Misi pagi ni nak gie picnic kat ulu yam. So, lepas je subuh, aku wat preparation barang2 nak di bawa. Aku wat sandwich jerr. Sandwich yang tak cukup bahan. Hehehehe. Sebabnya tuko last minute. Mulanya nak goreng spirals jer. Tapi malam tadi ita suruh wat sandwich. Mujur main ingredients ada kat umah. Kalo tak.. tak menjadi la sandwich.
jalan berliku yang perlu dilalui.
di sebabkan nak tunggu ita lambat lagi, so aku pun singgah la kat tepi tasik ni. aku tak tau apa nama tasik ni.. tapi terbentang luas. airnya kehijauan. lebih kurang macam air tasik pulau dayang bunting.
aman permai suasana pagi. dalam pukul 830am.. kami (ogie, maria & aku) dah selamat sampai disini.. sementara nak tunggu ita sampai.. maka.. aku pun merakamkan pemandangan sekitar tempat picnic.
ni pintu gerbang yang harus di lalui..
nampak macam asap.. tapi sekali pandang bukan pulak. nak kata awan, rendah sangat pulak. may be kabus? tak lah.. i am sure not kabus.
port ni best sebab airnya dalam. best nak berenang.. tapi sejuk ooooo. mana tahan berendam lama2.
suasana pagi yang belum ramai pengunjung.
masa ogie & maria gie cari ita, aku jaga barang sambil baring2 baca novel. kelasss gitu. ni pemandangan yang aku ambil masa baring2. langit cerah.
ni, ahli rombongan che ita, termasuk cameraman. sebab dia yang plan nak picnic untuk hari ni. kat dalam sungai ni, ogie sempat buke salon. pelanggan pertama adalah ita. hihihihi.. rasanya pelanggan pertama dan last.
pukul 150pm dah sampai umah. melepak jerr kat atas katil. tak leh nak tido. walau ada rasa tired. esok cuti lagi.. bestnya. weekend yang panjang. sumer2 yang aku plan nak wat this weekend, sumer dah settle. esok nak wat apa aku pun tak tau. kalo tak de apa sangat, aku nak layan movie jerr..
petang, kak norma ajak gi pasar malam. aku borong buah2an. banyak giler rasanya RM10 memang berbaloi untuk sebakul nih.
pukul 725pm, fiza call aku, ajak gie makan sebelum dia masuk kelas pukul 8pm. dia ni.. mana la nak sempat. sementara aku nak gi utm lagi. dia ni kan.. kuar dari damansara lambat la tu. sempat lagi dia complain yang mak dia suruh pakai macam2.. baju, seluar macam nak gie interview. dengan kasut2 pun macam pompuan. aku gelak bila fiza cakap cam ni, 'aku rasa aku ni dah macam pompuan dah nih' poyo betul dia nih.. selama ni dia tu laki2 ke?
tapi aku boleh imagine bila orang yang selalu pakai jeans, t-shirt serta sport shoes, kena pakai slack, blouse & kasut bertumit. hahhahaha. dia cakap mak dia paksa dia pakai elok2 dah tak leh dah selekeh2. kakak2 dia pun menyokong mak dia. aku boleh imagine ce mana fiza memberontak dengan mimik muka sekali.. pastu dengan mulut dia membebel. hahhaha... aku bagi tau kat fiza layan jerr la..
last week dia complain kat aku mak dia suruh rebonding rambut. dia pun layan le.. siap potong sikit rambut dia.. pastu mak dia membebel sebab potong rambut. mak dia suruh luruskan jerr.. jangan potong. 'tak buat salah, dah buat salah' fiza melepaskan geram kat aku.
seronok picnic hari ni. tapi aku tak hepi. aarrgghhh... aku dok teringat pada someone. rindukah aku? ok admit. i miss king.
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
No comments:
Post a Comment