24 August 2010

heran wweiii heran

lambat betul masa berlalu hari ni.. lambat giler jarum jam berputar... sejuk pulak tu... penat aarrr hari ni.. sangat2.

tengah hari tadi aku gie paso keramat sebab nak amik baju yang jahit tepi semalam. aku kan tak paham betul orang2 yang berniaga.. pukul1pm ni.. yang dok masak murtabak wat per? pulak tu makanan semua bagai dah siap terhidang. siap ada pembeli lagi.. kalo pompuan yang beli tak perr gak.. ada la excuse. sebab excuse tu, tak dapat di tepis2 lagi. kalo budak2 beli pun tak de la heran sangat.

tapi yang heran bagai.. bila golongan laki2 plak yang bz membeli time2 ni.. kalo di bawak anak2 dia paham la kan. kalo dah tua sangat tu.. paham la jugak kan.. tapi kalo muda belia. fizikalnya nampak sihat membeli punya la tanpa segan silu mencedok lauk pauk yang pelbagai... yang si penjual pun dgn tak rasa bersalah bungkus nasi time2 ni.. hish... ok ok.. diorang beli kat mak or adik or kakak or sepupu or opismate kot yang pompuan2 tu...

aku ada dapat beberapa jemputan iftar minggu ni.. tapi rasa macam malas jerr nak menghadirkan diri. bukan wat perr pun.. suruh makan jerr... tapi tu arrr... rasa berchenta jerr... nak gie.. nak mengharungi MRR2 petang2 memnag la sangat2 menguji kesabaran. paling penting aku malas nak drive. aku lebih senang dan selesa kat umah. walaupun menu simple pun tak perr. tapi... tengok la ce mana nanti... aku belum nak pikio lagi. walaupun harinya makin dekat..

ni, our menu berbuke ptg tadi

sup tulang
sup tulang kalo nak ada umphh letak lengkuas dalam 2cm. tapi tak yah potong. campak jerr cam tu...

ni plak
telur dadar

yang ni, lobak putih sebagai sayo.

hari ni, teringin nak makan puding roti peach. so, bagi menyampaikan hasrat itu, maka kena la wat kan... aku wat sikit jer...
bahan2

1 kotak susu UHT full cream
1 sudu butter
1 sudu tepung kastad
2 sudu gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
5 keping roti putih yang di carik2
1 tin kecil buah peach
secubit garam

kekdahnya : rendam roti ngan susu sampai kembang. pukul telur dan gula. masukkan butter, garam, tepung kastad & esen vanila. pukul hingga sebati. then tuang kedalam rendaman roti, kacau hingga sebati. lanserkan pan dan tuang 1/2 rendaman. susun peach memanjang. kemudian tuang kesemua adunan. susun peach di atas pan dan bako dalam oven dgn suhu 170*C selama 20 minit atau sehingga masak.

kalo lom masak rupa dia cam nih
inilah barisan kita.. yang ihlas berjuang.. siap sedia berkorban.. untuk di nnggapp

kalo dah masak, hasilnya cam nih
ada 2 layer peach.

ni plak untuk cream puding:
1/2 cawan susu sejat
1/4 cawan gula pasir, kalo nak manis, sila tambah gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu tepung kastard
100g kismis
1/4 cawan air

kekdahnya
larutkan tepung kedalam susu. masukkan kesemua bahan dan kacau di atas api yang kecil sehingga sekali didih.

kalo tanak wat cream.. just lebihkan gula kedalam rendaman roti.

malam ni tak ramai orang kat masjid. tapi still meriah. menu malam ni, mihun goreng & puding jagung.

aarrghhh jiwa kacau aarrr...mencik aarr....

kepada insan2 yang menyayangi diri ini, terima kasih... kalian semua bagaikan pelangi petang, tak bercahaya, namun kau berseri, tapi cukup menghiburkan hati ini...

Pelangi Petang - sudirman...

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua..
.



sabarlah wahai hati...





....from kekwa22 with love....

23 August 2010

nasi minyak untuk aku....

pagi2 lagi dah ada orang berangin ngan aku.. dan aku pun gaya2 nak berangin gak.. kalo awal2 pagi dah wat pasai memang la spoil. tapi kalo ingat2 balik kelakar la pulak. siap hentak2 kaki tu.. hahhaha...

pasalnya aku suruh repair radio morocco, dia tanak. then aku guna kuasa veto yang aku ada, untuk paksa dia.. sesekalikan.. tapi rasanya 1st time kot. apa lagi protes aarr tuan punya badan sambil hentak2 kaki.. sampai ke petang tanak tegur aku.. tak perr esok2 ok la dia tu...

last saturday ex-anak buah aku wat sessi luahan perasaan. kesian dia. tapi aku nak wat ce mana.. bab2 ni aku mmg tak leh tolong. len la kalo dia masih kat line aku. 'kak ina, sy tanak aarr dok line ni, sy tension. asyik tukar2 jerr. nanti yang sri lanka 500 radio tu, panggil sy balik tau.. sy nak keje ngan kak ina' aku senyum jerr.. sbb aku pun tatau ada 500 radio untuk sri lanka. hahhaa.. mana tah dia dapat cerita.. tapi kalo ada, alhamdulillah. then hari ni, pagi2 buta, dia jumpe aku lagi, 'kak ina, ingat tau apa yang sy cakap sabtu hari tu, panggil sy tau.' siap remind lagi.. tapi aku pun tengok gak dia tak hepi. siyesly aku mmg tak dapat nak tolong.

petang tadi lama aku meeting ngan line cable. hopefully diorang dapat mencapai target. hope boleh completekan semua prodo by end of this month. every week diorang keje 7 hari. penat ooo. dah la cable tu panjang. dah panjang, berat plak tu. aku try the best untuk support diorang... sesemua hal2 preparation tubing, braid & solder, aku dah tolong. len2 tu aku tak dapat tolong sebab aku nak kena wat documentation yang berlambak.

hari ni aku dah start wat keje2 aku kat line. supaya aku dekat dgn diorang. memberi sokongan moral, tanda aku sentiasa bersama2 dgn diorang. kalo ada problem, cepat jerr aku tau. dah tak yah lagi nak ketuk2 cermin dinding dan aku plak terkejar2 ke line. aku try the best tapi... setakat ni.. tu jerr yang mampu aku wat. mmg tak de masalah.. tapi ada masalah lain yang datang.. kusi kat production tak best. sakit belakang.. wawawawa...

cepat giler masa berlalu. repair radio pun 60% dah ok. ada 1 lagi yang lom dapat solve. kalo nak wat jalan mudah senang jerr, tuko jerr board. tak yah repair.. hahaha tu kira wat jahat aarr tu... tapi tak bek ooo bulan2 posa ni wat cam tu...

macam biasa, from pak ndak with love.

ni pulak menu berbuka untuk hari ni... alhamdulillah..

ni, kuzi.kalo nak wat kuzi yang macam aku wat ni, cam ni... di sebabkan bukan 1st time wat, so tak de la masalah problem. hahahha

bahannya

5 keping lamb shoulder yang sederhana besar
6 sudu besar rempah kuzi
1 cawan plain yogurt
1/2 cawan tomato puree
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah yang besar*
2cm halia*
3 kuntum bunga lawang#
1 keping kulit kayu manis#
10 kuntum cengkih#
2 sudu besar cili giling
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil kunyit
1 pokok ketumbar di potong kasar
100g kismis
1 sudu gula merah
1 biji tomato di potong 6 bahagian
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa

kekdahnya
perap daging dengan yogurt selama 4 jam. tapi aku perap sejak petang semalam. sebabnya nanti nak masak tak de la lama sangat. then aku simpan beku. balik keje, just defrost jerr la...

blen semua bahan2 yang bertanda *. panaskan minyak, tumis bahan yang di blen tadi dan bahan yang bertanda #. biarkan hingga naik bau. tumiskan cili hingga garing. larutkan rempah kuzi kedalam sedikit air dan tuang kedalam bahan2 tumis. biarkan hingga naik bau.

masukkan daging, tomato pure, serbuk lada sulah, serbuk kunyit, daun ketumbar, gula merah & air. masak sehingga daging lembut. tambahkan tomato & kismis.. maka jadilah kuzi cam nih. tada....
ni kira last wat kuzi. sebab rempahnya dah abis. ari tu beli kat kota bharu sikit jer.. tapi tak pe.. kat melawati kan ada.. tak de la susah2 lagi nak cari. kuzi mmg sedap makan ngan nasi atau pun roti. sooo yummy. lembut weiii daging dia... memang betul2 ho liau..

ni pulak nasi minyak.. sajerr nak makan dgn my kuzi. resepi aku amik kat sini.
just kopipes jerr... then aku wat ikut bahan2 yang ada kat umah ni jer...
  • 1/4 cawan minyak sapi - kat umah tak de ni.. aku guna 2 sudu besar butter
  • 2 biji bwg putih,dicincang
  • 2 biji bwg besar,dihiris- 1 biji jerr sebab bawang yang aku guna tu giant size
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang - di lerai2kan
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga- yang ni tak letak pun sbb tak de
  • 6 biji lada putih,ditumbuk- yang ni mmg tak ada kat umah ni, lada sulah ada aarr tapi tak letak jugak pun.
  • 2 cawan beras - aku guna 1 cawan jerr
  • 2 cawan air- 3/4 cawan jerr..
  • 1 cawan susu cair/fresh milk - ni, aku guna 1/2 cawan jerr
  • 2-3 titik pewarna kuning- aku letak 1 titik jer
  • 1/2 cawan kismis - 1/4 cawan kismis jerr
  • 3 helai daun pandan - aku guna 1 helai jerr
  • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam- yang ni.. aku tak wat pun sebab aku kureng bab2 bawang ni.. kalo tak nampak tak pe.. kalo nampak, aku kais2 jerr ketepi. badam pun tak de kat umah.
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk. Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan lada putih. Goreng selama 5minit.
  3. Masukkan beras,air, susu cair, daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning. Kacau supaya semua bahan serata. Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
  4. Masukkan kismis & garam dan kacau rata. Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak. Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.
walau pun aku adjust di nyer resepi asal, namum memang marbeles.

kira nasi ada 2 version la hari ni, nasi putih & nasi minyak. hari ni, macam rajin sikit. ada sesapa yang nak rasa nasi minyak aku, meh datang.. tapi selagi stock masih ada. esok2 sape tanya aku, bila nak makan nasi minyak? senang jerr nak menjawabnya.. pada 23-august-2010, aku makan nasi minyak, siap masak sendiri lagi... hahhaha. setel.

ni pulak, aku goreng kacang panjang jerr...

kak norma cakap, 'ko ni na.. memang aarr, semuanya high2 belaka dan berpotensi' hahhah 'ala kak, dont worry, esok kita puasa aarr' hehehe. then, dia sambung lagi, 'na, ce mana masak nasi minyak ni?' tengok dia pun berminat dah...

malam ni angah datang umah aku. tapi bukan datang berbuka puasa kat sini, tapi selepas berbuka baru dia datang. dia bertapa kat opis dia.. dia pun lom sempat makan apa2 lagi. dia tak berapa nak percaya aku wat nasik minyak marbeles.. mula dia ingat beli.. weii see the leg aarr oppss silap. tengok aarr sape yang masak.. wakakak. 1st time tu.. then dia siap request 'along, raya ni kita masak nasi minyaklah, pas tu, wat ayam masak merah. kalo nak wat kuzi, tak de rempah dia' see my sister, awal2 lagi dia dah wat plan. plan yang nak suruh aku bertapa jerr kat dapo la tu.. itu tidak adil..

mata tak ngantok nih.. tapi rasa macam nak landing jer... jom jom. tapi tanak layan blues. sebab dalam kepala aku ni ada terlintas sumthing....

Subuh yang Terakhir - Rabbani

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir







....from kekwa22 with love....

22 August 2010

hari ini dalam sejarah

penat aarr hari ni... tak keje pun penat gak kan? sebab keje2 kat umah pun banyak.. tambahan pula malan tadi tido berapa jam jerrr.. pukul 2am masih lagi terkebil2. mata tanak lelap.. pagi tadi 630am dah bangun.

hari ni boleh wat catatan hari ini dalam sejarah. sebabnya for the 1st time aku gunting kain 4meter mengambil masa hampir 4 jam. lama weeiii.. kalo balik umah mak, dah sampai tu... bukan nya gunting sambil mengular kemana2 atau tido ke, apa ke... tapi wat keje dengan penuh penghayatan.. lama giler.. sampai pening2 kepala den ni ha... memang menguji kesabaran betul. sape kata senang nak gunting kain? tu lom masuk nak jahit lagi... wawawawa.. sesapa yang nak jadi Cinderella meh aahhh... esok pagi aku bangun tido.. dah siap sumer...

then aku siap la kemas2 balik bilik aku yang tersangat la kecah2 dengan segala perca kain warna warni... bersepah2 benang.. lagi bertambah pening.. siap jer vacum sumer... azan zohor berkumandang... aarrgghh lama betul mengadap mende alah ni.. lapang sikit deria mata aku nih... kalo tadi, semak giler.. kalo aku wat keje2 kat hall, lagi la letih kena kemas sebab hall beso. so, moral of the story, wat kecah2 di tempat lebih kecik, senang sikit nak kemas...

dalam 4pm baru terhegeh2 g jj membeli barang2 yang nak di masak sempena berbuke nanti. ramai aarr orang.. semuanya ngan aktiviti masing2...

hari ni.. tah ce mana kejap jerr siap masak.. may be sebab tersangatlah simplenya menu hari ni. lepas masak2 aku tengok2 halaman umah.. siram2 pokok mana yang patut.

ni antara pokok2 yang ada kat depan umah no 25

pokok pandan yang subur.

pokok serai yang baru nak idup

pokok kunyit yang tak sempat nak subur sebab selalu kena kidnap daun dia.

ni pulak pokok karipule. dulu masa kecik2 aku tak reti sebut karipule... aku sebut karikole. hehhehe

ni pulak pokok cekur a.k.a kencur.. yang ni che norma baru jerr alihkan tengah2 hari tadi... semangat dia datang... so, jangan cakap apa2.. tengok jer... hehehhe. ni kira kali ketiga berpindah tempat.

ni pulak pokok betik hari tu...

ni pulak pokok kesum... selalu jerr kena rembat daun dia.. sebab malas nak gie kebun pak cik nan...

yang ni baru jerr tanam...
pokok kacang tanah... baru nak hidup..

yang ni.. baru che norma tanam tadi
di sebabkan dia tanam tengah2 hari maka cepat jerr berbuah.. dah ada buah yang masak... moral of the story, kalo nak tanam pokok, biar tengah2 hari.. nanti cepat berbuah.. wakkaka..

banyak kan tanam tanaman kat umah kitaorang.. menjadi kebun kitaorang nih... hehhehe

ni our menu berbuka petang tadi.
masak lemak pisang dengan ikan masin

yang ni pulak, telur dadar tak sengaja nama dia. hhahaa
sebabnya aku pun tak tau sebab apa aku boleh pecahkan telur. mujur sebiji jer.. mamai kot hahhaah... bila dah pecah tu.. aku tatau nak wat apa.. last2 aku campurkan 1 sudu mayonnaise, kuchai 3 pokok di potong kasar, 1/2 ulas bawang di potong dadu, 1/2 biji carrot di rincik, sebiji cili di potong nipis dan sedikit garam. so, cam ni la jadinya...

ikan goreng

yang ni, bun sardin.
merasmikan loyang yang my mum bagi..

best oo roti ni.. gebu & sedap.

bahannya
inti
1 tin sardin kecik di hancurkan
1 biji bawang di potong dadu
1/2 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

kekdahnya
tumis bawang hingga layu, masukkan cili. biarkan hingga garing. masukkan sardin dan gara,. masak hingga kering. sejukkan

bahan untuk bun
200g tepung roti*
1 sudu vegetable shortening*
1 sudu besar serbuk yeast kering*
1 sudu kecil bread improver*
2 sudu besar susu tepung*
1 sudu besar icing sugar*
1 biji telur di pukul ringan*
5 sudu air
1/2 sudu garam
sedikit mentega untuk sapuan

kekdahnya
larutkan yest dgn air. campurkan semua bahan bertanda *. uli hingga lembut dan kenyal. biar kan doh naik selama 1 jam. tutup dengan tisu lembab. uli semula doh. masukkan garam. uli hingga sebati dan kenyal. bahagikan adunan kepada 5 bahagian. cam aku buat tu... masukkan inti di tengah2 doh. masukkan ke dalam loyang yang telah di griskan. biar doh selama 1 jam. tutup dengan tisu lembab. kalo tak doh akan kering. sapukan mentega di atasnya.. dan bako dalam oven 150*C selama 20 minit atau hingga masak. sapu sekali lagi dengan mentega keatas permukaan roti.. maka.. hasillah roti gebu cam nih

yang ni, masa ogie kuar dia pi beli
termasuk juga yang nih
malam ni.. jumpe mak cik siti. semalam dia tak datang. diba, cucu mak cik siti tetiba demam. that why la..

malam ni menu kat masjid mee goreng, kuih keria dan murtabak. aku tengok jer.. sebab kenyang aarr... rasanya hari ni aku banyak minum air jerr...

aarrgghh tirednya.. esok dah masuk opis... kalo cuti lagi kan best.. tak sabo dah nak cuti panjang...




....from kekwa22 with love....

21 August 2010

missing an action

pagi awal2 lg dh buke kedai dobi. lepas subuh, dah tak leh sambung tido. kalo sejuk2 tido kan best.. tapi nak wat ce mana.. mata tak nak lelap. semalam bajet nak tido awal, tapi kul 12 lebih gak tido. penat sangat sampai tak leh nak tido.. puas pujuk2 mata tapi tak lelap.. last2 sambung menjahit.

hari ni aku bertapa kat opis sampai pukul 12 lebih. tolong2 diorang wat keje. habis braid segulung, aku pun balik.. hehehe.. diorang sampai pukul 4pm. esok diorang keje lagi.. aku? tengok la dulu... esok macam nak g paso jerr pagi2.. tapi tah aarr tgok la ce mana nanti.

tengah2 hari rembang tu, kak norma ajak gie nursery. dia bajet nak beli tanah. lagi pun cuaca mendung jerr so, ok la round2 kat nursery.

sementara kak norma bermesra alam ngan orang yang jaga nursery tu, aku pun wat le tour de'nursery la.. tengah2 hari rembang tu...

ni yang aku dapat
pink roses

antara spesis kekwa yang ada kat sini
ni pulak, aku tatau bunga apa.. tapi cantik aarr

yang ni plak koleksi cactus

yang spesis ni, beso betul... baru aku teringat yang kat umah mak tu.. sure lagi beso dan tinggi.. mak nak tebang aku tak kasi.. kalo kena orang.. tak ke naya dia nyer duri.. nasib aarr padan muke.. hahaha.. lagi pun dia bukan duduk kat tempat laluan orang.. kalo kena duri gak.. saje nak cari penyakit namanya.

cantik kan?
macam kat cameron highland jerr.. tapi hanya kat au1

aku sambung menjahit jerr petang ni... setakat ni dah 4 helai siap jahit sahaja. tapi tak siap sembat lagi.. yang lom gunting pun ada lagi... hope boleh siap semuanya.. yang aku punya jerr lom wat apa2.

ni, our menu berbuke petang tadi
kangkung goreng

ni, ikan goreng. kak norma cakap.. baru hari ni jumpe ikan goreng...

ni, sup daging semalam. masih ada lagi.. sebabnya semalam banyak sangat makanan. sup ni.. luak sikit jerr.. lagi pun semalam aku tak makan nasi pun.. tak larat sangat.. kalo ada yang nak suap kan best... hehe

yang ni, aku nyer
spaghetti seafood bolognese. malas aarr nak makan nasi. teringin nak makan yang lain sikit.. rasa macam dah selalu sangat makan nasi.

ni pulak aku wat agar2
jeng jeng jeng
star fruit pun ada

lepas siap2 masak sesemua ni.. my phone missing an action. puas cari merata tempat tapi tak ketemui.. call berkali2 pun tak dapat di kesan. aku memang ingat sangat2 masa aku turun dari bilik sebelum nak masak2, aku hanya bawak 2 mende. satu henpon dan satu lagi getah ikan rambut. aku letak sebelah2 kat atas meja. then aku mulakan aktiviti preparation dan masak2. bila dah setel sumer.. aku cari la henpon.. sebab nak naik atas smula.

cari2 tak jumpe. getah ikat rambut dah elok kat kepala aku sebab dah ikat rambut. henpon pulak ilang... pelik aarr.. yang ada henpon kak norma jerr.. puas cari merata tempat tapi tak jumpe. cari kat bilik pun tak de.. tapi aku mmg ingat aku dah bawak turun.

kak norma suruh aku cari kat kitchen cabinet, sbb aku dok cari barang kat situ masa time masak2 tu.. tapi tak de. then ogie suruh aku cari dalam freezer. hahaha punya la.. idea tak berapa nak boleh pakai. dia takut aku mamai2 pi simpan kat situ sebab call tak dengar bunyi apa pun.. aku pun cari gak la.. mana la tau kalo aku mamai. sebab masa aku kuarkan udang tadi, may be la kan...

pening tu mencari.. tah ce mana aku gie cari kat bilik kak norma.. sah.. memang elok terletak kat atas katil dia.. yang peliknya.. aku tak masuk bilik kak norma langsung... maknanya kak norma la ni.. dia bawak henpon aku masuk bilik dia dan henpon dia dok kat luar... sebabnya.. kalo sekali imbas, henpon kitaorang mmg sama. yang lainnya hanya benang itam & coklat. tu jerr... nampak gayanya cik norma mamai... hahha

sampai ke malam ni dia tanya aku 'na, ce mana ye... akak boleh bawak henpon ina masuk bilik? akak tak ingat langsung masa bila.. pelik'. hehehe.. kelako betul petang tadi.. mencari henpon yang missing an action.

malam ni, kitaorang gie terawih bersama.. syukran.. tenang, aman damai.. aku bajet.. nanti subuh nak gie kuliah kat sana.. insya Allah.. mudah2an di beri kekuatan gie muaz. menu malam ni kat masjid, kuih bako & bubur kacang hijau.

nak tido tapi mata lom ngantok.. ce mana nih.. sat lagi kalo start wat keje.. leka la pulak.. eerr layan blues dah la..





....from kekwa22 with love....