan sikit', 'na, kita bagi pak cik nan la', & yang sewaktu dengannya.. malam ni pun dok sebut berapa kali dah... aku rasa.. sure pak cik nan tersedak sampai batuk2 apa.. sebab namanya sentiasa menjadi sebutan.

masalahnya kat umah tu.. bukan pak cik nan sorang jerr.. ada kak faridah, ada mima dan din. tapi paling popular dalam carta ialah pak cik nan. masalah orang2 dalam umah ni, dia masak apa pun, sure nak share ngan pak cik nan. may be sebab paling mesra alam adalah pak cik nan. lepas hantar buah, ubi & terung kat pak cik nan kak norma cakap.. kita ni.. apa2 sikit pak cik nan.. tu jerr la jiran yang ada. yang selalu dok amik kesah hal2 orang2 kat umah ni..

ni, kak norma request. dia cakap macam ni, 'na, goreng sayo ni macam yang ina goreng dulu' maka ni le hasilnya. 'goreng yang macam dulu' nama dia.

then our dinner. lasagna. kekdahnya cam dulu jugak. che norma cakap 'che ina ni, nak membesarkan che norma jerr'
banyak giler guna cheese untuk lasagna ni. sebabnya nak abiskan semua stock yang ada. nanti bulan puasa, tak denya nak masak cam ni.. standard buke puasa ialah masak nasi. kalo dok simpan nanti rosak cam tu jer.. so, moral of the story kena guna pakai la...

yang ogie plak makan lasagna dengan nasi.. eerrr suke ati ko la ogie... asalkan ko bahagia..

ni pulak..eeelleehh macam tak biasa..

stock kuaci ada banyak lagi nih.. setengah balang beso.. nanti kalo terlupa ce mana.. sedap jerr melayan kuaci.. maknanya.. kena letak kat dapo. kalo tak.. aku tak berani nak jamin.. mana la tau kalo2 tersyasul. hehhehe.. kalo terlupa tak pe kan? kan? kan?

meh nak citer pasal kubang badak.. frasa ni dapat semalam la.. masa kak roza datang umah. masa dok baking tu, sembang2 la.. dia citer yang kat dalam mulut dia ada kubang badak. yang aku ni.. blurr giler.. apa itu kubang badak dalam mulut.. then minda aku mencerna bahawa kubang badak is like this
tapi ce mana boleh ada dalam mulut? pelik kan... beso tu badak.. len la kalo badak berendam. then dgn muke blur2 lagi selamber aku tanya la kak roza kubang badak tu apa dia? jawapan dia.. kubang badak pun tak tau? adoii tak masuk dalam skema jawapan betul.. kubang badak tu adalah ulser.. kubang badak a.k.a ulser. kalo g klinik kan.. cakap ngan doktor cam nih 'doc, dalam mulut saya ada kubang badak' then apa reaksi doktor tu? kalo nak tahu apa reaksi dia.. cerrr bagi statment tu masa jumpe doctor. ada brani?

memang la sakit kalo ada ulser dalam mulut. kalo makan terpedas sikit, perrgghh punya la sakit. atau pun tetiba jerr tergigit kat tempat ulser tu.. memang aarrr sangat2 sakit. pernah masa belajo2 dulu, linda kasi petua kat aku kalo nak cepat baik letak garam. sebab nak cepat baik nyer pasal.. aku pun letak la depan dia.. hasilnya.. satu jeritan yang mengegarkan dato' keramat kuat kedengaran... gila punya pedih.. petua yang sememangnya tak boleh di guna pakai.

malam ni, aku citer kat kak norma lawak si sedi pagi tadi... kak norma punya gelak tak hengat dunia. tau pun.. yang aku ni kat opis pagi tadi, punya la kontrol. lawak mamat ni bukan boleh bajet sangat...

tetiba rasa terharu. sangat2. ina tak pernah minta apa2 pun dari abang. cukuplah dengan apa yang telah abang bagi pada ina selama ni... terima kasih.

Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Doalah menjadi penghubung kita dengan ALLAH Yang Maha Mendengar tanpa memerlukan medium atau perantaraan. Mintalah kepada-Nya, mohonlah apa sahaja, dalam apa jua keadaan dan di mana kita berada, DIA pasti mendengar. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepada-Ku mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila dia berdoa kepadaku." (Al-Baqarah:186)






....from kekwa22 with love....