Aku dari umah opah tadi dalam pukul 10 pagi. Mak, opah n siti ikut aku balik KL. Diaorang nak gie umah pak ngah. Biar aarr mak jenjalan. Dari dok kat kg pun bukan wat apa lagi. Padi pun belum masak lagi. Sebulan lagi bz aarr.
Masa sampai kat jelapang tu, cik mat plak call Tanya aku kat mana. Then aku cakap aarr baru je nak sampai jelapang. Tapi lom tol, then cik mat pun suruh la aku singgah umah dia. Errmm aku ni yang malas nih bab singgah2. Aku kureng suke. Then pah cakap pesal tak cakap dah lepas jerr tadi. Aku cakap balik kat pah.. ermm tak kan nak tipu kot.. pah gelak jer.. then pah cakap.. ermm dulu2 kecik2 pah jugak ajar jangan menipu..hehhehe... dapat cucu yang bendul. Sampai jerr umah cik mat.. ada cerita sensasi plak.. masa balik dari umah cik mat kira nak teruskan perjalanan ke KL ni, pah bising arr. Tapi aku setuju dgn pah. Dia bising2 pun bermakna. Waktu susah.. hantar pada cimat, biala dah senang, ermm senang2 jerr ambil. Tu arr...manusia.. yang simple pun tak reti bersyukur. Entah lah.
Aku sampai kat umah pak ngah dalam pukul 4.15pm. giler nyer tired. Ngantok tahap gaban. Dok di umah pak ngah, makan2 then tinggalkan mak, opah serta siti kat situ, aku pun balik umah. Errmm penat giler.. kemas barang2 then aku, basuh kain baju, esok pagi2 sidai. Esok aku akan ke Melaka 1 & 2hb kat sana. Baju pun dah siap kemas. Ermm tirednya.. gudnite
Hari ni aku bangun awal cam semalam. Pagi ni sambung aktiviti mengecat rumah. Pagi ni cuaca tak sejuk sangat. Aku kalo balik umah mak, malas giler nak tido dalam bilik. Tah, tak tahu kenapa aku lebih suka bentang toto kat mana2 yang aku rasa nak landing, then situlah port aku tido.
Umah bungalow mak aku bukan ada 1 bilik, tapi ada 3 bilik. Tapi aku tetap malas tido dalam bilik sebabnya kalo tido sebilik dgn angah dia tu pasang kipas. Mana aku tahan, tak pasal2 aku selsema plak sebab sejuk. Dia kalo pasang kipas bukan boleh slow2. Satu lagi bilik, biasanya achik tido sebab sebelum tido dia bergayut dulu. Ermm aku malas aarr bising2 nak tido. Nyamuk sekor pun aku tak boleh tido, apatah lagi bila orang bercakap. Lagi la... tak bleh nak lena.
satu lagi bilik memang tak de sape nak tido. Tah tak tahu sebab apa. Dulu adik yang tido kat bilik tu, tapi sekarang dia lebih suke tido kat dapo sebab kat dapo ada tv. Biasanya dia ngan mak tido kat depan tv jer... ataupun, mak tu bukan kisah pun nak tido kat mana2 sebab dia kata umah ni besar, tido le kat mana yang suke. Errmm tu aku setuju dgn mak aku. Lagipun kat umah ni sape jerr yang ada. Biasanya mak dan adik aku jerr berdua. Kalo nak ada orang pun, tunggu bila aku, angah, achik & abang lim balik, baru la ramai umah aku.
Errmm ni le rupanya bungalow mak yang dah di cat.
Kaler tak de la la terang sangat. Just nice. Sejuk mata memandang. Mak aku pun cakap cam tu. Aku bukannya apa, sebab kalo kaler terang2 nanti nampak plak umah mak aku ni cam gah sangat. Sebab kiri, kanan dan depan umah mak aku semuanya umah papan kaler coklat. So, bila kaler nih tak de la nampak gempak sangat. Tapi lom siap sepenuhnya lagi.. cat pun masih ada lagi. Tapi tu, kitaorang tinggal pada abg lim part dia cat syiling. Hehhehe. Paling susah sebab kena mendongak. Yang kat luar tu, belum sempat nak kemas. tu, tunggu mak balik dari KL baru dia kemas ngan adik.
Aku tak paham pesal kalo balik kg aku mesti sun burn. Macam poyo jerr,, aku bukannya putih pun. Mana ada kena panas, ada le sekali dua masa sidai kain. Tapi tu panas pagi. Mengecat umah mak bukannya kena panas sebab semuanya berbumbung. Tapi tak tahu sebab apa mesti sunburn. Tapi cuaca memang panas giler sekarang ni. Kalo duduk dalam umah, errmm lagi la panas.
petang tu dalam pukul 3.30pm aku, mak n angah balik umah pah. adik tinggal kat kampung. jaga umah. baru jerr masuk tol kat kemunting tu, dah jammed. benci betul.. rasanya ni jammed sampai KL le nih.. gilo.. nasib aku exit kuala kangsar jerr.. tu pun sakit gak sebab 25km tu.... tapi kalo sampai KL lagi gilos
Hari ni, pagi2 lagi aku, angah & achik pi beli cat. Ermm banyak gak beli. 3 kaler. Putih, carnival & violette. Ni nak cat bahagian luar umah. Sebab dah lama dah project ni terbengkalai. maklumlah, tak balik kg. Tengah hari tu, apa lagi aktiviti mengecat rumah. Perrgghh penat giler. Tapi belum siap lagi. Esok pagi2 sambung lagi sebab petang tu dah nak balik umah pah. Man pun dah tepon.. bila la nak balik umah dia.
Petang untuk hi tea aku masak mee goreng. Errmm sedap. Dalam dok busy2 mengecat, sempat lagi tu masak mee goreng.. Boyfren achik datang. Esok dia orang nak pi kenduri dekat teluk intan. Sempat lagi tu boyfren achik bagi tahu mak nak bertunang bulan 2 nih. Ermm time cuti raya cina le tu.. mak aku ok jerr no hal nyer.. hepi jerr mak aku tu. Sebabnya dulu achik pernah bertunang. Tapi putus di tengah jalan. Ops, di tepi jalan le.. kalo kat tengah sure kena langgar. Hehhe..
Boyfren achik, jiran sebelah umah dia masa belajar kat PUO. Kawan abang lim. Memang la abang lim kenal sebab masa abang lim kat PUO, dia pun tinggal sebelah umah achik dia jugak. Kira serumah le abang lim dgn boyfren achik tu. Abg Lim lagi la poyo dia time jd jiran achik, baju2 dia suruh achik yang basuh. Mengada-ngada betul. Ermm achik pun layan sebab malas nak bising2. Tapi balik jerr umah (balik kg la) dia plak bising2 kat kitaorang, tapi.. kitaorang malas campo.. wat tak tahu jerr
aarrgghh penatnya hari ni... baru pukul 8pm tapi dah ngantok... mata.. nak tido pun belum isya lagi. Aarrgghh nak tidolah dulu. jap lagi mak kejut untuk solat.. dah pesan dah.. Gudnite.
Salam Aidiladha. Errmm hari raya korban hari ni. Ermm aku terfikir dalam hidup aku nih apa pengorbanan yang paling besar yang aku dah buat? Errmm ada. Sangat2 besar... then pengorbanan yang separa besar.. ermmm masih juga ada. Tapi tak yah ceritalah sebab biarlah rahsia.. kikikiki.. pengorbanan kecik2 errmm.. aku let go jerr la apa yang kengkawan aku buat aku kecik hati... ermm tak yah simpan2 dalam hati nanti susah plak.
Lepas solat aidiladha.. aku pi menziarahi pusara arwah ayah. errmm kat sini la jenazah ayah di semadikan pada 30-1-02. Dah7 tahun ayah pergi tak kembali. Cuma kenang-kenangan jerr yang tinggal tapi biasa membuatkan aku terasa rindu sangat2.
Pagi ni aku breakfast dgn cheese tart sedap tu.. sesemua ni untuk aku sorang jer.. hehhehe.
Sedap tu.. memang heaven dia nyer cheese. Ala senang jerr nak wat cheese tart ni. Buat kulit tart then cream cheese tu putarkan dgn gula sesedap rasa. Maksudnya jangan la manis sangat. Then letak la blueberry skit wat hiasan. Then bakar dalam oven 10 minit dgn suhu 180. Taadaa.. jadi aarr cheese tart. Senang giler kan.. Cuma nak wat kulit tart jerr yang leceh. Kena tekan dalam acuan dia then bako dalam 15minit. Tu jer.. yang lain2 tu easy giler.
Mak suruh aku mask mihun sup. So, lepas aku siap sidai kain, aku pun start le masak sup. Ada ke patut mak aku cakap.. kalo aku masak sup, style lain, tak sama dgn dia, sebab aku tumis dulu, mak nyer stype.. masuk jerr sesemua benda then biarkan mendidih.. errmm sebab tu la suruh aku masak..
ermm saje aarr tu.. pada hal kalo nak masak cara aku pun mak tahu jer... taktik aarr tu tak mo masak. Hehhehe.. ala.. bukan susah pun.. aku layan jerr.. angah prepare sambal kicap. Sebab kalo aku.. ermm jangan harap la aku nak wat mende2 nih. Tak masuk buku... so, aku nyer lunch.. tada..
Nampak cam pucat jer.. sebab semata2 mihun & sup ayam jer. No sambal kicap,no bawang goreng & no cili. Kalo letak pun, aku bukannya makan pun.. membazir jerr. So, moral of the story tak yah letak...
Lepas tu aku layan citer korea. Hehhe.. ermm apa lagi nak wat. Ni la namanya rest. So, layan la.. Tetiba aku terfikir plak, kalo di beri pilihan mana satu aku nak jadi boyfren aku.. hehhe.. agak2 aku pilih sape? Sape yang paling handsome di mata aku? Then, Sape agak2 punya renungan yang bisa membuatkan aku cair..
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."