19 August 2010

jatuh chenta lagi



hari ni, sumer radio yang problem kat morocco tu dah sampai. semua 3 batch. ada 22 bijik radio yang rosak. bukan sw yang problem. kebanyakkan keypad la. ala.. yang kecoh2 keypad hari tu.. dan ada la beberapa sebab lain. tapi not bad la kan.. dr 700++ hanya 22 yang ada masalah skit. so, keje pun akan bertambah la.. kena belek2 radio la pulak.

hari ni aku dah apply cuti panjang. cuti2 mesia. hehehe.. lama weeii tak balik kampung. last balik kampung on april hari tu. sampai la sekarang lom balik lagi.. lama weeiii...

kalo sesapa yang rajin membaca, nak cari buku, jom join goodreads & yang ni plak mesia nyer readers. macam2 jenis buku boleh jumpe kat sini. kolo rajin boleh la donlot e-book. tapi kalo setakat donlot jerr, tapi tak baca... tak yah aarr wat semak hardisk jer.. hahhaha.. tu, aku le tu.. tak de orang len..

ni, our menu berbuke tadi

cendawan goreng
bahannya
250g cendawan tiram
1 sudu kecil serbuk pati ayam*
100g tepung pau - sbb tak abis2 lagi tepung nih... *
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam*
1/2 sudu kecil oregano*
garam secukup rasa*
minyak untuk menggoreng

kekdahnya.
basuh cendawan dan toskan. campurakan bahan yang bertanda * hingga sebati. masukkan cendawan kedalam campuran tepung. gaul hingga rata. panaskan minyak. goreng hingga garing.

ni plak masak lemak udang
Bahannya
400g udang segar
3 urat kacang panjang
1 helai daun kunyit - di koyak
1 batang serai - di ketuk
3 ulas bawang merah*
2cm kunyit*
1cm halia*
4 biji cili padi di belah
1.5 cawan santan segar
garam secukup rasa

kekdahnya
bersihkan udang dan toskan air. lumatkan bahan2 bertanda*. masukkan bahan2 kedalam periuk. tambahkan cili, serai, daun kunyit serta santan. masukkan udang didihkan sekali dan tutup api. masukkan kacang.

tada...

Ni pulak bayam goreng

aku rasakan.. bulan puasa ni mau berat aku naik nih.. dah le setiap hari makan nasi. tapi kalo masak lain pun.. nampak macam selfish la pulak... tak perr aarr...

memang aku dah jatuh chenta dengan kemerduan suara imam solat terawih ni... merdu & syahdu betul. Syukur pada Ilahi sehingga ke hari ni, dgn limpah kurniaNya.. aku di beri kekuatan untuk mengharungi liku2 kehidupan didunia ini. Alhamdulillah. menu kat masjid hari ni bubur lambok & mihun goreng.

malam ni achik bagi beberapa sample kad kenduri. dia suruh aku pilih design apa yang aku nak.. tetiba aku confuse, dia nak kawin ke.. aku yang nak kawin nih.. hahahaa... then dia tanya aku start cuti, bila.. maka, dengan bangga tahap dewa aku pun bagi tahu le dari berapa haribulan ke berapa haribulan.. hahahaha dia tak puas ati sebab aku cuti lama.. kueng kueng kueng...

aarrgghh ce mana nak buang serpihan kaca yang cinonet kat kaki... wawawawa sakit aaarrrr





....from kekwa22 with love....

2 comments: