aktiviti aku pagi2 ni ialah tengok apa yang ada untuk di masak.. ramai ni anak cucu serta cicit opah. penuh umah pah. & penuh umah mak wah...
nasi semalam ada banyak lagi.. cam tu jugak dengan dengan masak pedas ikan tongkol. maka ni hasilnya.. . nasi + isi ikan tongkol + serai + bunga kantan + daun limau purut. sayo tak de.. sebabnya kat umah mak wah tu.. sibuk nak wat mihun goreng pulak.. malas nak berebut sayo dgn diorang.. lagi pun terhad mendenya.. cukup la nih.. bahan2 untuk nasi goreng kerabu darurat namanya... walau pun darurat, tapi cikmat tambah 3 kali maaaaa. yang mak ngah pulak.. cakap.. ni 1st time dia makan nasi goreng kerabu.. apa2 pun.. janji licin...


bila mak yong suruh aku bancuh air kopi, memang aku tak reti. hehhe.. tak pernah bancuh kopi seumur hidup... memang fail habis.. sebab aku tak minum kopi. aku tak tahu ce mana sukatan nak bancuh kopi.. kalo nesface o pun aku tak reti bancuh.. aku tak tahu sama ada nak cair or nak pekat. tak reti nak adjust cemana.. pernah buat.. tapi jadi pelik & tak sedap. kalo bancuh nescafe + coffeemate & susu, aku expert. hehehe
lepas pada tu, aku wat sessi lawatan sambil belajar di keliling umah opah. maklumlah tak de apa dah nak buat...

yang ni pulak.. pokok durian yang berbunga sepanjang tahun.. dah berbuah. memang lebat buah kali ni...

abang lim sampai dekat2 pukul 9am. aktitivi pertama dia ialah..

dua beradik ni, memang pantang jumpe...

untuk kenduri ni, siap ada banner lagi tuuuu....
dalam ramai2 tu.. ada gak yang pakai baju merah belang2. aaii seeyyyman... lebih kurang sama tapi tak serupa...

ni, my lunch.
ada gak yang aku buat2 tak kenal.. hahhahaha... bukan apa.. aku tau dia tu cousin aku.. nama.. ada gak yang lupa.. umah diorang tak de la jauh sangat dari umah opah.. tapi aku memang tak berminat nak ambil tahu. diorang tu, kira saudara dekat belah ayah. sepupu aku, kira anak sedara arwah ayah la.. aku ada sejarah okeh... yang masih segar dalam ingatan.. walaupun dah dekat 10 tahun... aku malas nak mesra alam dengan diorang... tak rugi apa2 pun..
pernah gak mak & opah membebel kat aku suruh pi rumah diorang... jgn lupa sedara mara.... aku ke yang lupa atau diorang? sampai penat mak & opah membebel aku tak gie gak.. last2 diorang malas dah nak cakap apa.. sebab aku ada hujah2 aku tersendiri akan sebab munasababnya.. malas la... sama gak dgn yang kat ijok tu.. ada sejarah juga.... adik2 arwah ayah. semuanya dah jadi arwah dah...
sikap pendendam ni.. aku tak tahu sampai bila akan berakhir.. aku tau tak baik.. orang kata, yang sudah tu.. sudah la.. may be sebab segala peristiwa tu.. boleh menjelma di depan mata.. tak leh senang2 aku nak lupakan.. bukan teringat selalu.. kekadang tak ingat langsung dah. tapi bila nampak jerr muka... dan dan tu.. once upon a time yang dolu2 tu.. terlintas kat skrin... then aku pun malas nak bermesra alam..
wajah ceria opah
masa tengah ramai2 tu.. ada yang sedap2 jerr melepak bawah pokok ni,
pengantin tiba dekat2 pukul 2pm

ni plak aktiviti di malam hari
pukul 9 jerr aku dah tak leh celik mata.. ngantok giler... walaupun kat luar tu.. dok karaoke tah apa2.. bising giler... anak2 sedara & bapak2 sedara sama jerr.. mujur mak2 sedara tak join. kalo tak, mau hujan lebat. sebenarnya aku layan blues.. tah aarr.... macam2 perasaan ada... tapi nak buat macam mana..... layan jerr sampai la tertido..

....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment