30 November 2009

26-Nov-09



Hari ni celik jerr mata breakfast dah ready. Errmm best tak. Best giler tu.. mak masak pulut then makan dengan buah durian makan dengan pulut & santan kelapa. Perrgghh heaven habis. Creamy.. Memang dah lama sangat2 mak tak masak pulut then makan dengan durian. Rasanya sejak arwah ayah tak ada. Sebab arwah ayah memang suka sangat2 makan durian dengan pulut. Errmm may be mak rindukan ayah. Sebab selama ni tak pernah langsung mak masak pulut kalo nak makan dengan durian.

Pagi tu aku, mak, angah & achik pi shopping kat parit buntar. Beli barang2 dapo untuk mak. Nanti mak tinggal ngan adik ada la bahan2 makanan nak di masak. Tengah hari tu mak masak ayam masak kicap. Sedap.. tak sempat nak ambil pic dah abis.. hehehe sebab sedap. Mak kalo buat ayam masak kicap dia akan letak lada hitam, air perahan jintan manis dan jintan putih ermm menambahkan kesedapan. Aku pun makan la apa lagi... hehhehe..

Aku nyer aktiviti hari ni, jahit baju raya mak. Esok boleh mak pakai untuk sembahyang raya. Walau apa pun aku akan pastikan yang mak akan pakai baju baru setiap kali menyambut raya. Insya Allah. Aku tau mak tak pernah minta. Tapi aku jerr yang nak buat macam tu.. sebabnya..

Dulu masa aku dalam darjah 2. Kira cam.. once upon a time... errmm tapi ingatan tu tetap tersemat dalam kepala aku. Masa tu nak raya. Mak buat lewat baju raya aku ngan angah. Time tu achik kecik lagi. Aku 8 tahun, angah 6 tahun & achik 3 tahun. May be masa tu mak tak ada duit nak beli kain awal. Malam raya tu.. aku tunggu mak menjahit baju baru sampai pukul 9. Excited la kan sebab nak dapat baju raya. Bukan senang nak dapat baju baru time tu. Then mak suruh aku tido. Sebab esok nak raya. Then aku pun dengar la cakap mak. Masa tu mak menjahit baju.. mana ada mesin2 nih. Mak sembat jerr. pulak tu masa tu hanya ada lampu pelita minyak tanah jer. Sembat ni bukan perkara yang senang.. leceh giler.

Let imagine macam mana mak menjahit. Susahkan. Semata2 nak bagi anak2nya happy. Seorang mak tu sanggup buat apa saja untuk anak dia. Esok pagi aku bangun awal.. dalam pukul 6.30am. aku tengok mak masih lagi menjahit part2 akhir baju aku & angah. Aku tak tau mak tido or tak malam tu.. tapi aku rasa mak tak tido. Aku rasa kesian dan sedih sangat2. Walau time tu aku baru umo 8 tahun. Mak sanggup tu.. demi anak dia... sejak hari tu aku tanam tekad yang aku mesti reti jahit baju. Aku tak nak lagi mak menjahit sepanjang malam. Azam aku semasa berumur 8 tahun. Agak2 orang lain yang sebaya ngan aku time tu ada tak azam cam aku nih? Hehehe may be aku sorang jer kot.

Lepas pada tu.. bila mak nak potong kain, aku selalu menyibuk tengok mak macam mana mak gunting kain dan jahit. Masa nih mak dah beli mesin jahit, second hand jer.. tapi berbaloi arrr... tahan lebih 15 tahun. Jenama religh kot kalo tak silap. Sekarang ni mesin jahit ni dah tak ada dah. Major rosak, then mak jual besi2 pada keeling beli botol. Hasilnya masa aku form 1, aku dah boleh jahit baju aku sendiri serta baju mak dan adik2 aku. sejak tu mak dah pencen jahit baju. Aku yang take over.

Masa sekolah dulu bila kengkawan ajak lepak, bila time2 aku nak menjahit, so aku tolak le.. then my fren said.. errmm macam mak-mak pulak jahit baju. I don’t care what may fren said. I have a reason. Cukuplah mak jahit baju aku sepanjang malam tak tido. Aku tak nak mak menjahit lagi. Setiap kali aku nak potong kain mak buat baju.. kat mata aku ni.. masih lagi terbayang masa aku berumur 8 tahun. Mak duduk tepi tiang dengan lampu minyak tanah sambil jahit baju aku kaler coklat berbunga pink. Errmm warna pun aku tak lupa.. errmm macam mana le aku nak lupa.. sebab situasi tu.. ermm melekat dalam jiwa aku. Time tu, kira esoknya, aku & angah pakai baju raya cantik. Happy giler.. dapat baju baru. Tapi sesemua tu, terkesan dalam hati hingga ke hari ni.

Sekarang ni.. yang boleh menjahit baju, aku, achik & adik. Walaupun adik lelaki, tapi sejak masuk giat mara bidang jahitanrekaan fesyen, dia pun dah pandai jahit baju. Yang tak reti.. ermm angah dan abang lim jerr.. tapi angah kalo terpaksa.. reti jerr.. kalo tak terpaksa.. errmm jangan harap la dia nak menjahit. Siap boleh tolong tengok jerr.. tapi abang lim kira memang kaki bangku le.. bab2 jahit. Tapi dia pernah cakap, lim kalo pompuan sure reti jahit gak... ermm alasan jerr tu sbb adik yang laki pun reti jahit. Tu kira nak cover line le tu..

Petang tu angah gie batu lima. Beli ayam untuk masak esok. Cadangnya nak masak rendang & mihun sup. Errmm tu esok nyer plan untuk hari raya. Then angah beli cucur udang & goreng pisang. Aku pun makan lagi.. hehe

Malam tu aku wat chocolate cake seperti permintaan ramai. Pastu mak dah siap2 rendang & ketupat.. ermm apa lagi aku pun layan aarr.. hari ni memang complete apertite aku. Heheh. Siap dengan breakfast.. biasanya aku skip jerr kalau ada pun, minum susu sekotak.. tu jerr.. tengah hari makan nasi, hi tea cucur udang & malam makan 2 ketul ketupat dgn rendang. Errmm kalo cam ni aku hari2 mau naik 5kg dalam masa 2 week. hehehhe



....from kekwa22 with love....

25-Nov-09

Sebelum balik kg aku gie ke opis dulu.. ermm biasa la nak off pc. Semalam tak sempat nak off sebab ada email yang belum kuar dari outbox. Tu yang biar jerr tak off. Masa dah masuk opis errmm biasa la kena sign document. Ada la sikit. Errmm rasanya kat opis under control kot tak de sape yang call aku.

Lepas tu aku bertolak pulang ke kg dalam pukl 11.10am. aku tak de la bawa kete laju.. sekadar 120km/j jer. Kete agak banyak gak le sampai tapah. Then lepas tu dah ok. Lengang dah. Aku ambil achik kat ipoh dalam pukul 1 then teruskan perjalanan ke kg. Sampai dalam 3.30pm. ermm sepanjang jalan Cuma dekat alor pongsu or bukit merah ujan sikit. Tak lebat sangat. Ada la dalam 5 minit perjalanan. Then dah tak ujan dah. Sampai umah mak.. ermm terang benderang.. panas terik. Alhamdulillah. Tak de la cam tempat lain yang banjir.

Petang aku terus gunting kain nak wat baju raya mak. Esok boleh jahit. Then aku gie beli durian.. sesemua ni hanya RM15. Durian batu kurau. Sape yang tak kenal kesedapan durian batu kurau? mai habaq sini. hehhehe. Errmm best giler. Sedap tu.. aku dah la lama tak makan durian. Memang best. Kalo kat Kl aku tak de geng nak makan durian. Selalunya dgn fiza. Tapi sekarang fiza dah duduk Lumut.



....from kekwa22 with love....

24 November 2009

tired tahap gaban

hari ni aku bz tahap dewa. dari pagi2 sampai le ke petang.. tak duduk diam aku. semua benda nak kena settle. esok aku dah cuti. tapi aku nak pi opis jap esok. ada lagi sikit2 keje nak kena settle.

aku tak paham la pesal la mende kecik cam tu pun nak joyah dan nak di ulang2. bengang betul aku.. tu nak mengata aku la.. saja nak cari salah aku. then aku buat sidang akhbar... kat tempat aku tu.. errmm baru terdiam. ingat aku diam.. boleh nak mengata aku cam tu... secara terang-terangan plak tu.. apa!, ingat aku sesaje nak bawa cerita.. dah masuk dalam meeting pagi dah... semua orang dah tau... tetiba petang jerr wat citer lain.. errmm apa kes...

hari ni tak ce mana aku jumpe lagu nih.. errmm pergi.. lirik dia touching habis.. lagu pun slow mood. kalo aku layan lagu nih mau aku nangis tak berhenti nih.. belum layan lagu ni.. pun dah terasa2 sebaknya.. ermmm pergi.. pergilah jauh2 jangan datang lagi dalam apa jua bentuk pun.

Pergi - Aizat


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia


....from kekwa22 with love....

23 November 2009

malas day

eehh ni.. bangunan apa? ni la servis aparment di ukay bistari. ermm apa kena mengena dgn bangunan nih? bangunan ni ada banyak kenanya. salah satu unit kat sini adalah rumah aku. aku tahu, rumah ni dah hampir siap. may be tak lama lagi dalam next year dapat kunci. hopefully. sebab dah dekat 3 tahun terbengkalai cam tu jerr...

aku tak pasti sama ada aku dapat menjejakkan kaki ke tak dalam rumah ni. pelik kan? tapi ni rumah aku. kenapa tak boleh? kalau di izinkan tuhan, Alhamdulillah syukur sangat2. tapi aku tak terlalu mengharap. nanti aku akan kecewa. kalau aku fikir2 lagi bertambah sedih. agak2 sedih tak kalo tak boleh masuk ke rumah sendiri walaupun dalam tempoh 5 minit? sedih tak? sedih wooo.. semoga Allah mengizinkannya.

hari ni kat opis, errmm tak de bz sangat tapi bosan..bosan giler.. dah la tetiba ada dapat sms pelik2 bengang betul... balik keje aku gie jj. ermm sensorang.. layan blues. then gie k4. jalan jerr.. barang yang aku cari tu tak ketemu pun.. so ni baru balik le nih...

....from kekwa22 with love....