pagi ni bfast durian. biasa la.. kebun blakang umah kan... hehhe.. pepagi buta mengadap durian. hari ni.. mendung jerr.. cuaca cam ni.. macam sedih jer... angah balik pepagi lagi.. lepas angah balik, aku wat orange muffin. nak bawa gie tengok mak wah.




sekali hadap je.. terus licin.. wah.. bagus betul.. senang nak cuci pinggan. nanti malam pikir lain pulak nak masa apa.
petang pulak aku menyediakan juadah untuk hi-tea

pastu aku sambung dengan goreng menggoreng.

lepas siap2 sesemua ni.. aku melepak.. weehh penat tu. fullhouse betul ngan aktiviti masak memasak. tapi aku teruskan dengan aktiviti menjahit. sempat la siap sepasang baju untuk aku dan diriku.. biru color tawww
then achik ngan angah pun sampai...
mula2 aku perkenalkan orange muffin pada achik. sebab ni dia 1st time. angah dah tak heran dah. mula2 dia makan 1, dia cakap, dia nak rasa jer... aku pun tanya la.. sedap ke tak .. dia cakap.. dia tengah rasa la... ok take ur time untuk rasa.

then.. achik sambung untuk muffin yang ketiga.. dia cakap kali ni, memang betul2 rasa punya.. haa.. elok la tu.. banyak la dia punya rasa. last2 dia cakap cam ni.. 'nanti sponser muffin ni tau' see.. keji tak? dia mula dah bab2 sponser nih. lemah betui... aku rasa kalo aku wat list mende2 yang nak kena sponser... harusss satu kertas a4 habis di tulis dengan perkara2 yang perlu di sponser.. semedang cari sponser.. pantang lepa..
lepas maghrib, aku gie umah man kat cheras. aku ni ingat2 lupa umah dia kat mana. alhamdulillah mak wah beransur baik. bengkak di leher pun dah surut. syafiq cukup suke dengan muffin orange. aku biasa aarr mana bleh lama kat umah orang.. hihihih.. dok teringat kat umah aku jerr.. dalam 95opm, aku gerak la balik umah..
on the way balik tu singgah tesco ampang. baru hari ni aku tau yang weekend, tesco buke sampai pukul 1am. tu pun achik yang bagi tahu. teruk betul.. hehhee tapi bagus gak.. kalo aku rasa nak melepak.. ada la port. bagus2
apa pekdahnya aku singgah tesco? sebab nak cari ni..

tau tak.. achik request nak cheese cake. dia nak balik petang2 esok sebab dia bajet nak pi soping. so, maknanya aku kena buat cheese cake tonight. esok mana sempat becoz nak bawak dia pi soping. mujur tak kena sponser plak.. hahhahaha.. masa dia cakap nak cheese cake tu, aku minta tuko ngan cake lain.. dia dgn selamber jer.. cakap yang dia tu tetamu.. so, kena la bagi apa yang tetamu nak.. keji kan? mujur datang umah aku setahun dua kali.. kalo datang seminggu sekali.. letih aku melayan..
sebagai along yang baik ati, baking la cheese cake untuk adik dia.. memulakan aktiviti penyediaan dalan pukul 11.30pm. malam2 buta wat cake. kedai bakery aku ni bukak 24 jam okeh.. so, no hal.

aarrgghh ngantoknya... banyaknya aku masak untuk hari ni.. tapi tak pe.. i like it.. hehhehe. jom jom tido..

....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment