semalam, masa sembang2 dgn kak norma.. terbuka cerita ce mana how to making atap. tak kisah la atap daun nipah or atap dari daun rumbia.

kat umah dulu hanya ada pokok nipah jer.. that why la buat atap nipah. masa nak tebang daun2 ni.. nama dia 'menetak daun'


aku pernah buat experiment pasal buah nipah ni. masa tu aku dalam darjah 5 kot. hhahah sebab aku tak puas ati sebab apa kena urut dgn tanah liat lama2 cam tu.. wat penat jerr.. aku tak leh pikir ce mana air boleh menitik dari tangkai buah nipah ni stelah kena urut lama dgn tanah liat. pulak tu urut or sapu2 kat luar dalam arah yang sama. dah la buah nipah ni berat. aku just kerat jerr tangkai pokok tu, dan tadah dgn bekas.. supaya dapat nira. 3 hari 3 malam tak de mende pun yang kuar. habuk pun tarak... hhahahha....
masa kat tasik pagi tadi.. aku masih teringat lagi pasal process nak wat atap ni. masa nak semat atap tu, kayu yang tengah2 tu nama apa. memang tak ingat langsung. puas aku pikir. dari semalam lagi dok pikir. aku hanya dapat perkataan yang di guna pakai lepas 10minit jogging. aku tanya kak norma, 'akak tau tak mengkawan tu apa dia?' 'lama tak dengar perkataan ni.. ingat dah pupus dah, kayu yang letak tengah2 masa nak semat atap' yes! maknanya that is the word. mengkawan. mengkawan ni buat daripada batang kulit nipah ni... jemur sampai dia kering. pastu baru semat atap guna kulit batang bemban.

eehh pesal aku merepek plak nih.. hehehe terkenang zaman dolu-dolu.
ni, aku jumpe kat tasik. masa buat regangan la aku jumpe ni. sebelum ni tak perasan pun. hari ni pulak tetiba perasan... eeccceehh!.. aku datang depan ni, sebab aku nak meloncat. apa menariknya pic ni.. bukan sebab bayang2 aku ada kat pic ni.. tapi cuba baca betul2

balik dari tasik, tu aku siap2 nak gi bersoping. temankan ogie nak soping, then bawa my cousin sama. mula2 aku bajet.. aku nak cari satu mende jer... kasut. that all. tapi.. aku hanya mampu merancang.. tetiba, aku pulak yang soping macam nak rak. tapi biarlah rahsia. hahhaa.

sampai umah dah pukul 4 dah. punya la lama... round satu kolompo. angah pun sampai. wah.. dia pun teruja gak dgn barang2 yang aku borong. hahhahaa.. lepas pada tu, dia jumpe satu novel, terus memerap kat atas katil. duduk bertapa jerr kat situ. kul 8 lebih dia balik umah dia. aku suruh dia tido kat umah aku jerr tapi dia tanak.
aku pulak jahit baju. perrgghh lama giler jahit baju. sepasang je... kalo jahit kain cifon lebih susah & lama berbanding dgn sutera. kalo aku jahit cotton, rasanya boleh siap 3 helai berbanding dgn sehelai sutera.
ni pulak my dinner



....from kekwa22 with love....
cantik kasut...kena ngan gown itam tu...
ReplyDeleteerr.. sebenarnya kaler goun dah tuko.. bukan itam lagi tapi sekaler ngan kasut... hehhehehe
ReplyDeletewhoaaa...borong gown sekali...gown kaler silver ke pink?
ReplyDeletealamak...
ReplyDeleteeeerrr kantoi la pulak
hehhehe
errmm cantik tawww
tak menjawab soklan daaaa..kaler..kaler..kaler?
ReplyDeletekalernya...
ReplyDeletenak pink pun bukan, nak kata purple pun bukan nak kata biru pun bukan..
tapi combination of 3 color..
pikir la sendiri.. cemana kalernya..
hehehhe