08 December 2011

jom kita paw...

Syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan dan limpahan rahmat yang di berikan pada aku sekeluarga. semoga segala nikmat yang di berikah akan menambahkan lagi rasa kesyukuran pada kami semua.

Alhamdulillah sejak dari tahu aku pregnant sampai le dah nak masuk bulan ke 4 ni.. aku tak pernah muntah2. means tak de morning sickness. ok jerr.. syukur sesangat. kekadang rasa macam tak mngandung plak.. seawal minggu ke 5 lagi aku dah taw yang aku ni pregnant. sebabnya period aku regular. bila dia tak datang jer... jeng jeng jeng... heheheh... mulanya malas nak bagi tahu mak dan adik2.. tapi enche affa yang tak sabo. suruh gak bagi tahu.. dia cakap.. share la hepi news. armand plak.. sibuk suruh panggil dia abang..

kat opis ni.. orang pertama yang taw.. tentu la best fren aku. yang len2 tu tataw.. masa armand masuk wad hari tu, aku dah mengandung 7 minggu dah.. asal tahu jerr aku gie klinik.. mula la.. diaorang ni dok teka2. pada hal time tu kan armand tak sihat. tapi... kesian ita kena jawab soklan2 diaorang. padahal dekat aku sendiri tak tanya plak. cerr tanya tuan punya badan...

bila ku gie check kali pertama, balik jerr dari klinik, dari jauh lagi jas dah tumb up kat aku. sambil sengih2. dia tu.. teka2 jer.. mencuba nasib. masa tu aku dah mengandung 10 week. jas pun terus le tanya soklan bonus kat aku. so, lepas jerr dapat jawapan dari aku, aku tengok mata jas bergenang jerr.. dia cakap.. dia hepi sesangat sebab aku pregnant katanya dah lama dah dia tunggu aku pregnant. kalo dia tunggu lama.. aku tunggu lagi lama. :) ermm dia kan boss aku dulu..

masuk bulan kedua, setiap malam sure pening kepala dan sikit2 rasa nak buang air. sampai rasa nak nangis sebab setiap 15 minit kena masuk bilik air. tido pun tak nyenyak.. mula la akit kepala. kalo siang kurang le sikit. tapi kalo malam.. jangan citer la.. tak larat... nak ke bilik air. rasa macam nak tido jerr dalam bilik air. siang atau malam kalo enche affa ajak ke mana2 aku rela dok umah jerr sebabnya malas nak gie toilet. wat letih jerr....

bulan ketiga plak.. pening malam dan buang2 air masih ada. kalo datang dia nyer pening.. memang tak leh nak wat apa.. tido jerr la.. lepas dapat tido dalam 20 minit, ok la. kalo tak ok jugak, maknanya terkebil2 la atas katil. aku tak suka bising2. rasa rimas sesangat. kalo enche affa tgok bola, aku duduk dalam bilik, tutup pintu. supaya tak dengar apa2 dari pengulas sukan. kalo dengar orang cakap pot pet pot pet tak henti2.. rasa rimas dan rungsing. mula la pening.

masak? ok jerr.. tapi jarang masak lately nie.. wekkend kalo tak pi mana2 masak le.. weekday pun masak gak. cuma yang simple2 jerr.. kalo dah tak larat sangat beli jerr lauk, nasi masak kat umah. aku bukan selera sangat nak makan. puas la enche affa paksa.. sian dia..

entah la.. tekak aku rasa tak sedap jerrr makanan.. kalo dulu suka.. sekarang ni.. sebut pun dah rasa kembang2 kat tekak. contohnya ayam. kalo boleh elak tu.. memang tanak... rasa tak sedap sungguh. sebut jerr nama makanan.. terus jerr rasa kembang2 kat tekak aku nih.. kesian enche affa dia selalau pening kepala nak bagi wife dia ni makan apa.. aku, tak de plak aku rasa nak makan apa.. yang ada rasa malas makan jerr la. rasa kenyang jerr selalu. aku makan gak la.. paksa2 makan. kalo tak makan, kesian kat baby yang nak membesar..

tapi tatau la check-up hujung bulan ni ce mana.. last week berat berkurang 2kg. pot pet pot pet nurse tu.. mana aku tahu berat nak turun. tak cukup ngan nurse, enche affa plak sambung.. sebab warna merah kat buku merah tu... sabo jerr la... abis nak wat ce mana.. dah tak selera makan.. ce mana le berat turun, pada hal.. aku rasa makin membesar adalah.. entah lah... tahan jerr la telinga. hehheeh... sepatutnya untuk kandungan yang berusia 1 bulan hingga ke 3, berat badan kena naik 0.5kg setiap bulan.

kalo di ingat2 masa 1st time scan, rasa kelakar pun ada. sebabnya masa doktor scan, mulut armand, ternganga.. kagum tengok adik dalam perut mama. dia memang sayang kat adik. sejak aku pregnant ni, armand tiap2 hari kalo boleh nak teh tarik. pagi nak teh tarik. malam pun teh tarik. sebelum aku pregnant, teh tarik pun dia tak taw. anak mama plak mengidam...enche affa plak, hari2 nak ice cream cornetto. kalo dulu before aku pregnant, kalo aku makan ice cream.. banyak la pulak dia nyer pantang larang. sejuk la.. batuk la.. sekarang ni, time dia .. hari2 tak per.. sanggup jerr turun dari menara semata nak dapat ice cream 1 kon. kalo dah dapat tu, lega la.. macam2 dua beranak ni...
aku? aku ok jerr.. setakat ni.. tak de la apa2 rasa nak makan. setakat mangga muda tu, aku suke.. tapi kalo masam, aku tanak.. aku nak mangga lemak jerr... sebab tak masam.
standard la.. sebab sejak aku dok ngan kak norma pun aku suka mangga ni. akulah pemborong rasmi kat pasar malam depan jj tu.

cuma sekarang ni.. sejak badan aku dah membesar bagai johan ni.. pakai baju kurung boleh.. cuma nak pakai kain tu yang tak boleh dah. dah jadi ketat. almaklumlah perut makin beso. tu yang fenin2 nak cari baju yang seswai... tanak lerr.. cari baju yang menampakkan aku ni rendang semacam jerrrrr... hahahahaha... biar la nampak seksi2 sket walaupun perut maju ke depan..

dulu, tak pernah pun fikir nak cari baju2 yang fesyen2 yang kena ada gelembung kat depan.. memang tak de langsung dalam agenda.. tetiba bila badan dah makin makin membesar dengan jayanya... hahhaha.. terpaksa le kena cari gak... kalo tak jadi sarung nangka lerr jawabnya...

kalo baju cam ni ke... ok gak... yang ni pun ok gak. nampak elegentbiar la nampak seksi cam nih.. feewwiitttyang ni pun boleh jugak.. awww...
ni, gaya sopan sket... wakakakaka.. ha.. kan sweet tuuuuuuuu
cam ni pun boleh.. tak der labuh sangat..tak per.. tak per.. tunggu jerr next week.. bila ada orang tu dapat bonus.. siap la kena paw... so, tunggggggu..... wakakaka...

sumer gambo2 dari pakcik google yerr...



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

06 December 2011

bila? bila? bila?

susah kita nak tutup mulut orang ada jerr yang nak cakap.. semuanya serba tak kena.. al maklum la... rambut sama itam tapi bila dah di kaler2 macam2 warna ada. jadi semuanya serba serbi tak kena... apa yang penting jangan ikut kata orang.. tanya diri sendiri dan minta pertolongan dari Allah swt kerana hanya Dialah tempat kita meminta pertolongan.

ptg tadi, sedih aku dengar luahan hati seorang saudara kat opis.. aku tak de la close sangat dgn dia dan tak sangka boleh sembang2 bab2 nih. aku empati dengan dia dan aku faham perasaan dia. entah la susah nak cakap... bila masuk bab2 ni.. sebab hanya Allah sahaja yang mengatur segalanya.. kita hanya mampu beriktiar dan berdoa.

tapi kekadang sebab kita ni.. di kelilingi oleh manusia yang berkata2 maka kita pun tak lepas dari di perkatakan.. kekadang bukannya tak paham.. tapi sajer jerr wat wat tak paham. walaupun bukan nak menyakitkan hati pada dasarnya.. just nak tanya.. sebab tak salah bertanya... tapi secara tak sedar sedikit sebanyak telah melukakan hati orang lain....golongan ni.. memang ramai dan ada di mana2 jerrrr....

aku rasa, bab2 ni.. sesapa pun tak yah tanya... kalau sampai masanya atau saatnya sumone tu.. akan cerita kat kita.. macam tadi.. kalo dia tak cerita aku tak tahu langsung kisahnya... kesian dia.. dah cukup tertekan dah dia...

bila seseorang tu belum kahwin.. kawan2 atau sedara mara asyik tanya bila? bila? bila? maknanya automatic soalan dia.. bila ko nak kawin... tu merujuk kepada perkataan 'bila' tapi bila dah kahwin, ingatkan perkataan bila tu dah hilang.. rupanya ada lagi.. masih kekal. bila? bila? bila? maknanya bila nak dapat baby.. perkataan masih sama tapi membawa maksud yang berlainan.

cukuplah dengan kengkawan dok tanya.. kalo kengkawan yang memahami tu.. ok la.. alhamdulillah.. kawan yang tak paham bahasa asyik dok perlekeh jerr... lagi la tension.. kawan jenis ni yang kekadang nak kena pelempang jerr. sesemua tu bukan boleh di buat2 hanya Allah swt yang maha Mengetahui.. Dialah yang mentakdirkan.. Kita hanya terima qada dan qadar serta bersyukur dengan kurniaan dari Nya. siapalah kita....

kengkawan dan sedara mara specially makcik2 ala.. pak cik2 pun sama jerr... sibuk kepoh dok bertanya hal ni.. tujuan nak tanya jerr... bila dah tanya.. dan di jawab.. ada plak sambungan.. yang sambungan tu tak tahan tu... kalo dia hebat sangat.. ha... buat la... sungguh tak adil bila seorang wanita yang tak mengandung tu.. automatic di label sebagai mandul. tentu emosi dia terganggu..

pls la.. sesemua tu kerja Allah. Dia yang menentukan keatas setiap sesuatu.. kesian wanita tadi.. tentunya dia down habis dan stress walaupun dia tahu keadaan diri dia.. tak kan dia kena bagi tau satu dunia yang dia tak ada masalah. sesemua tu bukan dia yang menentukan.. ingatlah Allah yang maha Besar. Dialah yang mengatur segalanya.. habis2 wanita tu.. diam sambil menyimpan rasa sakit hati. mungkin ada baiknya kalo segala result dari doktor yang buat pemeriksaan tu di berikan kepada orang yang bertanya.. ha... baru padan muka kena baca tulisan doktor yang cakar ayam tu.. kecoh jerr lebih...

kalo lelaki plak.. kengkawan sure perlekehkan sebab kononnya tak mampu jadi 'jantan'. mula la.. bengang dengan tuduhan2.. walaupun nada bergurau tapi bab2 ni.. memang tak bleh di bawa bergurau.. bila dah selalu sangat di perlekeh mula la.. intai2 nak buka cawangan lain.. mula la ada gepren sana.. ada gepren sini.. kawin sembunyi2 sebab nak dapat zuriat.. kononnya sebab wife dia mandul.. last2 tak dapat jugak.. rumahtangga pun huru hara bila apa yang di sembunyi terbongkar.. ala.. berapa lama sangat la.. boleh sembunyi.. apa pun tak dapat...

standardlah.. tuduhan yang mendapat carta tertinggi bila wanita dah kahwin lama tapi tak mengandung.. memang tak di nafikan.. ada wanita yang mandul dan jangan perasan yerr ada lelaki yang mandul.. sama jerr... semuanya kehendak dari Allah swt. dia yang mengaturkan.. jangan sesenang hati jerr nak menunding jari kepada sesiapa.. sebaliknya redha dengan apa yang telah Allah takdirkan...

kepada saudara, berdoalah.. berusaha dan tawakallah....sesungguhnya Allah mendengar segalanya dan Allah mengetahui segalanya... Yakinlah bahawa satu hari nanti Allah akan memperkenankan doa hambaNya yang sabar...
jangan putus asa... buat insan2 lain.. yakinlah dgn Allah dan terimalah apa yang telah di takdirkan.. redha dengan qada dan qadar.. siapapun pasangan kita, jangan menunding jari antara satu sama lain. dulu, kita yang pilih dia sebagai pasangan maka, jagalah amanah itu sebaiknya. sesunggahnya Allah hendak menguji hambaNya..

Alhamdulillah aku bersyukur dengan segala apa yang telah Engkau kurniakan...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

03 December 2011

jom gie genius aulad

last saturday, gie launching armand nyer skolah. kena lerr bayo apa2 yang patut. segala yang berkenaan dengan urusan sekolah2 perlu di settlekan hari ni... ha... koyak poket suar enche affa...

sangat2 meriah di genius aulad. armand pun bukan main hepi lagi. serta tak sabar2 dah nak gie skolah.
meriah betul. macam2 ragam kanak2 dapat di lihat. semuanya mencuit hati. dah nak sekolah dah rupanya anak mama nih.. akal pun dah panjang... macam2 hal... ada jerrrrrr. nakal pun bertambah2. mudah2an kurang la sikit bila dah skolah nanti. tapi sesungguhnya dia memang hepi.


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

30 November 2011

bila penyakit malas datang menyerang

lama betul aku tak menulis sumting2. penyakit malas menyerang dan sangat berleluasa di samping tu, virus M ni, sangat2 merbahaya. bila kena jangkitan.. susah nak menepisnya... cam aku le.. hahhaha.. entah le kenapa.. err kurang sket la membebel2 kan...

balik kampung memang best. plak tu bila jumpe orang baru.. masing2 berebut. maklomlah selama ni.. mana ada baby. kalo baby tido.. kena paksa buke mata. sian baby.. nasib jerr la.. mak mak sedara n pak2 sedara masing2 exited.cian baby kena kuning.. mujur sikit jerr... tapi still kena bawa gie klinik setiap hari untuk check. alhamdulillah dari 8, turun ke 6.. so, ok la..

dari pejam.. terus buke matasebab kena kacau selalu...

kalo armand balik kampung.. tak de la nama baby.. tu.. citer lain plak... ada jerr.. mende yang dia nak buat.. balik kali ni, dia memang tak heran nak mancing. dia cuma main bola jerr tak henti.. nasib le.. sape2 yang kena men bola.

Armand memang suka baby. sangat2. tapi tak leh biarkan dia ngan baby. habis baby kena gomol.

tengok arr.. baby nak tido pun kena kaco..habis semua nak di beleknya.. sampai baby pun ngantok2.

baby pun dah pandai posingjeng jeng jeng.. dia datang...

ni, kalo dah dah gayanya cam ni... nak test pipi baby.... errmm baby awak lembut...
kena gomol dah... dia memang sayang babysibuk betul nak dukung baby. bila tanya dia pasal dia nyer baby, laju jerr dia jawab 'baby abang tengah aktif dalam perut mama' hehhe...

hari ahad tu, pah datang umah mak ngan pak tam sekuarga. sian pah.. dia demam.. terbaring jer.. rupanya dah seminggu pah demam. Alhamdulillah esoknya pah dah ok. tak de la terbaring macam on sunday..


....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”