18 May 2009

Akukah?

"Ya Allah,

aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahanam. Aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepadaMu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agamaMu."

Kenapa aku ni.. bangun jerr tido macam biasa, ingatan aku tertumpah pada dia. Tolonglah kenapa aku jadi begini. Sedangkan hanya Engkau sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini di atas fitnah yang engkau lontarkan. serta tuduhan yang begitu menhiris hati dan sanubari. tetapi kenapa dirinya masih lagi ku ingati. Ya Allah tolonglah hambaMu ini.. Untuk apa aku masih mengingati dirinya lagi.. adakah dia juga mengingati aku? kenapa dia sanggup mengeluarkan kata2 sedemikian rupa? kerana marah? sebab apa nak marah atau sebenarnya terlalu cemburu? apa masalah kita sebenarnya.. Ego. itulah pokok pangkal masalahnya.

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah. Ketahui lah, bahawa sesungguhnya engkau akan diganjari pahala.

Firman Allah SWT;

”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah al-Imran ayat 139.

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit anda, ucapkan lah Laa Ilaha Illallah. Katahuilah, hanya Dialah yang dapat melenyapkan kesusahan dan kesulitan. Oleh kerana itu, mohonlah kepadaNya dengan penuh pengharapan dan bacalah selalu doa berikut,


”Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain.”


InsyaAllah Allah akan melapangkan dadamu dari resah, gelisah dan derita. Berharaplah yang baik dari Allah bila anda merasa sedih, gelisah atau gundah gulana. Dan ketahuilah bahawa ia adalah sebahagian daripada penebusan dosa. Bersabarlah bila ditimpa musibah. Penantian adalah kifarah yakni pengampunan. Bila anda kehilangan seorang anak, maka ketahuilah bahawa dia akan menjadi syafaat bagi anda kelak di hadapan Allah. Bila anda menderita cacat atau penyakit di tubuh anda, maka ketahuilah bahawa masing-masing pahalanya telah tersimpan di sisi Allah. Rasa lapar itu akan dibalas pahalaNya, rasa sakit akan dibalas dengan ganjaranNya, dan juga kemiskinan akan dibalas pahala dari Allah. Tidak akan ada yang hilang di sisi Yang Maha Esa. Allah selalu menjaganya.


Jangan bersedih sekiranya orang yang selama ini dekat denganmu menghujamkan anak panah ke hati mu. Kerana nanti kamu akan mendapatkan orang lain yang akan mencabut anak panah tersebut, mengubati lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyumanmu. Semoga hari itu akan tiba.



....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment