06 September 2008

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu.. merayu...

kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjakan...

sungguh khusyuk lagi tawaduk tubuh dan kalbu...

bersatu memperhamba diri menghadap Rabbuljalil...

menangisi kecurangan janji

innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang...

bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih... berqiamullail... bertahajud...

mengadu... merintih... meminta belas kasih

sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu

tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadan

kita buru... kita cari...

suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir

mempersiapkan diri... rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...

lorong-lorong reda Ar-Rahman Duhai Ilahi....

andai ini Ramadan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadan paling bererti... paling berseri...

menerangi kegelapan hati

kami menyeru ke jalan menuju

reda serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadan ini merupakan yang terakhir

kali bagi dirinya yang mampu

bagi seorang hamba itu hanyalah

berusaha...

bersedia...

meminta belas-Nya

andai benar ini Ramadan terakhir buat kita:

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN..."MARHABAN YAA RAMADHAN

Hari yang menyeronokkan

Ramadhan menjelma lagi kini.. bulan yang penuh dengan keberkatan. Ya Allah semoga aku dapat melalui ramadhan kali ni dengan sempurna.

Memori semalam menggamit lagi. aku sedar semuaitu hanya kenangan manis yang tak mampu aku lupakan. walau aku menepis sekuat mana sekalipun, aku tak akan mampu melupakannya dalam waktu yang terdekat. kekadang aku mampu untuk menghindari perasaan itu tetapi saat bila aku kalah, hanya Allah sahaja yang tahu hibanya hati aku ini. Apatah lagi kini aku sering keseorangan.

Ya Allah kuatkanlah semangat aku tekad aku kini. hari ini, aku berazam. satu keazaman yang tidak berbelah lagi. moga aku mampu untuk mengikuti segala perangcangan yang telah aku lakukan. semoga aku kuat untuk merealisasikan segala perancangan aku ini. Ya Allah, berkatilah aku.. dan permudahkanlah...

semalam, aku memang happy sesangat. memang aku rasa seronok bila berbuka beramai2. aku berbuka di tasik permaisuri cheras. dengan bertemankan cahaya lilin... best sesangat. dapat kawan baru. seronoknya... menjadi juga candle light dinner aku.. hehehhe. malam tu lepas makan, lepak jap kat kedai makan, then pergi downtown kat area situ.. mak oooii punya la ramai orang.. tu la first time aku g situ selama aku berada kal kl ni.. maybe yang first dan yang last kot. saja jerr jenjalan... tapi aku sempat juga beli sebuah buku. buku yang aku cari2 selama ni.

memang best.. tapi aku tahu, keseronokkan tu hanya sementara jerr.. lepas balik umah, aku rasa kosong kembali... sunyi. tu la kehidupan aku.. aku tahu, kenapa aku buat2 bz dengan perkara2 yang tak perlu, sebabnya aku ingin mengusir segala kenangan semalam agar ianya tak bertamu di ruang minda.
entah lah...






....from kekwa22 with love....

24 August 2008

Secebis tinta

Salam..
rasanya dua minggu dah tak masuk blog ni... apa eerrkk yang nak di tulis.. ada macam-macam perkara yang nak di tulis.. tapi tengokla mana satu yang sempat.. sebelum azizan tiba... aku kat library tadi. masa nak datang sini jumpa dengan dr zarhamdy. borak sat dgn dia ada la dalam dua minit. dia tahu aku nak jumpa azizan petang ni. sebab pagi2 lagi dah jumpa dia kat kelas. aku ngan azizan ni dua2 anak murid dia.. tu yang dia concern sangat tu.

aku nyer tesis... tah la.. tak tahu nak cakap ce mana... hope aku lulus dengan cemerlang. Allah tahu bagaimana susahnya aku berusaha untuk menyiapkan dan melakukan yang terbaik untuk tesis kali ni..

masa kat kelas tadi jumpa dengan lecturer yang tanya soklan maut kat aku masa presentation tesis 1. wah.. muka tu memang aku tak leh lupa.. tapi biasa aaarr aku gak yang tak reti nak jawab ce mana.. hheheh last2 aku nangis jerr... tapi bukan nangis masa presentation la.. menangis depan zamri. hahahhaha... mujur boleh tahan air mata lepas keluar dari dewan kuliah tu... ala.. lecturer tu baik sebenarnya... lepas tu siap ajak aku makan lagi... hehehhe.. bila aku menolakdia cakap... " tak kan ytanya sikit dah tak selera nak makan?" hehheheh aku sengih jer la... bukan tak nak makan time tu tapi lepas sessi menangis depan zamri, aku terus g cafe teman zamri makan.. tu cerita last 2 semester. hope tak berulang lagi.

rasanya dah lama betul aku tak g muaz. rasa rindu la kat dia. insya Allah kalau Allah izinkan.. petang ni aku nak gi. semoga apa yang aku plan hari ni berjalan lancar.. mudah-mudahan.

kalau ada kesempatan, baca la buku tajuk dia, Seteguh Tekad. bagus tau untuk memotivasikan diri. banyak perkara yang boleh di ambil iktibar dalam mengharungi ujian hidup ni. bila baca tu,
kadang2 tulisan di dalam buku menjadi kabur sebab membaca dgn mata berkaca2 air mata... sebak & nangis sorang2 tengah2 malam...

tak dapat nak dibayangkan cekal & sabarnya cikgu sidek mengayuh 40 batu ke sekolah dgn perut kosong. kuatnya hati & ruh cikgu & isteri mengusung 6 orang anak yg masih kecik2 dgn sarat segala barang2 naik flight ke US yg transit pula dulu di UK ... dlm flight pula ada anak menangis meragam & tidur atas lantai mencari keselesaan.. buku Seteguh Tekad. sungguh terkesan & berbekas di dalam hati.

bacalah.. tak rugi membaca.



....from kekwa22 with love....

09 August 2008

Merah Mesti Menang



salam...
wah... dah lama betul tak jengok blog... wawawawa rindunya.. tapi hari ni ada 30 minit sebelum solat maghrib, so, boleh la tulis someting...

banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku.. kalo nak citer.. tak sempat aarr nak taip..

tapi hari ni family day opis aku.. wah aku hepi tahap dewa.. terbang semua masalah aku... hehheheh seronok betul.. walau umah merah dapat no3 jerrr... heheheh

puas betul aku berenang.. hehe maklum la lama tak berenang.. sesekali dapat... fuhh tak ingat apa dah... hehhehe sampai sun burn kulit.. tapi tak per aarr nanti hilang aaarr tu...

malam ni ada kelas.. esok ada test, hope aku tak tido malam ni.. kena study aarr malam ni.. badan letih gila. assigmnt pun lum wat lagi ni... susah betul.. tapi aku akan siapkan dalam next week. tak de kelas.. cuti konvo...

k la.. aku tak leh tulis lama ni.. nak g solat..
daaa


....from kekwa22 with love....