04 July 2010

soping day

pagi ni aku gie jogging. walaupun gerimis, tapi aku teruskan jua perjuangan. sebab semalam dah ponteng. hehehhe.. balik dari tu, terus siap2 gie bandar. teman achik soping. mujur tak ujan lebat. tapi pelik arr sangat2 ramai orang. pergi la mana tempat pun.. ramai jerr orang.. macam2 gelagat ada. may be orang sibuk2 beli baju raya kot. awal gile tu... tapi biasa la... nanti kalo tailor tak nak terima lagi haru..

macam angah.. dia dah siap2 dah beli 4 pasang untuk dia nyer baju raya. pengagihan yang begitu adil lagi saksama antara aku ngan achik. achik kena jahit baju dia 2 pasang dan aku kena jahit baju dia dua pasang. ok la kan.. tapi masa-elahnya.. awal lagi kan.. tengok arr kuantitinya akan bertambah dari masa ke semasa.. bukan boleh caya sangat.

banyak arr achik soping hari ni.. sampai tak larat nak bawak dan sampai tak larat nak jalan dah.. mujur tawaf sekali jerr. kalo dua kali.. ermm mau tercabut lutut.

balik dari soping dah lapo maklum la bfast pagi tadi lebih kurang pukul 9. balik soping dah 4 lebih.. ni jerr yang sempat masak sebelum nak hantar achik gie jalan duta beli tiket balik ipoh.
ikan masak taucu

sayur petola
baby carrot, tak yah masak2. basuh2 & terus jerr ngap..

pastu sapukan filling pada cheese cake. letak blueberry filling kat atas dia..apa yang tak ada pada cheese cake ni.. base dia.. aku memang tak suka biscuit base cheese cake. di sebabkan tak suka, maka tak yah letak. nanti aku buang jerr.. bukan makan pun.. so, moral of the story tak yah wat base.

aku gie hantar achik kat jalan duta. dia nyer bas balik ipoh pukul 7.30pm. lepas tu aku terus gie umah pak ngah. wahh botak licin kepala pak ngah.

kesian sungguh aku tengok abang deris tadi.. tak sangka langsung.. tah la.. fikiran aku tak dapat terima. semua input tak boleh di jana sepenuhnya.. mudah2an ianya akan menjadi pengajaran buat aku.

kalo dulu, jumpe abang deris.. walau pun tak semesra alam macam abang halim, tapi still boleh boleh berbicara. tapi sekarang ni.. sukar.. tak sampai hati nak bercakap dengan dia.. aku baru jerr dengar pasal kanser lidah. macam pelik. tapi betul.. sebahagian lidah dia mereput. so, doc buang 3/4 lidah dia. gantikan lidah yang di potong tu dengan daging bahagian dada. tadi masa aku datang dia tak pakai baju, maka aku nampak bekas doc potong kat bahagian dada. ngeri. tu.. lebih ngeri bila tengok kat bawah dagu.. bekas jahitan bermula dari telinga kiri sampai ke tekak dan sampai ke telinga kanan. potong plak kat dagu. macam rupa anak patung yang kena jahit tu jerr.

bila dia cakap.. memang la tak berapa nak paham.. tapi bila tengok dia sedaya upaya nak cakap ngan kite.. kesian sangat2.. tu satu hal.. tapi aku tak paham.. kenapa dia berada di rumah pak ngah. aku faham mak dia kan mak ngah.. tapi.. ada yang aku kurang faham.. sampai sekarang ni aku tak dapat jawapan.. kenapa dia sakit, mak dia yang jaga. mana dia nyer wife & anak2. ok la anak2 kecik lagi.. beso dah la.. tapi tak kan seorang isteri tak leh nak jaga suami ketika sakit? kenapa gie hantar ke umah mak dia? dari aku sampai, sampai la aku balik, memang tak nampak batang idung. entah la... mak.. walau apa keadaan sekali pun anak dia.. dia akan terima anak dia.. itu specialnya mak yang tuhan anugerahkan.

walau pun aku kurang mesra alam ngan abg deris, dengan wife dia lagi kurang aku mesra alam. aku pun tak tau sebab apa.. may be aku lebih kerap jumpe abang deris compare to his wife.. tapi... kenapa dia tak jaga dia nyer hubby??? kenapa? kenapa kat umah mak ngah? kalo bagi alasan tu kat aku.. sorry ok. 1% pun aku tak leh terima.. sorry.. weehh sedih tu... tapi nak wat ce mana.. lumrah alam. so, moral of the story, kalo aku nak kawin.. hope aku dapat suami yang boleh jaga aku bila aku sakit. boleh berada dengan aku masa susah & senang. mudah2an. semoga menjadi pengajaran buat aku..

malam ni, king request nak resepi muffin orange. so, bahannya cam ni
165g self raising flour
1 sudu kecil baking powder
1/8 sudu kecil garam
110g gula kastor
80g butter - room temperature taw...
75ml fresh UHT low fat milk
20g plain yoghurt
3 biji telur - room temperature ingat tu...
2 sudu besar poppy seeds
30g orange berry atau halua kulit limau yang di cincang.

optional : kalo nak bau wangi.. orange, parut kulit lemon dan campurkan dalam adunan dengan kadar yang seswai.. 1 sudu besar pun dah ok. cuma jangan letak sunquick dah. lari rasa maaa

kekdahnya
panaskan oven 180*C, campur tepung, baking powder & garam dalam satu bekas. beat telur & gula hingga kembang, masukkan joghurt, susu, butter. masukan sedikit demi sedikit campuran tepung. beat hingga sebati. add poppy seed & halua kulit limau. kacau bagi rata. masukkan dalam cup yang sesuai dengan ketinggian 1/4 cup. bako le.. selamat mencuba ye...

kalo susah2.. cari jer.. kat bagus yang ready made. kalo tak de bagus memang tak bagus.. maka.. wat la aduanan sendiri hehhehe..

Hadirlah Kasih - KGB

Hadirlah kasih...
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta...
Hadir dalam hidupku

Dalam perjalananku
Masih jauh harusku tuju
Aku mencari-cari cinta
Cinta yang tulus dan sejati

Kerna aku percayakan
Cinta suci yang datang dari hati

Hadirlah kasih...
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta...
Hadir dalam hatiku
Hadirlah sayang...
Hadir dalam hidupku
Hadirlah kasih...
Agar tercapai segala-galanya

Harus aku mencari
Cinta yang tulus dan suci
Punya segala-galanya
Apa yang aku impikan

Kerna aku percayakan
Cinta suci yang datang dari hati

Kalau ditakdirkan
Bertemuku denganmu
Akan kubina istana bahagia
Agar kita bersama
Kekal selamanya

Hadirlah kasih...
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta...
Hadir dalam hatiku
Hadirlah sayang...
Hadir dalam hidupku
Hadirlah kasih...
Agar tercapai segala-galanya





....from kekwa22 with love....

03 July 2010

hari rajin semalaya..

semalam bajet nak pi jogging pagi ni tak menjadi becoz gerimis mengundang.. so, buka la kedai dobi pepagi buta. sejuk2 ni kalo tido best. tapi kalo dah bangun.. dah tak leh nak lena dah.. mata dah celik luas2 alam dah ni..

pagi ni bfast durian. biasa la.. kebun blakang umah kan... hehhe.. pepagi buta mengadap durian. hari ni.. mendung jerr.. cuaca cam ni.. macam sedih jer... angah balik pepagi lagi.. lepas angah balik, aku wat orange muffin. nak bawa gie tengok mak wah.
sambil2 baked orange muffin, aku masak untuk lunch. ogie plak kuar gi membeli barang2. che noma bz mengemas. aku bz di dapo. ni hasil nukilan aku for a lunch
ni pulak sayo campo.. apa yang ada.. sumer2 di campokan..

yang ni pulak.. egg tofu dengan sos tiram.

yang ni steam siakap.

sekali hadap je.. terus licin.. wah.. bagus betul.. senang nak cuci pinggan. nanti malam pikir lain pulak nak masa apa.

petang pulak aku menyediakan juadah untuk hi-teani dia rupanya our hi-tea. bubur durian & roti.

pastu aku sambung dengan goreng menggoreng. mihun goreng. untuk makan kami sekuarga di umah no 25. mihun goreng ni nak bawa ke umah man malam nanti.. baik tak anak sedara cam nih.. susah ooo nak dapat di pasaran. kikikki..

lepas siap2 sesemua ni.. aku melepak.. weehh penat tu. fullhouse betul ngan aktiviti masak memasak. tapi aku teruskan dengan aktiviti menjahit. sempat la siap sepasang baju untuk aku dan diriku.. biru color tawww

then achik ngan angah pun sampai...

mula2 aku perkenalkan orange muffin pada achik. sebab ni dia 1st time. angah dah tak heran dah. mula2 dia makan 1, dia cakap, dia nak rasa jer... aku pun tanya la.. sedap ke tak .. dia cakap.. dia tengah rasa la... ok take ur time untuk rasa.
habis jerr seketul, aku tanya lagi.. 'ok ke tak.?'.. then dia capai satu lagi dengan alasan masih lagi dalam tahap rasa... dah dua ketul habis.. rasa tak abis lagi.. yang kak norma plak sengih jerr tengok achik me'rasa'... aku nyer muffin. siap kak norma cakap.. next week wat muffin chocolate plak kat dia.. ermmm beres... kedai bakery aku sentiasa buke... 7 hari seminggu.

then.. achik sambung untuk muffin yang ketiga.. dia cakap kali ni, memang betul2 rasa punya.. haa.. elok la tu.. banyak la dia punya rasa. last2 dia cakap cam ni.. 'nanti sponser muffin ni tau' see.. keji tak? dia mula dah bab2 sponser nih. lemah betui... aku rasa kalo aku wat list mende2 yang nak kena sponser... harusss satu kertas a4 habis di tulis dengan perkara2 yang perlu di sponser.. semedang cari sponser.. pantang lepa..

lepas maghrib, aku gie umah man kat cheras. aku ni ingat2 lupa umah dia kat mana. alhamdulillah mak wah beransur baik. bengkak di leher pun dah surut. syafiq cukup suke dengan muffin orange. aku biasa aarr mana bleh lama kat umah orang.. hihihih.. dok teringat kat umah aku jerr.. dalam 95opm, aku gerak la balik umah..

on the way balik tu singgah tesco ampang. baru hari ni aku tau yang weekend, tesco buke sampai pukul 1am. tu pun achik yang bagi tahu. teruk betul.. hehhee tapi bagus gak.. kalo aku rasa nak melepak.. ada la port. bagus2

apa pekdahnya aku singgah tesco? sebab nak cari ni..
apa yang boleh di buat dengan cream cheese ni? cheese cake la... kan contohnya...

tau tak.. achik request nak cheese cake. dia nak balik petang2 esok sebab dia bajet nak pi soping. so, maknanya aku kena buat cheese cake tonight. esok mana sempat becoz nak bawak dia pi soping. mujur tak kena sponser plak.. hahhahaha.. masa dia cakap nak cheese cake tu, aku minta tuko ngan cake lain.. dia dgn selamber jer.. cakap yang dia tu tetamu.. so, kena la bagi apa yang tetamu nak.. keji kan? mujur datang umah aku setahun dua kali.. kalo datang seminggu sekali.. letih aku melayan..

sebagai along yang baik ati, baking la cheese cake untuk adik dia.. memulakan aktiviti penyediaan dalan pukul 11.30pm. malam2 buta wat cake. kedai bakery aku ni bukak 24 jam okeh.. so, no hal.
ni hasilnya selepas pukul 12.45am. nampak suci murni jerr my cheese cake. pulak tu kat umah tak de apa nak wat filling kat atas tu.. esok2 kalo sempat & kalo rajin cari blueberry filling or strawberry pun ok gak.. kalo tuko dgn apricot glaze, ce mana? tengok la esok ce mana.. kalo tidak.. bogel cam ni pun ok dah.. kan kan kan..

aarrgghh ngantoknya... banyaknya aku masak untuk hari ni.. tapi tak pe.. i like it.. hehhehe. jom jom tido..




....from kekwa22 with love....

02 July 2010

durian oh durian

Standard aku, kalo hari2 bekerja, 7.50am ke atas baru nak masuk bilik air air. Sama gak aarr macam pagi ni dan hari2 sebelum2 tu... dalam bilik air aku berbau buah durian. Dalam sumbat2 hidung pepagi ni berbau durian. Pelik la pulak.. tahu la teringin nak makan durian, tapi tak kan baunya sampai melekat kat idung.. pelik2

semalam tak de sape yang membeli buah durian. Ogie nak beli durian? Jangan harap. Kak norma plak balik keje.. dah tak kuar gie mana2 dah. Aku pun mana ada kuar semalam beli durian… pelik weeehh. bau durian masih semerbak. Adooii.. aku tau la.. kenapa ngan aku ni.. kira ngidam tahap dewa, takkan la bau sampai terlekat dalam kepala.. kalo sampai dah terbau2 cam ni.. memang parah weehhh.. balik keje ni.. kena pi carik gak ni.. parah weeehh...

masa aku turun jerk at dapo, ni pemandangan yang aku nampak.Ceesssss.... no wonder la aku berbau durian. Bukan sebab mengidam ke apa ke.. Wahh best ni.. tak yah bawak jimmy gie cari durian dah.. rezeki jangan di tolak..

Bukan durian jer.. tapi termasuk dengan buah ni.. yang ni pulak, sebakul rambutan. punya la banyak.. tapi masa ita datang tadi, dah kasi satu beg kat dia. memang banyak betul stock buah2an kat umah aku this week. tak yah memborong lagi. sebenarnya yang last week pun dok ada lagi..

masalah kat umah ni, satu jer.. buah2 walaupun limau.. kalo aku tak potong, tak de sape nak potong & of coz la tak de sape yang makan.. kekadang sampai busuk2.. kak norma rajin membeli dan di ikuti dengan pak ndak. hahhaha. bukan bajet aku ni rajin nak serve ke apa.. tapi dah tabiaat cam tu.. sampaikan masa mak aku datang ari tu, kak norma cakap kat my mum 'mak cik.. buah kat umah ni, kalo ina tak potong atau kupas.. terbiar macam tu la.. kalo dia dah potong, kami pakat2 makan' mak aku sengih jer.. tak tau apa reaksi dia. tapi time tu aku tengah potong buah limau.

di ikuti dengan this terung.. terung ni.. dari specis yang baru. tah apa tah.. lupa dah tadi kak norma ada bagi tahu.. aku tak kisah jenis apa n spesis apa.. janji itu adalah terung, rupa macam terung dan bila makan, rasa macam terung. kan kan kan

pastu malam ni.. kak norma wat lawak pasal terung. terung susu kambing. 1st time aku dengar.. pastu tanya la.. dia.. ce mana rupa terung susu kambing... aku ingat kak norma wat lawak.. sebab biasa la.. kekadang bukan boleh bajet pun perkataan kak noma tu.. dia tu macam2.. tapi dia memang confident dgn terung susu kambing tu.. then aku pun tanya la pak cik google.. ni ha.. jawapannya..rupa pun cam kiut jerr...

Tengkiu banyak2 pak ndak. Wat susah2 jerr.. lenkali bagi lagi tau.. banyak2 pun tak per… kitaorang akan terima dengan pintu yang terbuka..

Teringat la pulak yang kat umah opah. Sape la yang mengerjakan buah2 semua tu.. mana ada sape kat kampong. Sure penat tupai, kera2 serta musang2 nak menghabiskan buah2 rambutan, dukong, durian dan tah apa2 lagi yang ada dikeliling umah opah. Wat jeles aku jerr

Satu lagi kes yang tak masuk akal bila kunci umah aku missing an action. Puas aku cari tapi tak jumpe. Mujur ogie lom gie keje.. kalo tak.. naya den. Kena ada yang tolong resQ. Petang semalam masa time2 maghrib tu, Emran datang umah sebab nak godek sket PC aku, aku buke pintu. Pastu masa Emran balik aku lock jerr mangga.Pagi tadi mula la tercari2. Siyes, tak ingat kat mana aku letak. Cari punya cari, maka terjumpa lah kunci tu. Elok jerr kunci umah berada di luar umah. Depan pintu. @*&%$*@#$ speechless tahap gaban. Ni aarr 1st time. Tak pernah2 seumo hidup aku tinggal kunci umah kat luar umah. Depan pintu plak tu.. elok jer kunci tu dok tang ni.... eerr sila abaikan decoration kat kete tu.. itu adalah hasil nukilan kucing tah sapa2. tiap2 malam porch umah aku memang terang benderang. macam nak suruh sesapa masuk je.. elok sangat la parking kunci umah kat situ...

masa break kul sepluh, idris kol aku suruh naik atas makan. dia buat pengat durian. wah wah.. best2. dua biji buah durian masuk perut aku. dua bijik pulak.. dua ulas maaa.. gile apa sampai dua bijik makan pepagi.. durian lagi.. sebelum makan tu aku tanya idris.. 'ni masak bila? rajinnya bangun pagi2 masak'. mujur tak kena cepuk laju2 dengan idris. hahhaa.. banyak songeh pulak.. dah orang jemput makan, kira orait la..

aku pelik la.. why my nose keep blocking aaarr.. almost everyday. tak paham. tak paham. tapi memang dah tak ada apa2 dah kat idung idung ni.. pesal tetiba pepagi block plak dah ni... aiissseeyy... pastu selsema.

balik keje, angah terus datang umah aku. aku bajet dia bosan aarr dok umah dia.. petang tadi, ita bagi tahu nak datang umah malam ni... nak gie makan sesama. ita nak amik air sarsi sama kat umah pak cik nan. ni, ita datang umah aku sebab nak amik baju yang aku jahit. esok dia nak pakai.. petang tadi bertungkus lumus aku menyiapkan sepasang baju kurung untuk ita..

angah join gak makan kat langgaq. dia cakap bosan aarr dok umah.. lepas balik dari langgaq, kak norma ajak makan durian. ni dia.. woooo best tu.. sedap weehh
ni durian jenis 101. pak ndak tanam kat kebun dia. manis & lemak berkrim. ogie yang tak makan durian tu pun terpesona.. siap boleh makan lagi... memang best.. tapi tak leh makan banyak aarr becoz baru jerr lepas makan moi sup kat langgaq. tak per.. esok boleh sambung..






....from kekwa22 with love....

01 July 2010

demam

malas nak tulis apa2 becoz aku memang tak larat
For The rest of my life - Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart








....from kekwa22 with love...