23 December 2009

mencari rindu yang hilang

Next week, aku nak expend line cable. My boss dah approved. so, bertambah besar la line aku dan bertambah ramai le anak buah aku.

ermm semalam aku interview operator baru. then ada beberapa orang dari STATS ChipPAC. ermm cam familiar jerr nama company nih.. hehhehe. time interview tu aku tanya kenapa nak berhenti, then diaorang cakap sebab company dah teruk. nak bagi VSS. so, sebelum tu, diorang start cari keje baru.. terfikir pulak aku.. dia masih keje kat situ ke?

line radio aku masih lagi bermasalah. anak2 buah aku menghabiskan cuti2 diorang.. keypad plak tak sampai2 ... supplier tu ada masalah.. sekarang ni baru ada 24 dah siap install software, 24 lagi dah siap close. nak deliver second week febuary 300 radios. ermmm ce mana nih.. aku plak yang gelabah.. yer aaerr sape tak haru biru... poning kepala den ni ha.. pikir.

hari ni masa balik dari main badminton, aku malas nak balik ikut sri rampai sebab banyak traffic light. so, aku lalu le dekat jj. then sampai jer simpang 4 yang menghala ke taman melati, MRR2 dan JPJ jammed giler. traffic light break down. semua orang tak nak mengalah.. masih2 nak jalan. dah le simpang tu beso. pergghh takut giler aku.. tapi nak wat ce mana.. kena la lalui jugak.. dengan lafaz bismillah aku redah jugak.. sebabnya dah sankut setengah jam kat situ jer... punya la takut.. lepas selamat jerr lalu simpang tu.. jantung aku berdegup kencang.. seluruh anggota badan menggigil. tak boleh nak tekan minyak.. berdebar2.. tak pernah cam ni.. tapi seriusly memang seram sangat2. 1st time berdepan dengan situasi cam nih..

tapi aku mana boleh berhenti tepi jalan .. sebab orang baru lepas jammed, sure pecutnya.. sampai jerr petronas,aku terus jer berhenti. menggigil n berdebar lom reda. aku pump tyre. coolkan diri, then masuk kat petronas beli makanan coz tetiba jerr jadi lapo. aku lepak kat petronas depan keta aku..sensorang sambil minum susu. tapi still tak leh cool. sampai pukul 10.30pm masih lagi mengigil dan berdebar.. tapi kurang sikit arr... then tak kan aku nak lepak kat petronas sensorang, kalo aku singgah shell tadi, boleh gak lepak kat Mc D. dalam 10.45pm aku balik aarr dengan debaran yang makin kurang.

balik umah, minum air segelas.. citer kat kak norma apa yang terjadi.. then cool sikit. lepas tu terus mandi... segar betul.. then kak norma plak suruh aku cari satu lagu.. giler nyer sedih lagu.. mana dia dapat tajuk pun aku tak tau.. lagu jiwang yang sedih. lagu ni masa aku kecik2 lagi kot baru nak masuk form 1. aku baru jerr dengar lagu lagi. arrgghh giler nyer sedih.. mujur aku tak ikut sekali sedih sebab today aku tak sedih.. dia nyer music.. pergh sedih gilos ermm tak leh dengar lagu nih nanti parah



Mencari Rindu Yang Hilang - Sweetchild

Sepanjang Panjang Hari Yg aku Lalui
Hari ini Sungguh Sepi Sekali
Hari Yg Kuharapkan Penuh Kebahagian
Rupanya Menjadi Kenangan
Kau dan Aku

Kasih

Sepanjang Panjang Malam Yg aku Lewati
Malam ini Sungguh Sedih Sekali
Malam Yg Membuatkan Hatiku Remuk Redam
Pilu Jiwa Tidak Tertahan
Benih Padiku Tanam Berbunga Lalang

Korus
Benarlah Langit Tidak Selalunya Cerah
Sedangkan Pantai Pun Berubah
Inikan Pula Cinta

Dikau Yang Bertakhta Dalam Hidupku
Kini Telah Berpaling Arah
Tinggallah aku Seorang Diri

Satu Satu Yg Kusayangi
Hanyalah Dirimu Seorang
Dua Tiga Boleh Kucari
Mana Kan Sama Dirimu Sayang

Kalau Kubersalah Kau Maafkanlah Aku
Usah Diturutkan Kata Hatimu
Kalau Kaubersalah Kumaafkan Dirimu
Usah Sayang Usah Tinggal Diriku

Sepanjang Panjang Hati Yg Telah Kuberi
Kasihku Sungguh Tulus dan Suci
Kasih Yg Kuberikan Putus Ditengah Jalan
Rinduku Tak Dihargai
aku Menangis Keranamu
Kekasih

....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. it just a Rumours..

    ReplyDelete
  2. ermmm... at least sediakan payung sebelum hujan..

    ReplyDelete