04 October 2010

IOP - Hari raya gathering

hari ni, tak leh citer panjang2 sebab tak larat nak menaip. kenyang & ngantok dah ni.. sebabnya....

IOP department - hari raya gathering

jom enjoy the food

lemang

macaroni goreng

lasagna

lasagna again

rendang ayam

domino pizza
sambal

hawaian chicken

kek gulung

peach puding
kuih raya

puding laici

sandwich

chocolate cake

ayam merah

nasi tomato

acar

dalca

salad

mihun goreng

tapai pulut

spagheti goreng

tembikai

kuih raya lagi

aneka snack

kuih raya

roti jala

kari ayam a.k.a kuah roti jala

rendang ayam

rendang daging

sambal sotong

pecal

sate ayam & daging

bawang

kuah kacang

timun

bahan2 mihun sup

bergedil

mihun

apple

dadih

cup cake

lupa plak nak amik gambo air. ada root bir & ice cream & air delima

moral of the story, boleh naik 5kg dalam sehari ni jerrr..

malam ni.. kak norma wat sessi meluahkan perasaan. macam2 dia share ngan aku. almost 2 hours. aku sangat2 faham. bukan baru sekali dua dia share ngan aku. tapi selama aku kat sini, dah macam kitaorang share. sharing is caring.. mudah-mudahan...

aku rasa nak belasah zahari cukup2. biar patah riuk. AAaaRRrrGGgghhHHH... eeeeeeeee geram betul. tahap dewa dewi nih.




....from kekwa22 with love....

03 October 2010

kantoi...

tired giler malam ni.. sangat2.. tak rest langsung. esok dah keje.. kalo cuti kan best. boleh la bersenang2 kat umah.. dari pagi sampai petang.. tak de masa nak rest or nak landing bermalas2.

malam ni, kat ikim.fm ada lagu ni.. tapi dia nyer version dah tuko sikit.. sebab penyanyinya dah tuko.. UNIQUE yang melagukan lagu ni semula.. dulu lagu 'kawan' unic nyanyikan semula..

Menuju wawasan - Suara Firdaus

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada ALLAH Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam sentiasa boleh!

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat

Wawasan dunia dan Akhirat

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama

Bekalan masa depan dan Akhirat

Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan

Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

ni, dari penyanyi asal.. brother2 from kolej pertama utmkl. lebih lantang dan bersemangat.. tapi yang new version pun not bad.. sedap jerr di dengar.

nostalgia kolej pertama... best ooo time2 tu.. al-maklum la remaja...

the dinner tonight
tom yum seafood
butter prawn

shark fin soup

kailan ikan masin

strawberry ice blend

thanks yerr nizam for marbeles food.

at last.. pernyataan yang aku tunggu2 selama ni, kuar gak.. akhirnya... yes! hahhaha macam poyo..

ha.. kan dah kata.. ala.. kalo di tanya, cover line. tak nak ngaku. sama jerr.. 2x5 or 5x2.
tapi dengan ke udaranya soalan tu.. maka secara automaticnya segala jawapan2 yang cover2 line tu batal okeh!

kan dah kantoi sendiri.....





....from kekwa22 with love....

02 October 2010

makan2 again...

ingatkan lepas setel sidai kain, nak mandikan jimmy, tapi hasrat tak kesampaian. getah paip ilek. missing an action. may be pak cik nan pinjam kot. tapi jengok2 kat porch dia, tak de la plak. may be dia simpan tempat len. maka terbantut la hasrat suci murni nak mandikan jimmy...

saploh setengah aku dah tercongok kat umah ita. menu yang bakal di masak ialah mee jawa, makaroni goreng & sushi. abis aarr umah ita kena kecah ngan aku.. hahhahaa.. tapi tak pe.. ita willing to kecah2.. then another menu yang ita dah siapkan cheese cake & choc cake. yang ita order adalah sate ayam. banyak tu makanan..

tak sempat nak ambil gambo bagai.. sebab satu.. segan aarr sebab dah ada orang datang. poyo jerr..

masa beraya kat wangsa maju, hanya makan yong taufu & agar2. sebab masih kenyang makan kat umah ita then sebab yang ke dua perut aku tak berapa nak ok. kalo tak, memang dah selamat dah nasi beriani kena baham.

mulanya petang nak gie amik pah kat rawang.. tapi dah tuko plan.. so, aku dok la kat umah sensorang layan blues. kak norma lom balik dan ogie dah gie umah linda. daripada aku tak wat apa, maka, aku pun gie masjid.

misteri kehilangan mak cik siti terjawab dah malam ni. mak cik ida membuat laporan atas kehilangan mak cik siti. patut aku dok nampak pak cik jerr sorang.. rupanya mak cik siti gie melaka.. umah hanim. hubby hanim gie oversea. that why la missing an action.

balik drp masjid malam ni.. punya la lapo.. last sekali aku makan kat umah ita dalam pukul 2pm. memang wajib pun lapo.

ni, my dinner.
malas dah nak masak apa.. nasi pun dah sedia ada. maka, nasi goreng jerr la.. lagi pun aku memang kureng bab2 nasi goreng nih. tapi malam ni, rasa sedap la pulak.. may be sebab lapo..

ni plak, sup kambing
another kambing dalam masa 24 hours. sup ni, ogie bawak balik dari umah linda.

lewat betul aku makan malam ni.. sangat2 bagus.. anak sape la nih...

mana plak mak ni gie.. tepon bnyak kali tak pick up. tak kan tido kot.. baru pukul 9.45pm.

tetiba kat muzik.fm ni, lagu ni la plak..

Mahligaimu dari airmataku - lestari

Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...


lagu nostalgia nih.. masa zaman muda dolu2. kenangan kat bilik persatuan lama UTM. time tu nak wat program titian desa. time semester mei. tak paham aarr naper aku suke lagu ni time tu.. sedangkan time tu baru nak mula. pelik-pelik.

uish.. nak wat pe aarr nih.. dah la kenyang gilerr.. tak kan nak membuta kot.. memang tak leh blah..ni kalo landing, comfirm.. tido trus..




....from kekwa22 with love....

01 October 2010

makan2 day

hari ni bz2 sebab nak pack semua cable masuk box. senin dah nak anto ke thales. akhirnya.. alhamdulillah 540 pcs cable dapat di siapkan dalam masa 2 week tanpa sebarang rejection. gud work tu.. ciyok2 cable team.

tengah hari gi soping ngan ita kat k4. nak beli barang untuk masak2 esok. then singgah bagus.. aku ada beli satu mende kat sana.. tapi biarlah resia dulu.. hahha... nanti masa nak guna aku bagi tahu... ita cakap.. tah apa2 ina nih.. hahhaha... mahal plak tu mende alah tu..

pesal aku sangat suke lagu ni sehari dua nih?

Aku Ada Kamu - Adira

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu



petang, aku ngan ita gi sapura mines sebab ada hari raya gathering. ramai gak gie.. mr adi pun ada gak.. nanti tak de la dapat email keciwa lagi...

sampai jerr kat sana.. aku & ita.. mesti la cari yang ni dulu...kambing panggang. wah.. inilah.. barisan kita.. banyak tu...

yang ni my plate..
ambil gambo pun tak leh nak fokus.. becoz dah terliur.. hahhaha.. giler punya banyak makan kambing.. tak perr.. i like it.. sungguh2 marbeles.. lembut, lemak berkrim.. high kolestrol.. hahha..

ni plak
cendol.

ni, tauhu bako campur kangkung & sotong
share ngan ita.. marbeles weeii

ni plak, emran amikkan untuk aku
tapi aku makan popia basah ni.. 1 jerr.. pedas ya rabbi.. sangat2 pedas. berasap abis... tapi memang sedap. yang lenl en tu.. pakat ramai2 abiskan.. memang best..

yang ni, kak meri amik kan..
ice cream..

yang ni
kebab daging.. din amik kan.. aku tinggal makan jer.. not bad.

moral of the story, tak de la aku makan beria2 pun.. ada banyak lagi makanan yang ada. contoh segala jenis ketupat, lemang serta rendang. segala jenis mee kari mee rebus, mee goreng dan kuew teaw. segala macam jenis hot dog. tosei serta segala yang dok jual kat mamak stall. termasuk teh tarik. ice cream yang pelbagai.. abc aarrgghh tah apa2 lagi.. nasi dagang serta pelbagai jenis mihun nyer version.. mihun sup, mee sup, mee kari. laksa yang pelbagai version.. nasi himpit & lontong. manyak oooo... aku tak round semua pun..

weeii tahun ni sapura bagi duit raya banyak tu... doploh henget sorang... let say la kalo orang tu ada anak 5 orang.. sekali salam jerr dapat seratus henget.. perrgghh best tu... kalo gie wat second round? ko calculate la sendiri... hahhaha

ngantok aarr.. aku sorang jerr kat umah.. ogie lom balik lagi.. kak norma plak dah tak ingat jalan pulang dah.. dia dah nak wat hotel dah umah ni.. hari ni sampai ahad dia kat jb. senin dia nak gie seberang perak.. tah berapa hari tah.. then mana2 lagi round se-malaya.




....from kekwa22 with love....