04 June 2011

jom layannnn

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. dengan limpah kurnianya... di panjangkan umur bagi menikmati nikmatMU.

sejak 2 minggu ni, kehidupan aku berubah 100%. semua yang sesebelum ni.. totally out. kena le seswaikan dengan keadaan semasa. rindu aarr dgn kak norma. sangat2. rindu aaarrrr.... hampir 3 tahun bersama mengharungi suka duka kehidupan dengan kak norma.

Haruskah kita berpisah - Arrow

Rindunya aku saat ini
Rindu padamu kasih
Puas ku cuba menghubungimu
Namun kau diam membisu

Apa salahnya diri ini
Kau seksakan hidupku
Pergimu tika ku memerlukan
Cebisan kasih dan sayang
Aku inginkan cinta yang berkekalan
Kau damba perpisahan
Ooo... ooo... ooo...

Menangis hatiku menangis
Mendengarkan khabar hiba
Terhiris jiwaku terhiris
Mengalir airmata



hari ni, angah datang umah. mangga ni, dia bawa mangga nih... kira 1st time le angah datang umah ni.

enche affa plak gie keje.

ni, menu untuk hari ni, bukan main meriah lagi..

kari ikan tenggirigulai masam ikan kembong

bayam merah goreng
ikan kerapu masak sambal
lately ni, armand sangat2 hepi. ketara betul. bila di tanya sebab apa dia hepi.. senang jerr jawabnya.. 'sebab man ada mama' dia nak mama dia berada depan mata jerr.. kalo boleh nak peluk mama dia tak lepas. dia macam takut kehilangan mama dia. sampaikan kalo aku masuk bilik air, 3 kali dia akan update, sama ada betul atau pun tidak mama dia ada kat dalam bilik air. tatau aarr apa perasaan dia ce mana. kalau bangun jerr tido, sure tanya, 'mama mana?' kekadang tu sampai tak leh berenggang langsung. sampai fenin enche affa.

Armand menuntut nak nengok citer nih. sebabnya, dah janji dengan dia, that why la. punya la susah nak dapat tiket citer nih. nak beli online pun tak boleh2. bila sampai jerr kat jj.. sold out. bila cakap dgn armand nak nengok esok.. siap majuk lagi.. mahu tak mahu.. layan jerr la midnight kungfu panda. yang ada tiket midnight jerr.. tu pun dapat barisan yang tak berapa nak belakang.. tapi still ok. sampai ke depan2 penuh dgn orang... saat2 menunggu tibanya waktu tayangan. lepas jerr jj tutup pukul 10pm, dah tak tahu nak gie mana.. maka.. melepak jerr la kat sini. tapi memang berbaloi..

moral of the story.. memang best citer nih.. kelako betul. Armand siap boleh gelak kuat lagi. sangat2 enjoy.. sampai umah dekat2 pukul 2am.

untuk sekian kalinya enche affa tanya armand 'sampai bila bapak nak share mama ni' hahahhaah... kesian enche affa.


....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment