25 July 2011

dah namanya jodoh

bz betul weekend lepas. on saturday, aku gie nengok wayang citer harry potter.memang best. misteri2 pada yang siri2 yang lepas tu, terjawab. semuanya ada kat last episode ni. memang best. yang tak bestnya, armand tak leh dok diam. huhuhuhu. memang sangat2 menguji kesabaran. enche affa plak, kena bertugas. so, kami berdua la yang gie nengok kat jj cheras selatan, dalam 10 minit dari rumah, sampai le.

ahad plak ada kursus umrah kat sapura@mines. sehari suntuk kat sana. kursus di sampaikan oleh dato' ustaz hj daud bin che ngah sendiri. penerangan yang di berikan sangat jelas, clean n clear.

yeay yeay dapat beg besar. besar tuuuuuuuuuu. siap ada logo sapura lagiiiiiii. maka, kitaorang semua.. ahli rombongan sapura seramai 120 orang yang akan gie umrah tahun ni, akan menggunakan beg berlogo sapura nih.. semalam tu.. selain dari my boss dan pn jun, aku tak kenal sape pun dari sapura2 len yang gie sama. paling ramai tahun ni, sapura crest hantar stafnya seramai 27 orang kalau tak silap... perrgghhh... ramai gilerr.. maknanya secara total, andalusia mendapat kutipan sebanyakRM958,800.oo bagi sapura group saja. berapa ringgit jerr lagi nak RM1juta. tapi, pakej yang di beri oleh andalusia memang berbaloi. esok2 kalau aku rajin, aku update tentatif program di sana nanti.
banyak nyerrrrrrr
Thanks STE, kerana menaja aku gie umah tahun ni. Pakej bernilai RM7990 dan duit poket SR500. Alhamdulillah. Tahun ni, giliran aku dan my boss. Insya Allah tahun depan, maybe emran dan firdaus kot.. aku tak tahu.. teka2 jerr...

masa lunch tadi.. aku terserempak dgn kawan lama.. oppsss.. aku rasa bukan kawan lama kot kenalan lama. sebab seingat aku, aku tak kawan dgn dia. dia adalah kawan kepada aku nyerr kawan lama. semuanya lama2 belaka.. tak sangka kan.. walaupun dah lama tak jumpe kenalan lama tu, tapi masih lagi story-mory pasal aku nih up to date. zaman siber kannnnnnnn.. terima kasih le kepada penyampai maklumat. Alhamdulillah.. tu, tandanya orang sayang kat kita.. kerana masih lagi mengikuti aku dan kehidupan aku nih. terima kasih yerr... wat susah2 jerr... kalau orang yang dah tak sayang, errr... lantak jerr la..

dah setahun dah aku kenal enche affa. kejap jerr... aku kenal dia on july last year. then july this year, aku dah jadi wife dia.. cepat jerr masa berlalu. dalam setahun tu juge aku kenal dgn enche affa, bertunang dan kahwin.. express betul.. 4 bulan kenal dan 6 bulan bertunang. hehehhe... dah namanya jodoh... cepat atau lambat, bukan alasan. yang paling penting segala perjalanan hidup kita, sudah di takdirkan oleh Allah swt. Aku bersyukur keatasNya. Alhamdulillah.



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment