hari ni boleh wat catatan hari ini dalam sejarah. sebabnya for the 1st time aku gunting kain 4meter mengambil masa hampir 4 jam. lama weeiii.. kalo balik umah mak, dah sampai tu... bukan nya gunting sambil mengular kemana2 atau tido ke, apa ke... tapi wat keje dengan penuh penghayatan.. lama giler.. sampai pening2 kepala den ni ha... memang menguji kesabaran betul. sape kata senang nak gunting kain? tu lom masuk nak jahit lagi... wawawawa.. sesapa yang nak jadi Cinderella meh aahhh... esok pagi aku bangun tido.. dah siap sumer...
then aku siap la kemas2 balik bilik aku yang tersangat la kecah2 dengan segala perca kain warna warni... bersepah2 benang.. lagi bertambah pening.. siap jer vacum sumer... azan zohor berkumandang... aarrgghh lama betul mengadap mende alah ni.. lapang sikit deria mata aku nih... kalo tadi, semak giler.. kalo aku wat keje2 kat hall, lagi la letih kena kemas sebab hall beso. so, moral of the story, wat kecah2 di tempat lebih kecik, senang sikit nak kemas...
dalam 4pm baru terhegeh2 g jj membeli barang2 yang nak di masak sempena berbuke nanti. ramai aarr orang.. semuanya ngan aktiviti masing2...
hari ni.. tah ce mana kejap jerr siap masak.. may be sebab tersangatlah simplenya menu hari ni. lepas masak2 aku tengok2 halaman umah.. siram2 pokok mana yang patut.
ni antara pokok2 yang ada kat depan umah no 25
pokok pandan yang subur.

pokok serai yang baru nak idup

pokok kunyit yang tak sempat nak subur sebab selalu kena kidnap daun dia.

ni pulak pokok karipule.

ni pulak pokok cekur a.k.a kencur..

ni pulak pokok betik hari tu...

ni pulak pokok kesum...

yang ni baru jerr tanam...

yang ni.. baru che norma tanam tadi

banyak kan tanam tanaman kat umah kitaorang.. menjadi kebun kitaorang nih... hehhehe
ni our menu berbuka petang tadi.

yang ni pulak, telur dadar tak sengaja nama dia. hhahaa

ikan goreng

yang ni, bun sardin.

best oo roti ni.. gebu & sedap.
bahannya
inti
1 tin sardin kecik di hancurkan
1 biji bawang di potong dadu
1/2 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
kekdahnya
tumis bawang hingga layu, masukkan cili. biarkan hingga garing. masukkan sardin dan gara,. masak hingga kering. sejukkan
bahan untuk bun
200g tepung roti*
1 sudu vegetable shortening*
1 sudu besar serbuk yeast kering*
1 sudu kecil bread improver*
2 sudu besar susu tepung*
1 sudu besar icing sugar*
1 biji telur di pukul ringan*
5 sudu air
1/2 sudu garam
sedikit mentega untuk sapuan
kekdahnya
larutkan yest dgn air. campurkan semua bahan bertanda *. uli hingga lembut dan kenyal. biar kan doh naik selama 1 jam. tutup dengan tisu lembab. uli semula doh. masukkan garam. uli hingga sebati dan kenyal. bahagikan adunan kepada 5 bahagian. cam aku buat tu... masukkan inti di tengah2 doh. masukkan ke dalam loyang yang telah di griskan. biar doh selama 1 jam. tutup dengan tisu lembab. kalo tak doh akan kering. sapukan mentega di atasnya.. dan bako dalam oven 150*C selama 20 minit atau hingga masak. sapu sekali lagi dengan mentega keatas permukaan roti.. maka.. hasillah roti gebu cam nih

yang ni, masa ogie kuar dia pi beli


malam ni menu kat masjid mee goreng, kuih keria dan murtabak. aku tengok jer.. sebab kenyang aarr... rasanya hari ni aku banyak minum air jerr...
aarrgghh tirednya.. esok dah masuk opis... kalo cuti lagi kan best.. tak sabo dah nak cuti panjang...

....from kekwa22 with love....
4 jam...huhuhuh...cian kekwa....
ReplyDeletetak perr...
ReplyDeletewat rekod sesekali...
waarrgghh sedapnyeeee foood!! terliur lagi skali even tho perut dah penuh makan dinner ni tadi.
ReplyDeletedaun cekur tu utk apa ye?sedap tak?
jom jom kita dinner second round
ReplyDeletedaun cekur tu, daun orang wat ulam jer.. kalo ubi di sbg bahan masakan. tp kekwa tak pernah mencuba. sama ada wat ulam atau pun bahan2 dalam masakan..