20 August 2010

letih tahap dewa dewi

dah hari jumaat pun hari ni. kejap jerr masa berlalu. this week mendung jerr.. pagi2 seawal 3am akan hujan. time tu.. punya la sejuk.. sejuk ni tak tahannya bila bersin.. bila dah bakai baju doraemon dan tah apa2 macam nak naik ke bulan, then selimut tebal.. tapi still sejuk. bila dah bersin 2 @ 3 kali.. kepala akan sakit. hidung akan sumbat.. masa ni nak sambung tido mmg tak leh.. walaupun ngantok.. that why la rasa macam tak cukup tido padahal dah tido awal. Alhamdulillah kerana hingga ke saat aku menaip ni.. sesemua tu dah hilang. syukur.

kat opis hari ni, punya la penat. sangat2.. tah apa2 buat. macam2 hal pulak tu.. rasa macam buruh kasar dah..

kesian anak2 buah aku.. dah mengadu sakit2 tangan dan badan. memang aarr kesian sgt2 kat diorang. 5m cable tu berat. nak handle cable jerr dah penat, apatah lagi nak wat yang len-len.
penat aarr hari ni sangat2. tahap dewa dewi nyer penat.

Alhamdulillah hari ni murah rezeki.

ni our menu berbuka petang tadi. meriah giler....

sup daging
lupa nak beli bunjut. so, guna la yang serbuk. aku tak berkenan sangat sebenarnya masak sup guna rempah serbuk. sup jadi tak cantik. keroh. aku suke sup yang jernih. tapi dah darurat.. hantam sajalah...

sayur campur

ni pulak che norma buat cucoq udang

yang ni pulak ogie bawak balik. dia gie paso malam

sate daging

roti john

bubur lambok kg baru
thanks ye.. nizam. sedap bubur nih.

banyak giler menu petang ni. tapi aku tak larat nak makan. makan nasi pun tak. aku minum yogurt oren 1 mug & sepotong roti john. then aku makan sayo kecah2. cucoq udang seketul. tak larat nak makan yg lain.. letih. lepas maghrib, aku dah landing kat atas katil. terkebil2.. tired tahap gaban.

malam ni aku tak gie masjid. ogie gie sorang jer... aku berterawih kat umah jerr. tak ngantok tapi rasa betul2 lesu.

esok aku masuk opis.. tolong2 anak buah aku wat keje.. pagi tadi aku bajet nak wat document, tapi sumer hancuss... mana taknya bertapa kat line. may be pagi esok sambung wat document atau pun wat assembly. tengok la ce mana nanti.. plan nak lepak2 kat umah... hanya tinggal plan jerr. memang kali ni sangat2 pack cable nyer schedule. we try our best to complete all the prodo.

aku nak sambung landing. hope, boleh tido..

gudnite





....from kekwa22 with love....

19 August 2010

jatuh chenta lagi



hari ni, sumer radio yang problem kat morocco tu dah sampai. semua 3 batch. ada 22 bijik radio yang rosak. bukan sw yang problem. kebanyakkan keypad la. ala.. yang kecoh2 keypad hari tu.. dan ada la beberapa sebab lain. tapi not bad la kan.. dr 700++ hanya 22 yang ada masalah skit. so, keje pun akan bertambah la.. kena belek2 radio la pulak.

hari ni aku dah apply cuti panjang. cuti2 mesia. hehehe.. lama weeii tak balik kampung. last balik kampung on april hari tu. sampai la sekarang lom balik lagi.. lama weeiii...

kalo sesapa yang rajin membaca, nak cari buku, jom join goodreads & yang ni plak mesia nyer readers. macam2 jenis buku boleh jumpe kat sini. kolo rajin boleh la donlot e-book. tapi kalo setakat donlot jerr, tapi tak baca... tak yah aarr wat semak hardisk jer.. hahhaha.. tu, aku le tu.. tak de orang len..

ni, our menu berbuke tadi

cendawan goreng
bahannya
250g cendawan tiram
1 sudu kecil serbuk pati ayam*
100g tepung pau - sbb tak abis2 lagi tepung nih... *
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam*
1/2 sudu kecil oregano*
garam secukup rasa*
minyak untuk menggoreng

kekdahnya.
basuh cendawan dan toskan. campurakan bahan yang bertanda * hingga sebati. masukkan cendawan kedalam campuran tepung. gaul hingga rata. panaskan minyak. goreng hingga garing.

ni plak masak lemak udang
Bahannya
400g udang segar
3 urat kacang panjang
1 helai daun kunyit - di koyak
1 batang serai - di ketuk
3 ulas bawang merah*
2cm kunyit*
1cm halia*
4 biji cili padi di belah
1.5 cawan santan segar
garam secukup rasa

kekdahnya
bersihkan udang dan toskan air. lumatkan bahan2 bertanda*. masukkan bahan2 kedalam periuk. tambahkan cili, serai, daun kunyit serta santan. masukkan udang didihkan sekali dan tutup api. masukkan kacang.

tada...

Ni pulak bayam goreng

aku rasakan.. bulan puasa ni mau berat aku naik nih.. dah le setiap hari makan nasi. tapi kalo masak lain pun.. nampak macam selfish la pulak... tak perr aarr...

memang aku dah jatuh chenta dengan kemerduan suara imam solat terawih ni... merdu & syahdu betul. Syukur pada Ilahi sehingga ke hari ni, dgn limpah kurniaNya.. aku di beri kekuatan untuk mengharungi liku2 kehidupan didunia ini. Alhamdulillah. menu kat masjid hari ni bubur lambok & mihun goreng.

malam ni achik bagi beberapa sample kad kenduri. dia suruh aku pilih design apa yang aku nak.. tetiba aku confuse, dia nak kawin ke.. aku yang nak kawin nih.. hahahaa... then dia tanya aku start cuti, bila.. maka, dengan bangga tahap dewa aku pun bagi tahu le dari berapa haribulan ke berapa haribulan.. hahahaha dia tak puas ati sebab aku cuti lama.. kueng kueng kueng...

aarrgghh ce mana nak buang serpihan kaca yang cinonet kat kaki... wawawawa sakit aaarrrr





....from kekwa22 with love....

18 August 2010

tired tahap dewa

letih aarr hari ni... sangat2 letih... tatau aarr sebab apa rasa letih. sangat2. kat opis nak kata bz tahap dewa, tak de la sangat. tapi memang rasa tired..

tolong la... jangan pasang lagu raya... sangat2 lah tak seswai... baru seminggu puasa okeh.. jangan biarkan ramadhan berlalu dgn cepat...

ni our menu berbuka petang tadi

petola & egg tofu

sotong goreng serai

cokodok kuchai. ni che norma wat. dia kata daun kuchai salut tepung.

ni pulak, peach pudding

aku jumpe fiza & noni kat masjid malam nih. menu kat masjid malam ni, mee goreng & bingka ubi serta kuih keria. semalam aku berkenalan ngan kak bed kat masjid. dia ni opismate kak norma.. lawak giler dia ni.. sama gu aaarr ngan kak norma.

hope malam ni aku boleh tidur dengan nyenyak.. semalam banyak kali aku terjaga sebab sejuk. walau dah pakai baju doremon, tapi masih sejuk... may be rasa letih hari ni sebab tak cukup tido smalam..

gudnite



....from kekwa22 with love....

17 August 2010

si baju merah yang hensem

pagi ni sejuk... sangat2 sejuk.. beku abis rasanya... cam malas2 jerr nak g opish. sampai ke petang sejuk..

aku masih lagi struggle dengan cable2 yang low resistance. batch ni ada 156 semuanya. 82 ok. 21 waiting to test. low ada 53pcs. banyak weeiiii... kalo 5 boleh tahan.. ni 1st time. cable mmg jarang reject. kalo ada pun sangat2 jarang. tu pun tak lebih dari 2pcs. kali ni.. punya la banyak.. fenin weeii fenin.

dah berapa hari dah bertapa kat line. alhamdulillah petang tadi aku dah nampak2 apa masalah dia.. hope tekaan aku betul. aku cuma nak membuktikannya esok pagi. pesal tak petang ni? kesian aarr kat kak odah dah berapa kali bukak tutup. dia pun dah penat. lagi pun dah dekat nak balik dah time tu..

hari ni fendi dok sibuk2 tanya pasal king. sape king? sape king? hahhaha tak puas ati.. dia jumpe king bukan sekali dua. dah banyak kali. tapi cuma jaraknya tak berapa dekat. dia jumpe king sebab dia melayan my blog aku... tetiba jerr nak follow org. pada hal dia kan dah biasa bertentang mata. aku plak sajer jerr wat poyo2. hahaha mmg poyo.

aku rasa macam bosan jerr dah makan nasi.. rasa macam lama jerr tak makan, makanan segera aku tu.. tapi kalo aku masak makanan segera tu.. hanya untuk aku jer yang makan.. diorang tak de nak nyer berbuke makan macam tu.. kak norma standard makan nasi, ogie pun sama.. kalo masak dua2 nanti membazir la pulak..

hari ni aku mendapat jawapan kenapa kak norma cakap aku berkulit kuning langsat. then bila compare dgn dia, ternyata kulit aku lebih cerah. pelikkan? tetiba kaler kulit aku boleh kalahkan kak norma. tu yang dia tak berapa nak puas ati. i tak pakai fair n lovely you... hahahaha.. sebenarnya the correct word is pucat not kuning langsat. aku pun dapat perkataan ni tengah hari tadi. thanks yeee king bagi perkataan yang tepat. terubat rindu. tapi still rindu. ce mana tu?

biasa memang aku yang masak, sebab kak norma balik lambat sikit. ogie pun lambat jugak.. diaorang ikut jerr apa yang nak aku masak.. soklan biasa kak norma, 'hari ni nak masak apa na?'. ogie plak, tak pernah tanya.

masalahnya aku ni, tak de idea nak masak apa. wawawawa.. kekadang dari pagi sampai petang fikir nak masak apa.. tapi tak dapat idea. kalo dapat yang menarik plak, bahan2 kat umah tak cukup. malas nak kuar pi cari.. jammed aarr... depan jj tu ada paso ramadhan. kalo nak gie kena pusing jauh.. menempuh jammed. tu yang malas tu.

petang tadi, masa aku balik jerr kat gate ada nih
sape la pulak yang letak.. then aku rasa macam boleh agak jerr sape kasi. sebab dia mmg lalu dekat kawasan2 yang jual buah ni.. bila aku tanya.. tanak ngaku konon. bila kena ugut nak bior kat gate sampai esok.. baru nak ngaku.. wakakka... tau takut.. aku bukan apa.. mana la tau kalau2 ada orang salah umah ke.. tak ke naya.. thanks yeee nizam for this jambu.

ni our menu untuk berbuka

rendang ayam
senang giler nak wat rendang, cumanya kalo bahan2 tak de.. tu yang jadi susah tu. lagi pun dah lama tak wat rendang. so, why not. wat pun untuk sekali makan je.

bahannya
3/4 darp 1/2 ayam.. ha.. ce mana tuh? measure la sendiri... bersihkan.
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2cm lengkuas di potong*
2 batang serai di hiris*
2cm kunyit*
3 biji cili padi - sebab aku takut pedas... lagi pun cili ni mmg spesis yang sangat pedas kot*
1 sudu besar kerisik
1 cawan pati santan
3 helai daun kunyit
garam secukup rasa

kekdahnya
blend sumer bahan yang tanda *. masukkan kedalam kuali bahan2 yang dah di blend tu, then masukkan kesemua bahan lain. masak dengan api yang sederhana besar sehingga kering. senang giler... kalo aku tanak wat tu.. memang dasar pemalas okeh!

kak norma kata rendang ni sedap. aku pun agree. bukan sebab aku yang masak. tapi kenyataannya memang sedap. may be dah lama kot tak masak rendang. sesekali kan... ada kot setahun dah aku tak masak rendang.. that why la kan.

ni pulak.. anak ikan tamban.. pg tadi masa gie paso keramat, nampak tamban ni.. macam best jer.. hasilnya aku beli 100g jerr berharga singit lima poseng.
ni pulak terung goreng. yang ni che norma masak.
sayur kat umah ni ada dua version. aku tak ske masak sayo sampai layu. biasanya half cook jerr.. asingkan separuh dan yang separuh lagi masak sampai lembut. setiap orang ada citarasa tersendiri kan kan kan

pukul 6.20pm dah siap sumer nih, termasuk la nasi.. so, ada banyak masa nak lepak2.

ni pulak mimah bagi petang tadi.. murah rezeki di bulan ramadhan.
mula2 tadi aku cadang nak wat roti sosej.. tapi tetiba rasa macam dah tak larat sangat dah.. tah aarr penat hari ni.. kebetulan siap masak awal.. so, boleh melepak...

malam ni, sama macam semalam.. tak berapa ramai orang kat masjid. may be sebab hujan. aku rasa sayu jerr dengar imam mengalunkan ayat suci. rasa sebak. aku ingat aku sorang jerr rasa macam tu.. bila kak norma bagi tahu dia pun rasa yang sama. bacaan imam ni memang sangat2 merdu lagi mendayu. sebelum balik, kitaorang siap minum2 dulu. sajer jerr memeriahkan keadaan. menu malam ni mihun goreng.

Kali Kedua - Saujana

Di sini kau masih bersendiri
Menanti sinaran sang mentari
Walau kau sedari
Kegelapan menghantui

Di sini Engkau masih meratapi
Semangat yang rebah bersemadi
Tanpa kau sedari
Ia akan bisa berdiri

Tabah, cekat, bangkit tuk kali kedua
Tiada gentar dan kecewa

Usah kau biarkan segala
Kelemahan menghampiri
Hindarai semua kesamaran
Semalam

Kenapa bila kau percaya
Jiwamu lebih sedia
Tiba masanya akankah sedar
Kau berupaya

Walau berjuta rintangannya
Andai kau percaya kau kan percaya

Oh.....

Usah kau biarkan segala
Kelemahan menghampiri
Hindarai semua kesamaran
Semalam

Kenapa bila kau percaya
Jiwamu lebih sedia
Tiba masanya akankah sedar
Kau berupaya

Di sini kau tega merasakan
Tiada keraguan
Di situlah mulanya...
Kau temui keyakinan

Wo.. uwo.... uh.. hu.. wo..






....from kekwa22 with love....