13 April 2010

1st night @ room534, ampang puteri hospital

pukul 9am aku dah ada kat hospital ampang puteri. alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. pagi ni dr aminuddin hanya ambil 2 jer patient termasuk aku. sebab dia kena wat surgery for the whole day. esok dia akan ke ukm plak. perrgghh bz betul dia. tapi aku tak tau aarr bila time dia nak merawat aku. hope tak de yang serius.

masa aku dapat sms, aku ingat dia ada kat umah. tak terfikir pun yang dia akan datang sini. tak bagi tahu apa2 pun. aku warded jerr tak sampai 10 minit, dah muncul. memang terharu. ce mana le.. aku tak sayang dgn my king. cerr cakap sket?

masa king muncul tu.. macam2 perasaan ada. tak tahu aarr ce mana nak cakap.. dan dan tu, teringat satu sms. sms yang tak mampu aku lupakan. 'doc will taking care' aku dapat this ayat masa aku warded satu ketika dahulu. pesal tak leh lupa this sms? dah bertahun-tahun maaa.. sebabnya masa dapat tu.. memang sadis. sangat2 sadis. apa itu sadis?? pi tanya pakcik google.

king teman aku sampai ke bilik nak wat ct scan. ni first time wat ct scan. errmm last year aku admit kat sini on febuary, tapi tahun ni april. ok la kan... setahun sekali. apa lagi yang sewaktu dengannya aku pernah, xray dah banyak kali. ct scan dah buat. mri pun dah.

ni my lunch. sebenarnya aku makan ngan king dah. masih kenyang lagi. so, boleh pandang jer.. cuma buah jer yang aku makan. memang dah tak boleh nak makan sebab dah kenyang sangat sangat sangat.

sampai jerr terus aku kena inject. meleleh darah. sebab nak kasi antibiotik. perggghh let imagine.. kalo dulu dah drip, then antibiotik di campurkan dlm botol drip tu.. kira cam dah cair sikit arrrr. bila masuk dalam saluran darah, rasa macam nak tercabut lengan. sakit sangat sangat sangat. hari ni.. tanpa drip terus jerr masukkan antibiotik dalam darah. perrgghhh sakit......
ni aku yang minta nurse supaya lekat banyak2. sebab biasanya kalo lekat sikit2 tersentuh & rasa gerakan jarum. sakit tu.. dah la tak leh dok diam. macam2 nak kena buat. hhehhe.. contohnya update blog nih. berdarah meleleh2. ada kesan darah lagi.. kat tangan. masa nurse nak cucuk mende ni.. pun darah sampai kena cadar. nak menaip pun sakit. kalo banyak gerakan terasa jarum. mujur semalam dah transfer movie kat pc. tak de la bosan sangat sangat. lagi pun wifi hospital ni laju maa... best best.

aarrgghh berdenyut2 tangan aku ni.. rasa ngilu. rasa macam nak cabuttttt jerr.. susah betul.. nak wat apa.. sakit, kebas, berdenyut.. semua ada.

aku teringat radio arrrr.. ce mana la..la diorang kat opis. cable kak odah lagi. sepatutnya pagi ni ada meeting. dah la tahap kritikal dah nih. aku berdoa agar minggu ni dapat 200/300 radio. cable plak banyak aktiviti nak kena wat. DF lom siap untuk new cable. sape nak follow up regarding new bnc. keje tengah banyak nih. dugaan betul. masuk spital pun hati tak senang.. tak pe.. tak pe..

petang tadi, ita, hanum, mr adi & my boss, megat datang. satu lagi suprise. tak sangka langsung diorang datang petang ni.. time tu aku tengah mandi, ita ketuk pintu bilik air. aku tak bajet sesapa pun datang. terima kasih semua, datang melawat aku petang tadi. memang terharu dan tak sangka langsung. tu la bos2 & kengkawan kat ste ni. susah nak dapat cam ni. tak terdapat di pasaran nih. pulak tu wat susah2 jerr bawak chocolate nih. dah la time tu aku lapo. my mum pun tak bagi tahu. angah jerr bagi tahu.. nanti mak risau yang pelik2 plak. aku ni ok jerr. nampak macam sihat.

doktor datang petang tadi bagi result ct scan. dia cakap kronik. by thurday dah kena operate. maknanya its serious.

ni my dinner
maknanya aku makan nasi dah dua kali hari ni. sekali makan bubur nasi dan sekali lagi time dinner ni. tapi tak boleh abis pun.

abang kay call tadi.. dia cakap selamat becuti sambil menikmati makanan yang tak rasa manis & masin kat spital. memang betul pun... kak norma n angah baru jerr balik ni. aku tak kasi angah tido kat sini sebab aku bukan tak bleh jalan.









....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment