22 January 2010

i am going to miss him

hari ni kat line aktiviti sama jerr macam semalam. masing2 bertungkus lumus untuk menyiapkan module2 agar dapat close radio. kat line cable plak.. alhamduillah hari ni, CHF, 483pcs dah siap assemble. test pun dah hampir nak siap. tapi, dalam pukul 10.30am, dapat 1 email dari thales yang dia nak tambah model ni lagi 30pcs. ermm hamboi2.. cam order teh tarik plak.. errmm siap.. insya Allah, lagi 30pcs tu akan di assemble end of this months, combine sekali dengan delivery on 8-2-10. murah rezeki line cable.

hari ni sepagi aku dok bertapa dalam bilik mr adi, discuss pasal proposal cable CA3. Thales nak juga PPC dan nak kena hantar on november ni. tapi quantity tak banyak sangat.. ada yang banyak. 14 model pelbagai length. tapi majoriti 25pcs, paling banyak 106pcs. masalah kat sini MOQ cable banyak.. bermeter2 tapi nak guna tak de la banyak sangat.

tengah hari tu, ita, fariza & aku, gie makan kat tesco. apa lagi.. beriani le.. ermm sedap. di sebab kan sepagi ni aku tak masuk apa2 makanan dalam perut, ermm boleh habis tu makan.. cayalah.. tapi memang lapo betul tengah hari tadi. lepas tu jenjalan la dalam tesco.

kalo nak raya cina jerr mesti mende alah ni banyak.. selalu sangat jumpe. kalo tak raya cina ermm jarang jumpe. mula-mula dulu ingat sengkung cina versi besar, rupanya salah. pernah masa kat k4, aku tanya sorang auntie yang dok tengah pilih mende alah ni.. ermm kira ubi la.. nak masak apa.. hehhee tetiba aku jadi peramah. yerr la mana aku tau boleh masak apa dengan ubi nih. pulak tu, orang melayu tak de pun nak membeli. dia bagi tau.. ubi ni, cuci bersih2 then potong nipis2 pas tu goreng. errmm sonang yor la... ingatkan nak masak apa la.. then dia siap promote lagi supaya aku cuba.. sebab katanya sedap. lebih sedap dari potato chip. tapi sampai ke hari nih aku tak teruja pun untuk men'try'. hehhee
jalan-jalan lagi kat tesco, aku jumpe sayo ni. siyesly, 1st time tengok. bunga bronkoli ke? ermm bronkoli ada bunga ke? tah.. aku pun tak tau.. tapi spesis2 diaorang la kot.
malam ni best.. ermm rasa cepat sangat2 masa berlalu.kejap jer 4 jam. ingatkan dah tak datang dah.. kalo tak datang mahu aku tak jumpe sampai bila2 nih. sedih pun ada dah... tapi terubat gak rasa rindu.. errmm kenapa errkk jadi cam ni. not su-post to be. ala bukan aku jerr yang rindu. tapi dia jugak..

malam ni bila on pc... ermm dah tak de dah. tah bila2 plak la nak muncul... biasa ada jerr.. walaupun brokben dia selalu dc. tapi he always be there. tonight, i cant see him anymore. something missing at my screen. i am going to miss him again.









....from kekwa22 with love....

21 January 2010

meletop...

pagi ni, aku tak bz. tapi sengaja membzkan diri. fresh betul.. today. semalam terlebih makan & cukup tido. so, that why la fresh & hepi. bila teringat yang esok due date.. ermm lagi hepi. paling lama dalam sejarah. ciyok! ciyok! ni kira environment pagi aarr yang cerah lagi aman damai.

hari ni temperature aku memang tak boleh nak control. meletup2. aku rasa, sape yang jadi aku pun, sure rasa apa yang aku rasa. bukan setakat rasa nak cepuk laju2.. errm rasa cam nak wat lebih daripada tu jerr... yang MC tu.. ermm tak per la.. nak wat ce mana kan.. dah tiba2 sakit. mana ada orang minta dirinya sakit. kan kan kan.

aku kecewa & frust sangat2. aku & anak2 buah aku kat line radio tu bagi full support untuk assemble radio yang hanya tinggal nyawa2 ikan ni. 300 radios. skrang baru ada 153. balance kena complete dalam 9 hari. banyak giler.. anak2 buah aku dah la bertungkus lumus OT tiap2 hari. weekend pun sama. semata2 untuk mencapai target. patutnya semua orang tau yang this program dah nyawa2 ikan, so, semua department bagi la full support. susah sangat ke???semalam hantar board sampai hari pukul 12pm masih dok status cam tu jerr.. bukan banyak pun.. then bila dah cam tu, nak cari pulak kesalahan orang lain nak cover.. tolong la... tak yah nak gali lubang, then tutup lubang.

hari ni lebih frust dari semalam. total radio is 0. masa ni dah urgent2 ni.. nak guna kualiti polisi la tah apa la.. memang la aku tau.. semua department ada quality policies sendiri, tapi pls support. memang la menyirap darah aku bila tanya aku.. hantar pukul 5, then your expectation dapat bila? ermm memang la kalo aku ada 90 hari lagi nak closed 150 radio, then aku boleh la jawab next week pun tak per.. ermm aiman tak kesah.. ni tinggal lagi 9 hari. tak kan tak faham kot.. aku memang frust bila aku punya la bersungguh2, then satu pihak lagi wat sambil lewa jer.. then time tu la nak cari kesalahan kita supaya nak tutup kesalahan dia.. saja nak cari penyakit.
anak2 buah aku pun dah menurun motivasi. petang tadi, tanya aku, kak ina, nak ot ke hari ni, macam malas jerr.. errmm aku sengih jerr kat diorang then jawab nanti akak check dgn planner. entah la.. frust betul. tapi ok la my boss dah tahu this problem. tadi mr adi cakap dengan aku, 'ina, jangan la nangis' heheheh rasa nak gelak la plak. sape la bg tau mr adi yang aku nangis nih.. nak kena sekeh kot.

balik keje.. ogie ajak teman dia gie wangsa maju.. ermm aku layan jerr la.. tapi pegi kejep jer.. cari barang, tapi tak de yang menawan di hati. then balik umah jerr la..

malam ni aku tak masak apa pun. malas nak masak. makan roti jer. tapi malam ni, macam2 mende aku buat.. ada jer project2 dari kecil-kecilan hinggalah ke besar2an. ermm datang la time rajin dia tu.. mood pun dah ok.. tu yang ada jerr mende nak di buat. yang penting enjoy kan kan kan.ogie cakap, datang la semangat gaban dia tu.. hehhehe. ye ye ye esok friday...









....from kekwa22 with love....

20 January 2010

tensi-tensi

hari ni audit ISO. alhamdulillah line aku tak kena audit. ermm cuak juga. lega2. kalo tak sure stress. amin.. alhamdulillah. selamat la untuk tahun ni. tapi tahun depan.. ermm belum tentu.

pagi ni aku pi jalan2 cam biasa awal2 pagi sebelum nak mula keje. aku jumpe kak siti, tanya khabar. then dia bagi tahu.. rf board hanya ada 4 bijik jer. semalam si QA tu tak inspect pun. ermmm aku tengok status petang semalam ada 141 radios. sepatutnya semalam ada 172 radios. agak2 aku tension tak???? time dok tanya2 tu mr adi lalu. dia tanya how the status? so, aku cakap le yang jujur lagi berhemah. hihihii

kadang2 aku pun tak paham... keje setahun boleh simpan sampai nak due date lagi dua hari, baru nak wat.. then bila impact kat orang len.. mula la.. 'tu ko nyer hal' kalo sape yang dengar jawapan cam ni, rasa hangin tak?

pukul 11, aku tanya kak siti 'ce mana ni.. baru 143, bila nak dapat RF board'. kak siti cakap ngan aku, "ina, akak dah cuak dah ni" kalo kak siti cuak, aku ni.. cuak kuasa tiga tuuu.. maknanya cuak ngan mr adi, cuak dgn megat & cuak ngan hanum. bukan cuak apa.. cuma ce mana nak menjawab soalan kenapa? kenapa? kenapa? tapi nak wat ce mana.. ni masalah attitude manusia. tapi senang jerr aku jawab... cakap jerr dengan jujur jangan nak cover sape2. bagi tau jerr situasi sebenar. that all. then dia orang boleh pikir kat mana masalahnya... yang penting masalah tu bukan datang dari anak2 buah aku. that all.

tengah hari tu aku pi jj. makan. ni menu yang menjadi pilihan aku. tapi masa order tu siap bagi tahu lagi. tak nak cili langsung, kalo ada cili pulangkan balik. request baik nyer.. rasa dia.. ermm ok la not bad. mujur tak guna kerang segera.
petang tadi dalam pukul 3.30pm, hazrul, jas & aku meeting dgn org dari SAP pasal tectile membrane. baru aku tau yang selama ni.. diaorang tak ikut specs masa inject temperature pada dome. sepatutnya.. ikut la specs dah tu ngaku plak depan kitaorang. kira cam sembelih diri sendiri jer.. kat drawing ste letak 100*C diaorang hanya guna suhu 40*C. banyak giler difference tu. errmmm temperature aku pun naik sampai 80*C bila dengar jawapan tu dari SAP. 'awat la hang tak ikut spec.. patut la reject. menyusahkan orang betul.' tapi aku hanya mampu cakap dalam hati jer... ilek.. ilek.. tarik nafas.. memang la fail che abang oooii, 40*C mana cukup. oven nyer cycle -25*C to 70*C. sebab tu requirement 100*C. ni yang payah ni kalo tak dengar kata. malas aku layan, aku kuar pi line radio.

aku pi tengok kak siti, tanya aarr, hari ni close berapa radio?, dia jawab tak de. then aku tanya apa masalah? kak siti bagi tahu yang RF belum dapat lagi. errmm dari pagi tadi aku dok tunggu tak dapat2 jugak. dan dan tu suhu aku dari 80*C naik 100*C, dan dan tu jugak. pagi tadi aku dah cakap pada hanum but no action.

on the way nak pi bilik meeting, aku nampak mr adi, hanum, hazem & EB tengah discuss. dengan brutal lagi selambe aku gie kat diaorang, "jap! stop seminit, cik adi kena tolong ina, hari ni, tak de satu pun radio boleh close. RF tak ada, boleh tak tolong cakap ngan QA bila boleh dapat. ok thanks" aku pun blah. giler nyer gengster. weeii aku sabo dari pukul 8.30am tadi tu.. then mr adi, tinggal dia nyer discussion, terus masuk production line. tak sampai 5 minit, mr adi bg report kat aku yang RF ada kat 120. then aku tanya dia, 'sejak bila kena masuk 120 bukan ke selama ni 130?' mr adi mengerut dahi dengan soalan aku.. lepas tu, aku terus blah tinggal meeting & tinggal mr adi yang berkerut2 tu menuju ke production. mr adi dah paham dah kalo aku hangin... aku plak bukan nak cakap thanks ke apa ke.. bagus betul. staff sape la cam nih. ala.. mr adi kenal aku 10 tahun lebih dah.. dok herang weeii...

aku pi tgok PRODO sama ada 130 or 120. mana la tau kalau planner salah kan.. ermm ni terang lagi jelas memang sah 130. so, apa masalahnya??? bagi tahu arr.. sebelum ni boleh jerr bagi tahu dah siap inspect.. hari ni tak leh la pulak.. kalo tak nak cakap face to face bertentang mata, bagi jerr pesanan, tulis note or tepon. kalo malas nak tepon, email. semua kemudahan ada... kalo peram ermm tak de plak process kena wat pekasam. kanban board dah ada sebesar2 alam.. tu untuk di tulis.. bukan di lihat jerrr..

kul 5 petang aku masuk line, anak2 buah aku dua tiga orang tegur kenapa muka aku monyok jerr.. ermm aku tired. sangat2 tired today. fizikal & mental. petang tu, balik keje aku gie bagus. tapi malangnya dah tutup. ermm keciwa arr... masa aku call cakap tutup pukul 6.30pm. tadi aku sampai 6.15pm dah tutup dah. errmm menci betul.penat jer..

balik umah letih giler.. kak norma gie segamat today. esok balik. aku tak lapo tapi rasa nak makan. ermm memang sah aku tension kalo gayanya cam nih.. hehehhe mau nya tak tension.. kalo dah tension.. ermm makan la banyak2.. hehhehe..

aku tengok ada nasi semalam dalam freeze, so malas pun ada nak masak lauk & sayur segala.. aku cadang wat nasi goreng jer. ogie, awal2 lagi setuju dengan menu aku. lama gile tak wat nasi goreng sebab aku kureng berkenan skit. tapi malam ni.. kira ok jer.. tuko minyak dengan butter. aku jumpe telur, bunga kantan & daun limau purut. then ada timun. aku wat nasi goreng mesti tak letak kicap. ermm tak best... letak sos tiram & lada sulah. nasi biar kaler ori. kalo nak letak cili, hiris jer.. jangan guna cili kering yang nak kena tumis tu.. tak seswai. ermm tah apa2.. ermm suka ati arr.. aku yang masak...kan kan kan. tu yang adik aku selalu cakap aku ni cerewet...

malam ni.. tak larat nak pi main badminton. dah 2 minggu dah ni tak gie.. memang tired aarr today.. rasa nak angkat raket badminton pun taklarat. hahha pada hal baru lepas makan nasi sepinggan. aku nak layan mata jerr kalo ngantok, terus tido.

how my feeling? ermmm rasa cam ok sikit. boleh la.. rasa dah 3 hari or 4? aku tak dengar suara. ermm ok la.. good. ada improvement. esok2 tak de la aku nanar sangat. aku takut sebenarnya.. untuk menghadapai satu kehilangan... aku tau yang dia sangat2 tak setuju dengan apa yang aku buat ni. tapi dia turutkan juga sebabnya he love me.


Ku Pendam Sebuah Duka

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...


baru kejap tadi achik tepon. dia update. abang lim bagi tahu on 13hb dah ada orang wat kenduri kat kg. so, kalo kitaorang wat kenduri juga time tu, sape nak datang? 14hb pun ada kenduri jugak. ermm nampak gayanya pospon la lagi. tapi majlis achik still berjalan cam biasa. then dia cakap, nak wat majlis dia.. sape plak nak sponser? adoii dia nih.. bagus betul marketing.









....from kekwa22 with love....

19 January 2010

minah kilang....

esok audit ISO. errrmm line apa le yang kena.. aku pasti line aku mesti kena nyer.. last year cable line. this year maybe radio line.. tak per la.. redha jerr la.. aku dah wat yang terbaik.. anak2 buah aku dah wat yang terbaik untuk prepare.

hari ni masih sama macam semalam. still bz. bz ni sampai end of this month, then lega la sikit. tapi product still lagi continue cam biasa. ermm ada lagi 11 hari lagi untuk nak antar radio to Morocco. sama aarr dengan cable yang nak kena hantar ke Thales.

semuanya dah bottleneck.. ermm apa errk leher botol nih? A bottleneck is a phenomenon where the performance or capacity of an entire system is limited by a single or limited number of components or resources. errmm.. ni bottleneck dgn LAN cable. CAT5E cable nih.. tapi tak tau plak sama ada line or twist. hehhehe.. sejak2 dok jaga cable... kan kan kan.. kalo tak tahu.. cam bengap la plak..
aku jumpe pics ni as a minah kilang.. ermm siap ada name tag lagi tu.. dah la nama sama. kikiki kelakar jerr.. tapi memang kena dengan title minah kilang.

kesian kak siti pagi ni.. nangis sampai merah2 mata. puncanya perkataan-perkataan dari QA arrr... selamba jerr... nak cakap apa.. pulak tu.. dia refer kat aku le tu.. mamat ni memang bengang kalo bagi keje banyak kat dia... ada le nak cari pasal dgn org len. walau pun cinonet nyer hal.. ni pasal lkp semalam. petang smlam linda cari aku nak sign measurement report, tapi aku balik awal. then dia terus letak kat meja QA, cadangnya esok pagi nak suruh aku sign. bukan banyak pun sekeping jerr report tu. tapi pg ni, linda plak lupa. pastu si mamat ni panggil la kak siti as a leader. marah2 sebab sekeping report ni.. 'lain kali suruh jantan ke, betina ke sign dulu, baru bagi' dgn nada yang tinggi nak bagi tahu satu malaysia. dah la masa tu ada semua orang kat QA department tu ada.. malu la kak siti. Bila kak siti bagi tahu kat aku sebab apa dia nangis.. aku ok jer.. walaupun perkataannya di refer pada aku. alaaa small matter la.. cam nak pinjam perkataan fiza 'ada aku kesah?' mende kecik pun nak kecoh. bukan radio level pun. bukan kritikal apa pun.. boss aku or mr adi ilek jerr kalo kena sign dulu before engineer sign. kalo level radio tu.. boleh gagah aarr.

aku bukan hangin sebab QA tu refer kat aku.. lagipun in that case aku tak tau pun yang linda cari aku semalam. aku hangin sebab mood kak siti, elok2 ok dah ko. effect tau performance dia nak close radio. tu yang aku hangin... aku jugak yang susah..

pagi ni, sepagi aku dok kat line. wat front panel. masih lagi lom stabil. banyak yang reject. hari ni tetiba angin boss aku bertiup kencang sikit sebabnya pasal QA la nih. barang2 yang masuk, tak wat IQC, terus pass kat production sebab kalo diorang nak check katanya check appearance jer... kalo production dah assemble, pastu reject, baru pas kat diorang... time ni dah terlambat nak refer pada supplier. jarang bos aku nak mengungkit or nak naik hangin. biasa dia everytime cool. kalo mende2 kecik cam tu nak bising2 yang kite at production ni boleh tolak ansur wat inspection on behalf lagi. alasan diorang tak de tools dan 1001 alasan lagi. lagi pun skrg ni macam2 isu. paling baru back cover, yang dok ada front panel parts aarr.

siyesly.. aku tak tension. aku ok jer.. walau pun tinggal nyawa2 ikan jer.. ada lagi 11 hari untuk 145 radios. hanum pulak yang aku tengok tensi. siap suruh aku panggil meeting & nak meeting setiap pagi. tapi aku cool jerr.. aku pun tak tau naper aku tak gelabah.. aku cuma layan jerr masalah2 yang datang.. tanpa bertangguh. selesaikan satu persatu. kalo nak tension tension pun bukan boleh selesaikan masalah. lagi bermasalah ada la... so, cool. take a deep breath. walau banyak AR kena keluar aku keluar kan.. walau pun isu keypad & tactile membrane aku bg tau jas.. dia hanya bagi solution cam nih ... 'hehehhehe (jas gelak), dah agak dah' tu jerr.. boss aku tanya aku, apa kata jas, then aku pun wat arr gaya jas kat depan bos aku.. hehehhe.. aci tak? tapi esok hazrul panggil SAP datang kul 3 setelah aku kuarkan AR.

kalo aku tension2 pun tak leh gak.. anak2 buah aku tu.. aku nampak bertungkus lumus wat keje.. tak main2 pun. gelak2 pun tak. aku jerr yang dok suke wat lawak dengan diorang bagi diorang tak stress. aku tak mo diorang preasure. nanti lagi payah.. kalo diorang sakit, aku gak yang susah nanti. so, just bagi tahu skrang ni dah kritikal then nak kena tumpukan betul2 assemble. kalo ada masalah keje ke apa ke.. bagi tahu aku cepat2. kalo aku kena preasure dengan hanum or mr adi pasal output, tu.. aku tanggung sendiri la.. bukan sengaja.. dah nak masalah.. nak wat lagu mana.. kan kan kan. part tu bukan dari ste. internal nyer problem semua solve. yang external ni.. kena cari solution... pi audit supplier or disqualified supplier tu. tapi barang2 tak leh reject cenggitu.. kalo reject, nak assemble apa. cuma untuk next batch kena cari solution lain. sekarang ni dah M2 ada lagi M3 & M4.

petang tadi aku dengan bangganya request pada mr adi nak senarai supplier contraves. aku suruh mr adi mintak kat ng. pada hal aku pun leh minta sendiri kat ng. tap kalo mr adi minta, power sket. hehehhe.. ni pasal electronic component yang fail. board level banyak masalah. esok2 next batch diaorang guna component yang sama nanti problem yang sama.

petang ni.. tak tau berapa kali aku dok ulang lagu ni.. sejak kul 6.30 tadi.. kalo lagu ni 5 minit .. err.. kira arr sendiri dah berapa puluh kali lagu ni berulang.. hihihi.. you belong to me.


Lyrics - You Belong With Me - Taylor Swift
You're on the phone with your girlfriend, She's upset
She's going off about something that you said
She doesnt get your humour like I do

I'm in the room, its a typical Tuesday night
I'm listening to the kind of music she doesnt like
And she'll never know your story like I do

But she wears short skirts, I wear t-shirts
She's cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming bout the day when you wake up and find
That what you're lookin for has been here the whole time

If you could see that I'm the one who understands you
Been here all along so why can't you see?
You belong with me
You belong with me

Walkin the streets with you in your worn out jeans
I cant help thinking this is how it ought to be
Laughing on the park bench thinkin to myself
Hey isnt this easy?

And you've got a smile that could light up this whole town
I havent seen it in awhile, since she brought you down
You say you find I know you better than that
Hey, Whatcha doing with a girl like that?

She wears high heels, I wear sneakers
She's cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming bout the day when you wake up and find
That what you're looking for has been here the whole time

If you could see that I'm the one who understands you
Been here all along so why can't you see?
You belong with me

Standin by, waiting at your back door
All this time how could you not know that?
You belong with me
You belong with me

Oh I remember you driving to my house in the middle of the night
I'm the one who makes you laugh when you know you're about to cry
I know your favorite songs and you tell me about your dreams
I think I know where you belong. I think I know it's with me.

Can't you see that I'm the one who understands you?
Been here all along so why can't you see?
You belong with me

Standing by or waiting at your back door
All this time how could you not know that
You belong with me
You belong with me

Have you ever thought just maybe
You belong with me
You belong with me










....from kekwa22 with love....