17 March 2010

saat2 yang bz

hari ni aku g sirim dengan fariza. nak test cable. mujur sirim dapat buat test ni by today & tomorrow. kalo tak teruk arr sebab mr adi janji ngan thales dapat report by this week. dua jenis cable ni. tapi dia nyer test punya la high specs ada yang sampai 13g & 2000Hz.. test for 9 hours untuk 3 sudut. x y zni plate vibration untuk our cable.

pukul 4 lebih baru sampai opis. masuk jerr opis fiza bagi tau yang kak odah & kak meri cari. pastu aku baca email2. pas tu aku dapat satu email ni dari dahlan...

Dear Jasmani,

Please note that I'll produce these new documents as listed in the table.
The DF, ATP and ATR for cables will be prepared by Ina.


adoiii bukannya satu dua nak kena buat. banyak maa.. dah la yang semalam nyer order cable lom tgok lagi apa itu requirement. dah la tak cc kat my boss. memang tak puas hati ni, sebab yang ni bukan part aku. ni keje2 R&D. kalo setakat measurement report tu.. tahan gak lagi... nak tak nak kena wat okeh! sebabnya.. kan aku ni tokei cable. gud nyer statement. aku jerut leher sorang2 dengan cable baru taw.

dalam kul 6 lebih aku jumpe khairul tanya pasal progress dia nyer trainning anak2 buah aku. dia cakap kat aku cam ni ' ina, i takut dengan keadaan sekarang kita tak boleh dapat 300 by 2nd week of april. walaupun bukan project i tapi i takut' kalo dia cakap cam tu aku ni ce mana? berkali ganda aku lebih takut. dah la tu project aku, line aku. semuanya it belong to me. kekadang dia nyer ketakutan tu terbawa2 sampai ke rumah. ngeri siiooottt. hari ni nyer status 17/300.

dah la aku nyer new technician ni problem. attitude problem ni memang problem. aku memang malas nak simpan orang yang ada attitude cam ni. terang2 aku cakap kat dia nyer test engineer yang aku tak nak dia ni ada dalam line aku. aku tak nak orang2 yang menyusah kan aku dalam line aku. aku nak orang yang komited. boss aku dah taw pasai ni dan dia approve.

aku nyer keje sangat2 banyak. ni dok bz pasal
1. testing cable.
2. aku kena setup new line untuk cable. dia nyer work bench lom finalize lagi. pas tu roller conveyor lagi...
3. air compressor untuk cable line belum ada layout.
4. cable yang order baru tu belum tengok df lagi. bom dia nak kena study..
5. material nak kena order.
6. drwing nak kena update yang baru nak kena create..
7. routing nak kena complete.
8. part number nak kena register.
9. rain test jig nak kena buat.
10. new measurement report nak kena wat.
bajet esok dapat study sumer2 nih.
11. tu yang dahlan nyer df atp & atr tu.. lagi.. tu dah la totally new cable.

mak ooii banyak tu.. nak buat dalam this week. mau pitam2 nih.

pastu ada lagi ni... report yang tak pasal2 kena wat corrective action tak wat lagi. aku pun tak tau nak correct apa... sebab aku test pass dia test fail dan aku test balik yang dia kata fail tu, pass. nak jerr aku cakap, ko tu yang tak reti test. correct la sendiri.. hahahhaha... dalam report aku tulis; dia ni test tak pass.

see kat umah aku still lagi pk pasal hal2 kat opis. walau aku rasa tired sangat2. serabut otak aku ni dengan banyak2 mende.. ala.. ilek la ina.. tu namanya cabaran.. baru la thrill. fighting!

tadi man bagi taw yang mak wah akan operate dia nyer mata kat hospital ipoh. aku tak dapat pi aarr tengok. aku doakan agar semuanya selamat dan mak wah kembali sihat. aku tersangat bz by this week. esok aku kena pi sirim lagi. lusa pun sirim lagi. jumaat plak aku nak g jb.

aku bajet malam ni nak jahit baju.. sebab satu apa pun tak jahit lagi.. memang arr mood nak jahit tak datang.. aku siap pi lepak dan borak2 dgn kak norma kat dapo lagi. aku teman dia makan. aku kenyang lagi arr.. makan roti kat jj. dahla beso roti tu. borak pasal macam2..

kak norma citer cam ni.. anak buah dia.. umo dalam 4 tahun, laki2 nama dia fareez. dia ni dudukl ngan atuk dia kat kg. atuk dia nak bagi makan ayam dalam reban. si fareez ni nak masuk gak dalam reban, tapi atuknya tak kasi.. dia bengang aarr.. atuk dia suruh tunggu kat luar. dua oun setuju... atuk dia masuk jerr dalam reban bagi makanan kat ayam, dia bantai pi mangga pintu reban ayam. hhahaha.. gud idea. dah satu hal plak yang atuk ni dok terjerit2 panggil neneknya cari kunci mangga... nak buke pintu reban ayam.

banyak arr topik, lepas satu, satu.. bersambung2. citer nyer citer pasal family dia, kak norma cakap cam ni;

kak norma : akak malas dah nak kata apa semuanya dah besar panjang.
aku : bukan beso panjang tapi semuanya dah tua bangka...

hehhehe

baguskan bahasa melayu nih.. dia nyer kata gandaan.. kena je... apa errkk perkataan yang seumpama cam tu..

besar panjang
tua bangka
panjang lebar
muda belia
hitam legam
kusut masai
susah payah
pahit maung

err apa lagi errkk;.. ina, boleh tak tak yah pikir... dah pukul 12 suku dah ni.. hari pun dah bertukar.. tido2.. hahha cakap dengan diri sendiri taw..

ok ok.. jom tido..









....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment