22 April 2013

Dividen Bank Rakyat 18% - untuk tahun kewangan 2012

Mungkin aku jerr yang terlambat tahu... errmm tak perr la.. at least ada gak amik tahu.. hheheehe.. last  week announce..

Alhamdulillah..
 
 ARKIB : 14/03/2013

Dividen Bank Rakyat 18%


ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) menunjukkan dividen sebanyak 18 peratus yang akan diagihkan kepada ahlinya di kuala Lumpur, semalam. Hadir pada majlis Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik (dua dari kiri). 
KUALA LUMPUR 13 Mac - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus kepada 947,541 ahlinya.
Ia terdiri daripada 16 peratus dividen tunai berjumlah RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk saham sebanyak dua peratus berjumlah RM55 juta yang akan ditambah ke dalam akaun sedia ada ahli-ahlinya.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemberian dividen tersebut adalah hasil prestasi cemerlang bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu.

Pada tahun kewangan 2012 berakhir 31 Disember lalu, Bank Rakyat merekodkan peningkatan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak 4.7 peratus kepada RM2.11 bilion berbanding RM2.02 bilion tahun sebelumnya.

" Ini didorong oleh pertumbuhan pendapatan daripada pembiayaan dan deposit serta ditambah dengan kualiti aset yang kukuh walaupun berdepan dengan cabaran industri perbankan tempatan," katanya semasa mengumumkan prestasi kewangan Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2012 di sini hari ini.
Tambah Ismail Sabri, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.74 bilion didokong oleh peningkatan pendapatan kasar sebanyak 13.2 peratus sebanyak RM6.23 bilion berbanding RM5.5 bilion tahun sebelumnya.

Manakala pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit turut meningkat sebanyak RM95.6 juta kepada RM3.34 bilion berbanding RM3.24 bilion sebelumnya.
Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan bagi tahun 2013, Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM300 juta.

Ini melibatkan pembukaan tiga cawangan penuh, lima cawangan perkhidmatan, 20 cawangan Ar-Rahnu Exchange serta 100 mesin ATM dan deposit, selain penambahbaikan cawangan-cawangan sedia ada.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130314/ko_01/Dividen-Bank-Rakyat-18#ixzz2RoOJ01kf
© Utusan Melayu (M) Bhd


 
 ....from kekwa22 with love....
 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment