17 December 2008

umah baru


lamanya tak jengok blog ni... tak sempat la... bz sangat2... hari ada sedikit kesempatan..

pagi tadi aku g penang jumpe supplier... petang tu singgah umah mak.. tengok umah ayah dah kena runtuh.. huhuhu... hopefully bajet yang ada tu.. cukup.dalam kul 6 tu balik kl semula..

penat tu.. tok sah nak cakap la.. memang penat sangat2.. tahap dewa tu...



....from kekwa22 with love....

27 November 2008

VVIP Visit

hari ni adalah hari yang di nantikan oleh semua orang kat opis. banyak duit telah digunakan semata2 utk visit ni.. tenaga kerja jangan cakap la... memang semua department struggle wat persiap. duit pulak usah cakap la.. abis berjuta2 RM dah.

tapi walau pun aku letih wat persiapan sensorang.. maksud aku aku la engineer yang ke hulu ke hilir wat arragement.. mujur la ada yang membantu dan tak berkira sangat nak tolong aku. tapi paling ramai hanya tolong tengok jerr... tu yang wat aku sakit ati sangat2.

vise presiden bagi pujian yang bermakna kat team aku.. wahh en adi suke gilerr.. sengih jerr memanjang..aku pun suke gak... at least apa yang aku wat berbaloi

aku rasa petang tadi masa aku ada dalam group VIP, ada yang tak puas ati.. hehheh nampak dari air muka. aku pun tak ingin tapi dah en adi yang suruh aku beria2, so aku pun ikut jerr la. ni la first time datuk datang opis.

dalam ramai2 tu aku memang berkenan pada seseorang.. bukannya berkenan apa, tapi aku suka dengan keterampilan dan berkarisma dia hehheh poyo jerr aku nih. tak do kojo lerr tu.. aida ngan kak aya siap bagi sokongan penuh lagi.. dia orang pun poyo gak cam aku nih... tapi memang suke dengan watak dia.. cool jerr... hehhe tu la ikut lagi VIP. dia pun nampak steady.. jerr.. sempat la berbual dengan dia.... sweet jerr.. eehh orang laki pun sweet ker?.. ala.. sweet cam orang laki la.. bukan sweet cam orang pompuan. dengan specs dia.. tu.. lagi la handsome. hahhahha

dulu kan masa sekolah2 aku suke ngan sorang budak lak nih.. cara dia, gaya dia. penuh berhemah. cool. selalunya berbalas senyuman jerr... kat skolah. mmenag la tak rapat sangat sebab sekolah lain2. tapi yang peliknya bila jumpa kat parit buntar, boleh pulak bertegur sapa dan bercerita tah apa2. cam dah kenal bertahun... aku bagi gelaran dia superman. sebabnya ada la iras2 muka superman. dengan specs dia. tapi bila aku masuk UTM, dia pulak matrik UM, trus jerr tak contact lagi... cuma hari ni jerr tetiba teringatkan dia.

tapi mustahil diaorang ni orang yang sama. superman tak de la setinggi mamat tadi
hehehheh
....from kekwa22 with love....

20 November 2008

penat tahap gaban

hari ni letih sangat2 semalam tido dekat kul 2.30am.. hari ni wat keje tak berhenti langsung. tahap dewa.. malam ni target nak wat assigmnt sampai habis
esok nak pos. hope tak ngantok la. kalo tak hancus... hehehhe

bengang betul aku kat opis tadi.. arrrggrrhhh tension betul



....from kekwa22 with love....

19 November 2008

hari yang tension

aku tak tau kenapa errkk rasa bz sangat2 hidup aku.. rasa macam 24 jam tu tak cukup jerrr...

alhamdulillah syukur aku dapat bali guna email aku.. password dah dapat semula.. amin..

aku tak tau pesal apa aku rasa bengang.. rasa nak marah then rasa sedih... tapi aku sendiri tak tau sebab apa aku rasa cam tu... tah la.. biasa la mulut orang bukan boleh tutup2.

memang la boleh kata biar la apa orang nak kata.. tapi..hati pun rasa sakit gak...bila orang dok mengata. tah la biar la... tak tau apa nak wat.. makin pk, makin sakit kepala..

....from kekwa22 with love....

16 November 2008

TEnsion betulll

perrggghh rasa lama gila tak jengok blog ni... bz tahap gaban... ari ni habis la exam ekonomi. ada lagi 1 subjek. instrument. tapi yang tu tak tau bila nak diadakan.

tapi kena gak wat report untuk PSM. tapi malam ni tak mo buke buku pun.. tak nak pk.. just nak ilek2 jerr kat umahh

aaarrgghh bengang betul ce mana tah tak ingat password email. yahoo .nyer account.. tension betul... dah la tak ada idea langsung nak retrive password semula.. aarrggghhh.. tak tau nak wat apa..


....from kekwa22 with love....

07 November 2008

Anugerah Kejayaan

Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho


lagu ni kan mengandungi 1000 makna padaku

....from kekwa22 with love....

06 November 2008

Keistimewaan wanita....

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


....from kekwa22 with love....

Muslim Woman



....from kekwa22 with love....

kekuatan wanita

Wanita yang gagah adalah..

1. Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
3. Wanita yang tabah menanggung kerinduan selepas kehilangan

....from kekwa22 with love....

02 November 2008

Ada untukmu

wat masa sekarang ni, aku minat sangat2 dengan lagu ni.. tak tau kenapa.. ada untukmu.. tapi untuk siapa eerrkk.. hehehh tah la.. mungkin ada dan mungkin tak ada... mungkin lirik best kot.. atau melodinya best.


Ada Untuk Mu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Saying dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

....from kekwa22 with love....

31 October 2008

Study jangan tak study..

Aku baru bangun nih... mata pun blink-blink lagi.. banyak lagi yang nak aku buat dan aku nak taip. penat? hehee soklan ni jangan tanya sebab silap hari bulan ada orang naik angin... wehh sapa yang tak penat tido tak menentu.. keje banyak kat opis.. hari ni kena meeting pasal work centre pulak... tapi tak tau pukul berapa.. hopefully lepas lunch jerr la.. ok la sikit.

masa abu bangun tadi tetiba aku dengar lagu ni... Rendang tan berbuah-Hattan

Sunyi tenggelam
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan mati
Di sisiku

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merendang semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya meneduhkan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya oo
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam
Air mata

Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan
Selamanya

Berikanlah pengertian
Waktu ku di hujung jalan
Berbicara bahasa Tuhan
Yang menoroh penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk disambut
Biarpun tak bersungguh
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu

Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam
Air mata

Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan
Selamanya woohoo

Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

mengingatkan lagi lagu nostalgia masa tahun 96. masa tu aku baru tahun 2 kat UTM sessi Julai. time lagu ni popular, memang sibuk dengan final exam. memang lagu ni sangat bermakna.terseksa ooo jiwa raga time nak final exam... bila part..
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam
Air mata

hehheeh.. sebenarnya nak belajar ni merupakan satu perjuangan yang bukan yang sedikit memerlukan pengorbanan... hanya orang2 yang melaluinya sahaja akan mengetahui.. tak gitu?


....from kekwa22 with love....

30 October 2008

cerita dini hari

time aku tulis ni dah dekat pukul 4.30am pun.. mata cerah lagi.. tapi badan dah penat. masa pukul 8 lebih tadi, cadangnya nak gi main badminton.. tapi bile lepak jerr kat atas katil, terus jerr lelap. kul 11 lebih baru bangun semula. pastu bermalas2 sampai la kul 12.. then baru la buat keje sekolah..

hari ni KK tegur aku naper aku bz sangat.. memang banyak pun nak kena wat.. sangat2. tah la.. tetiba jerr terbeban kat kepala aku sensorang. cam tak de engineer lain plak. padahal termasuk aku ada 3 orng engineer. tah la..banyak yang aku nak jaga. perkara yang sepatutnya lagi.. dan macam2 tah apa2.. tak pe la.. as long as aku ikhlas nak wat sesemua tu.. its ok la.. tapi kekadang rasa tak puas ati.. tu kira ikhlas terbatal ker? hehheh tah aku pun tak tau. tapi semuanya memenatkan..

Next week kalo kena gie Penang teruk la aku.. dah la nak exam lagi... tah la.. kalo bleh di adjust, ok la jugak.. tengok la dulu ce mana..

mata pun dah ngantok ni.. len kali sambung... daaa

....from kekwa22 with love....

28 October 2008

Cinta Ini Membunuhku

Cinta Ini Membunuhku -by D'MASSIVE

kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diriku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku

....from kekwa22 with love....

26 October 2008

Majlis Perkahwinan

Mulanya aku menag malas nak gi majlis perkahwinan butter... tapi selepas dapat masej banyak kali suruh gi... aku pun gi jugak la... tak de la jauh sangat dari umah aku.. dekat AU5 jerr.. ada la 10minit dari umah aku..

tu termasuk la aku juge.. hahahaha tak pernah aku join diaorang... kereta pengantin pun naik persona nak.. dia paling awal la.. then masuk dalam dewan, semua group persona ni... rupanya parking khas dah di sediakan.. apa lagi masing2 beratur la masuk parking... bersusun jerrr persona kat situ...

orang lain semua pandang jerr cam acara apa jerr.. paling best pengantin tu, tunggu semua persona dapat parking, baru la..kompang berbunyi dan kami semua mengiringi pengantin.. belah penhgantin yang

hehhehe memang poyo... hehhehe. bukan nya sedara mara mengiringi, tapi group persona.. lepas dah makan2 sessi bergambar pulak..

macam2 karenah.. hehheh belah petang tu.. lepas balik dari kenduri tu, diorang ajak gi open house umah ell, budak persona gak la... tapi aku malas nak gi.. aku nak pi tinted kete, then nak gi beli air.. pastu nak gi beli air minuman kat setiawangsa...

lama dah tak joging..
lepas tu terus gi jusco.. sebab dah lapo tahap gaban...



Tapi petang tu dalam pukul 6.00 aku dan 2 orang kawan aku gi jogging kat tasih titiwangsa... tak de la lama sangat.. sebab stamina tak de... dah

gie jusco dengan busuk2 bau peluh... hehheheh nasib la...

masing2 lapo.. maklum la hari tu mkan tengah hari jerrr kat kenduri...makan la kat egg house kat jaya jusco... dalam kul 10 baru balik umah... penat. bila sampai umah plak... dok lepak godek2 PC kak Normah sampai la pukul 1 lebih... lepas tu baru la tido....

...from kekwa22 with love....

25 October 2008

pagi yang cerah

penatnya today..... pagi2 lagi dah rasa penat... banyak aktiviti... yang dah buat pagi ni..... pagi tadi bangun pukul 5.30am lagi.. hehheehe lepas jerr solat subuh, terus tido balik.. hahhaha tak bagus betul.. tapi nak wat ce mana dah mata tak leh nak celik... pulak tu sejuk untuk nak memulakan aktiviti yang melibatkan air.

pukul 7.30am terjaga sebab ada orang call. salah nombor plak tu... heehehe... cume kebetulannya orang yang dia cari tu sama nama ngan aku... tu yang aku pun terkejut gak sebab dia nak bagi tahu ada kematian.

kemas umah, basuh semua cadar.. sapu satu umah.. mop pulak lepas tu... tak de la penat sangat.. tapi bila dah basuh kete... memang lagi la penat. lama gilerr basuh kete.. bukannya apa pun cuma ada kotoran yang susah nak tanggal. puas tenyehh... payah betul nak hilang.
bila check balik kete.. rasa cam nak marah... bukan setakat rasa jerr.. tapi memang marah pun.. sarung kusyen kete terbakar skit sarung dia masa wat tinted.. dah la calar...
rasa cam nak saman jerr orang yang wat tu... bengang tahap dewa.. hari tu tak perasan lagi...

tetiba jerr aku dapat selsema... sejuk aarr ni... ce mana nak basuh bilik air ni... kipas aku yang berhabuk ni aku dah cuci bersih...

mata pun dah kuyu jerr ni.. tadi makan mee yang kak normah masak.. hehheh tak yah la aku wat sarapan.. tapi rasa cam nak makan lagi jerr tak cukup aarrr sarapan mee. bukan makan banyak pun.. rasa cam nak bakar roti jerr... tapi malas nak turun bawah... hehhe maknanya.. tak yah la... lupakan sesemua tu...

geng persona ajak gi kenduri.. tapi aku malas nak join.. tak kenal rapat lagi ngan diaorang.. may be aus ada la kot.. tah .. yang penting malas nak kuar ari ni.. nak duduk kat umah. cadang nak study.. petang ni kalo tak ujan rasa cam nak gi mantin.. tapi tengok la kalo rajin...kalo malas.. cam plan A jerr la.. dok umah diam2.



....from kekwa22 with love....

Luahan rasa

Huh… Entah mengapa tiba-tiba jiwaku bagai di pukul… Aku merintih sendirian.. Entah mengapa di suasana petang sebegini aku harus melawan kesakitan yang melanda jiwaku… Jika benar luka itu masih bersisa… Maka aku harus segera melenyapkan semua memori duka…. Sebak rasa dadaku menahan keperihatan sebegini…

Aku hanya mampu memandang, menanti dan menunggu sampai bila aku harus menerima semua ketentuan yang diperuntukkan buatku… Kadangkala aku rasa tidak adil untuk aku bernafas di bumi ini, namun segera aku menyedarkan diri aku sendiri, bahawa setiap kesakitan yang Allah sediakan untukku hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan aku.. Segera aku mengucap..

Ah… Tenang sekali melafaz dua kalimah syahadah..Terasa lapang dadaku….

Aku sendiri tidak tahu entah dimana aku harus mulakan, aku tidak tahu mengapa tiba-tiba hati ini di sentuh duka semalam… Aku sudah berupaya untuk melupakan semua kesakitan yang diberikan, namun dengan tiba-tiba, perasaan itu hadir kembali…

Bayangan semalam bagaikan memaksa aku merintih sendiri… Aku jadi rindu pada kenangan lama dan aku begitu sayu sekali bila mengenangkan sekeping hati yang telah di hancur lumatkan oleh sorang insan yang bergelar kekasih…

Sudah puas air mata ini mengalir di pipi… Sudah reda bengkak yang bernanah di hati ini, sudah surut dendamku, sudah puas aku memujuk diri… Namun mengapa tetiba bayangan semalam menghembat perasaanku hingga bergenang airmataku…. Ahh… ku sapu airmata yang hampir mengalir, aku tidak mahu ianya mengalir dipipi ini untuk kesekian kalinya… biarlah ku simpan airmataku ini untuk kegembiraan… Puas sudah ku meratapi sebuah nasib yang diperuntukan buatku…

Sehingga kehari ini aku masih lagi mampu untuk terus bersabar dengan setiap kelukaan demi kelukaan… Hati ini bagaikan sudah menjadi lali untuk kesakitan, kelukaan, penindasan, ketandusan!!! ah!! Sungguh… Sebenarnya aku tidak mampu lagi untuk meratapi sebuah lagi kelukaan… biarlah pengalaman lalu berlalu bagai angin…

Sungguh!! aku sudah tidak mampu lagi, aku sudah tidak kuat lagi untuk memikul bebanan duka.. Meyesal??? ah… langsung tidak terbetik di hatiku, kerana aku sendiri yang memutuskan jalan hidupku,. Untuk apa aku menyesal, kerana semuanya kehendak Tuhan… Cuma apa yang aku harapkan… moga ada sinar kebahagiaan buatku…..



....from kekwa22 with love....

CINTA


CINTA

Menapak jalan yang menjauh
Tentukan arah yang ku mahu
Tempatkan aku pada satu peristiwa
Yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu berlayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita
Akhirnya harus bahagia

Cinta biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagaimana pun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan
Dan yang ditinggalkan
Cinta ...

- Melly & Kris



....from kekwa22 with love....

24 October 2008

bengang aarrr

naper la.. sejak dua tiga hari ni aku tak leh update blog ni...
huh! geram betul... berkali2 post tapi error.. tension btul... wat penat jerr menaip.. panjang lebar.. last2 tak leh nak post... pastu kalo hari2 ada idea tak per la jugak... bengang aarrr...

....from kekwa22 with love....

21 October 2008

letih aarr

hari-hari yang meletihkan...nari ni keje kat opis.. ngantok tahap gaban. letih badan pun tak hilang lagi...

tadi gi depan opis nak beli air tapi rosak la pulak machine tu.. pergi cari kat setiawangsa mujur ada. beli la air 7 botol..pastu g pasar malam pulak.. wah2 makan banyak betul malam ni.... tak berhenti2 makan.. dah buke puasa tadi makan nasi... tah la.. hari ni memnag hari makan sedunia.. esok sambung puasa lagi..

malam tadi aku ternampak seseorang yang amat aku kenali... memang dah lama sangat2 tak nampak dia sejak selepas hari raya. tak tahu la dia nampak aku atau ke tak.. tapi kalau dia tengok nombor kete aku, sure dia tahu siapa pemiliknya.


....from kekwa22 with love....

20 October 2008

hari yang meletihkan

Salam..
lama tak jengok blog kat sini.. busy sangat2 sampai tak sempat2.. hari ni letih betul mengemas umah. wat new arrangement. memang sangat2 meletihkan. lesu sungguh.. macam buat keje berat sangat2.. tapi memang berat juge.. malam pulak badan dah panas.. rasa macam nak demam.. selsema dah confirm.. wawawa jangan la demam lagi.. nak study dulu... nak final exam.. lepas gi jb nanti tak per la demam...

semalam jumpa dr zarhamdy.. dia suruh wat lain tesis.. wawawawa kena study lain la pulak.. tapi tak tau la... ce mana. kena spend banyak masa nak study semula. nak cari bahan pun take time... walau apa pun aku try the best untuk buat report dan wat presentation. paper work pun lom siap lagi... tah la kelam kabut gak.. tapi takper la.. kena strugle habis-habisan ni... no time to enjoy.. hehehehe... balik keje dok umah jerr wat paperwork. tak perr lagi 2 semester jerr lagi...

tadi register matapelajaran untuk next sem... fuh best tu... ada kelas selang seminggu. wah boleh la balik kg selalu.. kalo tak.. jarang sekali dapat balik kg.... seronok betul.. tapi walau apa pun aku kena consentrate dengn final exam dulu... lepaskan subjek ni...


....from kekwa22 with love....

10 October 2008

today yang tah apa2

nak citer apa eerrkk today.... hari ni dok layan forum persona jerr.. tak kering gusi.. dengan lawak dioarang... hehheh tapi tak perr at least happy....

kat opis tadi tak de la bz sangat... cumanya ada keje sikit2 jerr tak de la bz sampai tahap gaban...
hari ni jumpe supplier nak wat radio nyer exibition.. ok la.. not bad...

....from kekwa22 with love....

09 October 2008

Kampung mak



bila dah dekat KL.. teringin rasa nak balik kg.. bestnya duduk kat kampung...
tapi bila kat kampung... hati dok teringat kat KL.. bukan ada apa pun kat KL ni....
tapi tah la.... may be kat kg tak ada apa kot nak buat.. lagi pun dah lama dok KL..


....from kekwa22 with love....

08 October 2008

my fovorite


aku tak tau apa bestnya jagung.. tapi aku memang suke makan jagung... dulu.. kini dan selamanya suke makan jagung.... tak de la sedap sangat.. tapi memang pantang jumpa jagung...



....from kekwa22 with love....

faiz kat spital


sempat aku, aida dan gee g melawat faiz masa dia masuk spital kat HUKM...

belakang tu Suhaizal dan Firdaus.. tak sangka betul faiz bleh sakit serta merta... sebabnya... kurang 18 jam dr dia masuk wad ni... aku ada jumpa dia.. siap makan2 lagi... tu la... sakit ni kalo datang tetiba jerrr






....from kekwa22 with love....

Raya oh raya


mmmm aidilfitri pun dah berlalu... tapi kemeriahannya masih lagi terasa... tapi aku tak rasa apa2 pun.. biasa jer... yang bestnya cuma dapat balik kg lama2... tu yang best..

lagu raya pun aku tak suke dengar.. dalam kete aku always pasang cd then my brother said... ' along, please la turn on your radio... nak dengar lagu raya la...' then baru la aku pasang radia.. takmo aarr dengar lagu raya.. nanti aku akan feeling.. bila dah feeling ni... payah plak jadinya... takut aku sedih jerr...

petang raya pertama aku balik umah opah.. dan uzur sangat opah aku tu... jumpa ngan pak ngah.. dia pun nampak tua sesangat padahal dulu masa dok KL tak de la kurus sampai cam tu.... kerja teruk....

pak cu dah ada kat umah opah.. tahun ni dia memnag beraya kat kg.. apa lagi.. seronok la opah bila anak bongsu dia balik kg... mak cu pun dah ok skrang... irfan pun dah besar... tak de la nangis jerr cam dulu2 tu... ala.. setahun sekali jerr jumpa irfan tu.. memang la...

balik umah mak semula hari jumaat.. balik KL hari senin... tak de la jalan jammed. tapi hujan lebat sepanjang jalan....




....from kekwa22 with love....

23 September 2008

teman lama..

dua hari ni aku tak de mood langsung.. tak tahu kenapa.. rasa blur sangat2. semuanya serba tak kena. tak tahu kenapa...

semalam aku keluar dgn someone.. lets imagine, lepas habis diploma sampai semalam baru jumpa dengan dia.. ada la dalam 8 tahun kot... lama betul. entah ce mana tak.. boleh plan kuar jumpe dia lepas berbuke.. banyak yang kami borak sampai kul 12 lebih.. dia terkejut sangat2 bila dengar kisah aku..

banyak perubahan pada dia. makin handsome. bagus la.. dia pun tengah amik master.. bestnya.. aku jerr yang degree pun tak habis lagi... tapi tak per at least ada gak usaha aku untuk amik degree. tapi aku musyskil betul dengan status dia.. berteka teki. tapi misteri.. hehehe tak per lama2 nanti tahu jugak la..

....from kekwa22 with love....

20 September 2008

mimpi itu...

pagi tadi aku bermimpi. aku tak pernah bermimpi sedemikian rupa.. itulah pertama kali aku bermimpi. pelik sangat2.

memang aku bangun sahur pukul 5.00am. pastu aku tido semula dan bermimpi. pukul 6.10am aku terbangun disebabkan oleh mimpi tu.. persoalannya kenapa aku mimpi dia..mimpi tu mengganggu emosi aku .. kenapa eerrkk

dia meninngal dunia di pangkuan aku.. kenapa eerrkk adakah dia sakit...tah la....


....from kekwa22 with love....

buke puasa



semalam aku berbuke kat holiday villa subang jaya.. mm ok gak la.. nak g tu sesat2 gak. tapi its ok la.. tak de la sampai lewat..

makanan memang best.. cuma aku jerr yang tak larat nak makan.. makan seafood jer.. memang dah lama nak makan seafood, tapi tak sempat jerr nak g makan.. so.. aku just amik seafood dan my fovorite cake. cheese cake. chocolate cake tak de la pulak.. tapi dont mind. first time makan oyster... heheheh.. cam geli2 jer.. hahhaha. dah la tak masak langsung.. tapi not bad la.. cuma satu jerr yang kurang dalam oyster tu... tak de mutiara.. hahhahahaha.. poyo..

first time juge makan smoke salmon. fuh, masin gak.. tapi best. sedap. ketam pulak masak lemak.. fuh.. mujur tak pedas.. dah la aku memang mengidam nak makan ketam masa bulan puasa ni... tak dapat yang fresh.

en zul pun, lebih kurang jerr.. tak de la ada gap cam manager plak. tapi en zul pun memng poyo.. bila dia citer dia g makan seafood kat korea, kitaorang bantai gelakkan dia... hhahahahah

dalam pukul 9 dah balik dah... hehhehe mana larat dah nak makan..



....from kekwa22 with love....

06 September 2008

Kenangan itu....

Simpanlah ianya sebagai kenangan kamu……
Hati yang pernah diberikan untuknya dulu
Janganlah kau mahukan kembali
Walaupun dia tidak pernah menghargainya
Walaupun dia terlupa untuk kembalikannya,
Usahlah ianya dikenang lagi
Bersyukurlah kerna masih ada lagi yang tinggal
Hati untuk kamu simpan dan jaga sebaiknya
Yang berlalu biarkan berlalu
Simpan saja kisah itu,
Jangn sesekali diluahkan lagi
Jangan pernah diceritakan lagi
Andainya sesekali kenangan itu kembali
Berikan ruang untuk ianya singgah
Kamu akan sedar hikmah disebaliknya
Apabila masa silih berganti
Menangislah kalau ianya perlu
kerna tangisan adalah kekuatan
Dan kamu akan tersedar
Segala yang berlaku itu suatu anugerah
Untuk kamu merasai nikmatnya
Walaupun ianya cukup pahit
Namun ianya tetap ada manisnya
Bersyukurlah ianya pernah singgah dalam hidupmu
Tapi simpanlah ia kemas dalam ingatan
Dan janganlah bercerita tentangnya lagi
Ianya Cuma untuk kamu…..kenangan kamu
Simpanlah ianya sebagai kenangan kamu……..



....from kekwa22 with love....

kurniakanlah ku kekuatan

ya Allah,

kurniakanlah ku kekuatan

Ku melangkah,

menerjun ke dalam laluan

yg ku sendiri tidak mengerti
apakah natijah disebalik laluan itu?
setiap kali ku terpikir realitinya
tetapi pemikiran itu lantas lenyap
dialiri sebatang sungai kerinduan
Ku menyedari keadaan diri ini,

tidak layak untuk berbicara akan kebaikan,

apatah lagi dianggap sebagai baik..
diri ini seolah-olah tidak ada harga dan nilaiannya
namun diri yang tak bernilai ini

mampu memegang kepada janji
Ku tergamam dan sukar melafazkan kata-kata
pabila sebuah janji seolah2 menjadi keringanan
sedangkan janji itu merupakan kehidupan

yang kita akan lalui bersama pahit-manisnya..

kita telah berjanji..namun hati manusia,sukar disusuri
kerana mencari suatu laluan yg terbaik baginya..
lantas secebis kerinduan ini

dibalas dengan kalimah yang mampu menggigilkan seluruh badan.
Ku menyedari kerinduan

hanya kepada Yang Maha Esa dan RasulNya,
kerinduan yang hakiki

tidak ada tolok bandingan dengan perkara lainnya.
namun ya Allah,

diri yang lemah, hina-dina di SisiMu ini
tidak mampu lari daripada kerinduan insani
Ya Allah

bajailah hatiku dengan dengan cinta kepadaMu
dan sayang akn kekasihMU
agar ku langsung tidak rasa akan kesal kerana cinta..
bina lah cinta teragung dalam diriku..

kurniakan lah ya Allah...


....from kekwa22 with love....

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu.. merayu...

kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjakan...

sungguh khusyuk lagi tawaduk tubuh dan kalbu...

bersatu memperhamba diri menghadap Rabbuljalil...

menangisi kecurangan janji

innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang...

bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih... berqiamullail... bertahajud...

mengadu... merintih... meminta belas kasih

sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu

tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadan

kita buru... kita cari...

suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir

mempersiapkan diri... rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...

lorong-lorong reda Ar-Rahman Duhai Ilahi....

andai ini Ramadan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadan paling bererti... paling berseri...

menerangi kegelapan hati

kami menyeru ke jalan menuju

reda serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadan ini merupakan yang terakhir

kali bagi dirinya yang mampu

bagi seorang hamba itu hanyalah

berusaha...

bersedia...

meminta belas-Nya

andai benar ini Ramadan terakhir buat kita:

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN..."MARHABAN YAA RAMADHAN

Hari yang menyeronokkan

Ramadhan menjelma lagi kini.. bulan yang penuh dengan keberkatan. Ya Allah semoga aku dapat melalui ramadhan kali ni dengan sempurna.

Memori semalam menggamit lagi. aku sedar semuaitu hanya kenangan manis yang tak mampu aku lupakan. walau aku menepis sekuat mana sekalipun, aku tak akan mampu melupakannya dalam waktu yang terdekat. kekadang aku mampu untuk menghindari perasaan itu tetapi saat bila aku kalah, hanya Allah sahaja yang tahu hibanya hati aku ini. Apatah lagi kini aku sering keseorangan.

Ya Allah kuatkanlah semangat aku tekad aku kini. hari ini, aku berazam. satu keazaman yang tidak berbelah lagi. moga aku mampu untuk mengikuti segala perangcangan yang telah aku lakukan. semoga aku kuat untuk merealisasikan segala perancangan aku ini. Ya Allah, berkatilah aku.. dan permudahkanlah...

semalam, aku memang happy sesangat. memang aku rasa seronok bila berbuka beramai2. aku berbuka di tasik permaisuri cheras. dengan bertemankan cahaya lilin... best sesangat. dapat kawan baru. seronoknya... menjadi juga candle light dinner aku.. hehehhe. malam tu lepas makan, lepak jap kat kedai makan, then pergi downtown kat area situ.. mak oooii punya la ramai orang.. tu la first time aku g situ selama aku berada kal kl ni.. maybe yang first dan yang last kot. saja jerr jenjalan... tapi aku sempat juga beli sebuah buku. buku yang aku cari2 selama ni.

memang best.. tapi aku tahu, keseronokkan tu hanya sementara jerr.. lepas balik umah, aku rasa kosong kembali... sunyi. tu la kehidupan aku.. aku tahu, kenapa aku buat2 bz dengan perkara2 yang tak perlu, sebabnya aku ingin mengusir segala kenangan semalam agar ianya tak bertamu di ruang minda.
entah lah...






....from kekwa22 with love....

24 August 2008

Secebis tinta

Salam..
rasanya dua minggu dah tak masuk blog ni... apa eerrkk yang nak di tulis.. ada macam-macam perkara yang nak di tulis.. tapi tengokla mana satu yang sempat.. sebelum azizan tiba... aku kat library tadi. masa nak datang sini jumpa dengan dr zarhamdy. borak sat dgn dia ada la dalam dua minit. dia tahu aku nak jumpa azizan petang ni. sebab pagi2 lagi dah jumpa dia kat kelas. aku ngan azizan ni dua2 anak murid dia.. tu yang dia concern sangat tu.

aku nyer tesis... tah la.. tak tahu nak cakap ce mana... hope aku lulus dengan cemerlang. Allah tahu bagaimana susahnya aku berusaha untuk menyiapkan dan melakukan yang terbaik untuk tesis kali ni..

masa kat kelas tadi jumpa dengan lecturer yang tanya soklan maut kat aku masa presentation tesis 1. wah.. muka tu memang aku tak leh lupa.. tapi biasa aaarr aku gak yang tak reti nak jawab ce mana.. hheheh last2 aku nangis jerr... tapi bukan nangis masa presentation la.. menangis depan zamri. hahahhaha... mujur boleh tahan air mata lepas keluar dari dewan kuliah tu... ala.. lecturer tu baik sebenarnya... lepas tu siap ajak aku makan lagi... hehehhe.. bila aku menolakdia cakap... " tak kan ytanya sikit dah tak selera nak makan?" hehheheh aku sengih jer la... bukan tak nak makan time tu tapi lepas sessi menangis depan zamri, aku terus g cafe teman zamri makan.. tu cerita last 2 semester. hope tak berulang lagi.

rasanya dah lama betul aku tak g muaz. rasa rindu la kat dia. insya Allah kalau Allah izinkan.. petang ni aku nak gi. semoga apa yang aku plan hari ni berjalan lancar.. mudah-mudahan.

kalau ada kesempatan, baca la buku tajuk dia, Seteguh Tekad. bagus tau untuk memotivasikan diri. banyak perkara yang boleh di ambil iktibar dalam mengharungi ujian hidup ni. bila baca tu,
kadang2 tulisan di dalam buku menjadi kabur sebab membaca dgn mata berkaca2 air mata... sebak & nangis sorang2 tengah2 malam...

tak dapat nak dibayangkan cekal & sabarnya cikgu sidek mengayuh 40 batu ke sekolah dgn perut kosong. kuatnya hati & ruh cikgu & isteri mengusung 6 orang anak yg masih kecik2 dgn sarat segala barang2 naik flight ke US yg transit pula dulu di UK ... dlm flight pula ada anak menangis meragam & tidur atas lantai mencari keselesaan.. buku Seteguh Tekad. sungguh terkesan & berbekas di dalam hati.

bacalah.. tak rugi membaca.



....from kekwa22 with love....

09 August 2008

Merah Mesti Menang



salam...
wah... dah lama betul tak jengok blog... wawawawa rindunya.. tapi hari ni ada 30 minit sebelum solat maghrib, so, boleh la tulis someting...

banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku.. kalo nak citer.. tak sempat aarr nak taip..

tapi hari ni family day opis aku.. wah aku hepi tahap dewa.. terbang semua masalah aku... hehheheh seronok betul.. walau umah merah dapat no3 jerrr... heheheh

puas betul aku berenang.. hehe maklum la lama tak berenang.. sesekali dapat... fuhh tak ingat apa dah... hehhehe sampai sun burn kulit.. tapi tak per aarr nanti hilang aaarr tu...

malam ni ada kelas.. esok ada test, hope aku tak tido malam ni.. kena study aarr malam ni.. badan letih gila. assigmnt pun lum wat lagi ni... susah betul.. tapi aku akan siapkan dalam next week. tak de kelas.. cuti konvo...

k la.. aku tak leh tulis lama ni.. nak g solat..
daaa


....from kekwa22 with love....

13 July 2008

salam

lamanya tak dapat jengok blog ni.. dan dah lama tak menulis.. banyak sangat perkara2 yang belaku dalam tempoh ni... sangat2 memcabar.. dan memerlukan pengorbanan...

tak tahu kenapa kat opis, tetiba jer blog plak tak dapat nak masuk.. bengang betul.. kat umah plak tak dapat wifi.. so.. nak wat ce mana...

hari ni minggu pertama kelas..wah, seperti biasa.. memang la semangat berkobar2.. hehehhe biasa la.. tapi kan semamngat mesti bagus.. sebab tak sabo nak grad..

pulak tu kat utm kos yang kat kampus ni dah berkurangan,... hehheh nampak gayanya semester ni aku tak de la nak jumpa orang elektrik, sbb diaorang nyer kelas kat kg baru... mujur aku tak kena g sana gak... kalo tak, tak tahu la ce mana... takut segala memori tu di terjah semula.. tak ke haru nanti...

semester ni aku berhasrat nak belajar bersungguh.. hanya ada lagu 2 semester jerr lagi nak grad... wah tak sabarnya...

aku pun dah dapat company baru.. tapi tak tahu ce mana lagi nak decide.. gaji memang la lumayan.. best kalo aku keje kat sana.. tapi aku sendiri tak tau ce mana gayanya kat sana environment keje.... aarrgghhh tak perr aaarr aku rasa aku nak let go jerr counter offer tu.. aku nak cari pengalaman kat tempat baru... semoga Allah merestui apa yang aku lakukan ina

Ya Allah, bantulah hambaMU yang lemah ini... semoga aku tabah mengharungi segalanya...







....from kekwa22 with love....

29 June 2008

Wanita




....from kekwa22 with love....

28 June 2008

Ayat Ayat Cinta


Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Ketika ku bersujud



....from kekwa22 with love....

Kisah kita.....

dulu kita menganyam impian
membina mahligai bersama
menggapai cita bersama
melayari bahtera bersama
kau nakhodanya
aku pembantu mu..

masa mengejar usia bersama cita yang dilakar
meredah arus permodenan penuh noda
sisa-sisa daki kota berhamburan
tempiasnya turut ku rasa
apakah salahku kerana aku seorang wanita?
apakah salahku kerana aku tidak berdaya melawan?
apakah salahku kerana aku seorang yang lemah?
apakah salahku kerana aku tidak berdaya..
aku hanya seorang wanita yang lemah..
apakah semua salahku?
apa lagi salahku pada mu?
katakan..
luahkan..
aku sedia menanggung segala penghinaan..
kerana kau..
insan yang ku sayang setulus hatiku..
insan pertama bertakhta di hatiku..
insan pertama memiliki hatiku..
insan yang ku letak seribu harapan untuk hidup bersama..
dan kini..
segalanya hancur berkecai..
di mana kepercayaan mu padaku..
tidakkah kau memahami diriku lagi..
tidakkah kau tahu..
aku hanya untukmu..

sungguh mudah kasihmu beralih
sedangkan luka ku masih berdarah..
aku kau tinggalkan
dengan sejuta penghinaan..
aku hanya insan biasa..
yang menumpang mencari bahagia di bumi Pencipta Agung ini..

cuma satu yang ku pinta
janganlah dibuang segala memori kita
kerana itu janji kau dan aku..
jagalah dia sebaik mungkin

....from kekwa22 with love....

izinkan aku mencintaimu

izinkan aku mencintaimu

Tuhanku aku mula belajar mencintaiMu
sejak kecil ku melalui asuhan ayah dan ibu
melalui madah Tuan Guru lembaran wahyuMU kupelajari
sabda nabiMU ku hayati masih terpahat dalam ingatan.
Tuhanku aku
tidak mampu mencintaiMU seperi Saidina Abu Bakar
Sanggup menyerahkan seluruh hartanya
atau

seperti Saidina Umar Yang menyerahkan separuh hartanya
demi mencari keredhaanMU
izinkan aku mencintaiMu
melalui amalku yang singkat
dan sedekahku yang sedikit.
Tuhankuaku tidak mampu mencintaiMU
melalui solat yang khusyuk Seperti Saidina Ali
Tidak Berasa sakit walau panah menembusi kaki
izinkan aku mencintaiMU

melalui solat yang ku lakukan dalam waktu
yang terbatas
Tuhanku Izinkan aku mencintaiMU



....from kekwa22 with love....