18 May 2011

persiapan menjelang 22hb

hari ni, pepagi buta aku dah mengadap bakul2 hantaran aku. aku target, pagi ni, mesti siap. Alhamdulillah. mission complete. pah sangat2 teruja dan berkenan dengan bakul2 aku. tengok aarr sape yang buat... (ceesss) sape lagi nak puji diri sendiri.. tak semua orang boleh wat cam ni.. kan kan kan...


lepas jerr kemas segala sepah2 aku tu.. aku wat another project. gantung langsir... sangat2 memenatkan. almaklum la wat sensorang.. letih2.. sebab langsir tinggi. minta tolong adik pada mulanya.. dia tolong kejep jerr.. then lesap entah ke mana. rasanya dalam pukul 10am lebih aku mula operasi langsir, sampai la dekat2 pukul 5pm masih tak siap lagi.

ni le rupenya.. keadaan rumah yang seperti di langgar garuda.mak ngan pah pulak, berkali2 ajak aku kuar pi bandar dan gie umah moyang. maka, terpaksalah aku meninggalkan sepah2 tu kat umah. alasan yang sangat2 munasabah.

ni, langsir yang dah siap iron. sedia untuk di hukum gantung jerr...
aku hanya dapat gantung langsir kat hall jer sebelum kuar.

gie econsave beli barang2 then gie umah moyang. amik dia bawak balik umah. bila dah sampai umah, dah maghrib. yang tensennya.. lupa plak nak beli benang. wawawawa.. kena kuar lagi.. kalo tunggu esok, pukul 10am baru kedai buke.. so, banyak keje2 tergendala. mahu tak mahu aku kena kuar semula. kali ni aku nak kuar sensorang jerr.. malas bawak sesapa. sebelum kuar, aku cakap ngan pah yang aku nak balik lambat ada misi.. hehhehee.. dah alang2 dapat kuar kann.. maka aku pun usung la my lappy. lepak le sensorang kat oldtown white coffee.

aku nak hantar email kat achik nak minta dia print sumthing. aku lupa nak print hari tu, that why la.. tak de la melepak dengan kadar yang tak berfaedah.. kan kan kan.. nak cover line.

aku nak cari design2 bantal yang akan digunakan untuk akad nikah.. tetiba jerr... aku nak kena jahit esok cadangnya.. bila tetiba tuko plan, maka, tetiba kena ada mende alah tu. kalo tak de nanti.. rasa macam pelik la plak.. so, kena le cari pattern2 yang seswai..

kalo bantal yang gebu2 cam nih, maunya tergolek nanti... hahhaa... pah cakap, jangan wat beso2..
hasil dari pencarian pakcik google, aku jumpe nih

pah plak, mengidam nak makan lemang. kat mana la aku nak cari time2 cam nih. kalo musim2 raya.. ada la.. pulak tu, area2 sini, lemang sangatlah tidak popular. orang len pregnant, pah yang ngidam. al maklomlah tahun 2011 ni, pah akan dapat sorang cucu dan 4 orang cicit. ramai tuuuuuuuuuuuuu... last month pah ngidam nak makan cendol dan ABC. lepas jerr minum segelas setiap satu, terus jerr pah demam. haru betul.

lagi 4 hari jerr lagi.. sempat kerr.. aku nak wat sesemua ni.. paling merisaukan aku, siapakah yang akan masak untuk hidangan di meja pengantin. adakah aku?

Arrggghhhhhhh


....from kekwa22 with love....

17 May 2011

kl - lenggong - pt buntar

hari ni, pepagi buta aku dah siap2 nak balik kampung. terjaga pukul 5.30am, mata terus tak leh nak lelap.. al maklum lah exited nak balik kampung. lepas buat apa2 yang patut, aku masukkan barang2 dalam kereta. lebih kurang 6.30am, aku dah berada diatas jalan raya. misi pagi ni, adalah gie kenering, amik pah.

sambil drive.. sambil melayan perasaan. aku sangat2 tertarik dengan kuliah subuh di IKIM pagi tadi. sangat2 menyentuh perasaan. topik pagi ni, berkisar tentang kehidupan. sedar tak sedar tak sedar,pukul 10 jerr aku dah ada kat umah opah aku di kuala kenering, lenggong. dalam dok blues sensorang sampai gak. aku tak singgah mana2 pun. cuaca sangat2 la cerah. terang benderang.

sebelum melalui jambatan kenering, aku singgah kedai beli lauk. nak masak2 dulu kat umah pah, then baru balik umah mak. dapat la ikan dan siput lala. jadi le rezeki untuk our lunch.

rasa macam lama jerr tak jumpa pah. alhamdulillah, pah sihat2 jerr.. terima kasih ya Allah kerana mengurnikan kesihatan yang baik buat pah.

hari ni, pah masak gulai pisang, errmm sedap, sampai lupa nak amik gambo. almaklum la lama tak makan masakan pah. pah guna pisang abu keling. tah, ce mana rupanya aku pun tatau. mujur pakcik google sedia memberi khidmat. ni lerr rupenya.. pisang abu keling.

aku hanya masak siput lala dan goreng ikan jer.. hehhehe... lepas pah tido seround, aku pun siap2 nak balik umah mak. syafiq & yus, ada kat umah pah. dah beso dah diorang. kesian kat diorang, kecik2 dah tak ada mak. alfatihah buat arwah mak wah.

masa on the way ke umah mak, pah pun cam biasala la.. meluahkan perasaan dia. macam2 cerita dia kongsi ngan aku. aku dengar jer... berita gembira ialah, nyah nak bertunang next week. maknanya pah sangat2 la bz sepanjang 3 minggu ni. hujung minggu ni, majlis perkahwinan aku, next week kat ipoh plak, sebab nyah nak bertunang. another week 4 jun, wahid plak nak bertunang dgnorang kuala nerang. sebelum tu, nak wat kenduri sket.. letih la pah sepanjang 3 minggu ni...

aku sampai umah mak dalam 2pm lebih. alhamdulillah.. sampai pun ke destinasi untuk hari ni.. mak tengah siap2 hall dia. nak clearkan segala kusi meja. tapi aku sampai jerr terus sepahkan semula.. hahhaha..

ni, barang2 yang aku kuarkan dari jimmy. sah selerak semula.. err.. yang buah kelapa tu.. memang ada kat situ yerr... bukan dari jimmy. tu, mak yang letak kat situ..

lepas dah sepah2kan.. aku pun kena le kemas semula. sambil2 layan maharaja lawak yang aku cilok dari emran.. aku sepahkan semula umah mak.. pada hal tak sampai sejam aku berkemas. tapi selagi tak siap.. selagi tu le umah mak bersepah. seluas hall umah aku sepahkan.. luas kawasan jajahan.. hahha..

seperti yang di janjikan.. aku kena wat bakul2 hantaran aku untuk enche affa. lihatlah dunya betapa sepahnya umah mak.. hasil dari kerja tangan aku.. mak dan pah tengok jerr.. dengan alasan, kalo nak tolong pun, diaorang tak tahu nak tolong apa.

dari petang sampai ke malam aku dok ngadap.. tetiba, menda alah ni meletop dan berasap... wawawawa rasa nak nages jerr.. dah le banyak lagi yang tak siap. maknanya kerja2 aku terbengkalai. lepas dinner, aku g bandar dengan mak sebab nak beli baru mende alah ni.. mujur kedai masih buke lagi. dapat la gun yang baru. so, aku sambung le wat bakul2 hantaran sampai tengah malam.

tak sangka plak yang aku wat sesemua ni untuk aku. errr.. aku yang punya.. bukan orang len



....from kekwa22 with love....

15 May 2011

Jangan Menangis Sayang

Hari ni, pepagi aku dah kuar ngan enche affa gie soping barang2 akhir sempena balik ke kampung. borong le mana2 yang perlu... ada la sikit2 lagi yang kurang cukup. so,borong weeii.. jangan tak borong...

then aku dapat selsema teruk hari ni.. makan ubat pun tak boleh hilang gak.. tahan jerr sakit kepala.. puncanya kat kedai yang mula2 gie tu, pekerja dia tengah sapu sampah. maka.. habis la habuk2 berterbangan. then dapat aarr selsema.. balik umah.. makan ubat biru, terus pengsan. angah kena layan diri. dah dua hari dia melepak umah aku. dia pun boring.

aku beli ni..cantik kan.. nanti aku pakai masa majlis akad nikah.. punya la dok cari selama ni.. baru jumpe. harganya pulak.. under bajet. so, ok aarr,.. terus jerr angkat satu. masa tengah dok pilih2 tu.. sorang makcik yang dok membelek mende yang sama, dia tanya aku nak tawen ke..? bila? bila aku cakap ahad depan, dia terus jerr salam2 ngan aku sambil ucap tahniah.. tengkiu yerr makcik.

ni, plak munge yang aku nak wat tambah2 atas dulang hantaran.. tengok la..on khamis ni.. aku wat aarr.. bila dah siap pasang langsir dan kemas pinggan mangkuk. tema purplish pink..

lepas aku dah mangun tido.. ala tido pun dalam dua puluh minit jerr. jadi la.. kepala pun ok jerr.. lepas mandi2, aktiviti mengemas berlangsung dengan jayanya... silap2 aku wat 2s. sisih dan susun. seiri & seiton. yang len2 s tu... kat umah enche affa yerr... tapi masa umah mak kenduri nanti akan berkumpulnya 5s secara automatik. tak yah sibuk2 mak wat 5s. sebabnya.. dah sedia terkumpul. s pertama adalah aku, s kedua adalah angah. s ketiga adalah achik. s ke empat adalah abang lim dan s ke lima adalah adik. complete maaa 5s.

masa dok wat 2s ni, aku jumpe nih
banyak kenangan kat sini... kat lobby yerr...

ni plak, cerr teka apa dia...
ni, tasbih untuk tawaf. aku tak beli tasbih nya. masa duduk2 depan kaabah, ada hamba Allah berbangsa arab, bagi kat aku. so, aku pun menerima dengan senang hati. terima kasih yerr... mula2 confuse gak.. sebab 1st time nengok dan tak tahu nak guna untuk apa.. pikir punya pikir... dapat le jawapannya.. sebab ada 7 biji. maka sepanjang mengerjakan tawaf, aku menggunakan tasbih ni..

kepada enche affa, selamat bekerja yerr.. cian dierr... may be balik lewat malam ni... jalankan tugas dgn penuh dedikasi yerr... errr kalo nak nyakat.. cam nih, 'mana ada orang keje malam2 ahad cam ni... mood cuti jerrr sekarang ni.' aku bajet nak balik kampung on selasa. dari kl terus ke lenggong, amik pah, then balik umah mak plak.. jauh tu.. tapi tak perr la... bawak kete pelan2 jerr... 220km/j jerr... sempat gak petang tadi mandikan jimmy. baru la nampak rupe sket. kalo tak, semua corak ada kat badan jimmy. penuh berdaki dan berkerak.

Jangan Menangis Sayang - Safura & Oney
Sampainya hati mu
Buatku tertunggu-tunggu
Kemana kau sayang
Tidur malam tak menentu
Rindu merindu selama ini
Ku takut kan menjadi kenangan

Aku menangis sayang
Bila kau tiada
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dari mu
Resah hati ku

Jangan menangis sayang
Ku seperti dulu
Rindu ku hanya padamu
Cinta ku hanya untukmu
Buat selamanya

Kalau padi kata padi
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau benci kata benci
Tidak aku nanti terus menanti

Berjanjilah kau sayang
Hanya aku di hati mu
Aku dah berjanji hanya kau di hati


jom jom sambung wat 2s


....from kekwa22 with love....

14 May 2011

1 week 1 day

lama tak nengok2 blog aku nih.. malas aarr nak manulis... penat aarrr... eehh silap2.. blog yang update dia nyer service.. 2 hari tak leh sign in.. hehhe alasan yang cukup munasabah. tah aarrr lately ni penat. kat opis plak, manyak keje2 yang perlu di buat sebelum cuti panjang. bertambah2 banyak keje bila aku dok bertungkus lumus menyiapkan new database. tatau bila nak siap. sebabnya cuti lama nih.. may be dalam bulan depan kot.. tengok le ce mana. tapi tak leh siap semuanya step by step mengikut product. setakat ni.. baru siap 1 model jerr...

hari ni, aku gie servis kete... peerrrhhh best2 lower budget. ini sudah bagus... dapat gak aku menjimatkan duit poket aku yang kian lama kian susut nilai.

malam ni, budget nak sambung mengemas.. tak siap lagi? ilek aarrr dah nak siap dah.. cikit jerr lagi... ilek2.. jangan kecoh2

barang2 nak bawak balik kg dgn barang2 hantaran untuk enche affa jerr belum siap... malam nak balik kg, baru kemas. barang2 hantaran tu.. nanti2 kat kampung.. boleh buat. kan kan kan..

dah dekat rupanya hari bersejarah aku.. ada le lagi seminggu. Alhamdulillah syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. mudah2an semua berjalan seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. semoga semua orang gumbira dengan perkahwinan kami. semoga jodoh kami hingga ke hujung nyawa.

walaupun ada sikit perubahan program dalam majlis aku nanti, namun masih lagi under control. semoga seminggu lagi segalanya dan semuanya berjalan lancar dan penuh ceria... tapi kekadang takot jugakk...

tentu la ada perasaan tu.. kekadang takot sejarah akan berulang.. kekadang bila di pikir2 apa yang berlaku kat kengkawan keliling aku.. takot gak.. tapi segalanya dan semuanya telah di atur oleh Yang Maha Esa. setiap orang ada bahagian masing2. kena le redha. aku pun tak sangka yang aku akan berkahwin. aku pun tak sangga yang enche affa akan jadi suami aku.. semuanya takdir. doakan kami bahagia... untuk insan2 yang lain, berbahagia la dengan kehidupan masing2..

sehari dua ni... mengemas jerr la.. aktiviti aku.. tak leh malas2. tinggal sikit jerr lagi. banyak gak barang2 aku rupanya... ada le lagi 10% yang nak bawak balik kg dan barang dapo sikit2. tu jerr.. yang len, dah settle.

muke majok... lately ni.. makin manja anak mama..

ni, waktu tak majok dah.

tadi dia kol aku cakap..'man rindu mama' 'mama, mama masak la untuk man, mama masak sedap, bapak masak tak sedap' hamboii.. pandai complain bapak yerr... alahai... sian anak mama ni.. tapi mama memang tak masak lately ni.. tunggu yerr... next, week, mama masak untuk man hari2. anak mama memang pandai bodek.. ermm lagi pun dah lama sangat2 tak wat cake untuk dia.


....from kekwa22 with love....