29 June 2014

Salam 1 Ramadhan 1435

Assalamualaikum


Alhamdulillah bulan yang di nanti2 tiba jua. Alhamdulillah dengan nikmat usia yang Allah SWT kurniakan. Ramadhan yang di rindui kini menjelma. Ramadhan kali ni, Insya Allah akan menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sesebelum.

Banyak plan telah di susun untuk mengisi keindahan Ramadhan. Semoga apa yang di rancangkan akan dapat di laksanakan dengan sempurna. Insya Allah. Kami merancang kepada Allah kami serahkan agar kami dapat melaksanakan.

Menjelang ramadhan. rindu itu datang. rindu yang mengasak jiwa. rindu yang tiada kesudahan. Malah rindu itu semakin mengasak jiwa. Ya Allah permudahkanlah. Jemputlah kami Ya Allah. Murahkanlah rezeki. Mudahkanlah perjalanan jemputlah kami lagi dan lagi. Kami merindui saat2 di sana.. Sangat rindu....

 Selamat menjalani ibadah di dalam bulan yang mulia ini. Semoga segala perjalanan amalan kita akan di permudahkan dan di berkati.

Mohon maaf atas segala salah dan silap. Selamat menjalani ibadah puasa
















 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

14 May 2014

terlupa atau lupa

sekian kali.. arakian alkisah, maka tersebutlah hikayat sang purba.. bila mana aku merapu tah apa2..

setiap orang di kurniakan pelbagai anugerah istimewa yang harus di syukuri sama ada sedar atau pun tidak. ianya adalah hadiah daripada Allah swt untuk hambanya.. bersyukurlah sekiranya kita sedar yang itu adalah anugerah daripada Allah. semoga sesiapa yang belum sedar, usahlah ber'nasib baik' itu dan ber'nasib baik' ini. kepelbagaian nasib baik boleh di cipta.. setiap apa yang berlaku pada kita semuanya di bawah kekuasaan Allah swt.

arakian alkisah bahawa manusia itu terlupa adab2 komunikasi, bersopan santun dan menghormati dalam perhubungan antara sesama makhluk. terlupa atau sengaja melupakan adalah sesuatu yang berbeza. sengaja dalam konteks menunjukkan kehebatan or kekuasaan ataupun veto.. or paling mudah ingin menunjukkan keegoan. mungkin kerana ingin menunjukkan hebatnya..

sebenarnya terasa kesian sangat2 sebab terpaksa menipu diri sendiri. kesian betul. tak sedarkah? bukankah insan yang hebat itu sanggup mengakui kelemahan diri sendiri? mungkin tak cukup hebat atau kurang hebat. mana paling ramai pengikut, jari yang menunding ataupun jari yang tidak menunding?

mungkin kurangnya pendedahan tentang adab sopan sesama manusia. mungkin tidak di ajar. mungkin di ajar, tetapi terlupa. terlupakah tentang komunikasi berkesan yang telah di pelajari bertahun tahun. terlupa atau lupa.

belajarlah menghormati antara sesama insan dan berbudi bahasa. tak rugi tapi ianya menaikkan martabat diri sendiri dan lebih di hormati.

mudah2an Allah tidak menarik nikmat 'ingatan' pada kita semua.


 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

05 May 2014

Satu permulaan

aku nak menulis.. menulis macam dulu2 tapi kenapa yerr jadi kekok segala. apa yang nak di tulis pun aku tak tahu.. macam mana nak mula.. segalanya.

kenapa ya.. jadi macam nih.. eemm may be sebab lama ku tak menulis. then tetiba aku pun tak tahu macam mana kekwa tetiba dah jadi putri nurksih. waahhh sangat pelik. hairan betul. tapi aku plak tak tahu macam mana nak tukar.. puas godek2 maka.. lantak la.. nak buat macam mana.. dah tak reti nak tukar. apa ada pada nama.. kan kan kan.. hakikatnya orang yang sama. biarlah confuse sekejap.

ada banyak perkara yang aku nak cerita.. tapi macam mana nak mulakan.. errmm aku masih lagi mencari2 kekuatan untuk menulis.. berbicara.. tentang travelog kehidupan.. satu persatu tentang perjalanan menuju keredhaan Ilahi. semoga segala usaha ku di berkati dan di redhai Allah swt.


.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

30 April 2014

Water Dispenser dan tolong menolong

Suatu pagi.. biasanya pagi dan sebelum waktu bekerja tamat, botol2 air hampir kosong atau pun hampir kosong. minta di isi..

Rutinnya biasa seperti sesebelumnya, pertolongan di minta. mana mampu kudrat seorang wanita untuk mengangkat sebotol air.

 Jawapan di terima, sangat menghampakan. Panjaaaaaaang omelan dan bebelan yang di terima. errmm aku akur dengan statment.

 Tunggu dan terus menunggu jika ada insan yang ingin berbakti. Alhamdulillah selepas sepuluh minit.. semuanya seperti sediakala. ramai yang memenuhi cawan, mug & tumbler masing2 sebagai bekalan ketika dahaga semasa menjalankan tugas. Alhamdulillah.

Tolong menolong. bukankah itu satu perbuatan yang baik? Bukankah perbuatan yang baik itu akan di kenang orang? Bukankah perbuatan baik itu akan di kurniakan ganjaran oleh Allah swt. Mudah bukan untuk mendapat ganjaran? tetapi kenapa di persiakan?


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلَا الْهَدْيَ وَلَا الْقَلَائِدَ وَلَا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَانًا ۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi´ar-syi´ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keridhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. 
 - surah Al-Mâ´idah ayat 2



 ....from kekwa22 with love.... “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”