21 March 2012

minggu yang penuh dengan dugaan

errrrmmm sepanjang 2/3 minggu ni... banyak perkara yang berlaku... macam2 ada... lama jugak la aku tak jengok blog ni.. sampaikan sapa la yang berani spam aku nyer shout box. macam2 ada sampai aku pun tak paham... hasilnya..... lebih baik aku remove...

dah nak masuk 2 minggu dah aku mc. lama betul dah tak masuk opis... tah la... banyak betul dugaan... ujian yang mendatang.. walau apa pun aku redha keatas semuanya.... lepas aku demam di ganti pulak dengan batuk, armand pulak masuk wad. bila armand dah kuar spital, enche affa pulak demam sampai tak boleh bangun 2 hari. bila enche affa demam... aku rasa keadaan kami sekeluarga macam lagi teruk jerr.. sebabnya aku tak mampu nak handle diri sendiri sebab batuk tersangat teruk dan nak bernafas pun susah... armand pulak memerap jerr.... tak sangka plak dekat pukul 1am, mak datang..... terima kasih mak sebab datang ke umah kami... tak terbalas jasa mak pada kami... kasih mak hingga ke syurga........

memang tak sangka Allah kirimkan 'angle' untuk kami... Alhamdulillah... mulanya dalam pukul 8pm, kak ngah call aku tanya pasal armand kuar dari spital... then may be dia dengar suara aku lain macam...kot sebab batuk teruk, dia cakap aku nangis.. tak sangka plak dalam pukul 12am, kak ngah call semula yang dia bagi tahu.. dia hantar mak naik bas dalam pukul 10pm tadi. memang sangat2 terharu.... terima kasih... ya Allah di atas pertolonganMU dan terima kasih mak sebab sudi datang... Alhamdulillah. Armand cuti skolah seminggu, enche affa pun cuti seminggu jugak... aku memang dalam mc... maka, sesama la bercuti... kalo cuti time sihat.. sangat2 la best. tapi kalo cuti sebab tak sihat.. memang tak best....

kenapa aku mc lama?. ermm sepatutnya aku kena duduk kat wad dah.. sampai aku bersalin. sebabnya uri masih kat bawah dan doktor kk suruh aku rest jerr... errmm maknanya aku kena warded sampai bersalin. lama tu.... so, aku ngan enche affa sepakat gie kpmc, minta advice dari doc jamil. menurut doc jamil, tu, memang procedure. so, dia bagi aku mc kat umah tak perlu masuk wad, dengan syarat, dok umah macam duduk kat wad.. tak boleh wat apa2 pun... so, that is better than duduk kat wad.

kenapa aku tanak warded??

1. walaupun uri kat bawah, tapi aku tak pernah bleeding. Alhamdulillah.

2. duduk spital memang sesangat boring. 2 hari pun dah boring tahap gaban inikan pula nak warded sampai 2 bulan lebih....???

3. bukan aku happy pun duduk kat wad.. nanti aku menangis jerr sepanjang kat sana... sebabnya mesti teringat kat enche affa dan armand.. lagi pun sure aku rindu tahap dewa dewi kat dua orang lelaki dalam hidup aku nih...

4. kesian enche affa nak berulang alik ke spital. sure dia nak jengok aku... terkejar2 dia nanti. dah la waktu melawat spital kerajaan terhad. dok spital swasta?... errmmm saperr plak nak menangung kos nyer... ada kerr... sesapa nak sponser????

5. banyak tu.. kos.. kalo duduk spital.. spital kerajaan pun kena bayo jugak.. memang enche affa tak kisah pasal kos.. dia suruh jerr aku warded... untuk kesihatan aku dan baby.. tapi.. aku yang tanak..... kesian kat suami aku... bukan pasal kos.. tapi pasal aku sendiri yang tanakkk.....

6. kerja?? tak perr la... tak fikir pun... biarla... sebabnya ste tu tak kan tutup kalo tak ada aku..

dah 30 week dah usia kandungan aku... sekejap jerr... masa berlalu... tak sabar nak tunggu 38 week. dalam tak sabar2 tu... kena juga redha dan tabah untuk melalui another 8 week. bukan satu jangka masa yang singkat sebenarnya....

banyak dugaan dan ujian Allah berikan pada hambaNya yang sorang ni untuk mengandung... lama aku menunggu untuk tiba ke saat2 macam ni... hampir 12 tahun.... syukur alhamdulillah aku dapat merasainya.... merasai nikmat mengandung. Terima kaih ya Allah dengan kurniaanMU ini.... Insya Allah aku akan buat yang terbaik di atas amanahMU
ini...


rasa bahagia dan gembira sangat2 bila ada kehidupan dalam rahem aku. 'adik' pun dah kuat menendang dan bergerak... kalo kena kaco terus jerr di balasnya.... cuma kesian 'adik'.. sebab mamanya tak selera nak makan... dari awal pregnant sampai la sekarang... kurang selera makan.. rasa tak sedap jer.... makanan. makan pun kena paksa2 jer.... kalo ikot hati.. memang malas nak makan.. last 2 week check berat 'adik' 1.5kg. dah besar dah 'adik'....


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

11 March 2012

Semoga Aku Tabah Mengharungi Segalanya.....

lama betoi aku tak jengok2 blog ni. dah bersawang dan rasa macam dah lama tak membebel2kan kan kan..... bukan masa tak mengizinkan untuk menulis, tapi tak ada kekuatan langsung untuk aku berbuat demikian...

minggu lepas adalah minggu yang di penuhi dengan ujian. walau apa pun aku terima dengan redha apa yang telah di tentukan oleh Allah SWT. siapa aku untuk menolak qada & qadar dariNYa..

kali ni, aku demam teruk. habis sakit sendi segala... sehinggakan tiada kekuatan langsung untuk berdiri dan berjalan. semua sakit. 3 hari aku MC. tergolek kat umah. tak buat apa pun.. hilang selera makan dan batuk yang sangat teruk. hingga ker hari ni, batuk masih lagi berlanjutan. habis segala jenis ubat aku telan (kalau tak, jangan harap le nak habiskan ubat) then sambung plak ubat dari KPMC.. tu pun habis gak di telan.. tapi batuk tetap macam tu jugak... kali ni, batuk memang teruk sebab batuk kering dan rasa tak lepas.... bila batuk rasa sakit sangat2 sakit dada, perut dan kepala. nafas rasa makin pendek dan mengah. macam tak cukup oksigen jerr.. semput jadinya.

bukan aku jerr demam, tapi armand pun demam juge. dia demam on off lagi lama dari aku. pernah dia sendiri cakap tak nak gie skolah sebab tak larat. pada hal dia sendiri cakap yang dia tak nak ponteng sekolah sebab nanti dia tak tahu apa yang teacher ajar kat kawan2.

disebabkan aku tak larat dan enche affa ada big event yang sgt2 penting dari jumaat sampai sabtu tengah malam, so, aku ajak mak ngah tido umah aku dari jumaat malam lagi. sebabnya aku tak larat sangat2 nak melayan karenah armand. nak uruskan diri pun tak ada kekuatan. tapi on sabtu petang, badan armand makin panas 39.3*C. terus jerr aku suruh mak ngah bawa dia gie KPJ Kajang. tu la paling dekat. Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan.

kesian armand, menangis2 sebab tak nak nurse ambil darah dan nak masukkan drip. sebab dia dah set dalam fikiran dia, dia tak nak masuk hospital lagi. masa aku bawa dia pun.. berkali2 dia pesan supaya lepas jumpa doctor, terus balik rumah. kesian sungguh aku tengok bila dia keraskan badan dia masa nurse cuba masukkan ubat bontot dan nak drip.

mak ngah dukung dia tak nak.. nak mama jugak... aku memang tak ada pilihan.. tak sampai hati tengok dia nangis... aku lupakan semua nasihat doktor2 maternity yang tak bagi aku angkat benda2 berat sebab uri kat bawah.. biarlah.. aku serahkan pada Allah SWT. sebab dia yang menentukan segalanya... aku redha jerr... kalo tetiba kuar darah or kena bersalin czer... aku redha. apa yang penting anak aku sekarang ni tengah sakit. memang susah nak dukung sebab perut dah besar. aku tak tahu posisi mana yang betul.. tapi hantam sajalah... dgn badan aku dah sedia berat.. tambah plak dengan berat armand. Alhamdulillah Allah bagi keseimbagan pusat graviti kami bertiga. Dapatlah aku mengendong dua orang anak aku... Syukur Alhamdulillah....

masa nak buat x-ray lagi banyak cabaran. sebab dia nak mama ada kat sebelah. orang mengandung tak boleh kena sinaran x-ray. aku kena kuar dari bilik tu... teruk dia menangis. puas di pujuk.. sampai 4 kali percubaan masih belum berjaya... dada dia berombak yang menyebabkan gambar tak boleh capture. mak ngah teman dengan pakai baju khas pun dia tak nak... kesian sungguh aku tengok dia time tu..... percubaan ke 5 bila aku berdiri sebelah juru x-ray kat dalam bilik cermin, baru ok.

wheel chair? errmm baru jerr dapat masa nak di hantar ke wad. lepas 15 minit masuk wad, dia pun tido dengan nyenyak... mungkin dia letih sangat.... enche affa pun sampai lebih kurang pukul 11pm. dia pun terpaksa tinggalkan event dia dan berkejar ke spital...
Armand di masukkan ke wad 515A lebih kurang 10.35pm. walau apa pun aku bersyukur kerana aku dapat buat yang terbaik semampu aku untuk anak aku yang sorang nih..... sehingga ke saat ni, armand masih lagi di wad.

aku terima segalanya ujian dari Allah SWT dengan redha. Walauapa pun ujian, Insya Allah akan aku tempuhi... semoga keluarga aku dan bayi yang membesar dalam rahem aku sihat. dah nak masuk 29 week dah usia 'adik' & makin aktif bergerak. last week check up, 'adik' dah seberat 1.4kg. dah besar dah 'adik'.

Ya Allah, berilah kekuatan pada hambaMU ini supaya dia akan terus tabah mengharungi segala ujian dariMU


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

29 February 2012

berat badan ketika hamil

hari ni.. sesangat bosan. lambat jerr masa berlalu. semalam pun sama. penyakit bosan masih berleluasa. bila tah nak hilang.. penat & mengah tu, memang la biasa... lumrah la bagi orang pregnant. kekadang, nak bernafas pun tercungap2. ponek den. badan pun dah makin berat. tu pun berat badan ikut schedule klinik kerajaan. rasa dah berat sangat dah... huhuu... kalo ikut kiraan klinik berat aku mestilah bertambah paling minimum, 6kg lagi. huhuhu tu yang penat tu.. mengah semacam jerr.. sebab badan dah berat sangat dah rasa sekarang ni.. nak tambah lagi.. ermm ce mana lah yerr... berat baby baru jerr 1kg... tapi, berat aku? huhuhu banyak tuuuu...

apa yang membuatkan berat badan menjadi banyak?


ni lerr sebabnya... terimalah keadaan ini yerr.. puan-puan dan bakal2 ibu sekelian. yang bape nyerr.. jangan complain yerr... sebab Allah nak beri keturunan/zuriat untuk anda. Bersyukurlah kerana isteri anda sudi mengandungkan zuriat anda... ermm sebab ada juge isteri yang tanak mengandung sebab 'nak jaga badan' walaupun bilangannya kurang, tetapi golongan yang cam nih... ada yerr....

di sebabkan berat makin bertambah, nak wat apa2 pun slow jerr.. nak bergerak tu.. susah.. kalo dah duduk, malasnya nak berdiri... huhuhu. tido plak dah tak berapa nak selesa. serba tak kena. errmm walau apapun sesemua tu adalah anugerah. Alhamdulillah kerana Allah memberi kesempatan untuk aku merasainya.

dah masuk trimester 3 dah rupanya... kejap plak rasanya...
naperr la lambat nyer nak cuti skolah.. cuti skolah bru bleh cuti.. kalo tak, redah jerr... hehehehe apa nak buat.. anak mama dah skolah kan... dah le semangat giler nak gie skolah walaupun pepagi liat nak tinggalkan tilam bantal..

yay yay.. sempena birthday aku ari tu, angah bagi baucer penginapan 2 hari 1 malam di lost world of tambun, ipoh. yay yay.. best best.. nanti boleh la mandi manda... tapi kalo kat taman tema tu.. aku nengok jerr la... mana larat berseronok bagai main air... huhuhuhuerrmmm tak sabo nak balik kampung or nak balik ipoh.. nak jumpe adik firas. huhuhu rindu aarrr kat adik firas.. semalam pah cakap, adik firas dah pandai bersembang...

pah ngan cucu nyerr jerr la...
ala... comei betoi adik firas... rasa nak cubit2 jerr pipi..


sumer gambo dari pak cik google



....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

22 February 2012

hepi birthday to me

Alhamdulillah syukur pada Allah swt atas kurniaan nikmat umur hingga ke hari ni. Alhamdulillah. Cepat sungguh masa berlalu.. sedar tak sedar jerr..

Ya Allah berikanlah hambaMU ini Taufik dan HidayahMU agar sentiasa berada di jalan yang Engkau redhai. Kurniakan kesihatan yang baik pada hambaMu ini supaya dapat beribadat kepadaMU dan dapat berbakti kepada suami, mak dan keluarga. Kurniakanlah kepada hambaMU ini rezeki yang melimpah ruah. Tetapkanlah hati hambaMu ini kejalan yang Engkau redhai. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, permudahkan urusan hambaMu yang hina ini di dunia dan di akhirat.

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, hari ni genab 26 week usia kandungan aku.

What is going on with your baby during week 26?
Your baby now acquires a special layer of fat which acts as an insulator, keeping baby warm in the weeks after birth. This fat known as 'brown fat' because of its color is found at the neck area, around the kidneys and behind the breastbone. It is a special kind of fat meant to keep baby warm and is found in both newborn babies and hibernating animals. Baby's weight is about 2 pounds (900g) and measures at 9.¼ inches (23cm).

What is going on with you during week 26?
You will find yourself growing nearly half an inch (1cm) each week from now on. With a healthy diet, your weight gain is between 16 and 22 pounds (7.2-9.9kg). Now that you bigger, back pain, leg cramps and headaches are your common buddies. Two- thirds of the pregnancy is behind you; you are approaching the end of the middle trimester. You belly button may pop now if it hasn't already. After delivery and a shrunk uterus, your belly button will revert to its usual position but you may find it slightly stretched and less taut than before.

kalo nampak pregnant woman jalan macam kebelakang sket.. tu sebenarnya adalah normal. masa gie kelas arternatal du, doc bagi tahu sebab terjadinya cam tu adalah di sebabkan oleh penyesuaian pusat graviti wanita mengandung. nanti bila baby dah lahir, tulang belakang akan kembali normal.

baca kat sini untuk lebih lanjut

Ni, dari anak mama dan suami terchenta
dah cantik dah tulisan anak mama...

bila bapak dia tanya nak kasi hadiah apa kat mama.. lancar jerr dia jawab, bagi coklat, bunga dan emas. perrhhgg memang best.. anak mama memang best. mana tah dia dapat idea. dan dan mama nyer jawab yang coklat & bunga tu tak yah pun tak per.. kasi emas jer... hehehhe
harga emas hari ni

yay yay yay

akhirnya aku dapat beli Avent PES new born starter set dengan harga RM150. harga kat pasaran dalam RM250 dan macam2 lagi harga le.. tapi aku dapat harga ni.. memang best price dah. sebab dah puas cari2 harga2 yang mampu beli. hehehe.. bajet weeii bajet.. beli ngan kawan achik. mulanya ingat kalo tak dapat PES, PP pun boleh.
dah dapat satu supplier dari kl yang memang jual avent nyer brand jerr.... boleh jerr ambil dari dia.. dah PES semuanya harga bukan dalam bajet lagipun PP botol murah sket. bila tanya kat dia pasal PES, tros jerr cakap, tu stock lama & tak kuar dah stock tu... errmmmm tak suke aarrr kalo orang tipu kan kan kan...

rasanya malas plak nak gie motherhood exibition this saturday. sebab mende yang nak di cari tu dah dapat. tujuan utamanya nak cari botol.. so, bila dah dapat botol rasanya tak yah gie pun tak per.. barang2 len tu.. kat mana2 pun ada. angin malas telah datang le tu.. lagi pun sian enche affa dia terkejar2 nanti. banyak mende nak wat on that day. pepagi nak gie skolah armand, nengok dia nyer aktiviti, then nak gie ambil gambo orang nikah lagi.. pastu dah berkejar nak gie klcc. errmmm penat ooo nanti.. lebih baik tak yah gie... gie kat midvelly jerr la nanti.



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”