04 April 2012

perjalanan sepanjang 32 week

lama betoi tak tulis sumting2 kat sini... bersawang bagai dah... bukan tak de masa nak tulis tapi kudrat tak ada... kekadang mood pun tak ada... ermmm macam2 alasan la.... walau pun dok kat umah jerr.. tapi kalo kesihatan tak mengizinkan.. ermmm wat apa pun tak menjadi...

errmmm... 4-4 muncul lagi.. alhamdulillah aku bersyukur kerana kehadiran 4-4. banyak hikmah yang aku pelajari. sesungguhnya apa yang di aturkan olehNYA adalah yang terbaik.. hanya kita perlu bersabar menempuhinya.. Alhamdulillah.. segala pengalaman sepanjang perjalanan kehidupan ini menjadi bekalan buat hari2 mendatang. Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang telah ENGKAU kurniakan... semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

errmmm... diam tak diam usia kandungan dah 32 week. aktif betoi.. 'adik' hari ni.... sejak pagi lagi 'bermain' tak henti2. apa la.. yang di buatnya... kat dalam tu... errmmm dah tak lama dah nak bertemu dengan ahli baru dalam keluarga kami ni.... alhamdulillah satu perjalanan panjang... tapi hingga ke saat ni rasa kejap jerr... kalo dulu masa tahu pregnant bulan 9 last year.. bila doc bagi date bersalin bulan mei 2012.. rasa lambat betoi.......

apa yang aku dah lalui sepanjang mengandung 32 minggu???

bulan pertama (week 1-4) : ok jer... alhamdulillah tak ada alahan dan sihat cergas. alhamdulillah.

bulan ke dua (week 5-8) : alhamdulillah sihat dan cergas.. tak nampak pun tanda2 mengandung. biasa jerr

bulan ke 3 (week 9-12) : alhamdulillah.. perut pun tak nampak lagi.. tak de sebarang alahan...

bulan ke 4 (week 12-16): demam dan hidung tersumbat. susah nak bernafas selera makan kurang. perut pun baru jerr nampak sikit2. balik keje... terus jerr pening... mujur pening waktu malam.. tak de la teruk kat opis.

bulan ke 5 (week 17-20) : selsema dan hidung tersumbat. rasa macam nak gie operate pun ada sebab sangat2 tak selesa serta tak boleh nak bernafas dgn normal dah 2 bulan, tapi tak baik2 lagi. tido pun guna mask. pening kepala dan tired yang amat sangat lepas maghrib... dah tido. bangun dlm pukul 12am lebih utk isya' dan sambung lg tido... cam tu la rutin hari2. time ni di sahkan uri bawah.... dah tak leh pakai baju kurung gie opis... sebab perut dah makin beso..

bulan ke 6 (week 21-24) : selsema dan hidung tersumbat dah ilang.. alhamdulillah. cuma selera makan kurang... berat badan naik sikit jer... untuk setiap bulan.

bulan ke 7 (week 25-28) : demam dan batuk sangat teruk. lelah or sempot datang... hilang terus selera makan... uri masih di bawah.. doc at klinik kesihatan dah suruh admit hospital & supaya boleh rest. di takuti bleeding. tapi doc kpmc bagi 2 week mc supaya boleh rest kat home tapi tak boleh wat kerja apa2 pun rest macm duduk spital...

bulan ke 8 (week 29-32) batuk belum hilang... sempot belum hilang... kurang tido waktu malam.. badan jadi tak selesa. serba tak kena. lebih2lagi kalo baby mengeras.. kena la tidur sambil duduk. memang tak selesa.. tapi terimalah dengan redha. selera makan kurang... mc lagi 2 week. rest at home. berat badan turun 3kg, tekanan darah juga rendah, baby songsang..
normalnya kedudukan baby bila dah 32 week cam ni la... tapi. aku nyer kes.. tak cam gini... mudah2an dalam seminggu dua lagi... kedudukan bayi akan berpusing cam nih dan uri pun akan ternaik ke atas... Insya Allah.. sama2 la kita berdoa...

bulan ke 9 (week 33 to 36) : errmmm... aku terima dengan redha apa jua ujian dan dugaan dari Allah swt. sesungguhnya DIA yang mengetahui segalanya... dan mengatur segalanya... aku nak suruh mak datang dalam week 34. tengok lah ce mana kelapangan mak nanti. sekarang ni dia berulang alik ke umah pah jer.. kesian plak pah sensorang.. wat persiapan kahwin wahid.

bulan ke 10 (week 37 to 40) mudah2an aku di permudahkan untuk bersalin. doktor bagi due date untuk aku bersalin pada 30 mei 2012, iaitu pada week ke 40. tapi siapa tahu ketentuan Allah swt. semoga di percepatkan... tak sabar rasanya... semoga aku tabah menghadapai kesakitan bersalin dan semoga aku dan bayi yang bakal di lahirkan selamat dan sihat. Ya Allah.. permudahkanlah.....

Alhamdulillah... aku bersyukur pada Allah swt kerana di kurniakan seorang suami yang begitu memahami dan mengambil berat atas semua yang aku lalui. enche affa sentiasa memberi dorongan supaya aku terus tabah mengharungi segalanya... sepanjang aku mengandung.. banyak urusan2 rumah tangga dia yang take over.. kesian aku nengok dia bersusah payah.. sampai dah kurus my hubby.... tapi... nak wat ce mana.. aku sendiri tak ada kudrat untuk melakukannya... terima kasih sayang.. hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.... i love you... muuahhssss


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

27 March 2012

Bank Rakyat umum dividen 20% untuk tahun 2011

errrmmm hari ni.. last day untuk mc aku... mc sejak 14hb. rasa macam lama.. tapi kejap jerr... batuk pun beransur kurang.. tekak pun dah kurang sket sakit. cuma selsema dan semput jerr... masih ada.. Alhamdulillah dah ada improvement.

tetiba jerr dapat semput... aku terima ujian ini seadanya... then aku cari2 info pasal semput ni... dapat la artikel dari Dr Rakmat Awang yang menulis kat dewan kosmik 1999.

Adakalanya batuk tersebut dialami secara berterusan lebih daripada seminggu. Selain itu, pesakit akan mengadu sesak nafas dan ketat dada. Dalam keadaan asma yang tidak dapat dikawal, ramai juga yang mengadu terdapatnya lendir yang amat sukar hendak dikeluarkan.

Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas manakala yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang teruk setiap hari. Segelintir pesakit asma mengalaminya dalam masa yang singkat manakala ada pula yang mengalami secara berterusan untuk beberapa hari lamanya. Selain itu ada pesakit yang akan mengalami keadaan yang mencemaskan manakala yang lain hanya mengalami sedikit gangguan keselesaan bernafas sekali sekala.

baca seterusnya kat sini

errmmm ingatkan hari tu dah masuk dividen bank rakyat.. rupanya baru di umumkan.. hehhe.. maknanya yang dok ada tu.. last year nyerr... alhamdulillah... rezeki jangan di tolak.. musuh jangan di cari....

Bank Rakyat umum dividen 20 peratus - 2012/03/26

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.
"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA

baca kat sini



....from kekwa22 with love...

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

26 March 2012

set bersalin yang mana?

adoiii.. dah pening2 pikir set bersalin mana yang bakal menjadi pilihan hati. banyak sangat kat pasaran. macam2 ada.. fenin aarrr nak pilih.. yang mana satu, idaman kalbu....

ni, amway set Tropical Herb = RM275
Produk untuk Dimakan
• Teh Herba (10 uncang)
• Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)
• Lepas Bersalin 2 (80 kapsul sayuran)

Produk-produk untuk Kegunaan Luaran
• Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
• Herba Mandian (20 uncang)
• Campuran Peramping Perut (20 paket)
• Campuran Penghangat (15 paket)
• Campuran Penenang (15 paket)
• Minyak Urut Herba (60 ml)
• Minyak Bayi (60 ml)


Set bersalin NR (nona Roguy) - RM365
  • Phytonatal 90 biji
  • Akar Herbanika 10 paket
  • Minyak Herbanika 100ml
  • Uncang Cuci 10 paket
  • Herbanika lulur 100gm
  • Krim Barut 60gm

set bersalin hiraq = RM360
KARMILA PLATINUM - 2 pcs
HERBA MANDIAN - 1 pcs

STRETCH MARKS & HEEL CARES CREAM - 1 pcs

BENGKUNG - 1 pcs

SABUN HERBA - 1 pcs

SUSU KAMBING - 1 pcs

T3 FEMININE WASH - 1 pcs

HIRAQ JELI GAMAT - 1 pcs
Magical cream - 1pcs


Set bersalin Jamu selapan
Jamu Selapan (RM 119.00)
Jamu Selapan + Bengkung + CD (RM 199.00)
Set A
  1. Tapel Raket
  2. Pilis Wangi
  3. Bancar Air Susu
  4. Param Segar Sumyah
  5. Minyak Telon
  6. Jamu Pil Galian Parem Wangi
  7. Jamu Pulih Balung Sumsum
set bersalin afiat = rm85

Air Jamu Muparam, Kapsul Wanita, Param Hangat , Barut Berubat, Minyak Herba Warisan Afiat, Balm Herba Warisan Afiat, Akar Kayu, Air Lemuju Kukus, Perabun dan Tali Pembentan. Mengenai Produk : Jamu Bersalin Yang Lengkap Khusus Untuk Mengembalikan Kecergasan Anda. Jamu Bersalin Warisan Afiat mengandungi 10 bahan utama yang lengkap untuk 44 hari berpantang bagi wanita selepas bersalin. Produknya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Diasaskan oleh Tuan Haji Panjang Kamaruddin dan termashur sejak Tahun 1924.

set bersalin leesa formula
Set Premium = 9 Produk + Beg (RM 350.00)
Set A = 5 Produk (RM 215.00)
Set B = 6 Produk (RM 260.00)
  1. Body Contour Gel
  2. Cotet Emas Uncang
  3. Ginger Cream
  4. Minyak Telon
  5. Pek Tungku Herba
  6. Tablet Haruan Compelx
  7. Tablet Prawan
set bersalin jamu mak dara - ibu halimah = RM350

1. Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram

2. Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul

3. Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml

4. Pilis 1 bekas 200 gram

5. Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram

6. Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram

7. Bengkung 1 helai

8. Tungku Kukus Berherba 1 unit

1. Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram


set bersalin salindah
Set Lengkap (RM 370.00)
Set Sebelum Bersalin (RM 225.00)
Set Selepas Bersalin (RM 220.00)

Rawatan Selepas Bersalin:
L7 (30 ml)-penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
L8 (30 biji)-mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)
L9 (16 biji)-mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
L10 (96 biji) -mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
L11 (220 ml)-mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan
L12 (96 biji)-mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis

Set bersalin sendayu tinggi = harga mengikut pakej
Pakej 1 : RM207.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)

Pakej 2 : RM247.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Bengkung

Pakej 3 : RM386.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone

Pakej 4 : RM427.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone
~ Bengkung (free size)


Set bersalin HPA
Set Bersalin (RM 90.00)
Barut Berherba (RM 35.00)
1.Ubat Periuk (4)
2.Kapsul Wanita A (60biji)
3.Kapsul Wanita B (60biji)
4.Minyak Barut (4)
5.Minyak Bayi (2)
6.Teh Herba (1)
7.Ubat Basuh (Periuk)(1)
8.Spirulina (1)

set bersalin Amber kenanga
Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga (RM 150.00 SM / RM 170.00 SS)
Set Sayyida Ambar (RM 120.00 SM/ RM 140.00 SS)
set bersalin atika beauty = RM300
a. Jamu Bersalin 1
b. Jamu Bersalin 2
c. Teh Herba Tampang
d. Minyak Herba
e. Minyak Bayi
f. Rempah Pembersih Wanita
g. Param
h. Tapal
i. Pilis

semua sumber2 dari pakcik google

ermmm mana satu yerrrrrrrrrrrrrr lom ada jawapan pun lagi


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

22 March 2012

tungku bayi

rasanya kalo aku sihat, duduk rumah lama2 cam ni... sure boring tahap gaban... tapi di sebabkan aku tak sihat.. memang sangat2 selesa tinggal kat umah. batuk pun masih belum hilang cuma dah kurang dari last week. alhamdulillah.

biasanya di sebelah pagi ada rasa kuat sikit nak wat apa2... tapi bila lepas 2pm.. mula la melepek dan mengah... tataw la ce mana nanti bila masuk opis. kalo berjalan lama sikit.. mula la mengah... dan kaki sakit. berat badan pun dah turun sikit sebab sampai sekarang, selera makan tak ada... kesian kat 'adil' tak dapat makanan berkhasiat. kat opis nanti, aku redha jerr la... what ever orang nak cakap.. biarlah.... nasib setiap orang tak sama. Setiap orang ada bahagian masing2.

mujur aku dah wat preparation untuk 'adik' awal. sejak usia kandungan 5 bulan lagi dah siapkan sikit2. kalo sekarang baru nak wat, errmmm memang la tak larat. ada la sikit2 lagi... cuma beberapa mende jerr perlu diadakan. tapi aku tak de la wat persiapan beria2. yang penting2 jerr... nanti mana2 yang tak de.. boleh top up. barang yang tak de lagi adalah set bersalin aku jer.. tu.. tak de masalah... boleh gie beli mana2 toko jamu jerr... tak de la kritikal sangat. enche affa boleh gie carikan. tak rugi wat persiapan awal.

hari ni aku siapkan bahan2 nak wat tungku bayi jer.. cuma jemur jerr dulu rempah ratus supaya kering... lepas tu baru nak bungkus... mujur senang nak dapat rempah ratus kat kampung... tak de la susah nak kena gie sana sini cari....

ni, rempah ratusnya.. petua dari pah... bahan utama adalah habatus-sauda dan lada hitam. ingatkan dapat 3 biji tungku.. rupanya dapat 4. ermm banyaknya.... boleh la bagi adik firas 1. yang len2 boleh simpan. comel2 gitu...........

kegunaan tungku bayi ni adalah untuk menuam bayi, kita dapat elakkan bayi drp kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.

Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.

Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema.

memang jimat kalo buat sendiri.



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”