16 December 2010

hari pasang2

Hari ni.. tak le masa nak malas2 cam biasa. Dah le sejuk pagi2. Di tambah plak dengan demam selsema. Sejak malam tadi pun lom ilang.. ce mana la nak wat keje ngan kepala tak berapa betol nih. pukul 7am abg lim dah ajak g paso. Dia nak suruh aku masak untuk bfast pagi ni. Orang nak pasang khemah pg ni that why la. Sebgai tuan tanah kedaung, abang lim start cuti on selasa. Awal tu dia cuti.. cam pengantin plak.

Memang potong stim betoi aku nak melingko dalam simut lama2. Pesal la demam tak baik2 nih. dgn penin2 lalat tu.. terus jerr join abg lim gi paso. Balik dari soping, apa lagi.. masak la...

Ni dia.. mee goreng kawah namanya... Aku masak 5 bungkus sekaligus.
hasilnya.. tinggal kawah jerr... licin..

Ni, aktiviti pemasangan
Mujur jalan tepi umah ni bleh conqer. Ada banyak space la nak wat khemah untuk orang makan dan basuh pinggan serta masak2. Mujur la adik2 aku dua orang ni.. mesra alam ngan orang kampung. Kalo dibuatnya diaorang ni jenis dok umah n tak bercampur gaul dgn orang kg.. bila time2 cam ni memang sangat2 susah. Plak tu tak de sedara. Syukur diorang mesra alam kampung. Aku tengok abang lim.. kehulu ke hilir.. bz betol. Adik hanya cuti on jumaat.

ni, nak wat khemah untuk makan2
ni plak wat balai untuk masak2.

jiran tetangga yang tolong2 packing
banner achik yang siap di gantung.

ni aktiviti memasang untuk santapan raja seharini, barang2 untuk nak wat singgahsana raja sehariaku ngan achik siapkan bilik & hantaran achik
malam.. aktiviti berinai. aku join 3 jari jerr..tapi sebelum tu, aku wat muffin orange. Achik nak. Kalo ikut hati mmg tak larat dah.. pah plak minta aku wat apam ayu n roti. Dia nak roti yang macam hari tu. bz2 macam ni, memang la tak leh nak wat roti kelam kabut jerr.. len la kalo ada BM. setel sumer..



....from kekwa22 with love....

15 December 2010

jom pelok

hari ni.. aku bertolak dari au2 dah lewat. Sebabnya banyak urusan2 yang harus di laksanakan. Rasanya lebih kurang 1.30pm baru aku gerak gie cheras gie amik armand iskandar. Hari ni, aku balik berdua ngan armand. Kira 1st time ni.. jalan jauh ngan armand.

Masa amik armand, dia baru bangun tido. Mamai2 le sikit. Tapi dia tak meragam. Memang gud boy. Tapi sejak tanjung malim dia merengek nak pelok. Bergayut kat leher sambil lentokkan kepala kat bahu. ‘man nak pelok mama’ pujuk2 nyer pujuk.. aku berhenti kat ladang bikam. Wat sessi pelok2..

Alahai.. saaaayanggg anak mama

Lepas sessi pelok2.. aku teruskan perjalanan. Tapi si armand merengek suruh berhenti kat tepi sebab dia nak pelok lagi.. hehhe wat kelako.. mujur berjaya aku pujuk dia sampai ke ipoh.

Hujan lebat giler kat ipoh. Wat rugi jerr aku basuh kete pukul 12pm tadi.. memang la.. tak berbaloi langsung. Punya le lebat. Aku plak ingat2 lupa nak gie umah pah armand. Hantam sajalah.. mujur betoi. Kalo tak, sure kena guna talian hayat. Lepas sesi pelok2 ngan armand n makan2 aku teruskan perjalanan. 6pm lebih baru sampai umah mak.

Perrgghh umah mak.. banyak betoi barang2. Tah apa2.. maklom la 1st time kenduri besar selepas 10 tahun yang lepas. fenin betoi.. nak kemas pun tak berbaloi sebab barang2 tu nak guna. Tetiba rasa umah mak ni kecik. Kalo tak, wat 1 court badminton pun lepas.

Zaman pun dah berubah. Banyak mende2 nak kena wat yang zaman dolu2 tak perlu.. sape kata kenduri kat kampung kurang belanja.. sama jerr kat bandar. sebab trendnya sama saje.Semuanya perlukan rm. Kalo tak.. sumer tak menjadi.

Aarrgghh letihnya... jom tido.. alahai... teringat kat orang tu la pulakkkkkk


....from kekwa22 with love....

14 December 2010

best nyer nak balik kampung

malam tadi aku tido dalam 12.30am kot.. selsema again.. bila la nak baik. aku terlena sambil msg2 ngan kak ngah. then aku terjaga pkul 1.45am sebab aku mimpi. dah la lama tak berada di alam mimpi.. then mimpi plak sungguh2 tak best. apa lagi.. blues aaarr pepagi buta. menci betul... aaarrgghhh.. tak suke! tak suke! tak suke!. pada hal baru jerr tido.

hari ni.. pepagi lagi aku dah gie pej pos. misi utama adalah bayo saman... mujur tak ramai orang kat pej pos melawati. tak pasal2 terbang 300 henget. mujur gak diskaun 50%. kalo tak lagi banyak.. huhuhuhu. tak perr la.. berani buat berani tanggung.. tapi.. timing ni jerr yang tak berapa okeh.

lately ni.. duit kuar macam ayor jerr...
sape2 yang lom bayo saman.. esok hari last untuk dapat diskaun 50%. pi la bayo sebelum terlambat..

tengah hari ni.. aku wat farewell lunch untuk my anak2 buah kat madam lim. lepas ni.. sorang2 akan pergi.. sedih weeiii

ni our lunchni, aku nyer ayoranak2 buah aku untuk cable line & linda dari radio line n termasuk keri.

yang ni jerr yang ada.. yang len2 tak dapat join.

alahai aku lupa la plak nak nak pi cari hadiah achik. hari ni baru teringat.. banyak sangat hal2 sampai terlupa.. aarrr nak beli apa yer... untuk achik.. maka lepas maghrib, aku pun berangkat le gie cari hadiah untuk achik.

mula2 nak gie jj wangsa maju.. bila dah sampai depan jj.. rasa macam nak g k4 plak.. so, aku turn aarr plak ke k4. ramai gak orang kat k4 malam.. then tah ce mana aku jumpe fairuz. perrgghh lama gile tak jumpe dia. last sekali aku jumpe dia, masa aku form 4 dan dia form 5.

dulu masa skolah2 dulu.. aku suke dia becoz muka dia iras yusri kru. time tu kru tengah top gitu... kg dia.. depan kg aku. so, mmg selalu le jumpe kat kg kalo round2 petang2. lama gak aku borak ngan dia.. aku suke ayat dia masa kenalkan aku kat staff dia. 'kawan sekolah dulu merangkap girlfren tak jadi' memang betul ayat dia.. tepat sekali. baru jerr nak close, dia dah abis skolah. then surat le sebagai pengganti. time tu mana ada tenat.. email tak de.. fesbuk pun tak de. lg pun masa tu aku nak SPM dah. bukan bermakna bercinta.. tapi dah dekat2 la.. kearah tu... wakakkaka.. mmg poyo..macam2 citer ada. so sweeet...tak sangka bleh jumpe malam nih..

lepas borak2 baru cari hadiah achik. fenin gak nak beli apa.. last2 aku call dia, tanya dia nak apa. hambik kau.. setel masalah. hasilnya aku beli apa yang dia nak.. then boleh dia kata .. tak suprise la kalo gitu.. nak suprise apa nya.. dah sah2 aku tanya dia nak apa.. tah apa2.. kalo nak suprise.. tak yah cakap or tanya nak beli apa.. terus jerr bagi.. adoii.. dia ni dah salah konsep suprise. tapi aku balut gak la elok2.. comei2... biar jd 'suprise'

sebenarnya, bajet malam ni lepas balik keje.. nak dok umah jerr.. just nak tunggu enche affa datang hantar gambo yang dah siap di'frame'kan. tengkiu yerr enche affa becoz of tolong g anto kedai gambo2 tu. tapi ni... tak tau dia nak datang bila. sebabnya dia ada majlis kat Renaissance Kuala Lumpur Hotel. sempena anugerah tah apa tah.. sumernya berkaitan ngan bank. sambil2 tunggu dia... tu aku borak ngan kak norma.

esok pg, lepas settle semua beli barang2, aku g amik armand, terus jerr balik kampung. lepas aku hantar armand kat ipoh, aku terus balik umah mak.. kalo aku bawak balik budak kecik tu.. maka susah aarr nak jadi pengarah program. sebab sejak dua menjak ni.. dia nak melekat jer.. jadi belangkas ngan mama dia. nanti satu keje pun tak jadi. enche affa.. plak, dok umah sensorang.. kesiannnnn... pesanan penaja : jangan nak merayap jer.. study. final exam dah dekat sgt2..

bila memikirkan yang esok enche affa nak naik gondola dari atas bumbung Menara Weld, aku jadi ngeri... dah la aku spesis gayat.. aarrgghh tak leh imagine dah la tinggi.. plus lens berat2 lagi... take care taw.. jangan teruja sangat...

jom jom tido.. esok nak balik kg.. best2.. balik kampung sempena majlis achik.. dia nyer slogan : Suzana + Amirol : kami nak kawen.. poyo betul slogan kat fesbuk



....from kekwa22 with love....

13 December 2010

hangin...

pagi2 buta mr adi memberi perkhabaran yang tak best. sangat2 tak best. tatau nk cakap apa...

aku memang hanginnnnnnnnnnn dengan my henpon. tahap hangin aku dah sampai maximum dah. rasa macam dah tak leh sabo dah.. sangat2 menyakitkan hati. kalo kat opis jerr dia wat hal. skrin jadi belang2.. n tak leh nak wat apa.. kejap2 kena off kejap2 kena off. henpon lock pun belang2. masuk masg pun belang2 n orang kol pun belang2. sampai tatau sape yang kol. kalo nak kasi ok.. kena off. kalo kat opis tu.. memang le henpon aku selalu off. tensi weeeiii tensi..

masalahnya henpon ni wat hal masa kat opis jerr.. aku rasa sebab henpon ni tak leh dok dalam tempat yang ada aircond. maka hasilnya.. belang2 n tak nampak apa. kat umah sebab tak ada aircond, mmg tak jadi belang2. aku rasa macam nak wat burn in test jerr.. masuk dalam chamber dgn suhu 15*C then sambung 60*C selama 2 jam. then ce mana hasilnya.. belang2 lagi teruk ke lagi hancus..

kalo kat umah, ok jer.. tak pernah jadi. kalo aku nak g repair pun.. nak cakap apa kat org yang nak g repair pun aku tataw. kalo aku bagi tahu.. sure kena gelak nyer.. apa magic ke?. sebenarnya kat opis ni, wan n linda guna model yang sama pun.. bermasalah macam aku jugak. mmg tensi. dulu2 ok.. lately ni plak wat pasai.. mmg nak kena nih.. kena tuko baru.

semalam masa jenjalan kat midvelly, aku belek2 la henpon yang dah jadi senarai pendek untuk aku miliki... memang best. becoz of ringan. dalam dok belek2 tu.. si armand cakap 'mama kan dah ada henpon, tak payah lah beli' hahahha.... kena sound ngan anak umur 2 tahun. terus terbantut. enche affa cakap 'dengar tu anak cakap' hish.. tak menyokong langsung niat suci murni nak ada henpon baru. baru jerr berangan.. tak pe tak per.. nanti kalo armand cakap nak toy baru ngan mama.. ayat yang sama akan keudara.. 'armand kan dah ada toy' misi membalas dendam.. tunguuuuuuuuuu...

petang balik keje gie jj. aku memang dah plan sejak pagi2 lagi nak gie. nak booking tempat . that why le.. kena gie. then petang jerr enche affa bagi tahu dia nak g jj... maka.. together2 la g jj. tak de la ramai orang kat jj tu.. mungkin sebab tengah bulan

paper untuk cup muffin lom ada lagi.. masa dah dekat sangat nih... tinggal esok jerr lagi... kat bagus tu.. tak de size cup yang nak tu.. yang ada kecik sangat n beso sangat. kena g cari tempat len. that why la berchenta... barang2 nak bawa balik kg, lom pack lagi.. banyak plak tu.. proton belum kol lg nk pasang baru yg patah tu.. tensi tensi... aarrggghhhh...

malam ni selsema again... mencik betoi... terbantut nak sembat baju... tak leh handle.. dia nyer penin.. tak hengattttt... aarrgghhh...jom sleep


....from kekwa22 with love....