27 December 2009

salam 10 Muharram

ermm hari ni 10 muharram. alhamdulillah.. tercapai hasrat untuk berpuasa.

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

pagi ni memang tak pi tasik sebabnya kalo dah penat.. terbuke puasa plak. pagi tu aku gie k4 jerr.. beli barang2.. sikit. nak masak.. al maklumlah puasa. macam2 nak makan.. hehhehe. aku sorang jerr puasa today. ogie dah balik kota tinggi.kak norma plak ada mesyuarat agung..

tengahari aku layan citer nih.. push.. best gak arrr.. tak sesia aku melangut depan laptop aku nih.. siap boleh confess lagi cam citer lagend of seeker... kalo aku boleh confess orang kan best.. hahahah.. then terfikir plak.. sape la orang pertama aku nak confess.. jeng jeng jeng....ni menu aku untuk berbuke.. punya la meriah. aku berbuke dgn kak norma arr... ni nasi minyak. kalo orang tanya aku, bila nak makan nasi minyak.. ermm jawapannya.. petang tadi dah makan.. hehehhe aci tak?ada ayam masak merah, daging rendang.. sup cendawan + tauhu lembut, ulam pegaga & selom, ikan goreng, kari ikan semalam, tembikai & pisang. cam nak ajak jiran sebelah jer.. .. hehhehe.. ermm sekali sekala.. meriah..

pasal jiran sebelah ni.. ermm kak norma sempat lagi kenakan aku.. cis cis.. poyo betul.. semalam aku pun tak tanya lanjut.. bila kak norma cakap dia dah ambil dari mima. aku kata ok jer... then pagi tadi masa nak kuar, aku jumpe shuhail tengah cat gate, aku tanya dia.. then terus jerr dia tanya din. hasilnya jeng jeng jeng... hhahhaha. kalo tak jeling2 n tuko2 senyum jer... segan sioot. dah le tak pernah cakap dgn dia. hampeh betul kak norma.. tau arr dia nak kenen2 kan aku dgn si din tu. kak norma balik.. apa lagi.. aku pun citer aarr ke'hampeh'an norma. dia nyer gelak.. tak hengat.. dia cakap.. tu arr kalo tak, tak mungkin nyer..... masing2 malu2 ayam. selisih pun tak tego.. kononnya bagi peluang kat aku.. cissss takleh caya betul kak norma nih. len kali, tak der nyer... berjaya taktik kotor nih.

esok nak gie UTM. Insya Allah.

From kekwa22 with love

No comments:

Post a Comment