sebabnya M melanda.
Kalo ada M mmg tak jadi apa.
Hari ni type R.
Saja nak share sambal hitam Pahang versi derhaka. Jangan marah yerr orang Pahang. 1st time makan sambal hitam pahang masa bulan puansa haritu. masa kat surau ada orang sedakah. memang sedap.
Sebenarnya bukan feveret sangat pon makanan yang ada unsur2 pedas ni. Tapi di sebabkan belimbing buluh kak yati punya la banyak bersepah kat atas tanah. Membazir kot. Dah la kak yati punya pokok.. orang len plak yang kecoh. Hahaha.. dah jiran kan.. semalam dengan semangatnya bawa 1 bekas terus aje pi kutip yang kat atas pokok bergayut2 masak. Tapi lepas bagi tahu kak yati ler nak ambil buah.. biar kita berbahasa kan.. dah la nak ambil orang punya. walaupun dah lama kak yati pesan.. kalo ko nak, ambil aje lahhhh..
Selepas google2 resepi sambal hitam Pahang.. maka di rumuskan bahan2 serta kekdahnya.. jadilah sambal hitam Pahang versi derkaha. Sebab apa jadi derhaka.. sebab baca2 yng orang len buat.. masa masak sampai belimbing jadi kecut, periuk akan jadi hitam dan kusam. Ada yang kena buang periuk tu. Tu yang tanak ambil risiko. Tak do bajet nak beli hat baru. So, jumpa jumpa jugak versi macam yang aii buat ni. Tapi ejas sikit tang ikan bilis. Derhaka jugakkk tuuu..
Sapa nak follow aiii silakan… marbeles beb. Aku pun bukan makan pedas sangat. So, biasa2 aje.
Bahan2 yg diperlukan
1. 25 biji belimbing buluh - banyak tu sbb free.. hahaha
2. Cili padi secukupnya. Kalo nak pedas letak banyak. Kalo tanak pedas sangat letak sikit. Ikot suka lah yerr
3. 1 cawan air
4. Bawang merah besar 2 biji
5. Bawang putih 2 ulas
6. Garam secukupnya
7. 1 1/2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan. Guna ikan bilis putih saiz sederhana.
8. Minyak untuk menggoreng
Kekdahnya..
1. Masukkan belimbing buluh, bawang merah besar, bawang putih, cili dan air ke dalam pengisar. Blend hingga semuanya hancur.
2. Masak dalam api perlahan hingga kering
3. Sambil2 tu, panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing dan rangup.
4. Bila sambal dah kering, warna perang tua, masukkan ikan bilis dan garam secukupnya. Masa proses gaul2 ni, ikan bilis akan patah jadi kecik2. patah2. Matikan api. Siap untuk di makan.
Best sebab rangup2 aje ikan bilis nyer.. Hasilnya dapat la seberkas kecik ni..
sambal pahang versi derhaka. mau 2 bulan baru habis ni. Hahaha.. malas nak masak bagi hitam. kalo biarkan sikit lagi mau hitam. sebab teori aku.. hitam ada karbon. karbon tak baik untuk kesihatan. tu diaaa.. teori aku yang tak ada master degree dlm biofood.Paras rupa bukan ukuran.. yang penting sedappp.. hahaha.. bukan fanatic.
Cuma biasa2 aje.. siapa nak follow aiii silakan… versi senang dan sedap.Ni versi gambo besar.. cubalah.. memang sedap... kombinasi masam, pedas dan rangup. tu diaaa..
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
No comments:
Post a Comment