13 October 2010

terima kasih

datang angin baik aku.. hari ni.. baik lahhhh sangat... lama giler aku tak wat time sheet.. so, aku pun mula la check nak wat dari bulan berapa.. rupanya2 aku tak wat dari bulan 5.. punya la lama tak hengat.. 5 bulan tu... err tapi bukan 5 tahun taw.. sekarang bulan saploh okeh! bagus betul aku nih... cayalah.. bukan senang nak dapat worker rajin cam aku nih..

tapi untuk anak2 buah aku, diorang, kena submit every week.. kalo diorang tak submit.. aku kecoh.. sebab aku kena sign.. tapi bila turn aku.. tak de sape nak kecoh.. hahhaha bila finance kecoh2.. untuk exec2 ni.. bukan aku sorang jer... taw.. kira sape makan cili terasa pedas la nih... baru la nak kecoh.. tapi kan, ok la.. at least aku ingat gak.. nak wat.. tak abaikan terus...

aku tanya azam bila last dia wat time sheet.. dgn bangganya dia bagi tahu sejak dia keje, baru 2 kali dia wat.. that means hanya 2 week jerr.. bila tanya ad.. jawabnya.. 'apa tu? tak pernah wat pun' tanya kamal plak, 'abaikan'. nak tanya fiza, dia tak de la plak.. dia pi melaka. tapi jangan tanya fendi.. awal2 lagi dia skodeng pc aku, tengok aku wat time sheet dia dah sound baik punyer... al maklom la.. dia nyer tak pernah miss.. sebab aku kena sign dia nyer time sheet.. hahhahah.. that why..

moral of the story, teruk kan aku nih.. kira ok la kan... aku hanya miss 5 bulan.. saje jerr nak cover.. wakakaka.. bukan malas.. tapi tak sempat... tapi aku dah submit dah hari ni semuanya.. so, aku tak utang apa2 dah.. kalo finance bising2 kira aku dah selamat... safety first..

keje aku hari ni, merayau seluruh merata ceruk alam mencari barang2 untuk 2 project baru.. habis hutan belantara, gunung ganang, bukit bukau, lurah denai dan lautan aku redah semuanya kerana PDB & VXD.. hampir setel.. tunggu reply jerr lagi.. then kena sambung bab2 process plak...

ikhlas...
errmm tajuk tazkirah kita pada hari ni adalah ikhlas.. ce mana? ok tak? ok la... tapikan.... i'm not a right person to talk about it.. but secara tak langsung boleh tanya pak cik google.

ermmm.. bila sumone raise up about my mimpi, aku mula terfikir tentang lima tahun lapan bulan & one more thing yang sangat2 direct to the point. kenapa ya.. muncul.. may be aku betul dan may be aku silap.. biarlah...

bila sumthing yang melibatkan hati dan perasaan, ianya akan jadi complicated. susah nak explain. tapi layan jerr la.. orang nak cakap apa.. its up to them.. sebab mulut orang mana boleh di tutup maaa... kalo nak merompak kena la tutup mulut mangsa supaya tak menjerit.. nanti kecoh la pulak.. kan... kan kan

i'm hepi. aku bersyukur sangat2 di atas apa yang dikurniakan selama ni.. sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.. syukran.. i dun wanna cry anymore.. celik jerr mata pagi tadi aku dah promise to myself but after 6 hours ujan la pulak... nak wat ce mana kan.. dun worry, i can do it. ciyok! ciyok!

thanks nizam kerana berterus terang...

hari ni, bila dapat bil, baru aku perasan yang dah setahun rupanya. sebab kalo tak salah masa nak bayo ari tu.. gie sesama. cepatnya masa berlalu..

rasa macam dah lama tak soping barang dapo.. maklumlah tak masak.. tp sekarang ni, aku tak tahu nak masak apa.. i dun have any idea.. tambah2 pulak bila malas menjelma.. so, tak berasap la dapo aku.. kak norma plak outstation ke alor setar sambil balik kampung.. aku doakan agar misinya berjaya.. mudah-mudahan.. Ameen..

ni jerr yang sempat aku wat. jadi la.. alas perut before nak main badminton..
jom jom badminton time..

Pelangi Petang - Sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...






....from kekwa22 with love....

11 October 2010

biar hati berbicara

pepagi aku dah siapkan tapau laksa untuk ita dan kak norma request nak tapau choc cake. aku dengan senang hatinya menyediakan bekalan2 untuk diaorang.. then melepak semula dalam bilik aku becoz of awal lagi & sejuk... lagi sejuk bila ujan turun...

pagi tadi, ada orang tanya, musim tengkujuh dah bermula ke? awalnya tahun ni.. skrng, baru bulan sepuluh.. kalo dekat.. mau jerr kena cepuk..

cepat jerr masa berlalu. petang tadi aku gi melawat kak aya kat spital ampang puteri sebab denggi.. tingat aku last 2 year.. kes yang sama gak.. berbotol2 air masuk.. sampai kembang2 badan..

lagu yang tak asing lagi kat dalam blog nih.. tapi lagu ni sangat2 bermakna.. bukan untuk aku jer.. tapi untuk sesemua yang berada disekeliling aku...

Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan


lagu ni telah menceritakan segalanyakan? sejak awal2 lagi kita dah tahu sesemua ni.. sebab lagu ni pun wujudnya lepas balik dari melaka.. kalo lah dapat ulang lagi kat hotel tu.. kan best kan? betul tak? nanti2 kalo gie melaka.. lalu area tu.. jangan lupa singgah kalo tak dapat duduk kat lobi, lalu kat depan pun dah memadai.. ingat tak masa tgok pics... :)

biasa la.. sedih weeii sape tak sedih.. tapi sebenarnya.. nak sedih ke apa? aku tak hilang apa2 pun.. cuma, bila hati mula berbicara.. perasaan sedih tu akan bertamu.. walau di usir sejauh mana pun, ia akan datang.. walaupun kita semua tahu, lagi sedia maklum.. memang susah nak explain.. kalo explain pun.. orang tak akan faham sebab may be penggunaan perkataan tak tepat untuk menyampaikan sesuatu.. hanya 'kita' yang memahami. kan kan kan.. bukannya sekejap.. lama tu.. lima tahun lapan bulan...

Ya Allah aku bersyukur kerana ramai yang menyayangi diri ini.. sebab seorang tak sayang, maka ramai insan2 lain yang sayang diri ini.. terima kasih ya Allah. aku bersyukur di atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku.

sedih tu memang la.. sebab semua orang di kurniakan hati & perasaan.. sampai bila2 jangan lupa magic word tauuu... sampai bila2 tak akan expired..

malam ni aku malas nak masak apa.. makan cake semalam jer... .. errmm potato marbeles... ni yang jeles nih.. tapi malas aarr nak masak apa pun.. langgaq dah bukak.. maka, boleh la ajak ita & balqis melepak. balqis sure rindu nak makan bobo.

malam ni nak siapkan jahitan semalam jer... then kena mulakan aktiviti lain plak... banyak ni assigmnt untuk majlis achik nih.. mudah2an chapter 1 akan siap cepat... tak de la tuan punya bising2.. sikit2 suruh ambil gambo mende2 yang dah siap.. masa-elahnya.. tak siap2.. hehehhe...

lagi 13 hari lagi nak gie kinabalu.. ye ye ye





....from kekwa22 with love....

10 October 2010

Mencari rindu yang hilang

pagi ni, gie tasik ngan kak norma.. meriah aarr hari ni. tapi tak nampak plak pak cik yang regular kat situ.. may be aku yang lambat or pak cik tu yang lambat..

aku mandikan jimmy hari ni.. baru la puas hati.. kena mandikan sendiri. kalo tak.. menyakitkan ati jer.. tak de lagi kesan2 yang sangat menyakitkan mata...

cadang aku nak gie jj nak cari ikan untuk masak2 for lunch. tapi semuanya hancus sebab aku tension lagi sakit kepala & rasa tak sabar serta nak marah & mengamok. berdenyut2 kepala. memang menyakitkan hati. jiwa raga.. stress betul..

semuanya di sebabkan oleh mende alah ni..
kain organza nak wat alas dulang hantaran achik. susah teramat2 sangat nak potong. nak uko satu hal.. nak gunting satu hal.. dah 2 hal.. nak kasi sama saiz lagi la berchenta.. sebab kain licin.. memang tesion giler.. yang amat2.

then aku gie dapo, cari makanan. nak release tension. dah malas dah nak gie jj. makan jerr apa yang ada.. bukannya tak ada makanan.. aku goreng ikan bilis ikan tamban jer.. then sup sayo.. sebab tension bagai.. lupa nak amik gambo.. lepas makan tu.. aku jahit alas dulang ni beberapa keping then aku membuta.. hhehe.. lepas terjaga.. aku habiskan jahit semua las dulang.. ada 15 keping semuanya.. part ni setel.

ni plak bahagian atas. hanya sempat jahit yang nie jer.. plak tu.. lom sempat nak hiaskan apa2.. ada lagi 13 keping lom jahit.. manyak tuuuuuu lagi.. memang tension giler nak jahit becoz of licin dan selalu jerr senget..

bangun jerr tido, dah nak dekat pukul 5pm. tak de la lama sangat aku tido.. ada la dalam sejam jer... pesal aku sejak dua menjak ni.. tido siang.. may be stress kot. aku terus menonong masuk dapur.. tetiba teringin nak wat coklat cake..

maka, ni le hasilnya..

yang ni.. guna resepi lain dari yang selalu tu.. kat mana tah aku amik resepi.. ni tak ingat la plak.. sebab memang dok ada sejak sekian lama dalam pc nih. sajer jerr try2 resepi len...

jom jom share resepi...

bahannya
1 cawan minyak sayuran
2 biji telur
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung naik sendiri*
3/4 cawan air
1/4 cawan gula perang
1/2 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil esen kopi
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*

kekdahnya
masukkan minyak dan gula pasir ke dalam mixer.. pukul sehingga kembang. tambah gula perang. masukkan telur, pukul hingga sebati selama 2 minit. campur dan ayak semua bahan2 yang ber tanda * pukul hingga rata semua bahan. masukkan air dan pukul hingga sebati. tuangkan dalam loyang dan bako 170*C sehingga masak.

topping
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu minyak sayuran
1/2 cawan susu pekat manis
1/4 cawan air

kekdahnya..
campurkan semua bahan2. kacau hingga sebati. panaskan di atas api kecil sehingga likat. sapukan di diatas kek sesuka hati.

cake ni melt dalam mulut..

sementara nak tunggu cake masak.. aku wat laksa
bukan susah pun nak wat laksa.. lagi pun sesemua bahan untuk kuah dah ada. tinggal rajin & malas jer... cuma tinggal beli laksa jerr.. tapi no hal becoz on the way nak kuar gie beli air, cari kat kedai la..

lepas setel sesemua ni.. aku buke kedai dobi. pada hal semalam dah setel.. tah arr mana datangnya aku pun tak berapa pasti.. masa aku sidai kain dalam 8pm lebih tu.. kak norma tegur aku.. 'ni kenapa rajin sagat ni' dia pun pelik.. sebab mana pernah aku buke kedai dobi memalam.. pulak tu.. malam senin pulak.. dia pun musykil.. aku sajer jerr nak membzkan diri. supaya aku tak berapa nak ingat sangat.. walaupun hakikatnya.. bila aku luahkan.. sampai kak norma fenin2.. hahhaha

ni, lagu sedih kak norma.. tapi aku pinjam. dulu2 aku tak de la rasa apa2 bila dengar lagu ni.. walaupun lagi ni sedih. tapi sejak dua menjak ni.. aku rasa memang lagi bertambah sedih bila dengar lagu nih. double triple sedih..

Mencari rindu yang hilang - Sweetchild

Sepanjang panjang hari yg aku lalui
Hari ini sungguh sepi sekali
Hari yg kuharapkan penuh kebahagian
Rupanya menjadi kenangan
Kau dan aku... kasih

Sepanjang panjang malam yg aku lewati
Malam ini sungguh sedih sekali
Malam yg membuatkan hatiku remuk redam
Pilu jiwa tidak tertahan
Benih padiku tanam berbunga lalang

Benarlah langit tidak selalunya cerah
Sedangkan pantai pun berubah
Inikan pula cinta

Dikau yang bertakhta dalam hidupku
Kini telah berpaling arah
Tinggallah aku seorang diri

Satu satu yg kusayangi
Hanyalah dirimu seorang
Dua tiga boleh kucari
Mana kan sama dirimu sayang

Kalau kubersalah kau maafkanlah aku
Usah diturutkan kata hatimu
Kalau kaubersalah kumaafkan dirimu
Usah sayang usah tinggal diriku

Sepanjang panjang hati yg telah kuberi
Kasihku sungguh tulus dan suci
Kasih yg kuberikan putus ditengah jalan
Rinduku tak dihargai
Aku menangis keranamu
Kekasih...




jom check apa yang dah setel minggu nih...

1. gie jogging - yang ni harussss - DONE
2. mandikan jimmy - tengok keadaan - DONE
3. buke kedai dobi - wajib - DONE
4. cari pattern & kira berapa meter untuk nak wat langsir kat umah mak & gie beli kain langsir - mesti - DONE
5. potong kain untuk baju ita - mesti - POSTPONE
6. potong & jahit alas dulang hantaran achik - mesti - 50%
7. preparation untuk wat bunga hantaran achik - mesti - POSTPONE
8. kemas umah - mesti - DONE
9. merumput kat depan umah sebab anak2 kacang dah tinggi.. kena letak baja.. - mesti - DONE
10. beli air minuman - mesti - DONE

7/10.. ok la not bad.






....from kekwa22 with love....

Sampai Hati

pagi2 buta hari ni, buke kedai dobi.. mendung jerr cuaca pagi ni... tapi pagi jer.. then sampai ke petang panas terik.. pagi ni.. siap merumput kat depan halaman.. tak de la nampak semak.dekat sebulan tak buang anak2 rumput..

ni, our lunch hari ni...
masak lemak labu. sedap tu...

kerang rebus

ikan pekasam. yang ni kak norma bawa balik masa dia gie johor aritu.. antara product wadira. ikan pekasam ikan laut.. ermmm aku kureng berkenan.. hehhehe tapi not bad la.. may be aku dah tersangat la biasanya dengan ikan pekasam ikan sungai.. that why la kot..

rendang daging.. ari tu ada orang tu.. dia bagi tahu.. dia wat rendang daging... sedap plak tu.. then tak pelawa plak tu.. wat orang jeles jeles.. so.. kena tiru la hari ni.. memang ada uummmhhh...

ulam raja ni, pi rembat kat kebun pak cik nan.. banyak gak aarr daun2 yang kena rembat.. di samping daun2 yang lain. heheh

lepas makan.. maka.. episode tido pun bermula. ngantok weeiii ngantok.. tapi tidur ku terganggu becoz fiza sibuk tanya dia nak cari tempat mengurut. dia otw ke utm, bergayut dengan aku sampai polis angkat tangan kat dia.. mujur just angkat tangan jerr.. kalo suruh berhenti dan kuarkan segala bagai surat untuk di sign.. ha.. kan naya jerrr tu.... aku tak bersalah okeh.... sebab aku elok jerr landing... tak menganggu lalu lintas pong...

lepas dah tak larat dah nak landing.. aku rasa umah aku ni sunyi betul... rupanya ahli2 umah aku dah lesap... tinggal aku jerr sowang-sowang.. patut la pun sunyi.. jerrr

lama giler gie memborong langsir ngan angah.. pilih nyer pilih.. ok la.. dapat la langsir kaler purple.. cuma tinggal nak jahit jer... masa antar angah balik umah dia, pi langgar divider jalan.. hambik kau.. kesian jimmy luka berdarah.. tu aarr.. pikir lagi macam2 & tak focus..

malam ni, tengah aku dok layan blues.. aku dapat call dari im.. loorr dah ada kat kl rupanya.. pagi tadi dia balik sini. aku pun tatau la pulak bila dia nak balik kuching lagi.. padahal last week baru jerr dia balik sana. bila dia ajak aku melepak.. on jerr la.. becoz kalo aku dok umah ni.. ujan tak akan berhenti... lagipun lama giler aku tak jumpe dia.. ada la setahun lebih.. banyak arrr citer ngan im ni.. dia ni kelako & humble.. at least terhibur jugak ati aku..

tapi, balik umah.. rasa sedih tu bertandang lagi.. dalam kepala aku ni.. kejap jerr boleh lupa.. pesal aaarrr... entah la.. ok la.. ikut suka la.. buat jerr apa2 yang patut, asalkan bahagia.. suke ati,
suke ati, suke ati, suke ati!!! aaAAgrrRRRgggGGGhhhHHH

2 lagu ni memang sangat popular hari ni..

Sampai Hati - Spring

Tergamaknya dirimu menghiris hatiku
Tidakkah di hatimu punya perasaan
Sampainya hatimu meninggalkan aku
Di manakah janjimu yang setia

Betapa sepinya perjalanan hidup ini
Di kiri kananku penuh duri cintamu
Sampainya hatimu membiarkanku rindu
Kau terus menghilang tanpa berita

Entah mengapa rindu di hatiku masih di dada
Bukannya mudah nak kulupakan
Adakah tanda aku masih menyinta
Sedangkan engkau entah di mana

Hanya Tuhan yang mengerti hati dan perasaanku
Di tengah malam syahdu hatiku merindu
Sampai hati kau pergi tanpa pedulikanku lagi
Aku berdoa agar engkau bahgia

Biarlah aku abadikan cintaku yang setia...
Oh... kekasih
Segala kenangan menjadi rinduan
Cinta di hatiku seperti dulu




Tak suka tak apa - Screen

Jikalau Orang Tak Suka Tak Apa
Tapi Janganlah Kau Mengata
Sudah Menjadi Adat Di Dunia
Ada Rupa dan Berharta Orang Suka

Jikalau Orang Tak Suka Tak Apa
Biarlah ku Mengundur Diri
Mungkin Kau Rasa aku Tak Sepadan
Dengan Dirimu

ku Sedar Diri Ini
aku Hanyalah Insan Biasa
Tapi aku Ada Harga Diri

Walaupun Terguris Hati Ini
Hingga Menitis Air Mata
Namun Semuanya Tak Bererti
Bagimu

Waktu Orang Suka Semuanya Indah
Waktu Dah Tak Suka Oh Ada-ada Saja
Sukarnya Nak ku Temui
Cinta Yang Sejati dan Bahagia

Jikalau Orang Tak Suka Tak Apa
Tuhan Masih Menyayangiku
Moga Suatu Hari Akan Tiba
Jodoh Buatku Dengan Insan
Yang Ikhlas Cintanya







....from kekwa22 with love....