hari ni, tak leh citer panjang2 sebab tak larat nak menaip. kenyang & ngantok dah ni.. sebabnya....
IOP department - hari raya gathering
jom enjoy the food
lemang
macaroni goreng
lasagna
lasagna again
rendang ayam
domino pizza sambal
hawaian chicken
kek gulung
peach puding kuih raya
puding laici
sandwich
chocolate cake
ayam merah
nasi tomato
acar
dalca
salad
mihun goreng
tapai pulut
spagheti goreng
tembikai
kuih raya lagi
aneka snack
kuih raya
roti jala
kari ayam a.k.a kuah roti jala
rendang ayam
rendang daging
sambal sotong
pecal
sate ayam & daging
bawang
kuah kacang
timun
bahan2 mihun sup
bergedil
mihun
apple
dadih
cup cake
lupa plak nak amik gambo air. ada root bir & ice cream & air delima
moral of the story, boleh naik 5kg dalam sehari ni jerrr..
malam ni.. kak norma wat sessi meluahkan perasaan. macam2 dia share ngan aku. almost 2 hours. aku sangat2 faham. bukan baru sekali dua dia share ngan aku. tapi selama aku kat sini, dah macam kitaorang share. sharing is caring.. mudah-mudahan...
aku rasa nak belasah zahari cukup2. biar patah riuk. AAaaRRrrGGgghhHHH... eeeeeeeee geram betul. tahap dewa dewi nih.
tired giler malam ni.. sangat2.. tak rest langsung. esok dah keje.. kalo cuti kan best. boleh la bersenang2 kat umah.. dari pagi sampai petang.. tak de masa nak rest or nak landing bermalas2.
malam ni, kat ikim.fm ada lagu ni.. tapi dia nyer version dah tuko sikit.. sebab penyanyinya dah tuko.. UNIQUE yang melagukan lagu ni semula.. dulu lagu 'kawan' unic nyanyikan semula..
Menuju wawasan - Suara Firdaus
Umat Islam harus cemerlang Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa Siapa kata kita tidak boleh Kita ada ALLAH Maha Kuasa Kita punya kuasa tenaga Do’a sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh! Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam zaman lampau Taat perintah Rasulullah Bersama berusaha Bersatu tuju wawasan Dunia dan Akhirat
Wawasan dunia dan Akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri Penuhi dada dengan ilmu Wawasan agama
Bekalan masa depan dan Akhirat
Kuat usaha Jujur dan amanah Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH
Aqidah ibadah harus sempurna Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’ Pegangan mereka harus diikut Ajaran sesat wajib hindari
ni, dari penyanyi asal.. brother2 from kolej pertama utmkl. lebih lantang dan bersemangat.. tapi yang new version pun not bad.. sedap jerr di dengar.
nostalgia kolej pertama... best ooo time2 tu.. al-maklum la remaja...
the dinner tonight tom yum seafood butter prawn
shark fin soup
kailan ikan masin
strawberry ice blend
thanks yerr nizam for marbeles food.
at last.. pernyataan yang aku tunggu2 selama ni, kuar gak.. akhirnya... yes! hahhaha macam poyo..
ha.. kan dah kata.. ala.. kalo di tanya, cover line. tak nak ngaku. sama jerr.. 2x5 or 5x2. tapi dengan ke udaranya soalan tu.. maka secara automaticnya segala jawapan2 yang cover2 line tu batal okeh!
ingatkan lepas setel sidai kain, nak mandikan jimmy, tapi hasrat tak kesampaian. getah paip ilek. missing an action. may be pak cik nan pinjam kot. tapi jengok2 kat porch dia, tak de la plak. may be dia simpan tempat len. maka terbantut la hasrat suci murni nak mandikan jimmy...
saploh setengah aku dah tercongok kat umah ita. menu yang bakal di masak ialah mee jawa, makaroni goreng & sushi. abis aarr umah ita kena kecah ngan aku.. hahhahaa.. tapi tak pe.. ita willing to kecah2.. then another menu yang ita dah siapkan cheese cake & choc cake. yang ita order adalah sate ayam. banyak tu makanan..
tak sempat nak ambil gambo bagai.. sebab satu.. segan aarr sebab dah ada orang datang. poyo jerr..
masa beraya kat wangsa maju, hanya makan yong taufu & agar2. sebab masih kenyang makan kat umah ita then sebab yang ke dua perut aku tak berapa nak ok. kalo tak, memang dah selamat dah nasi beriani kena baham.
mulanya petang nak gie amik pah kat rawang.. tapi dah tuko plan.. so, aku dok la kat umah sensorang layan blues. kak norma lom balik dan ogie dah gie umah linda. daripada aku tak wat apa, maka, aku pun gie masjid.
misteri kehilangan mak cik siti terjawab dah malam ni. mak cik ida membuat laporan atas kehilangan mak cik siti. patut aku dok nampak pak cik jerr sorang.. rupanya mak cik siti gie melaka.. umah hanim. hubby hanim gie oversea. that why la missing an action.
balik drp masjid malam ni.. punya la lapo.. last sekali aku makan kat umah ita dalam pukul 2pm. memang wajib pun lapo.
ni, my dinner. malas dah nak masak apa.. nasi pun dah sedia ada. maka, nasi goreng jerr la.. lagi pun aku memang kureng bab2 nasi goreng nih. tapi malam ni, rasa sedap la pulak.. may be sebab lapo..
ni plak, sup kambing another kambing dalam masa 24 hours. sup ni, ogie bawak balik dari umah linda.
lewat betul aku makan malam ni.. sangat2 bagus.. anak sape la nih...
mana plak mak ni gie.. tepon bnyak kali tak pick up. tak kan tido kot.. baru pukul 9.45pm.
tetiba kat muzik.fm ni, lagu ni la plak..
Mahligaimu dari airmataku - lestari
Izinkan diriku meluahkan rasa Maafkanlah aku andai kau terasa Biar kupaparkan apa yang terjadi Moga engkau tak ulangi
Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah Setelah lamanya menjalinkan cinta Dalam diam-diam kau sudah berpunya Tanpa aku menyedari semuanya
Aku mendoakan agar kau bahagia Bersama si dia insan yang kau suka Percintaan kita tak sampai ke mana Setakat di bibir saja sayang
Kau bina mahligai dari air mata Yang jatuh berderai di wajah sepiku Hancurnya hatiku bisa tak terkata Terhumban rasa diriku
Oh aduhai ku masih ingati Janji manis dan saat romantis Kau pintaku supaya setia Akhirnya kau yang berubah
Oh tuhanku tabahkan hatiku Temukan ku dengan ketenangan Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku
Kucuba pejam mata tapi tak terlena Kerana ku masih teringat padamu Begitu payahnya nak ku melupakan Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...
lagu nostalgia nih.. masa zaman muda dolu2. kenangan kat bilik persatuan lama UTM. time tu nak wat program titian desa. time semester mei. tak paham aarr naper aku suke lagu ni time tu.. sedangkan time tu baru nak mula. pelik-pelik.
uish.. nak wat pe aarr nih.. dah la kenyang gilerr.. tak kan nak membuta kot.. memang tak leh blah..ni kalo landing, comfirm.. tido trus..
hari ni bz2 sebab nak pack semua cable masuk box. senin dah nak anto ke thales. akhirnya.. alhamdulillah 540 pcs cable dapat di siapkan dalam masa 2 week tanpa sebarang rejection. gud work tu.. ciyok2 cable team.
tengah hari gi soping ngan ita kat k4. nak beli barang untuk masak2 esok. then singgah bagus.. aku ada beli satu mende kat sana.. tapi biarlah resia dulu.. hahha... nanti masa nak guna aku bagi tahu... ita cakap.. tah apa2 ina nih.. hahhaha... mahal plak tu mende alah tu..
pesal aku sangat suke lagu ni sehari dua nih?
Aku Ada Kamu - Adira
Di kala ku kehilangan Di dalam kegelapan Kau suluhkan sinar petunjuk Di kala ku kesedihan Kau ukirkan senyuman Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh Andai hari esok langit akan runtuh Tabahlah menjunjung bersamaku Andai hari esok dunia gelora Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti Kau tampil dengan berani Membimbing agar lebih yakin Dan bila hidup penuh soalan Kau berikan jawapan Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh Andai hari esok langit akan runtuh Tabahlah menjunjung bersamaku Andai hari esok dunia gelora Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu Andai hari esok langit akan runtuh Tabahlah menjunjung bersamaku Andai hari esok dunia gelora Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
petang, aku ngan ita gi sapura mines sebab ada hari raya gathering. ramai gak gie.. mr adi pun ada gak.. nanti tak de la dapat email keciwa lagi...
sampai jerr kat sana.. aku & ita.. mesti la cari yang ni dulu...kambing panggang. wah.. inilah.. barisan kita.. banyak tu...
yang ni my plate.. ambil gambo pun tak leh nak fokus.. becoz dah terliur.. hahhaha.. giler punya banyak makan kambing.. tak perr.. i like it.. sungguh2 marbeles.. lembut, lemak berkrim.. high kolestrol.. hahha..
ni plak, emran amikkan untuk aku tapi aku makan popia basah ni.. 1 jerr.. pedas ya rabbi.. sangat2 pedas. berasap abis... tapi memang sedap. yang lenl en tu.. pakat ramai2 abiskan.. memang best..
yang ni, kak meri amik kan.. ice cream..
yang ni kebab daging.. din amik kan.. aku tinggal makan jer.. not bad.
moral of the story, tak de la aku makan beria2 pun.. ada banyak lagi makanan yang ada. contoh segala jenis ketupat, lemang serta rendang. segala jenis mee kari mee rebus, mee goreng dan kuew teaw. segala macam jenis hot dog. tosei serta segala yang dok jual kat mamak stall. termasuk teh tarik. ice cream yang pelbagai.. abc aarrgghh tah apa2 lagi.. nasi dagang serta pelbagai jenis mihun nyer version.. mihun sup, mee sup, mee kari. laksa yang pelbagai version.. nasi himpit & lontong. manyak oooo... aku tak round semua pun..
weeii tahun ni sapura bagi duit raya banyak tu... doploh henget sorang... let say la kalo orang tu ada anak 5 orang.. sekali salam jerr dapat seratus henget.. perrgghh best tu... kalo gie wat second round? ko calculate la sendiri... hahhaha
ngantok aarr.. aku sorang jerr kat umah.. ogie lom balik lagi.. kak norma plak dah tak ingat jalan pulang dah.. dia dah nak wat hotel dah umah ni.. hari ni sampai ahad dia kat jb. senin dia nak gie seberang perak.. tah berapa hari tah.. then mana2 lagi round se-malaya.
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."