17 October 2011

jom pizza

rasa malas betul hari ni. sangat2 malas..tah aarr monday blues ke apa ke lantak.. tapi memang sesangat malas. tak de mood nak keje. rasa macam nak dok mengeram kat umah jerr... rasa macam tak cukup cuti 2 hari.

last saturday mak datang kl. angah ambil dia kat jalan duta. pastu tido kat umah aku le.. sampai kat umah pun dah petang. dekat pukul 4 dah. dok melepak jerr la kat umah.

last saturday, aku menyempurnakan hajat enche affa. dia cakap dia teringin nak makan gulai tempoyak.. ha... tu dia.. teringin konon.. cakap la ngidam.. malu2 plak... masalahnya aku ni, bukan makan tempoyak. durian jerr yang aku makan... kena le talian hayat ngan kak ngah...

so, ni lerr my gulai tempoyak ikan lampam sepertimana yang di minta.
sesape nak wat, cam ni errkk

4 biji cili padi merah (kalo nak pedas, sila lebihkan yerr)
2 ekor ikan lampam yang dah di bersihkan
1 batang serai di ketuk
2 cawan air
3 sudu besar tempoyak
garam secukup rasa

kekdahnya
tumbuk cili hingga lumat. masukkan kedalam periuk bersama air, serai dan tempoyak serta ikan. biarkan didih dan masukkan garam. sedia untuk di hidangkan...

ni plak sayur sawi
ha... ni jerr la.. manu kami on sabtu.. errr ikan goreng, lupa nak masukkan.

pepagi ahad, aku hangkut mak dan angah gie bfast. heheheh... sajerr wat kelainan.. pada hal malas nak masak... errr lately ni, tak de mood aarr nak masak apa...

lunch hari ni, wat sup kambingsup lala..tetiba jerr armand suka sangat siput lala ni. pada hal sebelum ni, tak pernah jumpe pun siput ni.. citernya masa balik kg ari tu le.. aku tengok lala fresh kat pekan ahad, tu yang aku beli sekilo. kat sana tak mahal sangat harga.. becoz of dekat dengan laut. pulak tu memang tersangat fresh. manis betul rasa isinya.. time tu la armand baru rasa ce mana rasa lala. balik kl, tros dia minta lala. tapi, susah nak dapat yang fresh dan bersih. kalo ada pun dah ada bau yang kureng enak..
ni, plak kangkung goreng belacan. cam biasa, ikan goreng, mesti lupa nak ambil gambo. heheheh... petang tu.. aku bawak mak g jj dekat rumah, kebetulan nak beli putung susu armand. puting tak dapat, pizza yang dapat.

weeii sedap ooo pizza ni..sangat2 marbeles. siyesss... rasa aarrr. sumer 7 jenis cheese ada kat sini. bila enche affa tanya, pahit tak makan piza, aku geleng laju2. payau tak? aku geleng laju2. selera tak makan pizaa? aku angguk laju2. last2 dia cakap, cesss.. tekak mat salleh. aku hanya wat muke gedik jerr... lagi la enche affa tak puas ati. siap cakap 'buat aarr muka macam tu' hahahha. mak ngan angah pun senyum2 jer. bila lagi kan nak manja2 ngan suami.. hehehhehe.

malam tu aku gie hantar mak ke rawang. dia nak gie umah pak cu. kebetulan plak pah ada kat sana tu yang mak nak pi melepak kat sana dulu. sampai kat sana, pak cu jamu pizza. dia baru wat rupanya. mak ooiii pizza lagi. tapi aku dah tak bleh telan dah. kenyang weeii... masa kat pizza hut tadi, aku dah makan 3 slice large pizza. hahhaha... tu yang hanya mampu tengok jerr la...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

14 October 2011

jom layan udang

rasanya dah lama giler.. aku tak jengok blog ni. dah besawang semak samun.. lipas lipan pun dah ada kot. tak de mood nak jengok2 blog apatah lagi nak merapu meraban cam selalu..

tah aarrr penat weeii... latey ni, bz sesangat. disamping badan plak tak berapa sihat. that why la bertambah2 lagi tahap kebosanan nak online...

armand kuar spital hari khamis petang.. cian kat dia.. tapi dia kuat.. dalam sakit2 tu dia merengek .. man sayang mama, man sayang bapak, tu le perkataan yang dia dok ulang2. macam dia takot jerr kitaorang tak sayang dia. aku tak tahu aarr apa perasaan dia. may be dia takot kehilangkan kami berdua kot. masa kat spital tu, memang dia nak mama dan bapak dia, sentiasa dok ada depan mata dia. ataupun dia serik kena tinggal masa gie umrah hari tu ke.. tapi memang kesian nengok dia..

wat puzzle, memang feveret. thanks yerr pada aunty ita & uncle emran, sebab bawakan puzzle ni untuk man.
baru lepas mandi nih
ni, plak dari ste,
terima kasih banyak2 yerr... diatas kiriman bunga2an dan buah2an ni. sampai hari ni, buah ni masih ada. bunga ni, dah layu.. last sekali bunga ni, armand gunakan. dia kasi kat mama. sebabnya kalau bercinta2 mesti bagi bunga. dia kan bercinta dengan mama. dalam pelok2 bercinta tu, entah macam mana dia teringat bunga kat atas meje. terus jerr.. dia bangun & gie ambil bunga sebab nak kasi kat awek. katanya kalo bercinta kena bagi bunga. mana dia belajar, aku pun tatau. ni, tgok tv la nih. kalo bercinta jerr dengan mama, terus tak guna 'mama' sudah tukar jadi 'awek'. enche affa plak getik jerr nengok.. jeles pun ada gak.. sebab, mama kena belot ngan anak jerr. ehehhehe... sabo2.. ingat tak dulu2 apa armand cakap, 'man kahwin ngan mama, bapak share' so, terima jerr la. tak tahu le sampai bila bapak kena share.

lepas man kuar spital, aku plak yang start demam & batuk. aku sambung lagi cuti sampai jumaat. memang sgt2 tak larat. balik kampung hujung minggu. dah plan lama dah sebab ada kenduri kat chemor. tu yang balik gak tu.. petang sabtu, balik umah mak plak.

petang tu, enche affa, armand, aku dan mak serta achik dan amirul gie ban pecah. sajerr gie jenjalan. nak tahu kisah ban pecah, baca kat sini. bukan wat apa pun. makan2 jerr... best aarr makan tepi laut. tapi nak gie ban pecah ni, kena lalu jalan kecik tengah2 sawah padi. kalo sesapa yang tak biasa gie dan main redah jer... pastu, kalo malas nak tanya orang confirm tak jumpe nyer...

achik, mirul & enche affa order char kuew teaw. aku ngan mak plak order mee udang. pastu aku tambah plak dengan siput duri ni. sebab antara sesemua orang kat sini, hanya aku jerr pernah makan siput duri ni.. yang len2 pelik jerr dengar bila aku order siput duri.
ni le siput duri. kalo pi tepi pantai, sure jumpe kulit siput ni... rasa siput duri ni cemana? kalo nak tahu, cubala la rasa... hahahha... tak de rasa apa2 pun. kalo kerang, ada gak rasa. tapi siput ni.. rangup2 dan liat2 sket. cicah ngan sambal kacang jerr... mak, memang tak makan walaupun tak pernah makan. seram jerr nengok rupa. achik plak memang tak makan spesis2 kerang dan siput. walau pun 1st time bagi mirul, enche affa dan armand, tapi diorang sumerr layannnnnnnnn siput ni.. tak sangka plak man suke. mama man? eerrr.. kan ke dia yang orderr..

last 3 day kot.. gie beli gadget baru.

by bye to 26inch samsung LED series 4
welcome tothis one. ha.. dok dalam kotak lagi. best best.

2 hari lepas gie makan mee udang mak jah kuala sepetang ngan ita & zura. weeii jauh tu... sampai ke port weld tepen. kalo sesapa nak tahu lebih lanjut tengok kat sini
marbeles weeiii.. kalo nak rasa, gie aarrr jalan wangsa delima 10. restoran no 22. ala.. kat belakang k4 tu jerr... dan belakang wangsa walk. tak yah susah2 gie kuala sepetang. sedapnya.. nyum nyum nyum..

ni plak menu malam tadi
pucuk paku goreng bersama sos tiram

dan yang ni plak, masak lemak udang.

aku cakap, 'makan aarr.. mama tak de selera' (selepas makan 1/4).
enche affa cakap 'selalu sangat kena makan untuk dua orang orang'
armand cakap, 'mama, sedapnya udang yang mama masak ni'


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

04 October 2011

@ ward 639 Ampang Puteri hospital

semalam, aku ngan enche affa balik lambat. dekat pukul 8pm, baru sampai umah. masa enche affa ambil armand kat umah wa, dia nampak tak sihat. badan dah panas di tambah plak dengan batuk. kesian anak mama tu.

pukul 9 lebih, kitaorang bw armand gie klinik. doktor cakap memang armand demam. asma tak de la pulak. lepas balik umah, cergas jerr dia.. dekat pukul 12, lepas tengok geng mengaji dia pun tido.

lately ni, armand memnag suke dengan geng mengaji. sebabnya garang tuuuuuuu pak imam dia. mula, dia ingat mama dan bapak dia dah ckup garang dah bila ajo mengaji.. rupanya ada lagi yang lebih garang bila ajo mengaji...

lebih2 lagi, gelagat usamah ni. yang sangat comel... sooo sweeett.. memang kelakar..

sebabnya.. kalo armand mengaji.. time tu la nak sembang dgn mama.. macam2 isu muncul... secara tetiba..

satu lagi part ni..

denda sesapa yang main2 time ngaji...

geng mengaji ni, di tayangkan masa bulan posa hari tutime sahur.. tapi kejap le.. aku layan sebab lepas puasa seminggu jerr aku dah berangkat ke tanah suci mekah dan madinah. memang layaaaaaaaaaaan.. aku suke dengan tok iman yang garang giler dan keletah anak2 murid dia belajar ngaji...

pukul 2am, armand terjaga dan bagib tahu yang dia susah nak bernafas... apa lagi, kami pun zasssssssss terus jerr berangkat ke hospital kajang. kesian betul armand. armand wat nebulizer treatment 2 kali. pukul 4am lebih, baru sampai umah semula. Alhamdulillah armand dapat tido. pukul 6am, keadaan dia bertambah teruk dan sambil nangis2 dia mengadu dia tak boleh bernafas.

maka, kami pun dengan pantasnya bawa armand ke kpj kajang. sekali lagi wat nebulizer treatment dan doktor suruh armand masuk wad. malangnya.. kpj kajang wadnya sudah penuh. nak gie pantai cheras pun penuh. cuma ampang puteri jerr yang masih ada bed. so, lepas jerr dapat surat dari doktor, singgah kat umah kejap,ambil barang, then terus jerr gie ampang puteri. punya la jauh.. jemmad plak tu pepagi. kesian armand. nampak memang dia tak larat sesangat.

masa nurse cucuk
dia sikit pun tak nangis... kuat betul..

time ni, tengok armand sangat2 susah nak bernafas.. sedih betul tengok keadaan armand.

layu jerr wajahnya. pagi ni, armand terus di wadkan di bilik no 639.




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

30 September 2011

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

lama tak membebel2 kat blog ni. al maklum la kurang berkesempatan. kat opis plak bz lately ni. kat umah sememangnya penuh dgn rutin seharian. ponek aarrr.

Alhamdulillah. aku bersyukur dengan kurniaanMu. Terima kasih. Alhamdulillah syukur sangat2.

weekend lepas dok kat umah jerr.. tak wat apa pun. aktiviti utama ialah berpeluk dgn armand. dari pagi sampai ke malam. yang dia plak, tak main mende lain.. berpeluk jerr dengan mama. sampai enche affa pun naik rimas. aku? huhuuu tatau nak kata le... lebih lagi la rasanya. tak leh wat apa. kalo berjalan.. kedepan dia kedepan, berjalan ke belakang, dia ke belakang. bila berbaring kena peluk. duduk pun kena peluk. 'man suka mama ada kat umah' tu jerr la modal dia. tetiba jadi manja bukan main.

ni, our on tuesday.

ni, nasi goreng untuk enche affa dan man.
bersama2 dengan tomyum ayam
aku nyerr.. mee tomyumni plak, shawarma
kalau gie restoran arab, aku memang suke nih.. cam kebab la. masa kat mekah pun cari shawarma gak.. ni, aku nyer shawarma...

makan 1 jerrr dah kenyang

kalo ada sesapa yang nak wat.. cam yang aku nyer version, cam nih..

bahannya

daging
200g daging di potong nipis
1 sudu minyak zaitun
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk 5 spices powder
1/2 sk serbuk kunyit
garam secukup rasa

kekdahnya..
gaul kesemuanya dan perap selama 30minit

bahan shawarma
roti tortilla
daun salad
jejari kentang yang di grill
mayonese
sos cili

kekdahnya...
letak kesemua bahan cam ni,pastu.. gulung...sedia untuk di makan.....

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah diatas segala pemberianMu. semoga aku tergolong di kalangan hambaMU yang bersyukur.


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”